Allah menjadikan segala sesuatu itu tidak tanpa tujuannya. Lembu, pada pandangan biasa manusia, tahunya hanya makan, biar dalam tidurpun terus mengunyah. Bukan kerana lembu itu dijadikan sebagai pelahap, si rangkak, namun tanpa sebegitu tabiinya, pasti ianya tidak akan dapat menjana lebih kurang 600 gram protein sehari untuk habuan manusia. Cuma manusia, melihat akan watak lembu seperti agak lambat, lembab, bodoh maka sering diumpamakan, jika manusia berwatak sebegitu sebagai manusia bodoh seperti lembu. Itu adalah tafsiran manusia, bukan atas tujuan Allah menjadikannya sebagai lembu. Sujud patuh lembu kepada Allah adalah atas sifatnya dijadikan untuk manafaat manusia. Lembu patuh sujud penuh atas kehendak Allah untuk kebaikan manusia. Lembu tidak pernah membantah untuk sujud kepada manusia. Pendeknya dalam hidup ini, kita harus mengerti kedudukan setiap sesuatu atas sebab dan tujuan sebenar kejadiannya dan tidak boleh kita hanya berlandaskan prasangka, lalu kita menghambur fitnah, mentohmah.
(2) Takdir menentukan saya terlontar ke Ulu Kelantan (kemudianya Kedah) saat usia anak-anaknya saya. Selama tiga tahun saya melalui jalanan hidup jauh dari segala kasih sayang kaum keluarga terdedah bukan kepada yang lebih baik, tetapi penuh cabaran di saat usia hingusan. Di Ulu Kelantan, saya menyaksikan dan ikut merasakan segala macam kepincangan sosial masyarakat. Kemiskinan, bermacam bentuk kepayahan hidup, keruntuhan rumah tangga, segala macam keonaran remaja, penindasan politik, dsb. Jika diikut pada usia 13-15 tahun, segala ini adalah bukan waktunya dan sangat asing bagi saya biarpun Simunjan pada masa itu juga dalam kepayahan, namun cabaran sosial di Kelantan yang terpaksa saya depani jauh lebih ganas dan terbuka. Contohnya, di saat usia sebegitu, saya sudah punya teman-teman yang punya nafsu dadah dan sek liar. Jika di Simunjan pada waktu itu, saya pasti sangat terlindung dari semua itu. Namun Allah, mentakdirkan saya ke sana, untuk bergelumang sendiri dalam semua itu, kerana Allah ada tujuanNya atas hidup dan kehidupan saya ini, maka Dia memelihara saya pada jalan pilihanNya. Saya lolos pada jalan benar dan betul dan paling saya bersyukur saya terus punya hati pada Kelantan (juga Kedah). Alhamdullilah.
(3) Kelantan dari sejak saya berada di sana pada akhir 1972 sehinggalah kini, dengan sela sedikit waktu, terus ditadbir oleh PAS, sebuah parti yang tidak sealiran dengan Kerajaan Pusat. Kenapa ini sebegini? PAS berdiri atas membela Melayu lewat Islam. UMNO, parti tunggak Melayu amnya pula berjuang membela Melayu dan Islam. Keduanya punya aspirasi sama, namun kenapa terus tidak seiringan? Jika kita punya jalan pemikiran terbuka, pasti kita tidak terus menuding, memfitnah sepertinya bila manusia itu lembab, lambat, bodoh maka kita ibaratkan sebagai lembu. Lembu adalah lembu, manusia adalah manusia. Lembu jika cergas, tangkas dan bijak apakah akan mudah untuk disembelih. Manusia, biar selembab, lambat, dan atau sebodoh lungu sebagaimanapun, apakah boleh ianya disembelih sepertinya lembu? Sesungguhnya Kelantan unik pada dirinya, kerana saya juga yakin pada Negeri itu, pada Rakyatnya, UmmahNya di situ, Dia punya keperluanNya yang harus kita baca dengan bijak dan dengan hati yang penuh hemah.
