.

2/7/13 KHAIRY JAMALUDDIN....jangan salah baca.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 04, 2013

Share

& Comment

Pepatah Arab ada mengatakan: rupa bangsa 100 tahun mendatang, ditentukan oleh generasi kini. Khomeni semasa dalam buangan di Paris berkata: bayi-bayi dalam kandungan seluruh perempuan Iran, adalah yang akan menumbangkan Shah Palavi. Dia betul, dan Shah Palavi menyembam di tangan anak-anak kecil dan ibu-ibu yang sedang mengandung biarpun merteka terpaksa berdepan dengan kereta kebal dan bala tentera Shah Palavi. Orang Melayu berkata: bapa borek anak rintik. Juga: tangan yang menghayun buaian, adalah tangan yang menguncang dunia. Bahkan Melayu juga tidak berhenti sekadar di situ, terus mengasak dengan hujah: melentur buluh, biar di waktu rebungnya. Filem Anakku Sazali arahan dan lakunan P Ramlee, sangat jelas mengambarkan akan maksud semua itu. Penemuan ahli psycho-analis terkenal Sigmund Freud tentang pemeremajaan anak-anak, telah menghasilkan the chosen Aryan dalam regim Hitler. Begitu juga kemudiannya meluas ke Korea, Jepun, bahkan seterusnya menjadi White Supremacy bahkan lebih hebat Freemanson dan Zionisma. Tidak banyak, mungkin pernah terfikir, kelahiran Harvard, Oxford, Cambridge University, dsb yang dikuasai oleh para cendikiawan Yahudi yang terhalau dari Jerman di zaman Hitler, punya agenda yang sangat luas. Begitu juga, kini jelas Turki adalah sangat condong untuk mendokong NATO, bahkan sangat bersekongkol dengan Barat, khususnya bandut Yahudi iaitu Amerika untuk memporak perandakan bangsa Arab, tidak lain kerana Turki kususnya Universiti Istanbul, juga mendapat manafaat besar hasil dari buruan Hitler ke atas cendikiawan Yahudi. Saya tidak hairan jika Turki, dalam kepura-puraannya terus bermusuhan dengan Timur Eropah adalah kerana persekongkolan Christo-Judaism Barat ke atas Orthodox Christian East dan seterusnya melenyapkan kemungkinan kebangkitan Islam. Eisntein, Karl Mark, Darwin, Sigmund Freud, dsb adalah di antara cendikiawan Yahudi yang telah diburu keluar oleh Hitler dari bumi Jerman sehingga mereka menjadi pemikir terhebat di dunia Barat. Tanpa sadar khususnya di kalangan Umat Islam, Harvard, Oxford, Cambridge, dsb adalah jambatan Yahudi untuk menguasai dunia. Apakah UKM, UM, USM, UPM, UTM, UiTM, UUM, UIA, UMSabah, UNIMAS, dan UMK punya agenda dan tindakan besar untuk Melayu dan Islam?

(2) Cuba perhatikan negara-negara yang pernah dipengaruhi oleh Jerman, contohnya Sweden, Switzerland, Luxemberg, Belgium, Denmark, Poland, dsb. Perhatikan sikap rakyat mereka. Perhatikan ketekunan tekno-saitifik mereka. Mereka sangat unggul dalam bidang tekno-saitifik. Begitu juga, mereka sangat berpegang teguh kepada sistem ekonomi berasaskan Koperatif. Apakah maksud koperatif mereka itu? Adakah ianya sama dengan Koperatif yang sedang diamalkan di Malaysia? Saya yakin, bak kata orang Melayu Sarawak, Kus semangat, jauh Pak Awi. Jepun, Korea dan Taiwan sangat mengikut rapat sikap mereka. Semuanya, adalah berasaskan prinsip awal yang telah ditanam oleh Hitler iaitu Aryan Supremacy. Di zaman Hitler, anak-anak keturunan Aryan di jadikan Anak-Anak Negara. Mereka dipilih, dididik dan dibentuk untuk menjadi Warga Jerman Tulin. Hitler secara pribadi, memberikan perhatian berat kepada pembinaan jiwa dan sikap anak-anak ini. Tidak dinafikan sejarah sebagai anak gelandangannya sangat mempengaruhinya. Akibatnya, sikap mereka, tidak lain berjuang, hidup, berbakti hanya untuk Negara. German First, bukan 1German, tetapi German1st. Sanggupkah Melayu sebegitu? 1Malaysia yang Najib laung-laungkan untuk siapa dan apa? Sehingga kini, 1Malaysia masih saya lihat sebagai slogan politik semata-mata dan bukan suatu agenda pembina bangsa dan Negara, apa lagi penegak Islam.

