.

12/3/13 SARAWAK AS A MODEL....atau apa mungkin kita merobah segalanya?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 20, 2013

Share

& Comment

Let me say, to this day, I'm not yet move by our political outcry out there. Be it within the governing system or the opposition. Worst for the Independent or the NGOs. The reason is very simple, especially at the National level, I still can't see what would be the Hope for the Nation? What new and significant could be offer by any party? In this democratic and capitalist-based political and economic system, the best electorate expectation is to capture what would be the future desires that we could be led to. If one follows the Western politic, particularly with the American, even Israel, the voting is always directed by the Hope of the Nation either the candidate or the party would want to steer. Obama focused on reducing cost of living while generating sufficient employments while Nethanyahu go for land grabbing.

Sehingga kini, saya belum begitu tergerak oleh asakan politik semasa. Tidak ada yang mengujakan saya khususnya bila melihat keadaan di peringkat Persekutuan. Samaada di pihak Kerajaan, Pembangkang dan atau NGO, semuanya belum memberikan saya rasa apa-apa. Pokoknya, sudah beberapa kali saya katakan, saya tidak dapat melihat Apakah Harapan yang ada terbentang di depan saya untuk Negera ini? Saya tidak mengharap untuk diri sendiri, saya mengharap untuk Negara, bangsa dan Islam. Dalam amalan demokrasi dan kapitalis, harapan adalah tunjang kepada masa depan seseorang dan atau institusi. Biar di dalam Al Quran sekalipun, tetap Allah membentangkan Harapan untuk membujuk UmatNya agar bersamaNya. Apakah sebenarnya Harapan Negara, Bangsa dan Islam yang sedang dengan jelas Najib dan kuncu-kuncunya sedang perjuangkan keras untuk kita?

(2) As to this date, Najib had been shouting about 1Malaysia. He proclaimed such as a destiny, not a slogan just as Malaysia Boleh. Along the way he also aims to gain High Income Nation as a hallmark to a Developed Nation by 2020. Thus putting the three together, does he mean High Income Developed 1Malaysia as his ultimate destiny? Indeed, he had never define the Nation destiny as such. Well I leave that for Najib to elaborate and explain.

(2b) Akhir-akhir ini Najib bergegak gempita melaungkan 1Malaysia? Apanya itu? Adakah ianya suatu Harapan atau sekadar slogan? Kemudian, dia juga banyak bercakap tentang Negara Berpendapatan Tinggi dan sebuah Negara Maju. Jika Negara dipentingkan, bagaiman dengan rakyat. Sepertinya, dia hanya bercakap tentang Negara, tidak tentang rakyat. Apakah jika Negara sudah Maju dan berpendapatan tinggi, bagaiman pendapatan rakyat, atau rakyat akan hanya menjadi penerima ehsan? Apakah itu betul? Persoalan saya boleh dilihat sebagai keanak-anakan, namun saya pasti, kejelasan adalah penting dalam kita menghadapi masyarakat majmuk seperti Malaysia. Lagipun yang hendak hidup bukan Negara, tetapi rakyat. Maka di mana letaknya Rakyat didahulukan? Sebetulnya, Najib belum dapat meletakkan segalanya dalam satu package untuk rakyat gengam kuat.

(3) Nonetheless, let look at our socio-political-economic scenarios. In brief, socially, we are not doing great as yet. Cultural and religious tolerances is under fire. National unity is still on a blur path. Intellectually, probably we are moving backward. The masses are still drown by rhetoric debates, but not real analytical and solution seeking exposition. Economically, the cost of living is on the uprising; not in tendum with the growth rate of income. Adequacy of basic needs are in limbo with lots of fund being furnel for subsidies and wastage. Housing and neighbourhood development, mobility, and security are the major issues. Quality of employment doesn't match with the intended High Income Nation vision. Our International Trade is greatly moving into the marginalise sector. Worst when we look at the issue of good governance, we are great at angkat bakul but we didn't realise we had been mengangkat bakul sampah. Politically, we had never been together since 1959. Our political maturity never progress to better. Our international political outlook I would say is drifting in turbulence. Indeed Malaysia is in the hike of multi prong challenges. I may sound pessimistic, but I don't meant so. What I want to say is that do we really continously and strategically scanned our overall threats? Singapore and Israel, they survived well because they have continuous Intelligence and Think Tank on the matter, while we in Malaysia are too busy with narrow minded politicking

