.

5/1/13 KEMBALIKAN MAHATHIR ATAU ANGKAT TAIB......

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 07, 2013

Share

& Comment

Ekonomi Barat sedang goyah. Eropah khususnya seperti sedang mengalami kebuntuan punca bahkan kemunduran ekonomi. Sebabnya mudah. Mereka adalah Kapitalis Tegar. Asas ekonomi mereka adalah bersandarkan Pasaran Spekulatif. Mereka adalah pengikut keras Future Market. Di Asia, Dubai adalah contoh paling baik pengikut setia pengurusan sistem ekonomi seperti ini, menjadikan kini pasaran hartanah mereka menjadi sangat bercelaru. Sesungguhnya saya berkira, betapa ini adalah contoh terbaik betapa Allah sedang mengingatkan Ummah agar terus menyembahNya dan tidak selain dariNya. Sesungguhnya banyak dari kita masih belum faham maksud Al Quran melarang menduakan Allah. Dubai sepertinya telah lupa betapa Allah sering mengingatkan Ummah betapa musuh gelap dan nyata mereka iaitu Yahudi adalah licik dan sering saja bersifat talam dua muka. Dubai sepertinya lebih cenderung sujud kepada kemewahan duniawi Barat sedang kesengsaraan saudara seIslam dekat mereka di Palestine, Iraq, Afghanstan, Somalia, dsb terbiar tanpa pembelaan sewajarnya. Mereka lebih gemar membazir kekayaan anugerah Allah hanya untuk mengisi nafsu duniawi mereka. Akibatnya?

(2) Barat sedar akan kemungkinan kegelapan masa depan mereka akibat kegalauan semasa, namun atas sifat mereka yang suka menyelidik, berfikir dan berspekulasi maka mereka dapat merangka langkah berani dan licik untuk memastikan mereka tidak akan pernah dipintas. Nafsu Kapitalis dan dengki hasad Yahudi tertanam kuat dalam aliran darah Barat. Juga, sesungguhnya, mereka sedar, betapa Timur khususnya bangsa-bangsa Arab, India dan China adalah kuasa yang sentiasa dominan. Peradaban dunia dan bahkan agama terbesar duniapun berasal dari tiga rumpun bangsa ini. Barat sentiasa cemburu akan Potent Power milik bangsa-bangsa Arab, India dan China. Dalam tangan bangsa-bangsa besar ini, Allah menganugerahkan kekuatan yang tidak ada tolok bandingnya. Apa lagi jika negara-negara Arab dan Islam lainnya digabung, kekuatan sumber asli anugerah Allah adalah tiada batasnya. Paling mengerunkan Barat betapa Al Quran, Doktrin Buddha-Hindu dan Confucian-Taoism adalah gedung Ilmu dan peradaban yang sangat agung dan tidak terhingga luas cakupannya. Pun begitu, Kristian di Asia agak berbeza pendekatan dan sifat penganutnya berbanding dengan Nasrani Barat. Budaya Asia yang mementingkan kebersamaan menjadikan mereka berbeda dari Nasrani Barat. Apa lagi gabungan penduduk Arab-Muslim, India-Hindia dan China-Indochina, sekitar 4,000,000,000-4,500,000,000 orang berbanding sekitar 500,000,000-700,000,000 penduduk Barat (Amerika dan Eropah) pasti memberikan kekuasaan ekonomi yang sangat mengerunkan Barat.

(3) Makanya, saya bertanggap, untuk memastikan Barat terus dominen, mereka tidak akan senang hati untuk melihat bangsa-bangsa Arab, India dan China dalam keadaan aman makmur terutama di saat mereka sedang kegawatan ekonomi seperti sekarang ini. Bangsa Arab yang sememangnya bangsa lemah, bercerai berai, dan dungu sangat mudah menjadi sitting ducks Barat. Kita telah saksikan bagaimana bermula dengan Shah Iran, Sadam Husein, Anwar Sadad, Yaser Arrafat, sehingga kini membawa kepada Asad sedang mereka lumati lebur sembelih panggang seperti babi hutan. Sedang Saudi, Kuwait, Abu Dabi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan lain-lain negara Arab Teluk, mereka tanamkan dengan kecintaan duniawi melebihi hormat menghargai akan Allah, menjadi kerbau dicucuk hidung. Sifat Yahudi, mereka ganyang siapa yang keras dan mereka peluk dekap yang lemah. Mereka jadikan bangsa Caucasian dan Hitam Barat sebagai kuda tunggangan di samping mempermainkan sentimen bangsa Farsi dalam menghancurkan musuh-musuh mereka. Tiada beda dengan cara mereka memerangi Nasrani di zaman Roman sebelum Kristian. Tiada beda sifat mereka di masa Muhammad SAW membawa kepada Usman Affan. Umar Al Khattab dan Ali Abi Thalib sajalah yang mampu menundukkan mereka. Kekayaan bumi Arab akhirnya tersekat dari mengalir memakmurkan manusia sejagat. Apa lagi bekalan ke China dan Russia menjadi tersekat-sekat.

