.

10/3/14 TAK ADA YANG ABADI....bersiaplah para penganti.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 24, 2014

Share

& Comment

Sering aku melihat dia membuntuti ibunya. Meneter dari kedai ke rumahnya. Jalannya pasti liuk lintuk seperti kewalahan dengkol, lutut lembek. Suaranya lirih tersedu-sedu, kebiasaan pada anak-anak kecil saat meminta sesuatu dari si ibu, namun mungkin kerana masalah kemampuan, sang ibu tidak pernah peduli. Mulanya aku tidak peduli. Pada fikir dan hatiku, biasalah anak-anak sama orang tuanya. Namun setelah agak lama, aku mulai ingin tahu, apa lagi aku mulai melihat pada wajahnya tidak ada wajah ceria. Dia jarang tertawa. Senyumnya, belum pernah aku nikmati. Biar dari kejauhan, aku dapat perhatikan, anak ini, pada kelopak matanya, banyak menangung hasrat yang tidak kesampaian. Kerana rumahnya hanya di depan rumahku, pagi-pagi khusus di waktu hujung minggu, aku perhatikan pasti tidurnya sering ngandur, telat. Dia tidur di ruang tamu. Tanpa kasur katil. Apa lagi kesempurnaan tempat perbaringan. MasyaAllah. Aku di tahun 1960an, tidak terlahir dalam keluarga kaya, miskin pada kacamata kini, namun hidupku tetap teratur, segalanya sempurna. Kepayahan tidak membatas akal kedua orang tuaku untuk hidup sempurna. Mereka bekerja keras, hemat dan bijak mengatur hidup. Kedua ibu bapaku menyediakan segalanya biar paling basic tetap sempurna. Aku punya kamar sendiri, kasur betawi sendiri. Biar tilam, bantal dan gulingan dari kekabu kapuk, namun segalanya tetap ada.

(2) Aku mendongak ke langit. Bukan mengawas buah durian apa sudah ada yang masaak. Bukan sebagai anjing mahu mengongong. Bukan juga kehairan mahu melihat pesawat melintas lalu. Tidak sekali-kali mahu membidik burung nan terbang. Ya Allah. Berilah Taufik dan HidayahMu buat kumengenal persoalannya dia, itu yang terlerai dari jiwa dan fikirku yang sedang bertanya-tanya. Allah itu MahaAnih, paling sukar dimengertikan caranya Dia membantu jika kita benar-benar ingin membantu. Setahun dulu, saat Lebaran Aidil Fitri, sangat ramai anak-anak bertandang ke rumah, aku bertanya-tanya, ngelihat prilaku gelojoh dan buru-burunya mereka saat menikmati juadah: Apa kamu bisa mengaji? Apa kamu ada belajar sholat? Apa kamu ada ngaji dan sholat di rumah? Rata-rata hanya belajar di sekolah, dan tidak pernah practice di rumah. Ibu-bapanya mereka, aku kira tidak pernah peduli. Kenapa? Kenapa harus peduli, bukankah sekolah harus mendidik mereka? Sekolah dan ibubapa sepertinya kian lepas tangan. Bersilat. MasyaAllah. Inilah warisan bangsa di depanku. Punya badan tanpa roh. Pekerti sudah hanyut. Iman tidak berputik tumbuh segar. Iman melayu tidak membangkit Taqwa.

(3) Alhamdullilah, saat aku berkunjung ke Sidarjo, Mojokerto di Jawa Tengah, saat mahu melawat sebuah kejadian kemarahan Allah atas serakah segelintir sehingga merusak beribu keluarga; tanah lumpur meluap, aku terpandang sebuah Musola kecil, namun sangat menarik cara binaannya. Sebaik pulang ke Kampung, aku dirikan sebuah sekadar sederhana  di samping rumah dan kolam ikanku. Di sekeliling aku bina taman sederhana. Anak-anak mulai bermain di sana. Para ibu-ibu saat sore-sore juga duduk-duduk ngobrol, bergunjingan, bergosip mungkin. Para bapa tumpang enak ngerokok membakar diri sebelum kebakar. Para belia juga banyak berkumpul sekadar nongkrong bertenggek bagai ayam dan bebek pulang petang tidak saling menotol berpatukan, tetapi leka dengan ngetik hp. Namun, sang Mushola sepi tanpa penghuni. Yang pasti, semua kemudian akan meninggalkan bekas-bekas sampah tanpa peduli usul agar kebersihan harus dijaga. MasyaAllah. Aku sedang Engkau duga. Namun, Alhamdullilah. Suasana Kampung, anak-anak riuh bermain berlarian, suara-suara ngobrol tertawa di mana-mana, setidak-tidaknya sudah dapat aku bina. Namun, roh Allah tidak ada di sana. Kenapa?