(3) Juga, jika sesiapa mengikuti sejarah Ho Chii Minh, pasti kita akan sering didedahkan dengan sikap beliau yang sangat prihatin kepada anak-anak bangsanya. Ke mana saja, di mana saja, kapan saja, Ho Chii Minh akan memberikan perhatian kepada anak-anak Vietnam. Sebabnya mudah, dia sedang mendidik anak-anak bangsanya untuk bertahan berjuang demi tanah air yang merdeka berdaulat. Bukan setakat Negaranya merdeka berdaulat, tetapi lebih penting rakyatnya harus terus teguh bersatu kental merdeka berdaulat. Ho Chii Minh, mengorbankan dirinya, hidup dalam sengsara, mendekati anak-anak bangsa agar sepanjang zaman, sampai kapanpun dia akan terus menjadi Bapa Bangsa Vietnam. Hanya kerana dia bukan seorang Muslim, jika tidak, pastinnya dia adalah contoh Pemimpin Abad 19 yang zuhud demi cintanya kepada bangsa dan tanahairnya. Sanggupkah pemimpin Melayu sebegitu?

(4) Sesungguhnya Muhammad SAW menjadinya Muhammad SAW adalah kerana latar belakang zaman anak-anak dan remajanya. Saya tidak menafikan baginda mendapat taufik dan hidayah Allah sepenuhnya, namun tetap keadaan diri pribadinya turut memainkan peranan. Dari ayahnya Abdullah Ibni Abdul Mutalib dan Aminah ibunya, adalah manusia mulia. Dia terdidik dalam penuh kemuliaan biar dalam dhaif kemiskinan. Begitu juga Ali Abi Thaalib. Didikan Muhammad SAW kepadanyalah yang menyubur jiwanya dengan penuh keberanian. Di zaman remaja, dia sudah sanggup mati demi Islam dan Muhammad SAW. Bahkan di zaman anak-anak lagi dia sudah sanggup bergulat dengan sesiapa yang menghina Muhammad. Juga jika diperhatikan, Umar Al Khaatab, sengsara didikan orang tuannya yang keras menjadikan dia seorang yang pada asalnya sangat menjiwai Budaya dan Keturunan Quraish. Dia sanggup untuk membunuh Muhammad SAW demi cintanya kepada bangsa dan budaya Quraishnya. Namun Allah MahaBerkuasa, dia kemudian menjadi manusia paling keras dan zuhud dalam membela, mengembang dan mempertahankan Islam. Di saat kematiannya, Umat Islam menangisinya kerana benteng Islam telah runtuh, gerbang Islam telah diterjah roboh. Begitu juga cucundanya, Umar Abdul Aziz. Semasa hidupnya, Khalifah Umar al Khattab selalu berdoa. “Wahai tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam.” Doa Khalifah Umar al Khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz atau nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim binti Ashim bin Umar al Khattab, khalifah al Rasyidin yang kedua. Semasa menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangkan menyamai keadilan pada zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim. Pendeknya, jika kita dapat memahami akan segala ungkapan kata-kata hikmat yang saya utarakan di permulaan tulisan ini, pastinya kita akan sadar betapa kita Melayu kini telah tidak mengambil jalan betul dalam membina generasi masa depan kita atau mungkin kita sebetulnya tidak membina kekuatan sejati bangsa apa lagi menegak Islam pada landasan sebenarnya.

