.

6/8/13 HAYUNLAH ANAK-ANAK KITA....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 20, 2013

Share

& Comment

Kini, dunia sememangnya telah berubah. Berbuat atau tidak berbuat, perubahan tetap ada, terus berlaku. Yang muda jadi tua. Yang tua meninggal. Yang tegap menjadi lemah. Yang lemah kian modar terkulai mati. Perubahan adalah tabii alam yang Allah telah tetapkan. Ada yang menulis betapa 50,000 tahun sebelum penciptaan seisi alam ini, Allah telah menetapkan apa, bagaimana dan kesudahan segala. Tiada satupun terlepas pandang dari perkiraan dan perhitungan terperinci Allah. Namun, persoalannya, apakah Allah menetapkan segala secara jitu, precise buat segalanya? Saya berkira tidak, melainkan dalam banyak hal, Dia hanya menetapkan hukum atau sebab musabab kepada segala kejadian. Contohnya, sifat api Allah telah tetapkan akan membakar. Apa saja, akan terbakar oleh api. Namun, api tidak membakar sewenang-wenangnya tanpa sebab dan musababnya. Hukum Allah tentang api adalah ianya harus didekatkan kepada bahan bakarnya, maka baru ianya membakar. Tanpa bahan bakar, api tidak akan sekali-kali membakar. Begitu juga kematian. Segala akan mati. Tetapi tetap mati itu punya sebab musabab. Tiada apapun akan mati atau punah tanpa sebab musabab. Maka, caranya Allah mengatur segala adalah lewat hukum yang Dia mahu segala ikuti untuk sampai kepada hajat yang ditujukan.

(2) Berkeliling semasa lebaran ini (8-18 Ogos, 2013), ketemu beberapa teman-teman lama dan baru serta sanak saudara, saya melihat satu perubahan yang pasti akan "merosakkan" bangsa Melayu sekitar satu ke dua generasi mendatang ie 20-50 tahun lagi. Bila saya katakan merosak, saya merujuk kepada ciri dan wibawa budaya Melayu 1960an sebagai landasan. Pertama, generasi umuran 20-40 tahun kini adalah anak-anak Melayu yang ibu-bapa mereka (kini umuran 50-65 tahun) dulunya lihat sebagai komoditi dagangan. Mereka adalah anak-anak sekolahan yang tugas mereka tidak lain adalah untuk berjaya dalam persekolahan. Ibu-bapa kepada golongan peringkat ini mahukan anak-anak mereka berjaya, agar hidup mereka jadi makmur sejahtera atas kejayaan pelajaran mereka. Makanya, kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, membersih laman, ikut ke sawah dsb sangat dipisahkan dari mereka. Ibu bapa kepada golongan umuran 20-40 tahun kini adalah mereka yang dulunya adalah anak-anak susah dari generasi pasca Kemerdekaan iaitu hasil dari nenek moyang mereka yang susah dan miskin di zaman Penjajahan. Kerana sejarah susah perit silam, maka mereka tidak mahu anak-anak mereka menjejaki langkah hidup mereka. Lalu anak-anak mereka, mereka tatang bagai minyak yang penuh.

(3) Contoh. Saya bersama salah seorang kenalan seumuran 32 tahun. Dia cantik. Dia ayu. Dia angun. Dia independent. Bijak, tangkas orangnya. Sudah punya anak dua. Asyiknya makan di luar. Lebih mudah. Lebih cepat. Lebih ringkas. Makannya juga mudah-mudah. Lima ke sepuluh minit siap. McDonald, jika tidak KFC atau Pizza Hut. Paling recam sekalipun adalah Secret Recipe. Paling lazat adalah Sea Food atau Mamak Fish Head Curry. Sememangnya segalanya mudah. Di Bandar Baru Bangi dan Kampung Baru, Kuala Lumpur umpamanya, apa lagi di Kota Bharu, inginkan makanan apa saja, segalanya ada di sana. Yang perlu ada hanyalah I-Pad dengan package Google Map. Soal saya kenapa harus sebegini jalanan hidupnya? Jawabnya mudah: "Dulu, semasa saya masih sekolah, emak melarang saya ke dapur. Dia lebih suka saya belajar. Bila saya sudah bekerja, emak terus masak untuk keluarga. Kini, emak sudah tidak ada, dan saya tidak berapa nak reti memasak, maka makan di luar menjadi pilihan terbaik saya dan anak-anak.". Dari gaya bahasa, saya tidak perlu menyoal, ke mana sang suami atau ayah kepada dua anak-anaknya. Saya pasti si suami atau sang ayah sudah kabur mungkin bersama para perempuan seangkatan juga segayanya dia. Budaya pakai dan buang sudah kian menular hebat dalam budaya Melayu kini. Bukan soal makan di luar yang menjadi kegalauan saya, tetapi hasilnya pakai dan buang pasti akan meruntuhkan Kesatuan Umat Melayu dalam dua generasi lagi. Rumahtangga Melayu pasti tidak akan sama sepertinya di tahun-tahun 1960-80 lagi.