(4) Kelantan (dan Kedah) lantaran pengaruh Champa, lewat Siam, keduanya menjadikan padi sebagai sumber kekuatan ekonomi. Champa di zamannya, sekitar 600M, sememangnya terkenal sebagai Negara Lembangan Padi paling maju, sehingga menimbulkan cemburu negara-negara tetangga. Itu di zaman dulu, kini, tanaman padi adalah lambang kemiskinan yang harus disisih. Sejak berzaman, kerana Kelantan (dan Kedah serta wilayah-wilayah Melayu lainnya yang serupa) adalah sangat sesuai untuk tanaman padi, maka kita paksakan mereka untuk terus bertanam padi berselut berkubang dalam kemiskinan. Latar belakang ini, menjadikan anak-anak Kelantan menjadi ulet untuk maju dalam pendidikan sehingga biar di mana-mana di seluruh Negara berhamburan anak-anak Kelantan mengusai sektor awam dan swasta juga betrusaha sendiri. Allah, menjadikan rakyat Kelantan miskin, demi melahirkan jiwa-jiwa besar, merdeka dan berdaulat pada mereka. Namun, kejayaan anak-anak Kelantan ini, akhirnya menjadi musibah kepada mereka sendiri, bila mana sikap chauvinistic mereka dilihat dengan penuh cemburu dan curiga oleh Melayu lainnya. Keduanya sifat unik tersendiri Rakyat Kelantan punya asas yang sangat kukuh. Pertama secara politik, mereka sudah terlalu lama tertekan. Konsep sejati Federalism sering diputar belit sehingga rakyat Negeri ini menjadi mangsa keadaan. Bekalan air, penyediaan perumahan kos mampu nmilik, pelkuang pekerjaan, dsb adalah contoh-contoh nyata. Keduanya, Melayu Kelantan sememangnya kelompok terasing. Loghat dan senibudaya mereka juga agak berbeza dengan Melayu lain khususnya yang berakar umbikan Rhiau-Minang (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, dan Perak). Asas Melayu Kelantan adalah Pattani. Ini tidaklah janggal kerana Melayu Kedah juga punya kelompok yang berbeda dari Melayu di Selatan. Inilah kelompok mirip Siam Selatan Barat (Mahsuri) yang meliputi Kedah, Perlis dan sebahagaian Tanjung (Pulau Pinang). Sama halnya dengan sebahagian dari kelomnpok Melayu Pahang dan Trengganu. Maka di alam Melayu, keinginan untuk punya jati diri tersendiri adalah suatu yang tidak asing dan harus dirai dan dihargai sebaik-baiknya. Pokoknya, kepelbagaian dalam dunia Melayu adalah tabii bangsa ini untuk dapat terus bertahan pada tempatnya. Saya kira inilah hikmah Allah pada ketakseragaman pada bangsa ini.
(5) Allah jelas menyatakan betapa: ...setiap sesuatu itu ada pasangan masing-masing, juga perbezaan antara setiapnya adalah agar kita mudah saling mengenali..... Seorang lelaki tua jika berserban, berkot, berkain pelikat pasti tidak khilaf jika dia kita andaikan adalah seorang berketurunan Kelantan dan atau Trengganu. Itulah uniknya lelaki tua tradisi Kelantan dan atau Trengganu. Wataknya itu menunjukkan betapa Islam dia junjung biar di dadanya ingin terus menghambat kemajuan moden namun langkahnya harus bersarungkan Melayu. Itulah, saya yakin sebagai tafsiran pada pakain seorang lelaki tua tradisi Kelantan dan Trengganu. Paling terkesan, pada serban (semutar) di kepala, sebagai simbul untuk terus mengingat pemakainya akan perlunya kebersihan fikiran pada jalan Allah. Biar dia berkot namun hakikatnya baju dalamnya tetap jubah yang melambangkan betapa Islam harus jadi isi hatinya, nafsunya segala kemajuan yang sedang dihambat. Juga pada kain pelikat, sahwatnya, nafsu kegilaan jika tidak terbendung dapat disekat agar terus ingat akan untung nasib bangsa Melayu. Cara orang Kelantan dan Trengganu berpakaian sebegitu tidak perlu kita polimikkan sehingga fikiran kita buta akan segala kebaikan dan hikmahnya. Itu cara mereka. Itu budaya mereka untuk mempertahankan siapa diri mereka. Orang Kedah (Utara) hendak buat cara Utara, biarlah, Begitu juga orang Selatan, hendak buat cara Selatan, maka silakan. Jika ini kita butakan hati dan pandangan, maka wajarlah semua Raja-Raja Melayu diseragamkan pakainan mereka. Pasti ini tidak boleh dan tidak logik. Maka, kerana itu saya berkira, jangan kelompok Melayu mana-manapun direndahkan hanya kerana mereka sedikit berbeza dan ini termasuklah bagi kelompok Melayu Sarawak-Sambas.