(5) Itulah apa yang ingin saya hujahkan buat perhatian kedua-dua Khairy Jamamluddin, sebagai Menteri Belia dan Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pendidikan. Sistem Pondok, Madrasah, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Kebangsaan, bahkan segala Institusi yang seharusnya memperkuatkan kedudukan Melayu dan Islam masih teraba-raba dan sering terpesong. Saya melihat kedua-dua Khairy dan Muhyiddin sebagai tangan yang sedang menghayun buai. Buai tinggi tinggi sampai cucur atap; Bila besar nanti pandai baca kitab. Bila pujangga Melayu mencipta dodoian tersebut, pengharapan mereka adalah amat tinggi, agar anak bangsa menjadi berIlmu berIman. Namun, sejak Najib dulunya menjadi Menteri Pelajaran (di bawah pentadbiran Mahathir Mohammed), dan mungkin atas desakan pandangan singkat UMNO yang terlalu ingin melihat bertali arus anak Melayu masuk ke Menara Gading serta mendapat Ijazah First Class Honours maka di tahun 1990an banyak kelonggran telah diberikan sehingga kita akhirnya melahirkan graduan ingusan. Bukan setakat mereka cetek Ilmu, malah berselebaran pendek Iman. Kenapa?

(6) Saya melihat anak muda Melayu kini, hanyalah kelompok yang pentingkan diri. Mereka hidup untuk diri sendiri. Mereka tidak punya semangat kemasyarakatan. Buat mereka kemasyarakatan bermaksud cukup setakat hadir ke majlis Kenduri Kahwin, Tahlil Kematian, dan atau bertandang di Hari Lebaran. Apakah mereka akan menyumbang keras kepada kerukunan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat? Buat mereka itu tugas kerajaan. Biarpun mereka juga adalah anggota kerjaan, tetap mereka menunggu kerajaan untuk berbuat apa yang masyarakat perlukan. Sound funny , memang janggal, sememangnya tidak masuk akal, namun itulah yang kian menular luas. Pendeknya, mereka mengambil sikap lepas tangan bila berdepan dengan soal-soal kemasyarakatan. Masyarakat miskin, masyarakat susah, masyarakat payah, masyarakat menderita, apapun soal masyarakat, itu bukan soal mereka. Mereka sekadar jika bekerja, hanya bekerja untuk makan gaji, kemudian enjoy dengan gaji mereka. Di kalangan golongan menengah umur dan taraf sosialpun sudah kian tidak pedulikan masyarakat. Mereka lebih peduli kebajikan sendiri, keluarga sendiri, tidak lebih dari itu. Kenapa?

(7) Untuk renungan biar saya sisipkan pandangan tetanga apartment saya semasa saya menuntut di Amerika Syarikat dulu:Ye man. Why should I care about others. You don't pay my bills. You don't care of my future. I have lots of works to take care. I have my troubling girl friend to attend. I have my busy 24 hours, seven days a week life to bother. So don't bother me!. Begitulah bila saya sering menegur beliau kerana suka menyepah Laundry Area yang kebetulan berada di luar pintu appartment saya. Biarpun banyak akan mengatakan, sikap sebegitu tidak representative, namun hakikatnya, sebegitulah natijah kita kini. Akibatnya kini, khususnya UMNO kian merasakan betapa anak Melayu kini sudah belot, derhaka. UMNO sudah tidak menjadi buah hati Melayu kini. Anak-anak muda Melayu telah beralih memilih media sosial, motorsikal, basikal, kereta antik, kegiatan lasak, dadah, santai habis, hiburan, bosia, gangsterism, segala bentuk hiburan dan keseronokan, dsb. Akhirnya, terumus dalam kepala orang politik khususnya, betapa anak-anak muda Melayu khususnya tidak punya semangat kebangsaan, ingin gaya hidup aktif, tersangat celek IT, dsb. Maka terumuslah program Rakan Muda, Latihan Tata Negara, "Contact Social", I'M4U,  dsb di pihak Kerajaan. Berkecambahlah segala bentuk kemudahan disediakan di kota di desa. Segala bentuk agihan dihulurkan. Komputer 1Malaysia. Kampung Tanpa Wayar. Bantuan Hp. Bantuan Pengambilan Lesen Memandu. Sebut saja apa saja. Segala tersedia. Semuanya demi Rakyat diDahulukan.  DiDahulukan apa? Saya berkira DiDahulu diRosakkan!. Segalanya adalah pancingan agar mereka tidak memberontak tidak mengundi parti pemerintah. Soal social cost-effective dan atau social real benefit apa diperhalusi tidak perlu dibincang apa lagi dilakukan, yang penting immediate excitement, rakyat merasa terbela lalu mengundi UMNO paling tidak individu tertentu akan terpilih mendukduki kerusi kepimpinan UMNO. Sedang di pihak pembangkang mereka menganjurkan ceramah, demonstrasi perdana. Untuk melawan itu maka, Kerajaan menganjurkan majlis raksaksa sepertinya Himpunan Belia, Hari Berbasikal, Hari Kerjaya, Pesta Sukan, Pesta Bola, Pesta Nasyid, segala pesta yang akhirnya menjadilah anak-anak muda Melayu sebagai anak bangsa pesta. Sampai waktunya, saat ditoleh ke belakang, apa yang ada? Kampung tergadai, hutang bertimbun, bercerai berai, merempat menagih rasuah, penyelewangan akidah, masalah along, buang anak, berjela-jela jika hendak disenaraikan semua. Kenapa?

