Jabatan Kaji Cuaca (JKC) meramalkan sejak 29-31 Disembar, 2013 akan berlaku hujan lebat di beberapa bahagian di seluruh Negara, khususnya Kelantan, Trengganu, Pahang, dan Sarawak. Amaran Jingga di keluarkan. Saya berdoa-doa agar di Kampung saya tidak terjadi banjir. Dalam hati, ada sedikit rasa lega bila mendapati bulan tidak penuh. Maksudnya, hujan lebat tidak akan bertembung dengan air pasang besar, jika tidak, itulah alasan segala mengkarung dan badak sumbu(1) untuk mentakdirkan kehendak Allah. Mudah. Ringkas. Namun apakah benar dan atau betul? Syukur di Kuching pada 31 Disembar, 2013 dan 1 Jan, 2014 langit hanya berkabut memutih ibarat debu-debu salji sedang berguguran. Tidak panas. Tidak Hujan. Dingin enak. Maka saya tidak banyak menghantar ucap Selamat Tahun Baru kerana keadaan di hujung dan awal tahun sama saja, tiada yang baru, maka tidak perlu heboh sangat tentang yang baru. Saya hanya menghantar SMS kepada beberapa rakan yang mengucap Selamat Tahun Baru sebagai berikut: Yr End 2013= First Day 2014, Nothing Old, Nothing New!
(2) RTM lain pula warwarnya (seminggu-minggu) menjelang 2014. Berulang-ulang, Angin Demo Guling Kerajaan berputar-putar seolah-olah bahana itu jauh lebih parah dari bala Amaran Jingga JKC. Saya berfikir dan berfikir. Apakah benar semua ini? Di mana-mana di seluruh Negara, ramalan hujan akan berlaku. Bahkan musibah banjir masih belum lega. Akhirnya, bukan sekadar Demo Guling Kerajaan tidak ada, malah kegiatan Puyopun jadi kurang meriah sebab, Allah itu lebih adil caraNya menangani segala: hujan di sana-sini, kadang-kadang lebat, kadang-kadang tidak ada. Soalnya: apa dan kenapa kita jadi heboh kalut bodoh?. Kenapa saya menyoal sebegitu? Ada dua sebab. Pertama. Semalam Pesuruhjaya Polis Pulau Pinang (?) berkata: Polis tahu siapa mereka, dalang di sebalik mereka, dan sedang memerhati rapat mereka. Jika itu benar, saya ucapkan syabas. Tetapi harus kenapa heboh? Juga kemudiannya Persuruhjaya Polis KL menunjukkan beberapa bilah senjata tajam dirampas dari sekatan jalan yang dibuat di KL. Apa mungkin gambaran lain dari pendedahan tersebut? Kedua, 2014, kita hendak 35 (?) juta pelancung datang membawa Dollar ke Negara ini. Kita sekarang sedang Kesurupan Wang, kita sedang berusaha keras mencari Wang. Kita hebohkan apa yang mereka takutkan sepertinya apa yang sedang terjadi di Bangkok. Tidakkah itu anih, dan bodoh? Saat puak Litte India memberontak di Singapura, bagaimana caranya mereka menangani liputan akhbar mereka? Apa maksudnya? Sabri Chik, boleh ke duduk bersama para pakar psy-war dan semak kitab-kitab Islam tentang cara Islam menangani gelora sebegitu. Saya yakin, pasti dalam maksudnya, pekerti Muhammad SAW itu adalah Al Quran. . Ingat suatu kisah, dalam masa berkhutbah, seorang hamba Allah terlepas angin busuk. Semua saling mahu menuduh. Muhammad SAW sehabis khutbah mengajak semua kembali berwudhu. Apa maksudnya jika ini kita teliti dari sudut Public Communication? Saya bukan pakar Mass-Comm namun akal dapat mengerti cara membezakan segala, cuma malangnya, Islam sering saat hampir ke kubur baru kita sadar akan sempurnanya Adeen itu.