(4) Dalam mendepani India, rumpun yang liat saling tidak percaya, mereka adu dombakan India-Pakistan-Bangladesh. Di Benua Kecil Asia, seperti keamanan tidak pernah wujud. Di Utara, mereka pastikan Afghanistan tidak akan pernah aman. Mereka tidak mahu minyak dan gas Arab menjalar menghangatkan Turki, Russia dan China. Sedang dengan China pula, mereka bermain musang berbulu ayam. Mereka menjadikan khususnya Korea, Taiwan, Jepun, Singapura, dan Filipina sebagai ayam laga. Bagi negara-negara ASEAN lain yang cuba bersikap berkecuali, mereka kucar-kacirkan keadaan politik, kewangan dan ekonomi negara-negara tersebut. Sehingga pemimpin kuat mereka turun biar tidak tepat pada masanya: Mahathir, Suharto, Lee Kuan Yew. Strateginya mudah, jika politik dan ekonomi negara-negara sekeling China goyah, pasti sumber-sumber asli bagi bekalan perkembangan industri China akan tersekat. Semua ini akhirnya merencat dan atau melambatkan perkembangan ekonomi Arab-Muslim, India-Hindia, dan China-Indochina mengikut rentak yang Barat inginkan. Dengan cara ini, Barat tidak akan pernah tercorot. Sifat dengki, khianat, licik Barat adalah intipati Kapitalis ciptaan Yahudi.

(5) Malaysia tidak terkecuali dari usaha ganyang Barat. Kedudukan kita adalah sangat strategik. Arab-India-China boleh berhimpun di Malaysia. Kesatuan Melayu-Arab-India-China boleh membentuk satu kuasa jika dapat digembeling kukuh untuk menguasai dunia. Sesungguhnya Malaysia adalah negara berbangsa majmuk yang berbagai bakat. Dunia Melayu khasnya, bukanlah dunia kecil. Rumpun Melayu yang boleh berjumlah 350,000,000-400,000,000 orang hampir setaraf Amerika dan Eropah disatukan. Kekayaan dunia Melayu juga tidak kalah dengan mana-mana bangsa lain. Laut, darat, hutan, bumi dan iklim Dunia Melayu sangat dirahmati Allah. Malaysia berasaskan kekuatan tertentunya, sangat dilihat sebagai kekuatan baru Dunia Islam. Barat apa lagi Yahudi pasti tidak senang dengan strategic advantage Malaysia dalam dunia Islam dan rantau Arab-India-China.

(6) Maka selagi ekonomi Barat belum pulih dan mencengkam kuat, maka selagi itulah Barat tidak akan pernah mahu berdiam diri untuk menrencatkan pertumbuhan ekonomi Arab-India-China dan Malaysia khasnya. Paling Barat, khususnya Yahudi sangat takuti jika Sistem Ekonomi-Kewangan dunia meminggir dari sistem Kapitalis yang sangat menguntungkan mereka. Ketakutan Barat khususnya Yahudi dengan kebangkitan Sistem Ekonomi-Kewangan Islam jauh melepasi soal pengurusan Negara, ianya akan menjadi cabaran spiritual buat mereka.

(7) Secara khusus, saya melihat, Malaysia akan dapat melangkah keluar gagah dari jerangkap Barat dan permainan licik Yahudi dan seterusnya mengerakkan semua sahabat serantau untuk mengembeling tenaga dan sumber membina suasana ekonomi dunia yang lebih saksama dan saling mendokong jika kita punya pemimpin yang berpemikiran tajam, berani, tegas dan hemah. Kita perlukan pemimpin yang dihormati di arena antarabangsa di samping di peringkat dalam Negeri, dia (atau mereka) mestilah sebagai seseorang (mereka) mampu dan mahu bekerja keras untuk membina Negara. Malaysia sangat memerlukan pemimpin yang dapat memberikan harapan masa depan yang jelas di samping terus mengangkat martabat Negara di persada serantau dan dunia. Untuk ini, apakah Najib memiliki dan mampu memainkan peranan ini? Saya kira Najib sedang kalut dengan masalah kemelut dalam UMNO dan BN. Dia lebih sibuk berpolitik dari menerajui Pembinaan dan Mengangkat Negara. Tumpuan Najib, saya kira lebih kepada perkara-perkara kecil yang belum boleh memberikan harapan besar kepada rakyat. Buatlah kajian di seluruh Negara, dan kajilah secara jujur dan saksama Apakah Inspirasi Masa Depan Rakyat Malaysia Di Bawah Pentadbiran Najib Kini?, saya menjangka banyak akan diam tidak pasti!. Kita seperti sudah kehilangan semangat dan roh.