(3b) Secara imbasan, wajar kita merenung sejenak keadaan sosio-politik-ekonomi kita. Secara umum, dari sudut sosial, kita sebenarnya tidak mantap. Perpaduan antara kaum dan apa lagi di peringkat Nasional, kita masih terlalu goyah. Sikap tolak ansur budaya dan agama masih terlalu rapuh. Daya keIlmuan dan kebijakasaan kita juga seperti kian mengundur. Secara ekonominya, kos hidup kian mendadak. Kecukupan kemudahan awam kian payah. Perumahan dan kejiranan, kemudahan pengangkutan awam, keselamatan dsb masih jauh dari memuaskan. Kualiti kerjaya yang kita jana tidak selari dengan hasrat Negara Berpendapatan Tinggi. Keupayaan dagangan antarabangsa kita kian menguncup. Apa lagi dalam soal TadbirUrus Berhemah, kita lebih gah untuk mengangkat bakul sampah. Kalau tidak masakan rakyat masih terus gelisah marah marah? Dari segi siasah, kita tidak pernah bersatu sejak 1959. Kematangan berpolitik kita tidak beranjak kuat ke depan. Satu tuduh, satu tibai. Akhirnya dua-dua bodoh tak senonoh. Juga pengurusan politik antarabangsa kita seperti dalam keributan. Kita kurang bijak membaca udang di balik batu. Sesungguhnya kita sedang menghadapi cabaran dari pelbagai penjuru. Saya mungkin bernada pesimistik, namun saya tidak bermaksud sebegitu. Saya khuatir, kita tidak cukup berawas dan meneliti. Singapura dan bahkan Israel, mereka tetap kukuh kerana mereka tidak pernah leka. Mereka terus siap siaga. Sesungguhnya, mengikut Mao Tze Dung, kejadian di Lahad Datu adalah ibarat, One will know who is naked as the water goes down. Dalam prihal tersebut, kita terperangkap bogel walaupun oleh tentera kampungan Kiram.

(4) Let me now focus my discussion on Sarawak. Firstly, with our coastline of 1,000 km, State territorial area span to 250 km into the South China Sea, and land with diverse mass of 12.45 million hectares, within among the most productive geo-climate, Sarawak is an envy and threat to many. Our resources and locational position within the dynamic economic and political region, makes especially the West to be dengki and would love to khianat on us. Why? If we could say, planted 4,000,000 ha of oil, palm, what would the effect to the soy bean, corn, other vegetable oil of the West? Secondly, with our heavy rainfall ie about 5,000-6,000 mm/year, and if we is able to turn the whole of Rajang River System into Hydro Plants, where would be the shift of Power Intensive Industries within the region? Accordingly with our ability to convert all the Natural Catchment Areas into Sustainable Commercial Forest, about 6,000,000-7,000,000 hectares, would that not be a threat to many timber-based industries? Secondly, located to the North of Borneo, with the vast potential inland linkages to Kalimantan, sea linkages to Singapore, Indochinese, and Far East will not Sarawak poses great potential as Entre Sea, Land, and Air Ports. Could we not then be a regional Trade and Financial Center? Most notably, our population which is a mere 2.50 million but with a potential State revenue of RM2.50-3.50 billion/year, and if the Federal government is stable and accordingly prosper, Sarawak definitely will gain another extra RM3.00-4.50 billion contribution. If these funds are sustainable being managed strategically, would that not place Sarawak into a fast growing economy?

