



(4) Saya mengira, kerana kuda putih Negara masih biang dalam kemaruk mengawan maka ianya kian alpa tentang persedian untuk membawa hijrah seluruh kloninya saat kemarau kian mendatang. Maksudnya, saat Negara terus dihantui politik gila, kita kian lari menyisih dari memusat pemikiran dan dayausaha untuk mengurus kesejahteraan Negara. MPOB yang seharusnya bekerja keras untuk mengubal dasar, strategi, dan program bagi keperkasaan sektor industri sawit Negara, saya kira kian juga hanyut terpakai sebagai alatan mandiri politik dari jentera memperkukuh ekonomi Negara dan rakyat. MPOB kian terhanyut sebagai pemacu, perubah, apa lagi regulator dalam industri sawit dan perluasan rantainya. Dalam erti kata lain, MPOB terbuta kerana duri sawit. MPOB sepertinya hanya kenal sawit pada pohonnya, buahnya, dan minyaknya. Saya tidak nampak gerakkan forceful and strategic MPOB untuk melihat ladang, batang, daun, buah, dan sisa sawit dalam hubung kait di luar dari sawit. Ambil dua contoh seperti berikut:

(i) Dalam keperluan daging dan tenusu Negara, di manakah peranan sawit? Kajian terdahulu MPOB, adalah kesesuaian integrasi sawit-lembu. Namun, planters as planters mereka pasti menolak apapun kedapatan kajian tersebut. Menternak bukan kepakaran mereka. Mereka tidak mahu terbeban dengan bidang yang bukan dalam kemahiran mereka. Ternakan harus menjadi kerjaya penternak. Kita silap dalam memilih siapa harus mengurusnya. Juga, khilafnya, kita melihat ladang sawit sebagai ladang lembu. Kita tidak melihat lembu dan sawit tetap terasing namun boleh bersimbiosis. Simbiosis ini tidak boleh dilihat dalam erti kata simbiosis ekologi biasa, ianya lebih kepada simbiosis pengurusan. Sedang MPOB membuat integrasi lembu-sawit, agensi-agensi lain yang berkaitan hanya tunggu dan lihat. Akhirnya MPOBpun undur diri. Kerana itu semuapun undur diri. Pokoknya, semua buat kerja secara hangat-hangat tahi ayam. Lain kementerian lain tumpuannya, lain egonya. Penyelarasan, kesepaduan, kesungguhan, berkubur lantaran ego dan tamakkan nama. ICU, UPE dan KSN rasanya membiarkan ini sebegini berterusan. Maka teruslah kita sebagi net beef and milk importer. Kita hanya akan kecoh bila berlaku masalah harga dan bekalan.
(ii) Dalam soal baja organik, berlimpah EFB terbuang. Usah dikata sludge. Tidakpun ada keberanian bagi kita memaksa pengusaha-pengusaha ladang besar-besaran untuk menjadi juara pengeluaran baja organik dari semua ini. Sepertinya kita lebih seronok mengambil jalan mudah untuk mengimport segala keperluan baja kita. Saya berperasangka, tangan-tangan rasuah dan gemar salah guna kuasa lebih gemarkan ini berkelanjutan sebegitu. Kajian memang banyak dibuat. Keputusannya semua tidak feasible. Kenapa? Sebetulnya, tidak berdayamaju lantaran kita tetap gila dengan keperluan import. Bukan sekadar baja kita import namun teknologi untuk menukar semua sisa sawit menjadi baja organik juga tetap kita mahu import. Perangai kita, ialah kita tidak mahu mencipta berasaskan kekuatan sendiri. Sesungguhnya, buta, pekak, dan bisulah kita untuk tidak memahami kenapa Allah menuburkan sawit di Malaysia dan kita tidak menguasainya sepenuhnya. Berbanding dengan jagung, soya dsb agaknya berapa banyak minyak boleh terhasil dari semua ini berbanding dengan sawit. Juga berapa banyak sisa berprotein dan karbohidrat terhasil dari bahan-bahan ini berbanding dengan sawit. Namun saat Barat mampu menjadikan semua sisa pertanian mereka menjadi gainful products adakah mereka mengimport segal keperluan teknologi dari selain membinanya secara native?
(5) Sesungguhnya keperluan protein, vitamin, mineral, serta farmasi Negara akan kian meningkat. Kita juga serin melaung-laung tentang keupayaan Makanan Halal Dunia. Saya tidak nampak kesungguhan di Parlimen dan Kabinet membincangkan secara strategis dan bersungguh-sungguh prihal ini semua, melainkan berpolitik. Akhirnya, semua gila berpolitik, pegawai Kerajaan, GLCs juga pihak swastapun sama, lalu tidak ada lagi ruang untuk maju jauh ke depan menimba segala rahmat yang Allah telah kurniakan kepada kita.
(6) Banyak mungkin telah lupa, bagaimana sawit sering jadi penyelamat ekonomi Negara. Dalam pelbagai krisis ekonomi dunia dan serantau, sawit telah banyak menjadi cushion kepada masalah imbangan dagangan Negara. Namun, saya mulai melihat, tidak banyak fikiran dan usaha untuk menjadikan sawit benar-benar industri berantai yang meluas keluar dari sawit. Kita selalunya ada cita-cita, namun kita tidak ada kecekalan dan mengejar cita-cita. Kita mudah terpesong. Mungkin Taqwim Cina terbaik untuk kita adalah Baghral kacukan keldai dan kuda, kerana semua kelihatan lebih politically loyal dari Nation Serving manusia. Saya mengucapkan syabas kepada Taib Mahmud yang telah rela mengundur diri, atas kesedaran beliau betapa Sartawak is more important than himself. Dan semangat ini saya baca saat dia berpesan: I hope, the Federal will help to defend Sarawak International Image yang saya kira tidak banyak mengerti dan ambil peduli.
(7) Renunglah sejarah ini. Suatu waktu Allah melimpahi kaum Yahudi dengan pelbagai rahmat di Palestine. Salah satunya, secara rasmi mereka adalah kaum yang terawal mendapat pertunjuk langsung dari Allah lewat Taurat dan Zabur. Namun mereka bongkak. Mereka buta, tuli, bisu tentang rahmat Allah. Lantas, Allah mengantikan mereka dengan pelkbagai kaum lainnya, menjadikan mereka akhirnya tersisih dari Palestin. Allah sebegitulah balasannya terhadap mereka yang buta, tuli dan bisu atas segala rahmatnya. Melayu, kita Allah rahmati dengan segala kekuatan. Namun kita kian buta, tuli, dan bisu atas semua itu, dan kita memilih untuk terus berpolitik demokrasi-kapitalis yang asasnya adalah Roman, bangsa dan temaddun yang bukan sekadar memusuhi Yahudi, juga Nasrani dan kini sisanya membantai Islam. Inilah ikutan kita. Inilah taksubnya kita. Kita kian lupa akan tujuan penciptaan kita untuk mensejahterakan ummah. Apakah Melayu ingin digantikan dengan kaum-kaum lain untuk mentadbir bumi Allah sebelah sini? Dan tidakkah itu kian terjadi?
Kuching, Sarawak
4 April, 2014
0 comments:
Post a Comment