(4) Jagalah Sholatmu. Tunaikan Zakat. Berkali-kali itu Allah pesankan. Sholat untuk siapa? Menyembah Dia? Membesarkan Dia? Mendewakan Dia? Apa Dia perlu semua itu? Zakat, untuk siapa? Untuk Allah? Miskinkah Dia? Perlukan itukah Dia? Pernahkah kita mendengar atau mengkaji bagaiman harus semua inin di selami agar kita patuh jujur? Alhamdullilah, di suatu sore saat aku duduk di muka Mushola, segala persoalan itu menerjah mukaku. Maka aku mulai dengan ponakanku paling dekat, Si Asip. Si anak kecil yang kadang-kadang aku panggil Ipin. Dia berwatak seperti Si Ipin dalam Upin Ipin. Umurnya baru lima tahun. Kamu belajar mengaji. Nanti Wak adakan gurunya. Guru yang baik.. Dia setuju. Yang lain kemudian perlahan-lahan ikut. Hampir setahun, segalanya berjalan seperti biasa. Seperti dulu-dulu. Ngaji. Ngaji. Asal ngaji. Tahu baca kitab. Belajar untuk hidup di mana? Menjadikan ngaji cara hidup di mana?. Lantas guru aku tegur, kenapa keliling Mushola kotor, sampah bersempah, serta berdebu di mana-mana. Kamu mesti bersihkan segala. Itu perintahku. Itu arahanku. Tidak boleh engkar. Mesti patuh. Keras. Ya memang keras. Aku sememangnya keras atas kemahuanku. Jiwaku telah lama merintih. Aku ingin melihat perubahan. Dan sadan hari, hari-hari, si guru pun sebok menyampu. Sebok mengelap. Sebok membersih segala. Sebok mengumpul daun-daun kering. Dia membuat segala. Aku cuma memerhati. Kesialan. Dasar budaya manutan, fikiran tidak pernah melawan hati. Tahunya hanya manut. Mengerti tidak pernah mahu. Inilah kerja, terbuat tanpa jujur kerana fikir tidak terbuka untuk mengerti. Apa berkat manutan sebegini? Aku berkira kepatuhan sebegitu, tanpa akal, adalah kebodohan yang paling bodoh. Kerbaupun ada kalanya tahu apa yang benar dan betul. Negara ini merdeka, namun anak bangsanya tidak berdaulat.

(5) Maka di suatu sarapan aku berhujah. Kamu aku jadikan guru untuk anak-anak itu. Aku tidak menjadikan kamu lembu kepada mereka. Aku suruh kamu bersihkan keliling Mushola, maksud aku agar kamu mendidik anak-anak itu agar menjaga kebersihan. Marah jika perlu marah. Pujuk jika perlu pujuk. Ajarkan ayat Al Quran yang memestikan kita orang Islam menjaga kebersihan. Ceritakan ayat Al Quran yang bencikan kekotoran. Itu maksudnya mengaji. Bukan sekadar kenal huruf dan tahun membaca.. Dia diam. Dia tunduk. Aku tidak perlu kata balas darinya. Biar dia guru, belum pasti dia guru dalam semua hal. Aku perlu menjadikan dia guru untuk mengajar anak bangsa mengerti akan hidup. Hidup bermasyarakat. Bukan hidup untuk hidup sendiri. Juga mulai sekarang kamu ajar mereka sholat. Kamu Imami sholat mereka. Dia membantah. Sebabnya kerana ada anak-anak lelaki. Soalku, apa kamu mengimami mereka atau kamu mengajar mereka?. Alhamdullilah, tidak sampai empat bulan, sudah banyak yang mahu sholat. Aku sekadar mahu tersenyum, namun belum puas. Mushola setidak-tidaknya pada Assar dan Maghrib sudah ada yang sholatan di sana. Mushola sepi. Allah tidak sepi. Cuma Mushola itu saksi di hari-harinya nanti. Itu harus kita mengerti. Aku berkira.