(4b) Mari kita meneliti kekuatan Sarawak. Kita punya pantai yang panjang; 1,000 km. Kawasan laut kita juga luas sehingga 250 km ke Laut China Selatan. Permukaan bumi kita recam dan luas, 12.45 juta hektar, yang terletak di kawasan tropika yang sangat subur. Kita berada di rantau sebelah sini yang sangat dinamik dari sudut politik dan ekonominya. Kita dicemburui banyak. Bayangkan jika kita dapat menanam 4,000,000 hektar sawit? Apa akan jadi dengan harga miyak soya, jagung dan sayuran lainnya? Dengan hujan sekitar 5,000-6,000 mm/tahun dan sungai-sungai yang banyak berselirat, agaknya bagaiman jika semua itu dibangunkan sebagai sumber kuasa hidro? Apa tidak mungkin ini akan mempengaruhi perletakkan industri-industri berast di rantau ini? Juga jika semua kawasan Tadahan Air dibangun dan diurus secara mamapan dengan Hutan Komersil, apa tidak terjejas Industri Asas Kayu Serantau, oleh 6,000,000-7,000,000 hektar sumber hutan? Begitu juga kedudukan Sarawak di utara Kalimantan, apa itu tidak memungkinkan Sarawak untuk menjadi Pelabuhan Darat, Laut dan Udara yang strategik di rantau sebelah sini? Apakah itu tidak memungkinkan Sarawak menjadi Pusat Perdagangan dan Kewangan sebelah sini? Juga, dengan keupayaan pendapat sekitar RM2.50-3.50 billion dan ditambah dengan peruntukan Persekutuan bernilai RM3.00-4.00 billion setahun, apakah itu tidak lebih cukup untuk penduduk Sarawak yang hanya berjumlah 2.50 juta? Tidakkah mungkin dengan sumber kewangan sebegitu, Sarawak tidak boleh memecut laju pertumbuhan ekonominya?

(5) Agree or not. Like it or not. I'm firm to say, Taib Mahmud indeed had chart a clear destiny for Sarawak. His SCORE Energy and Industrial Development Plan, Urbanization process, Forest Management Plan, Oil Palm Plantation pushing, Human Resource Focus and Facilitation, Halal Foods Production, etc he indeed is really realising the dream of Making Sarawak the Richest State by 2030. He is working hard on it, and proving his word clear and sound with real commanding nurturing act. Except the political glitch that he experiences nowadays, to me all are due to some easily curable mistakes or over sighted. The NCR land is one among them. That is peanut. The issue is nothing but confusion. The people are politically confused between their right and development matters. Definitely, private land tenureship is another. Also another peanut. Administrative will could clear all those. Surely, the few big boys who have gain much from Taib's 'kindness' should now make all effort to share with the State or Nation. These boys just should know when to pay back to the State or share with the smaller hungry kids. I could see over the past two years, Taib had made some equitable distribution. With his senior age, I would believe, Taib has much better wisdom and heart to all. He has nothing more to loose but definitely lots to gain by being more giving to the rakyat. But one thing for sure, the destiny of the State is very clear and such must not be side track. Sarawak indeed had set the Model on how to facilitate the People Expectation and we must now stand as One to hold to it.