(3) Sabri Chik (juga Datuk Bandaraya KL) mungkin berkata, jika kita tidak buat begitu, maka kemungkinan Demo Guling Kerajaan akan berlaku pada tengah malam 31 Disember, 2013. Sasaran Demo adalah Padang Merdeka Kuala Lumpur. Bagi saya jika hendah Guling Kerajaan, bukan di Padang Merdeka, harus di Putera Jaya. Juga kenapa buat tengah malam. DYMM sedang beradu istirehat dan semua jentera Kerajaan tutup. Siapa hendak layan keperluan Angkat Sumpah Kerajaan Baru? Dari segi logik, siapa yang berminat sangat hendak gantikan Kerajaan yang ada? Tidak mungkin penjual sayur, penjual mi, penerima PPRT, atau nelayan miskin, apa lagi para pelacur dan penagih dadah. Pastinya mereka yang merasa dan sudah diberikan sedikit kuasa alternatif yang paling berminat akan hal tersebut. Tekaan saya yang paling seharusnya berminat untuk menguling kerajaan pastinya kelompok PKR. Jika tekaan saya benar, logikkah memulakan gerakan menguling kerajaan di Padang Merdeka? Saya berkira Shah Alam, George Town, Kota Bharu, dan mungkin Ipoh dan Kuala Trengganu adalah titik mula lebih benar dan berkesan. Tidakkah Sabri Chik kemudian perasan, betapa suasana sambutan Tahun Baru di Shah Alam dan Ipoh sangat aman dan harmonis, sedang kegilaan salji menghantu di Kuantan? Apa maksud di sebaliknya itu? Juga, kerja guling menguling di tengah malam, harus bukan dalam bidang menguling kerajaan. Lebih elok guling saling berguling hal lain, lagi enak, lagi seronok. Apa lagi jika di malam hujan. Buat anak di Malam Tahun Baru bukankah lebih bagus kerana jika Allah restui, pasti lahir anak 1Malaysia di hari Malaysia sejurusnya. Itu saya lebih bermakna. Juga, jikapun mereka dapat rampas Padang Merdeka, apa kuasa sebetulnya mereka dapat. Paling-paling saya kira, Kaca TV Terbesar di Malaysia peninggalan arwah Tok Mat. Saya melihat, saat kita sedang menerima Ancaman Jingga serta saran Tahun Melawat Malaysia 2014, kita tidak lebih bersedia ke arah itu tetapi kita lebih kalut akan prihal yang mana polis kata mereka tahu, mereka sedang perhati, dan mereka boleh bertindak di mana perlu. Tidakkah itu menunjukkan kebodohan nyata? Mungkin Sabri Chik, dalam semakan SOP Bencana Banjir, dia perlu masukkan Prosedur Kerja Menenung(2) Demo Guling Kerajaan sebagai salah satu Prosedur Utama. Saat Rakyat resah hebat dilanda banjir serta Belanja Back to School, Negara kita kalutkan dengan Demo Guling Kerajaan. Apa jenis ilmu Public Communication yang sedang Sabri Chik paksakan kepada Negara ini?
(4) Orang Permatang Pauh, Tanjung kata: Kami baru acah, depa dah kalut. Kalau lagu tu, kita terus acah depa biaq depa kalut sampai terkencing dalam seluaq. Inilah sifat yang akhirnya akan menjadi budaya kita, yang paling saya takuti. Terbiak syiah acah, terbangun syiah kalut. Kita kalut dalam segala, dan kita ajak seluruh Negara kalut bersama. Akhirnya, Rakyat akan menjadi Rakyat Mudah Percaya Khabar Angin, puncanya siapa? Atau juga akhirnya, Rakyat akan punya sikap tak acuh. Tidak percaya. Tidak yakin. Tidak peduli. Sabri Chik dan Zahid Hamidi, apakah itu yang hendak kita bentuk? Hangpa tak suka kat Mahathir, tak apalah, itu hak hangpa, sifat suka kalut bukankah itu maksud Mahathir, saat kita tidak ada keyakinan diri, kita suka mengelabah, prejudis?
(5) Sesungguhya apa yang saya lihat, jika apa yang kita buat bukan jatinya Demi Negara apa lagi Demi Allah, tiada satupun keberkatan yang akan kita perolehi. Segala apa yang Kerajaan dan mereka yang anti-Kerajaan buat saya melihat hakikatnya adalah puyo semata-semata. Di pihak Polis, mereka sedang menari ikut gendang musuh, saya khuatir, kerana pihak yang anti-Kerajaan sememangnya hendak membantai Kerajaan, maka sikap profesionalisma kepolisan kita akhirnya akan sering dijadikan perdebatan. Perhatilah di mana-mana, saat rakyat sudah boleh dihasut untuk tidak mempercayai Polis, maka pasti darah Rakyat akan membanjir jalananan, yang berakhir Negara dan Rakyat sendiri porak peranda. Saat sebegitu terjadi, apakah Polis juga tidak akan porak peranda? Saya, dengan rasa rendah diri, menyeru biarlah Polis buat kerja secara jujur, tegas, diam-diam. Tidak perlu heboh-heboh. Saya kian khuatir melihat, Police Press Conference kian menjadi Commisioners of Police Self-Marketing Stage. Biarlah akhbar dan media itu jadi milik syiah Politik dan Artis, itulah periuk nasi mereka, tetapi tidak sebegitu seharusnya caranya Polis. Saya faham tetang Ilmu KePolisan khusus dalam soal Supprise dan Psy-War, namun itu adalah cara Barat. Marilah kita mulai beralih kepada cara Islam. Saya menduga, "Polis" Allah adalah para Malaikat. Mereka bekerja diam-diam, penuh patuh, tepat. Buatlah kebajikan sepertinya kamu memberi lewat tangan kanan, sehingga tangan kiripun tidak tahu. Kebanyakan anggota Polis adalah Muslim, biarlah Islam jadi pegangan caranya kita. Carilah jalan keberkatan dalam apa juga prilaku kita.
Nota:
(1) Mengkarung mata dia besar, tetapi tajamkah pengelihatannya?. Apa maksud Allah pada mahlukNya itu sebegitu? Badak sumbu, badan besar, otak kecil, mata kecil, telingapun kecil. Sifatnya suka saja merudu. Kenapa? Apa kias Allah padanya? Dari buku The End of the World, karangan Dr. Muhammad al-Areeefi saya terbaca hadis riwayat dari Imraan ibn Al-Huayn: "The best of you are my generation, then who came after them, then those who come after them, then those who come after them. Then there will come after them people who will give testimony when they are not asked for it. They will be dishonest and unstrustworthy, they will makes vows and not fulfil them, and obesity will become widespread among them.
(2) Menenung, istilah ini bermaksud menilik. Kerja bomoh, pawang. Kerja serkap jarang terkadang hasil dorongan lowongan iblis syaitan.
Kuching International Airport, Kuching.
2 Jan., 2014
0 comments:
Post a Comment