(8) Semuanya, adalah kerana kita sudah terlalu lama salah baca. Kita sudah tersalah baca (mungkin juga tidak membaca) suruhan Islam khususnya umpamanya agar anak-anak yang berumur lebih dari 10 tahun jika tidak mahu sholat perlu dirotan. Kita juga tidak mahu belajar kenapa Muhammad SAW, Mutalib biarkan mendewasa disusukan di pedalaman gurun di kalangan Badwi, sedang anak-anak kita terkurung bersama segala gadget di rumah berpagar bagai margastua kalau tidak penjara. Juga kita sudah salah baca, orang tua-tua di tahun 1960an dulu adalah tegas didikan mereka, sangat keras dan berdasarkan saikologi pendidikan Barat sebagai destructive, not humane. Kita juga sudah tersalah baca saat anak-anak suka media sosial, maka mereka perlu diberikan I-pad, PC dan handphone. Hakikatnya, kita sedang membaca telatah dan pribadi anak bangsa kita lewat kaca mata Harvard, Oxford, Cambridge dsb. Kita sudah lupa pesan Abuya Hamka. Kita menidakkan pandangan Zainal Abdin Abdullah, Zaaba. Kita lupa kritik Abdullah Munshi. Kita sudah terlalu banyak salah membaca akan bangsa kita sendiri.

(9) Buat Khairy Jamaluddin (begitu juga Muhyiddin dan lain-lainnya), sesungguhnya Allah telah memberikan dia apa yang dia mahu. Allah sedang menuruti kehendaknya. Dia hendakkan harta, Allah sedang berikan dia harta. Dia hendakkan pangkat, Allah sedang berikan dia pangkat. Dia hendakkan kuasa, Allah sedang berikan dia kuasa. Juga dia hendakkan nama, Allah sedang berikan dia nama. Tidakkah Allah telah berfirman kira-kira bermaksud: Kamu hendakkan dunia, dunia Aku berikan. Kamu hendakkan Akhirat, Akhirat Aku berikan.... Cuma, untuk apa segala itu? Untuk diri sendiri? Untuk Melayu? Untuk Negara? Untuk Islam? Pujangga Melayu ada berkata: tepuk dada, tanya selera. Juga apa tempelak Allah selanjutnya? Tidakkah Allah juga berpesan, kira-kira bermaksud hanya kepada Aku kamu harus sujud dan akan mengadap? Apa maksudnya? Apa akhirnya yang akan kita bawa pulang? Apanya, yang memungkinkan Muhammmad SAW akan mengaku kita Umatnya dan Allah tidak memalingkan mukanNya dari kita? Sesungguhnya, janganlah kita membaca Umat Melayu lewat pandangan Christo-Judaism, kerana pesan Muhammad SAW amat jelas: kita jangan sekali-kali menjadikan mereka sebagai panduan. Islam menuntut agar kita lain dari mereka. Melayu kena berani berdiri dan mengasak jadi lain dari yang lan-lain. Kita, Umat Melayu telah mengambil Islam sebagai agama rasmi kita, dan Allah meredhai itu, maka Islam harus jadi landasan pembinaan bangsa kita.