(8) Saya berfikir, wajar Mahathir Mohamed kembali giat dalam memberikan kepimpinan saat Negara dalam keadaan kegawatan seperti sekarang ini. Jika tidak, tanpa ada prejudis kenegerian dan kepartian, semata-mata demi Negara, Taib Mahmud saya kira tidak jauh kehebatannya berbanding Mahathir Mohamed untuk memimpin Negara. Mahathir kian mendapat penghargaan antarabangsa serta rakyat Malaysia sangat merasa kehilangan beliau. Di samping itu Taib Mahmud terbukti sangat mendapat kepercayaan di peringkat antarabangsa, bahkan di dalam negeri beliau lebih berjaya dalam memberikan kepimpinan khusus dalam keadaan negeri yang sangat majmuk dan dulunya sangat mundur. Saya kira hanya Taib Mahmud tokoh politik negara yang masih berkhidmat yang telah berkhidmat di bawah semua kepimpinan Perdana Menteri Malaysia sejak dari mula kita Merdeka sehingga kini. Pengalaman ini pasti sangat berharga dalam usaha kita menyatukan kembali rakyat Malaysia agar kembali kepada focus to nation building. Secara pribadi saya kira wajar rakyat Malaysia memberikan peluang kepada Mahathir Mohamed dan atau Taib Mahmud untuk memacu kembali rentak pembangunan Negara dan Najib-Muhyiddin diberi tanggungjawap menyatu dan menyusun semula UMNO dan BN dalam tempoh 3-5 tahun. Biarlah pentadbiran Negara dan pengurusan politik kita pisahkan buat seketika.

(9) Umat Melayu-Islam seharusnya tidak terlalu prejudis terhadap fikiran saya ini. Kita harus boleh belajar dari perubahan sikap khususnya Umar Al Khataab dan Khalid Al Waleed saat mereka punya kesempatan untuk berbakti kepada Negara Islam biar dahulunya mereka adalah antara musuh Islam yang paling tegar dan kejam. Di zaman Umar Al Khataab dan Ali Abi Thalib, beberpa gabenor wilayah taklukan berulang lantik berdasarkan keperluan semasa. Kita juga harus boleh memahami secara lebih luas dan mendalam akan sikap kecewa, marah dan kembali sadar Yunus AS dalam tugas dakwah baginda. Saya yakin, faktor kematangan, kewarasan, serta status sosial yang telah Mahathir-Taib kecapi, pasti mereka akan punya rasa ”zuhud” yang tinggi untuk berhidmat seikhlas dan setegarnya dalam menyelamat dan melonjakkan kemakmuran den kesejahteraan Negara. Pada usia sebegini, apa lagi yang Mahathir dan Taib mahukan jika bukan kepuasan dalam melonjak martabat Negara dan Agama? Jepun, China, dan Korea adalah contoh-contoh di mana pemimpin lama mendapat peluang ulang pilih-lantik atas keperluan semasa. Kita harus juga boleh berfikir kenapa Mahathir dan Taib masih hidup, sihat dan cergas sehingga kini saat sebegini yang saya kira saat keemasan untuk kita bangkit kuat dan merubah.

(10) Secara khusus, saya berkira mungkin Taib Mahmud, jika dia diberi peluang jadi Perdana Menteri Malaysia, pasti sifat suka berkecuali beliau dapat kembali meyakinkan sokongan padu masyarakat Melayu, Cina dan India untuk kembali bersatu dan mengurangkan celaru berpolitik. Cuma apakah Melayu Semenanjung sanggup mengenepikan sekejap ego mereka demi kepentingan masa depan Negara. Apakah semangat sokongan yang pernah diterima oleh Abdul Rahman Yakub dapat berulang kembali? Mudah-mudahan kita dapat berfikir waras dan hemah. InsyaAllah.

Kuching, Sarawak
7 Jan., 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.