Ketenteraman Awam (Public Order), asasnya adalah soal keselamatan am awam dan Negara. Ketenteraman Awam melibat unsur-unsur seperti soal keselamatan nyawa, harta, perjalanan kehidupan harian, maruah, tubuh badan, kesihatan, dsb. Ketenteraman Awam adalah asas bagi perkembangan sosio-ekonomi rakyat dan Negara. Biasanya Ketenteraman Awam, adalah menjadi tanggungjawab pihak Kepolisian. Di zaman mulanya Kerajaan Islam, Umar Al Khatab khususnya engan membangun institusi kepolisian kerana tumpunnya adalah kepada perluasan dan mempertahankan Islam. Dia lebih mementingkan bidang ketenteraan dan kehakiman. Buat Umar Al Khatab, keselamatan Negara dan Ummah secara keseluruhan adalah jauh lebih berharga dari segala. Juga pada masa itu, soal keresahan sosial belum begitu berluasa. Cuma di waktu Ali Abi Thalib, institusi kepolisian mula terbangun bagi mengawal keselamatan warga khususnya di kota-kota Islam.
(2) Bila Najib meletakkan NKRA Keselamatan sebagai salah satu matlamat teras pentadbirannya, saya sangat menyokong akan prihal tersebut. Apa lagi bila Perang Terhadap Rasuah juga telah dijadikan NKRA penting. Sesungguhnya saat ekonomi Negara bergolak, pasti soal Keselamatan dan Rasuah akan menjadi hantu yang mesti dibendung hebat. Keadaan semasa ekonomi dunia dan serantau sememangnya masih agak kurang menentu selepas Gawat Kewangan Serantau 1997. Sesungguhnya, serangan 1997 ke atas sistem kewangan serantau adalah sebahagian dari strategi Kapitalis untuk menyekat kebangkitan dunia sebelah sini di saat mereka akan mengalami kegalauan tidak berkesudahan sehingga kini. Yahudi khususnya pakatan Judeo-Christian adalah amat licik serta sangat jauh ke depan cara tinddakan mereka. Sebelum hujan, mereka sudah mengaut semua payung yang ada.
(3) Kalau seseorang mengkaji prihal Criminology pasti gejala ini sangat terkait dengan kegalauan ekonomi semasa. Kini ekonomi dunia, serantau dan Negara sedang dalam ketak pastian, maka tidak heran jika gejala jenayah kian meningkat. Inilah apa yang pernah terjadi di Hong Kong, Macau, Greece, Sicily, Itali, bahkan di New York, Chicago apa lagi di Las Vegas, di saat ekonomi serantau dan setempat agak kucar kacir. Perhatikan apa yang sedang terjadi di Amerika Latin kini. Siapakah yang berkuasa mengawal sistem sosial dan perniagaan di sana? Juga cuba imbau kembali apa yang mendorong kepada rompakan kapal minyak oleh para lanun Somalia sedikit masa lalu? Tidakkah perkara yang serupa menjadi asas kepada peningkatan gerakan lanun di Laut Sulu? Bahkan dalam sebuah rumah tangga juga, anak-anak akan mencuri wang ibu-bapa mereka saat mereka tidak kecukupan wang bila ibu-bapa mereka masih dalam kesempitan. Natijah jenayah bukanlah sesuatu yang sangat susah untuk dimengertikan akan segala puncanya. Maka sebab itu Islam menyediakan satu landasan kukuh bagi menghalang kegiatan jenayah melalui Hukum Syarii yang berat iaitu Hudud. Cuma, kita orang Islam tidak yakin akan prihal tersebut.