(10) Saya yakin, tidak Abdul Razak Husein dan Abdul Rahman Putera terus bersemadi dalam sanubari Melayu, jika mereka memilih bukan landasan jati Melayu dalam perjuangan mereka.  Saya akan menjadi terlalu kesal jika Khairy Jamaluddin khususnya juga Muhyiddin Yassin lupa akan adat Minang-Rhiau, adat yang telah mendewasakan mereka. Saya yakin Abuya Hamka, apalagi manusia-manusia sepertinya Hamka, Zaaba, Tun Sri Lanang, Hamzah Fansuri, Amminuddin Baki, Rasdan Baba, dsb akan paling kecewa jika mereka masih hidup jika Khairy Jamaluudin dan Muhyiddin Yassin menghianati pola budaya nenek moyang mereka dan kesasar lantaran pengaruh Christo-Juddaism, Zionist, Feemanson dan Kapitalis. SubhannaAllah semoga semua kita mendapat seluas Taufik dan Hidayah Allah dalam mengaris agenda pembinaan bangsa Melayu dan memperkukuhakn Islam serantau. Saya merasa, pemimpin Melayu serta warga cendikiawan dan pegawai Melayu, kita telah terlalu lama untuk suka facilitate orang lain, sehingga bila sampai kepada bangsa sendiri kita mudah lelah menyampah. Melayu perlukan institusi sepertinya yang ada di Jerman, Korea, Jepun dan bahkan China untuk benar-benar membentuk Melayu sejati. Kita ada banyak sebetulnya, cuma Melayu yang nenerajui isntitusi ini sudah kesasar hilang araha dan tiada siap mahu mengembalikan mereka ke jalan pulang yang lurus. Jika kita tidak dapat membentuk jati dir kental dalam semua Melayu, setidak-tidaknya kita mesti berusaha keras membentuk sebilangan pemimpin, teknokrat, pemikir, dan pejuang Melayu tulin untuk memimpin Melayu kebanyakan. Jika kita lihat pada Muhammad SAW, baginda meniggalkan sekitar 300-500 para sahabah yang terdidik hebat untuk membantu para Khulafa Arassidin dalam mempertahan dan mengembanagkan Islam. Apa kita lupa akan contoh Sunnah itu? Saya yakin, dan malang, Najib belum menjejaki tepat, sifat watak pemikiran Abdul Razak Husein dalam banyak cara kerjanya. Dia hanya menjejaki kegemilangan Abdul Razak Husein, sekadar untuk simpati politik. Paling ketara, saya yakin tidak banyak yang mengerti kenapa Abdul Razak menubuhkan MCKK, SDAR, Alam Shah, SMSAH, KIK, Tun Fatimah, Kursiah, Kolam Air (Sri Puteri) dan STAR. Apakah sekolah-sekolah ini sedang mempertahankan jati diri mereka?

(11) Kegiatan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia seperti yang ada sekarang, belum mcukup bersepadu dalam membina jati diri anak-anak muda Melayu. Kita hanya berbuat untuk sekadar seronok sekejap sedang kesan pembinaan jati dirinya, belum kesampaian. Telah tiba masanya, kita berfikir keras untuk menentukan agenda masa depan bangsa Melayu dan bekerja keras ke arah itu.

nota:
Temuramah di TV1(?) di Rembau selepas kemenangan Khairy Jammaluddin mungkin harus terus Khairy mainkan. Kata seorang wanita (lebih kurang): Seronok bilo dongar Khairy berucap dalam loghat Rombau. Teraso dokek dio dengan kito. Yolah, mudah kito faham apo dio cakap. Kitopun boleh khoba apo kito raso tanpa raso kekok. Saya yakin, maksud tersirat adalah lebih jauh dari sekadar sodap sonang mendonga.


Kuching, Sarawak
5 July, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.