(4) Saat perempuan apa lagi ibu-ibu Melayu sudah tidak gemar memasak, kerana leceh, rumit, membuang masa, pasti the art of patience di kalangan Melayu kian pupus. Dalam budaya Jepun, juga Jawa, dan Siam, Kemboja serta Vietnam, memasak adalah asas kepada kasih sayang dan ikatan kekeluargaan. Saat lelaki, atau suami Melayu sudah tidak biasa menikmati juadah masakan isteri atau apa lagi anak-anak sudah tidak kenal air tangan ibu nan pasti ketaatan dalam sebuah rumahtangga akan mudah hancur. Itu soal masakan dan makanan. Pastinya soal mengemas rumah dan segala urusan rumah tangga menjadi Urusan Bibik. Saat Bibik ngak ada, pasti rumah tangga Melayu Malaysia akan berantakan ngak karuan. Tunggulah saat Dasar Penghantaran Bibik Indonesia mulai berkuatkuasa pada 2015, pastinya manusia seperti Sharizat Jalil akan paling lantang memperakui Nik Aziz Nik Mat agar "Ore tino comel, dok rumoh jago keluargo, biar ore jate cari nafkoh".(Sila lihat nota kaki) Begitu juga mobilnya siapa yang cuci, lamannya siapa yang ngurusi segalanya akan terpikul kepada bibik dan pak. Apa tidak mungkin nantinya ibu sama bapak juga segala kebutuhan pribadi mereka akan terurus secara pribadi oleh bibik dan pak? Golongan Menengah dan Atasan Melayu sedang menuju kepada budaya ini dengan cepatnya, Budaya Pakai dan Buang. Budaya Pakai dan Buang sedang meruntuhkan institusi kemasyarakatan Melayu. Asas kekeluargaan sedang dihempas kuat, maka tonggak kepada kemasyarakatan Melayu kian goyah.

(5) Budaya Pakai dan Buang pasti akan merambat menjadi lebih parah kepada Lu Lu Gua Gua satu matlamat agung Individualistik Kapitalis ciptaan Yahudi untuk menghancur seluruh umat melainkan Yahudi. Inilah sebenarnya kekhuathiran Muhammad SAW dan para Sahabah besar, bila mana Yahudi diharamkan dari berada di Mekah dan Madinah. Muhammad SAW tidak hanya tidak mahu Yahudi dekat kepada Umat Islam, baginda juga tidak mahu kita terikut-ikut akan budaya Yahudi. Di Amerika, Yahudi sudah dapat meresapkan kuat budaya Pakai dan Buang sehingga jati diri kebanyakan bangsa di Amerika menjadi sangat mudah untuk mereka eksploitasi ke arah sifat rakusnya mereka. Kejayaan Yahudi di Amerika, kini sedang mereka paksakan kepada seluruh dunia, dan Melayu kita atas sifat paling versatilenya kita, maka kita pun dengan mudah adopt and adapt budaya Pakai dan Buang. Yakinlah, banyak keruntuhan rumah tangga di kalangan pasangan muda juga pertengahan Melayu kini sangat terkait dengan penularan wabak yang menjurus kepada budaya Pakai dan Buang.

(6) Kekhuatiran saya yang kedua adalah budaya terimaan dari keluarga muda dan pertengahan kini. Kerana keluarga ini sudah menerima budaya Pakai dan Buang apa akan terjadi kepada budaya terimaan anak-anak mereka nanti. Perhatikanlah, saat di meja makan atau di mana-mana, I-pad, Handphone, dsb telah menguasai mereka. Sikap individualistik sedang subur pada anak-anak kini. Inilah asas kepada wabak Lu Lu Gua Gua yang kian terbangun kuat. Inilah asas kepada keruntuhan institusi kekeluargaan dalam masyarakat Melayu ke depan. Saya amat khuathir dalam satu generasi ke depan, institusi kekeluargaan Melayu sudah menjadi rapuh. Maka dalam dua generasi ke depan, Melayu akan menjadi individualistik mutlak. Saat itu tercapai, Islam yang mementingkan kesepaduan keluarga dan masyarakat pasti tidak lagi menjadi pilihan anak-anak Melayu iaitu para cicit kita yang mendatang.

