.

2/5/13 SAAT DETIK 12.00 MALAM 5 MEI, KITA PERLU MARKET STOP-GATE...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 02, 2013

Share

& Comment

Mahu atau tidak, kita mesti akur bahawa kita sedang dalam dakapan erat Sistem Ekonomi Kapitalis. Sistem ekonomi ini, landasannya sejak dari mula ianya diasaskan oleh para bijak pandai Yahudi, adalah berasaskan speculative market. Yahudi, awalnya dan sehingga kini, perlu bermain unsur-unsur speculative dalam membina kekuatan mereka lantaran mereka sejak keluar dari Israel 2,500-3,000 tahun dahulu tidak mempunyai pegangan apa-apa. Mereka tidak punya kekuatan lantaran mereka adalah bangsa pendatang yang tidak diterima oleh mana-mana negara atau bangsa lainnya di dunia. Gerakan Zionis, dengan bijaknya menubuhkan sebuah Institusi Kewangan lalu memberi pinjaman kepada masyarakat peniaga Barat-Russia, di negara-negara tempat mereka menjadi pendatang, lantaran dengan pijaman tersebut mereka mengaut keutungan berlipat ganda berbanding pendapatan mutlak para pengusaha sebenar. Sesungguhnya, kedudukan asal Yahudi di Barat adalah setaraf dengan kaum Rohingya di Myanmar dan Champa di Vietnem dewasa ini.Sesungguhnya, sistem ekonomi Kapitalis-Yahudi adalah pembunuh wadah bahana kepada kesejahteraan abadi semua. Yahudi hanya mahukan segalanya untuk mereka, sepertinya juga agama Yahudi hanya untuk kaum Yahudi.

(2) Asas ekonomi bersandarkan speculative sangat bergantung kepada banyak unsur-unsur tidak nyata. Ianya tidak berasaskan kepada intipati fundamental sebenar kekuatan ekonomi sesebuah Negara. Ianya bergantung kepada pembayang positif dan juga negatif pasaran atau pelaburan. Dalam istilah bermoral, sistem ekonomi berasaskan speculative sangat terpengaruh oleh fitnah dan pemujaan atau godaan. Pemujaan atau godaan, bermaksud umpamanya betapa kerana keadaan-keadaan tertentu, maka nilai harga sesuatu barangan atau perkhidmatan akan naik. Saat keadaan seperti ini berlaku, maka ada pihak akan berebut untuk membelinya barangan atau perkhidmatan tersebut. Kerana wujud suasana perebutan akan lebih menguja pembelian massa dan akhirnya nilai atau harga barangan atau perkhidmatan itu menjadi melambung melepasi batas harga dan nilai sebenar. Begitu juga keadaan negatif juga boleh diadakan bagi merundumkan harga atau nilai barangan atau perkhidmatan tersebut. Berita atau keadaan positif atau negatif ini boleh jadi benar, boleh juga sengaja diada-adakan oleh pengeluar barangan tau perkhidmatan berkenaan. Hasilnya, maka ada apa yang disebut sebagai price movement, naik atau turun. Jika menaik tidak banyak perlu diragukan. Jika ada tanda-tanda menurun menjunam merundum, maka akan berlaku market panic yang akhirnya memungkinkan kebankraban sepertinya banyak terjadi dalam suasana Krisis Matang Wang Serantau 1997-98.

(3) Sesungguhnya, PRU13 adalah terlalu panas. Keadaan panas tidak terasa di Sarawak, tetapi sangat membahang di Malaya dan Sabah. Akibatnya, banyak khabar dan suasana yang tidak sihat buat perkembangan ekonomi negara telah tercerna. Kesannya, jika kita perhatikan, sejak Parlimen dibubar, Indek Pasaran Saham kita jauh menurun berbanding negara-negara jiran ASEAN. Begitu juga, banyak pelabur sudah membuat kenyataan betapa mereka menangguhkan Pelaburan Selanjutnya bergantung dengan keputusan PRU13 nanti. Jika BN dapat 2/3 majoriti, immediate correction akan terjadi. Namun jika BN hanya menang tipis, pasti akan terus berlaku keadaan tunggu dan lihat. Apa lagi jika BN kalah, pasti segalanya boleh menjadi keributan.

(4) Maka saya berkira, mulai sekarang sehingga seminggu selepas PRU13, wajar langkah berawas segera disediakan. Syukur Nor Mohammad Yakub tidak bertanding. Dia bersama Mahathir dan Zeti serta pakar-pakar kewangan dan ekonomi tempatan harus telah bermesyuarah dan membuat jangkaan ke depan tentang kemungkinan-kemungkinan Tindakbalas Pasaran Saham KLSE berasaskan pelbagai kemungkinan-kemungkinan Hasil PRU13, dan merangka langkah segera bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan tersebut. Kita tidak boleh terlalu yakin akan sesuatu scenario. Sesungguhnya Allah telahpun memberikan kita pengalaman yang harus menjadi pengajaran buat kita lewat Krisis Matang Wang Serantau 1997 dan kesan PRU12. Kita mesti bersedia untuk berdepan dengan kedaan the worst scenario. Saya berdoa, semoga mereka yang terlibat harus bersikap benar-benar sebagai negarawan. InsyaAllah.

(5) Saya berkira, Najib harus mengambil perhitungan segera akan hal ini, selaras dengan tanggungjawab beliau sebagai PM selagi PM baru belum terlantik, biar siapapun dia. Kebajikan Negara harus diutamakan dari segalanya. Najib tidak harus terlalu tangkas untuk bercuti dan mengtistiharkan cuti.

Kuching, Sarawak
2 Mei, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.