(4) Di Sarawak dan seluruh Negara, kegiatan jenayah bukanlah sesuatu yang baru. Di zaman sebelum kedatangan British sudah ada unsur-unsur tersebut khusus dalam industri perlombongan timah. Kita juga pernah mendengar bagaimana gangster terlibat dalam pencurian balak, malah mengawal penebangan hutan, pengambilan pasir, merompak lori mengangkut getah di saat harga getah sangat tinggi, mengawal stesyen-stesyen minyak, pengedaran gula, tepung dan bahkan minyak makan di perbatasan, pasaran telur, bawang dan bermacam-macam barangan kawalan di pasaran pada waktu-waktu tertentu, juga dalam pasaran rokok, minuman keras, pembelian buah sawit basah, dsb. Tidak usah dicakap dalam hal-hal persundalan, dadah, perjudian dan perkara-perkara berkaitan segala bentuk hiburan lewat malam, di situlah segalanya berpusat dan berakhir. Sesungguhnya, di Malaysia, kegiatan jenayah telah menjadi sumber ekonomi dan perdaganagn yang sangat lumayan bagi segelintir pihak-pihak tertentu. Pergilah keliling Negara, tanyalah rakyat tempatan akan "istana" si anu dan si anu, bagaimana dia membinanya, dari mana punca pendapatannya?, pasti akan ada yang mengatakan tidak lain dari wang gelap. Saya yakin pihak polis dan segala badan penguatkuasa di Negara ini tahu siapa pelaku dan di mana ianya berlaku, cuma, usaha pembenterasan sering terganggu akibat kepentingan Kapitalis Haloba di dalam dan di luar sistem tersebut.
(5) Buat saya, Najib perlu jujur, nekad, dan tegas dalam memerangi jenayah dan rasuah di Negara ini. Najib sendiri mesti bersih dan nekad bersih terlebih dahulu. Itu pemula. Kepala mesti bersih baru ekor apa lagi perut, baru semua bersih. Jenayah dan rasuah, keduannya ibarat kuku dengan isi, aur dan tebing. Jenayah sukar dibendung selagi rasuah terus berkuasa. Namun keduanya terletak pada jalan mana dan caranya kita mengatur kesaksamaan ekonomi, keadilan sosial serta ketegasan perundangan kita. Saya melihat, kepincangan sistem ekonomi, pendidikan dan perundanagn kita adalah punca kepada segalanya. Maka, dalam usaha Najib untuk memerangi Rasuah dan Jenayah, dia hanyalah tackling the tip of the iceberg, namun dia mesti disokong sekuatnya untuk memecahkan segala. Saya melihat, di Malaysia, kalangan penerima dan pemberi rasuah sangat jelas terbahagi kepada dua kelompok yang jelas. Begitu juga yang menjalankan penguatkuasaan dan yang sering melanggar peraturan, juga dua kelomp[ok yang jelas. Maka, untuk menghapus jenayah, sistem sosial kedua-dua kelompok ini pastinya yang perlu dirubah. Ini memerlukan social engeineering yang kental dan pasti memakan masa. Kita perlu mengatur langkah wajar ke arah itu. Salah satunya, Islam mesti berdiri mengakar kukuh di Negara ini khusus di kalangan Umat Islam. Sempit dan longgarnya penerapan nilai-nilai Islam telah memesongkan kita terhadap akad kita adalah khalifah Allah.
(6) Dalam soal jenayah dan rasuah harian, untuk sementara ini, biarlah pihak polis serta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan tugas mereka dengan penuh professional. Tidak perlu pihak-pihak lain, khususnya VIP Politik, campurtangan selagi mereka professional, apa lagi melatah tidak ketentuan. Polis dan seluruh badan penguatrkausa di Negara ini mesti bersikap penuh professional. Politik dalaman apa lagi luaran, mesti dihentikan. Jangfan jadikan usaha pembenterasqan jenayah dan rasuah sebagai batu loncatan dalam Officer Politic juga Short Sighted Politic. Biarlah VIPs Politik bertanggungjawab dalam mengubal dasar dan perundangan Negara, manakala jentera Kerajaan diberi sepenuh tanggunghjawab menjalankannya secara penuh professional. Jika perlu, bentuk saja Badan Pengawas dan Pemantau.
(7) Negara mesti menjamin Ketenteraman Awam agar semua lapisan rakyat boleh menikmati secara saksama apa yang menjadi hak mereka. Janganlah hak mereka dirampas oleh segelintir yang punya otot dan berhati keras. Rakyat kebanyakan disamun, sedang segelintir yang berotot dan berhati keras ini mendapat perlindungan dari yang seharusnya melindungi rakyat. Jangan sokong membawa rebah, pagar memakan padi
Kuching, Sarawak
4 Sept., 2013
Kuching, Sarawak
4 Sept., 2013
0 comments:
Post a Comment