.

1/2/13 LAUTAN DARAH TIDAK AKAN MENJAYAKANNYA....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 14, 2013

Share

& Comment

MasyaAllah. Sekali lagi masyarakat Pattani disimbahi darah. Lima belas nyawa terkorban. Kenapa? Syahid atau mati katak? Saya kira mati katak. Mati sia-sia. Mati bukan kerana akal. Mati kerana nafsu bodoh. Saya berani berkata sebegitu dan akan terus berkata sebegitu. Bukan saya tidak simpati dengan bangsa ini, hati saya sebetulnya hancur melihat darah mereka tumpah atas kebodohan semua. Saya berkata, tegaskan, atas kebodohan semua.

(2) Masyarakat Pattani, apa ada pada mereka? Dari Hadyai membawa ke Golok-Padang Besar, sebetulnya, tanah di sana jauh lebih subur dari lain-lain tempat di Thailand. Teluk Bengala dan Teluk Siam adalah dua teluk yang Allah rahmati dengan dua lembah yang sangat kaya dan subur. Lembah Mekong, dengan Sungai Mekong, sungai terpanjang di Asia Tengara, merentas dari China ke Laos, Vietnam dan Kambodia-Thailand memuntahkan segala rahmat ke Teluk Siam yang menjadi hamparan rezeki buat masyarakat Pattani dan Champa sejak beribu tahun dulu lagi. Juga, Lembah Ganges, yang mengalirkan Sungai Ganges dari Tibet, merentas India dan Bangladesh mencurahkan juga rahmat yang tidak terhingga yang menjadi rezeki sekian lama masyarakat Pattani di sebelah Barat Segenting Kra. Begitu juga buat masyarakat Rohingya di selatan Myanmar. Usahawan Ikan Terubok Masin (UiTM) di Pasar satok di Kuchingpun banyak mendapat rahmat dari kedua teluk ini. Sesungguhnya, Allah tidak pernah mangkir akan janjiNya, betapa UmatNya tidak akan putus-putus mendapat rahmat dariNya. Cuma kebodohan menjadikan Umatnya melarat sepertinya di Habsyah, Bangladesh, dan di mana-mana termasuklah masyarakat Pattani, Champa, Rohingya, Sulu-Moro, dan kian menular di kalangan masyarakat Melayu.

(3) Teluk Siam dan Teluk Bengala, sebetulnya punya khazanah yang belum terbongkar luas. Minyak, gas, galian banyak terpendam di dasar teluk tersebut. Sesiapapun yang mengerti ilmu geologi, pasti sedar, mendapan, demi mendepan yang telah berlangsung ribuan tahun dahulu pasti telah membentuk gumpalan dan mendapan inorganik hidrokarbon yang bermutu di dasar dua Teluk ini. Hidupan laut, sepertinya tidak pernah habis di sini. Juga bentuk-bentuk alam tabiinya memberikan keindahan yang cukup luar biasa. Langkawi, Tioman, Sibu adalah sebahagian dari jaringan hebat geologiocal formation ini.

(4) Jika masyarakat Pattani tidak bodoh, pasti mereka sudah tentu boleh berfikir jelas. Begitu juga masyarakat Melayu di Negara ini, jika kita tidak bodoh pasti kita juga boleh melihat dengan jelas akan kekayaan namun dungunya sahabat seIslamnya kita. Fikirkanlah, Wilayah Pattani, terletak antara dua gergasi iaitu India dan China. Dua bangsa ini sudah membentuk separuh dari umat manusia di dunia ini. Lihat saja bentuk mukabumi dan cuaca di kedua Negara ini, agak payah untuk mereka menghasilkan apa yang perlu buat kehidupan mereka. Apa lagi Tanah Arab yang sedikit ke Barat. Juga, Segenting Kra sebetulnya boleh memudahkan perdagangan antarabangsa Timur-Barat. Itu baru sekelumit dari contoh MahaRahmat yang Allah telah anugerahkan kepada masyarakat Melayu-Pattani-Champa-Rohingya. Cuma dalam sistem politik sekarang yang sedang tercengkam kuat oleh Kapitalisma Yahudi berbulukan Barat, adalah tidak mungkin mana-mana Negarapun akan mendokong Kemerdekaan Pattani, Champa, Rohingya, dan Sulu-Moro. Tidak akan terjadi. Sebabnya mudah, Yahudi lewat Amerika dan Britain atas kepentingan Israel, tidak akan membenarkan itu. Kajilah politik antarabangsa Yahudi berbulukan Barat, pasti hujah saya itu akan menjadi lebih jelas. Namun, jika Papua mahu merdeka dari Indonesia, banyak tangan gelap akan sedia membantu. Australian dan Belanda sememangnya sudah lama mengidam.