(6) Memang dalam nada sinis jab rangkak, jika rakyat Kelantan benar-benar Islam, kenapa mereka tidak Islam dan benar-benar melambangkan masyarakat Islam. Pernah saya menulis, soal Kelantan adalah soal Melayu. Cubalah bercakap dengan orang Kelantan, pertama-tama yang mereka sebut adalah Melayu, kemudian baru Islam. Jati diri orang Kelantan adalah Melayu. Islam mempertahankan keMelayuan mereka. Itu hakikatnya. Juga cuba kita bersikap sedikit rasional, jika seekor babi dari sejak lahir sehingga mati, terus-terus kita kurung dalam kandang 1,000 badak air, apa akan jadi pada babi tersebut. Bentuknya tetap babi, namun prilakunya akan terikut-ikut juga sifat badak. Maka Allah, sebermula Islam di zaman Adam AS, Dia menyediakan segalanya halal buat Adam AS, kecuali satu, agar Adam AS terus teguh Iman dan Taqwanya. Namun, atas takdir Allah juga, Adam AS pasti akan tergoda. Sifat boleh tergoda inilah sifat kemanusiaan pada Adam AS. Inilah sifat kita warisi hingga kini. Jika keadaan betul, maka ke arah itulah kita akhirnya. Saya berkira rakyat Kelantan, pada amnya juga tetap pada lumrah manusia biasa. Hanya segelintir tetap tabah teruji, maka mereka inilah menjadi asas pada tuntutan keras menegakkan Melayu-Islam Kelantan.
(7) Seperti ujar saya dalam tulisan sebelum ini, Kelantan, 95 peratus dari penduduknya adalah Melayu. Sebilangan adalah berketurunan Cina dan Siam Buddha (sama bagi Kedah dan Perlis), maka mereka sejak dari pemerintahan Cik Siti Wan Kembang telah mengidamkan untuk menjadi Serambi Mekah. Mungkin Cik Siti Wan Kembang sepertinya Mahsuri terus kekal dengan darjat Ciknya (bujang) lantaran kedua-duanya punya cita-cita yang sama namun tidak kesampaian sehingga kini. Saya berkira mereka berdua sangat kepingin untuk mendirikan sebuah Negara Islam, apa lagi nasib malang mereka adalah lantaran fitnah. Hanya Islam boleh menghalang fitnah. Anak cucu cicit Cik Siti Wan Kembang dan Mahsuri harus bekerja keras menunaikan hajat mereka berdua ini. Di Kelantan (dan Kedah-Perlis), jika diteliti akan lapuran pihak Polis, Jabatan Kebajikan Masuarakat dan Jabatan Islam Negeri, pasti banyak masalah sosial sedang melanda Negeri ini. Inilah kian digembar gemburkan oleh Media Perdana bukan untuk memperbaiki keadaan, namun adalah sekadar kerja tikus membaiki labu. Menghambur fitnah atas muslihat membuka pekong. Apapun jalan yang kita fikirkan untuk membasmi gejala sosial di Negara ini, pasti natijahnya akan menuju betapa Iman dan Taqwa adalah jalan sebenar dan kekal bagi menghalang semua ini. Jalan perundangan dan pentadbiran biasa, tidak akan dapat memperbaiki keadaan. Saya yakin, akan ada yang berhujah, kenapa di Jerman, Korea, Jepun dan Sweden segala genjala merosakkkan masyarakat dapat dihalang. Mereka bukan golongan berIman dan BerTaqwa. Benar. Betul. Di Sweden, segalanya dihalalkan. Kerana tiada yang haram, maka segalanya menjadi sah. Di Jerman, Korea dan Jepun, sifat berIman dan berTaqwa mereka gantikan keras dengan sikap the Nation, the Society First. Tanpa semangat kebangsaan yang tinggi di Jerman, Korea, Jepun pasti segala aturan pentadbiran akan tetap boleh diselewengkan. QCC, ISO, 5S, TQM, dsb dapat berjalan tegas kerana rakyat mereka patuh betapa itu semua adalah demi Negara dan Rakyat. Cinta mereka kepada Negara dan Masyarakat tidak pernah goyah. Allah sebegitulah caranya Dia mendidik kita, sengaja tidak Dia jadikan Jepun, Korea dan Jerman sebagai Negara Islam untuk memalukan kita Umat Islam. Kita, Umat Islam mengaku hanya Allah adalah Tuhan kita, yang menguasai kita. Namun, itulah asas paling pokok kita nafikan secara sedar dan atau tidak sedar. Juga lihat pada India, semuanya sengaja Allah jadikan sebegitu agar kita sadar. Cinta kita kepada Allah sebetulnya adalah cinta tetes hujan di daun keladi. Cuba lihat contohnya di India, apa saja yang tidak didebat, polimikan sehingga akhirnya, bagaimana keadaan masyarakat mereka. Tidakkah ini juga sedang berlaku di Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka? Tidakkah kita cuba faham?