(8) Puncak kekhuatiran saya adalah bila para penjawat berkedudukan Melayu sudah lalai dan kian tidak ambil peduli tentang betapa struktur kejiranan kini adalah punca keruntuhan Melayu. Mereka kian tumpul daya pemerhatian dan analisis mereka. Citarasa keMelayuan mereka kian hancur memudar. Sesungguhnya, kita orang Melayu paling tangkas mengalami Urbanisasi namun para penjawat berkedudukan (awam, GLC, politik, dsb) Melayu hanya sibuk mengisi lambung sendiri dari memikir dan memerah otak dan keringat menjangka musibah dari gelora urbanisasi Melayu. Kita tidak mahu belajar dari kegalauan pemerintahanh Osman Affan RA di saat Islam mampu menguasai seluruh Arabia dan Farsi bilamana masyarakat Islam asalnya kian bertembung dengan masyarakat Islam baru dari selkuruh pelusuk tanah tebarannya. Sesungguhnya Allah telah memberikan kita Ilmu Sajarah (Alif Lam Sadh) yang perlu kita jadikan pedoman. Namun kita bebal lantaran manusia sepertinya Najib Razak dan Muhyiddin Yassin sedang terlalu sebok untuk memenangi hati para kafirun dari melihat kecelakaan yang sedang menanti Melayu-Islam di Negara sendiri.

(9)Sesungguhnya kelemahan ketara kita, adalah bila Islam terus-terusan kita lihat dari konvensyenal lepas. Kita tidak berani melihat dan mengembangkan Islam dalam sudut Islam yang menyeluruh meluas. Islam sepertinya hanya untuk mereka yang ingin mati esoknya, tidak untuk mereka yang mahu hidup 1,000 tahun apa lagi 1,000,000,000 tahun lagi. Bicara Islam kita adalah untuk mendepani akhir zaman. Kita tidak berani untuk berbicara dan berbuat untuk "melambatkan akhir zaman".

(10) Ringkasnya, moyang (100 tahun dahulu) kita dulu menghayun para datuk-nenek (sekitar 75 tahun dahulu) kita dengan mengheret mereka dengan keras menerjah hidup, namun para nenek-datuk kita, atas belas kasihan, memanjakan kita (kita dalam umuran 50-65 tahun), sehingga kita pula terus memanjakan anak-anak (para ibu bapa muda dan pertengahan kini), sehingga mereka menjadi spoilt parents lalu terus neneruskan budaya kasihan kepada para cucu kita. Sesungguhnya, kesamaran sedang menanti cicit kita di hari muka. Sepertinya, piut kita akan terjerlus jauh ke dalam gaung kegelapan ciptaan kita. Bangsa kita Melayu telah melupakan terlalu jauh budaya keras kental menghayun Moyang kita sehingga kita kini sudah kian menjadi sotong jalannya undur ke belakang. SubhannaAllah. Alam (Alif Lam Min), Melayu kian hanya tahu memandang tanpa melihat mengerti. SubhannaAllah.

Kuching, Sarawak
20 Ogos, 2013

Nota:
Pengkelasan ciptaan Allah adalah jelas. Kelompok binatang, maka binatanglah sifatnya. Contohnya, kumpulan harimau, yang sering berburu adalah harimau betina. Sama juga halnya dengan singa. Yang jantan, seringnya hanya mengawas kawasan agar jantan lain tidak masuk kawasan. Makanya dalam sistem kekeluargaan singa-harimau, seringnya adalah yang jantan membaham anak-anaknya. Sesungguhnya itulah caranya Allah cuba mendidik manusia betapa jika lelaki menjadi jantan, apa akan akibatnya. Kini, kita sudah mulai melihat, lelaki Melayu sudah kian membiak jadi harimau dan atau singa jantan. Kerjanya, seronok mengawan. Mencari nafkah untuk keluarga sudah beralih tangan dari lelaki kepada perempuan. Paling dahsat, banyak lelaki Melayu sudah jadi sotong. Tetapi jika kita faham dan akur kepada budaya burung, pasti kita akan jadi lain. Dalam kelompok burung, yang jantan sibuk mencari nafkah. Yang betina menjaga sarang dan anak-anak. Maka dalam sistem hidup burung, jarang sekali kita melihat sikap onar dan tidak bertanggungjawabnya si jantan. Sharizat Jalil dan Rohani Karim kena prihatin tentang sindiran tajam Allah ini.

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.