(5) Maka perjuangan berdarah masyarakat Pattani, Champa, Rohingya, atau Sulu-Moro tidak akan pernah berjaya selagi Kapitalisma masih bertunjang kukuh di seluruh dunia. Sesungguhnya saya berkata, bertegas, pertumpahan darah di Pattani hanyalah perbuatan bodoh semua adalah atas perhitungan betapa kita Umat Islam terlalu bodoh untuk mengerti kenapa Allah sangat mengutuk Yahudi. Sifat kita, bila Allah mengutuk Yahudi, maka kitapun ikut mengutuk tanpa kita memahami sebab musabab Allah mengutuk mereka. Pepatah Melayu ada berkata Pukul anak, sindir menantu apakah itu tidak membawa apa-apa nur ke dalam pemikiran kita? Saya yakin, Allah sengaja mengutuk Yahudi bukan dengan kehgendakNya agar kita juga mengutuk Yahudi. Jika itu sifat kita, itulah kebodohan yang saya maksudkan. Sesungguhnya, mudah-mudahan saya benar, Allah mengutuk Yahudi agar kita mendalami, menyiasat, mempelajari akan kelebihan yang Allah telah rahmatkan kepada bangsa itu, dan melihat bagaimana kelebihan-kelebihan itu dapat membangkitkan Umat Islam. Soal sifat-sifat jelek bangsa itu, itu soal lain. Sepertinya, najis, namanya saja sudah najis, jelek, namun jika kita telaten menyelidik dan menghemati kegunaannya di sebaliknya sifat najisnya pasti kita akan dapat melihat betapa najispun ada rahmatnya. Begitulah saya kira terus keberadaan Yahudi sehingga ke hari ini. Cuma kebodohan kita untuk lebih mengerti menjadikan kita tidak sadar akan MahaBijaksananya kutukan Allah kepada bangsa tersebut.

(6) Sedikit waktu dulu saya pernah menulis betapa bangsa Pattani (dan Champa) sangat inginkan berilmu. Cuma sayang mereka banyak hanya mampu menpelajari Al Quran. Mereka berguru di Pondok-pondok di Kelantan, Trengganu bahkan Selangor dan Johor. Bila pulang mereka sekadar menjadi para "Ustaz" berserban tebal seperti para soldadu Mujahiddin. Kemiskinan dan kelemahan sosial terus membaluti kehidupan mereka. Sebilangan pula merantau di negara-negara Arab. Saya belum berjumpa yang belajar sehingga ke UiTM, UM, UKM, UUM, UIA dsb dalam bidang-bidang yang dapat memperkukuh pengurusan ekonomi dan sosial mereka. Sesungguhnya, kita Umat Islam terlalu buta untuk mengetahui betapa bila puak-puak Yahudi pertama terpaksa lari ke Mesir, kemudian di bawa Musa AS keluar dari Mesir, sehingga mereka membentuk Kerajaan yang kuat di bawah Sulaiman AS, seterusnya dihancurkan oleh Empayer Farsi lalu bertebaran di Eropah, kemudian terus di asak oleh Byzantium dan Roman, lalu Ottoman, kemudian digempur Hitler, sikap mereka sangat jelas, mereka terus membina kekuatan dengan pencarian dan pengembangan ilmu. Namakan saja Universiti terkemuka di Amerika, Britain, Peranchis, Itali, Russia, Turki dan bahkan di Jerman yang tidak terbangun asalnya oleh cerdik pandai Yahudi. Sesungguhnya Yahudilah bangsa yang telah menciptakan Kapitalisma, Komunisma dan Sosialisma yang telah menjadikan dunia berpecah kacau bilau, namun mereka tetap boleh terus mencengkam tanpa disadari jelas.

