.

7/8/13 ONE MAN'S VIEW of the WORLD....LKY muktahir (draft)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 21, 2013

Share

& Comment

Dua buah buku dilancarkan di Singapura sedikit masa lepas. Satu bercorak hasil temuramah Abdullah Ahmad Badawi dengan seorang penulis-pemberita. Namun, sebelum kritik pedas sempat dilempar ke atas buku tersebut, khusus mengenai pandangan Abdullah mengenai cara Mahathir mentadbir Negara, siang-siang beliau sudah mengatakan: "Buku itu adalah hasil tulisan penulis berkenaan semata-mata". Maksudnya, dia tidak ingin terlibat dalam sebarang kontroversi dari hasil tulisan tersebut. Namun dari petikan akhbar, sebagai gimik pelaris buku satu hujah yang sangat menarik minat saya adalah: "Jika cara Mahathir diteruskan, Negara sudah lama bankrap". Bagi saya, sikap berhutang dan mega-projek bukanlah cara mutlaknya Mahathir, tetapi itulah cara agar terus trendy dengan Sistem Ekonomi Kapitalis. Berhutang dan mega-projek bukanlah suatu masalah, yang menjadi masalah adalah cara kita mengurus hutang dan mega-projek. Jika segalanya adalah mengikut cara halal, sesungguhnya hidup ini Allah hutangkan segalanya kepada kita. Apapun di dunia ini, hakikatnya adalah bahan hutang Allah kepada kita. Segalanya adalah pinjaman. Tidak ada apapun milik mutlak kita. Jadi soalnya adalah cara dan substance keberhutangan itu harus dikendalikan.

(2) Saya yakin, lima manusia terkaya di Malaysia, mereka berjaya dalam perniagaan adalah kerana berhutang. Cuma, mereka berhutang adalah untuk mengembangkan dagang, tidak untuk membeli nama, membeli dokongan. Dalam istilah lain, mereka berhutang dan berbelanja untuk mengembang perniagaan. Tetapi, apa yang kini menjadi kelemahan besar dalam cara kita mengurus Negara adalah bila kita berhutang untuk nama, kuasa, dan haloba yang belum tentu menjurus kepada kesejahteraan dan kemakmuran panjang rakyat.

(3) Buku kedua adalah seperti tajuk tertera di atas. Apapun buku tulisan Lee Kuan Yew (LKY) atau apa juga hasil tulisan dari temuramah dengan LKY pasti akan mengundang perhatian pihak tertentu di Malaysia, khususnya Mahathir dan atau mereka yang dekat dengan beliau. Bila membaca buku tersebut bersama-sama dua buku lain LKY iaitu Hard Truths To Keep Singapore Going dan My LifeLong Challenge sebetulnya tiada apa yang harus kita khuatiri mengenai pandangan LKY khusus mengenai Malaysia. Pada saya, LKY tidak akan pernah lari dari melontar rasa kerdilnya dalam dunia sebelah sini yang kian bergolak. Dia, sebagai tanggungjawab dan sentimentalnya dia, akan berusaha sekerasnya selagi boleh berfikir, bekerja, bercakap dan menulis hanya akan mengusul segala tiori-pandangan hasil dari sikap rasa kerdilnya dia. Bicara dan tindak laku LKY tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk Singapore Survival. Sepertinya anak kecil, saat anak-anak besar menganggu, pasti dia akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian sesiapapun untuk menyebelahinya. LKY sedang bermain wayang agar Singapura terus selesa bersama China dan Amerika. India dan Arab insignificant untuk sementara ini. ASEAN dan Timur Jauh hanyalah pelakun tambahan untuk menguat diri Singapura.

(4) Cuma syukurnya, kita orang-orang Melayu di Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos dan Filipina harus kini sedar betapa ada pandangan beliau juga ada benarnya. Kita harus boleh membaca, betapa kekhuatiran LKY tentang Singapura, harus juga dilihat sebagai langkah kewaspadaan serta tegas yang harus kita ambil berat. Cumanya, kita jangan sekali-kali terperangkap akan jeratnya untuk menjadikan Singapore as centre of ASEAN struggle. Kita harus terus merdeka berdaulat pada landasan dan kedudukan sebenarnya kita.

(5) InsyaAllah saya akan menulis tentang bila Melayu jadi pilihan Malaysia dan Indonesia yang merdeka sedikit waktu lagi, dan cuba melihat itu sebagai asas kepada kemungkinan kebangkitan Melayu Nusantara bertentangan dengan pandangan LKY terhadap perkara yang sama dalam hubungan kesejahteraan Malaysia dan Indonesia. InsyaAllah.

Kuching, Sarawak
21 Ogos, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.