(5b) Setuju atau tidak. Suka atau tidak. Sesungguhnya Taib telah melakarkan satu matlamat satu tekad yang jelas buat Sarawak. Dengan Pelan Pembangunan Tenaga dan Industri dalam SCORE, Pembandaran, Pengurusan Hutan Mampan, Perluasan Ladang Sawit, Pembangunan Sumber Tenaga Manusia, Pusat Pengeluaran Makanan Halal, dsb sesungguhnya dia sedang mengerakkan seluruh jentera Kerajaan dan pihak swasta membina Sarawak sebagai Negeri Terkaya pada 2030. Dia benar-benar bekerja keras untuk itu. Gerakkannya adalah focus ke arah itu. Dia tidak menerawang. Walau bagaimanapun, tetap ada sedikit kekecohan politik yang terpaksa dia lalui. Namun, sikap Taib adalah jelas. Dia tidak mengelabah. Dia retreat sebentar, kemudian mengasak cara lainnya. Sesungguhnya, riak-riak politik yang Taib hadapi adalah masalah-masalah kecil yang mudah diselesaikan secara Pentadbiran. Soal tanah NCR adalah satu antaranya. Sesungguhnya dalam soal tanah NCR, isunya tidaklah besar. Ianya sekadar kekeliruan antara hak kepemilikan dan soal membangunkan yang hak. Cuma, bila NGO dan politik sempit keliru, maka merekapun menjadikan rakyat keliru. Begitu juga dalam soal kepemilikan tanah-tanah sudah bergeran. Itu bukan isu politik, itu adalah isu pentadbiran yang mudah diselesaikan jika sistem pentadbiran adalah profesional tulin. Cuma mungkin, rakyat tidak berani bercakap jelas tentang betapa mereka mahukan agihan saksama dalam pembangunan mega. Saya berkira, soal itu adalah juga mudah. Dasar boleh dirubah, strategi boleh disusun kembali. Rasanya rakyat sudah mulai ada kemampuan untuk sedikit berdikari dan usaha-usaha keras harus dilalukan agar mereka boleh berdiri dan berjalan. Pokoknya, rakyat ingin turut serta dan itu mungkin kita telah terlepas pandang. Juga mereka yang besar-besar, yang telah mendapat rahmat berlimpah-limpah dari Taib, harus berbahagi makanlah.

(6) The major problem with Taib is not about what not right he had done, but, the rakyat is not well acquit with what good are ahead of them that he is doing. His government machineries I would say is too inert to do great Public Relation (PR) works and their  mode of operation seem to be the same since 1980s. Worst they are not really with the people. Pengamatan saya, kelemahan ketara Taib adalah disebabkan Jentera Kerajaannya tidak dapat menyampaikan dengan jelas apakah segala kebaikan yang akan mereka perolehi. Rakyat kurang jelas, kurang faham. Akibatnya, musang mudah menyamar. Jentera Kerajaan Taib, sudah agak terpisah jauh dari rakyat. Taib sepertinya kena lebih banyak bersuluh di tengah hari, biar sudah terang lagi bersuluh.


(7) In the coming GE13, those are prospects that Sarawakians collectively must never missed. With the shaky condition of the Federal Ruling Government, and the uncertainty of the Opposition Parties, I would say and believe that we must stand as One. We don't need to be 1Sarawak. We just hold to be One, due to the presence circumstances. Being solid as One, we would then have great bargaining power be it within the existing ruling party if they win or even with the opposition in case Sabahan and Peninsula choose to make a swing. Let us, with all our great prospect, we just move ahead, show the best mature political acuteness that we have. Be it for the business minded Chinese or welfare Natives being One, and make the best out of it later, is our smartest choice. Our only choice is to be One with Taib, and pray to God, we then work together for better. Sarawak indeed we can make a blow, or determine the next course. Just that we must be One at least this time. InsyaAllah

(7b) Dalam PRU13 ini, sesungguhnya itulah segala pertimbangan yang anak-anak Sarawak mesti perhitungkan tepat. Dalam keadaan Kerajaan Persekutuan yang goyah, juga ketidak pastian di kalangan parti politik alternatif, kita seharus berdiri teguh Bersatu. Kita tidak perlu 1Sarawak. Kita teguh saja Bersatu, sebagai taruhan dalam kita menghadapi keadaan semasa. Jika kita Bersatu, pasti kita, dalam keadaan apa jugapun, pasti meletakkan kita dalam kedudukan paling menguntungkan strategik. Kita pasti akan punya kuasa tawaran yang mantap. Dengan memeilik kuasa itu, ianya akan paling sangat menguntungkan semua pihak smada peniaga, pengusaha, pekerja, dan rakyat biasa. Kita harus saja Bersatu, dan berdoalah, InsyaAllah akan memberikan hidayah buat kita terus gagah dan berjaya. Kita, kali ini mesti Bersatu bersam taib, demi untuk merintis jalan ke arah memperkasakan kembali Negara ini. Kita tunjukkan jalan.

Kuching, Sarawak
20 March, 2013

Kuching, Sarawak
19 March, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

Jauhari juga mengenal manikam! Syabas!

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.