(6) Beberapa bulan kebelakangan ini, aku mengajak mereka sholat sama. Aku menjadi Imam buat anak-anak. Jika yang dewasa ngak mahu, biar anak-anak saja jadi kaum pimpinanku. Allah mungkin sebegitu ketentuannya. Aku terima dan sangat bersyukur. Setidak-tidak saat aku menuju Mushola, kini sudah ada yang berlari-lari ikut sama: Wak tunggu saya, saay mahu sholat sama. manis sekali suara-suara sebegitu. Alhamdullilah. Tadi malam, aku hampir-hampir menangis dalam sujud. Di belakangku, termasuk yang paling kecil, baru umuran tiga tahunan, sangat khusuk mereka bersholat. Aku sangat menghargai cara Allah melihat tugasku pada anak-anak ini. Mereka sholatan. Kemudiannya, aku dapat berbual-bual dengan mereka. Aku dapat menasihati mereka. Aku mengajak mereka berdoa agar Allah melimpahi Taufik dan Hidayah buat ibu-bapa mereka. Aku berdoa, agar manusia di kelilingku menghargai nikmat Allah dan tahu menabung buat bekal kemudiannya. Ibu-bapaku, mereka tidak kaya, mereka tidak sekolahan, mereka tidak meninggalkan aku apa-apa harta, namun mereka menanam belas susah yang menghasilkan aku, InsyaAllah sentiasa ingat akan yang susah dan mereka yang membutuhkan. Aku adalah tabungan kedua orang tuaku dan kini aku harus menunaikan tanggungjawab itu, lewat segala kepayahan yang ada di depanku.

(7) Pagi ini saat meluncur memandu dalam gerimis dingin, aku tiba-tiba jadi sebak. Tak Ada Yang Abadi nyanyian Aeril PetterPan mengiringku berkali-kali. Laungnya: takkan selamanya tanganku mendekapmu; takkan selamanya raga ini menjagamu; seperti alunan detak jantungku; tak tertahan melawan waktu.....biar aku bernafas sederas sebelum kuhilang. Wajah-wajah anak-anak ini berlegar antara titik-titik hujan lerai di kaca kereta, dan kata-kata itu memukulku. Mudah-mudahan pada saatnya nanti, mereka terbela oleh tangan-tangan terbentang dari hati-hati yang terbuka celek. Apa lagi pada ungkap jiwa yang lama segera pergi; bersiaplah para penganti. Apa siapkah para penganti, sedang yang kusaksi adalah kealpaan kendiri-kendiri.

(8) Namun tetap ada senyum pada hati ini, kerana anak ini, biar baru setahun jagung dididik telah merubah kedua orang tuannya. Ibunya sudah mulai sholat. Dia dikhabarkan sudah mengImami sholat ibunya. Bapanya keterpaksaan harus menemani dia Jumaatan. Paling membuat aku menangis, dia mampu membaca Surah Yasin saat datuknya sedang nazak, sedang yang lain melongok diam. Aku, tidak pernah dapat membacakan Surah Yasin untuk kedua orang tuaku saat mereka hendak berpergian. Allah, caranya Dia, anih sukar dimergertikan tentang gayaNya menentukan hidup sesiapa. Apakah akan ada sinar gemerlapan di hujung jalan ini? Allah limpahilah semua dengan Taufik dan HidayahMu agar semua jadi baik-baik. Anak ini, semoga sholatnya merubah segala hidupnya. Semoga zakat sadaqahku menjadikan dia siapa dia pada kudrat Allah untuknya. InsyaAllah.

(9) Cuma aku ingin bertanya: Sholat kita, apakah sholat sebagai seorang hamba; meminta-minta, atau seorang pekerjaNya; mengharap upah laba atau seorang yang Dia merdekakan; jujur berserah? Juga, payah buat kita menghulur zakat, apa mungkin caranya telah menjadi terlalu sulit, atau kita sebetulnya tidak mengerti cara mudahnya menabung buat jajan di akhirat nanti?.

Kuching, Sarawak
24 March 2014

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.