(7) Saya berdoa agar segeralah Undang-Undang Islam dijalankan di Kelantan. Kerajaan Persekutuan perlu memberi kerjasam erat, dalam memudah cara perlaksanaan Hukum Islam di Kelantan agar ianya menjadi pembuka mata untuk semua. Saya berharap kedua-dua Jamil Khir dan Annuar Musa tidak bersandiwara dalam nada sokongan mereka kepada mulanya perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan dan di mana-mana Negeri Melayu yang sudah bersedia. Perlaksanaan Hukum Islam di Kelantan (juga Kedah dan Perlis) saya yakin akan dapat membantu untuk mengatasi genjala sosial yang sedang melanda hebat Umat Melayu kini. Dadah, rasuah, pecah amanah, pemesongan akidah, dan dengki khianat yang menimbulkan banyak masalah lainnya seperti menipu, mencuri, penyeludup, perampokan, penyebaran penyakit kelamin, dsb di kalangan Umat Melayu adalah bila fikiran dan hati kita tidak dibungkus baik dengan Iman dan Taqwa. Islam adalah jalan terbaik untuk mengurus Exponential Utility Function ciptaan kapitalisma. Begitu juga saya yakin hanya dengan takutkan Allah maka suasana di Sempadan Malaysia-Thai khususnya di Pattani dapat diredakan. Saya yakin masalah keselamatan di sana kerana perebutan syurga perdagangan yang ditawarkan oleh masalah kapitalisma di kedua-dua belah sempadan. Malaysia, dalam keadaan istimewa kita kini, Allah amanahkan untuk memimpin Umat Islam lemah lainnya dan jalannya adalah lewat Islam dan Persaudaraan Islam. Jika kita jujur dan yakin, InsyaAllah Allah akan berada bersama kita dalam menjayakan kehendakNya, jika tidak, kita tidak akan terhenti dari menerima musibah jelas atau tidak jelas. Kecuali jika kita terus mahukan Melayu jadi hancai jatuh ke gaung sepertinya sbelum Islam menjamah Jahilliah biar pada Arab juga Melayu dulunya.
(8) Kedah, Perlis, Trengganu dan mungkin Negeri sembilan, Pahang juga Johor, boleh menjadi teladan baik dalam membangun Model Pengurusan Iktisas dan Urus Tadbir Islam yang baik yang dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan untuk semua. Namun, Kelantan janganlah terlalu dipandang rendah ke arah itu. Sesungguhnya Allah menjadikan Hutan Hujan Tropika sebegitu rimbun, pelbagai, hijau, nyaman adalah kerana di dalamnya ada rusa, kijang, pelanduk, punai, ayam hutan, segala herba ubatan juga tumbuhan-tumbuhan berkhasiat berguna. Namun Allah bersama segala itu, tetap menyuburkan babi, cicak, mengkarung, ular, segala tumbuhan beronak duri, beracun dan sebagainya di situ. Malaysia adalah Negara Tropika. Nusantara Melayu adalah Alam Tropika, namun kita tidak bijak mentafsir kias Allah pada semua itu. Allah banyak kali menepelak kita untuk belajar dari Alam, namun kita kerana nafsu hanya gemar merenap alam. MasyaAllah.

Kuching, Sarawak
9 April, 2014
0 comments:
Post a Comment