(7) Sesungguhnya, Al Quran, tidaklah lain, melainkan samudra Ilmu yang perlu dikaji, dikembang, ditebar luas. Saya yakin, Allah mahukan Islam berdiri pada landasan Ilmu. Pedang dan darah hanyalah pengorbanan sementara yang Dia rencanakan. Sesungguhnya, Mekah menjadi bersih, damai dan makmur tidak dari pertumpahan darah. Abraha MahaRaja Yamanpun tidak dapat menumpahkan darah di Mekah. Bahkan telah diharamkan pertumpahan darah di sana biar sekadar perburuan binatang. Sesungguhnya, jika kita tidak bodoh pasti kita mengerti akan kejayaan beasr kekal Muhammad SAW tersebut.

(8) Bangsa Melayu Islam di Malaysia, kita jangan jadi bodoh sama tidak boleh bersikap lebih bijak dalam mendorong bangsa Pattani, Champa, Sulu-Moro, Rohingya dan bahkan bangsa-bangsa Islam minoriti lainnya untuk maju dan berdiri gagah akhirnya. Sesungguhnya, sikap kita (Kerajaan) dalam memencilkan masyarakat Islam Kelantan, Kedah, Selangor dan mungkin merebak ke kawasan-kawasan lain akhirnya, adalah perbuatan bodoh menidakkan penggunaan akal kebijaksanaan, anugerah maha tinggi yang telah Allah berikan buat kita berbanding dengan malaikat, syaitan-iblis, jin, binatang dsb. Sesungguhnya, bila kebaikan sering kita belakangkan, maka keburukanlah yang akan Allah datangkan. Jika kebodohan adalah amalan kita dalam mentadbir rakyat kita sendiri, maka sukar bagi Allah melimpahi rahmat kebijaksanaan untuk kita dapat keluar dari kepompong sendiri. Perhatikanlah apa yang telah, sedang dan akan terjadi di Habsyah (Somalia), Mali, Nigeria, dan banyak negara-negara Islam lainnya. Sesungguhnya itulah tanda-tanda kebodohan tanpa sadar yang terus diamalkan, sehingga Allah sejak dari sebelum Islam sehingga kini, tidak negara-negara itu pernah damai maju.

(9) Makmurkan Kelantan, Kedah dan Perlis. InsyaAllah rakyat Pattani akan mendapat limpah yang sama. Bantulah mereka untuk tidak berperang, tetapi bawalah mereka untuk jadi perunding dan pemikir handalan. Najib, Where is that Melayu Glokal phylosophy that you once had hammered? Is it death with the up coming 1Malaysia or does it merely your slogan to the Presidency post of UMNO? Saya yakin jika Malaysia dapat dengan cepat memakmurkan kawasan perbatasan kita, di samping berani mendidik bangsa-bangsa Pattani, Champa, Moro-Sulu, Rohingya dalam ilmu Islam yang lebih meluas, rahmat Allah kepada Malaysia pasti akan menjadi lebih luas dan kekal. InsyaAllah.

Kuching, Sarawak
14 Feb., 2013
Nota:
Kepada semua pembaca setia, terima kasih atas pengikutan dan teguran selama ini. InsyaAllah, saya akan terus bersikap sepertinya saya, tanpa gentar tanpa berpihak. Hari ini adalah ulang tahun ke 4 penulisan Blog Saya. Terima kasih tidak terhingga kepada Sdra Omarali Matjais yang tidak lelah-lelah secara sukarela telah membantu memperbaiki dan mentadbir bloq ini. Yang buruk buat saya, yang baik kita kongsi bersama. InsyaAllah.

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

2 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum ..
Penulisan tuan yang merangkumi pelbagai perkara sering menjadi 'food for thought' dan membuka perspektif baru kepada saya. Terima kasih .. teruskan menulis ' without fear or favour'.

balqiswilson said...

Selamat ulang tahun ke 4 penulisan bloq Saudara. Selamat maju jaya.
Mudah-mudahan ilmu yang di sampaikan akan di berkati AllahSWT. Tq.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.