.

4/1/13 Naga sedang lapar, Helang tidak puas menerkam!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 07, 2013

Share

& Comment

Ada perpatah Melayu menyebut: Bila gajah dan gajah bertarung, pelanduk mati di tengah-tengah. Daloam kancah politik dan ekonomi serantau semasa, apa kebijaksanaan pada pepatah ini? Juga dari Pergunungan Himalaya, Ghengis Khan dapat melihat Khtutub Selatan, sehingga cucunya Kublai Khan bersemangat perkasa membangun armada sekitar 5,000 bahtera untuk menyeberangi Lautan Pasifik untuk menawan Jepun lewat China. Saya kira, kejadian ini bukan tanpa sebab maka Allah menjadikan iannya sebegitu. Apa tujuannya? Sesungguhnya, Melayu dahulu dan Kublai Khan mengerti akan manafaat Laut China Selatan. Di antara China membawa ke Selatan Filipina, di sana bukan hanya terletak Lubok paling dalam di dunia, malah arus semulajadi lautan juga adalah sangat bergelora. Di sana jugalah secara semuladi Allah jadikan pergerakan geologi adalah paling aktif. Buat Kublai Khan, kawasan yang paling bergelora pasti mempunyai khazanah Allah yang sangat besar. Dia dapat merasa dan melihat itu. Sedang Melayu melihat itu sebagai punca segala gelora gajah dan berpesan agar anak cucu mereka sadar dan bersedia. Bersiap untuk apa? Namun bersediakah kita?

(2) Tidak hairan dalam WWII, Amerika sanggup turut berperang hanya kerana Jepun ingin bangkit sebagai kuasa tunggal Asia. Sepertinya Jepun, yang ingin mencapai cita-cita Asia Rayanya lewat penguasaan ke atas Asia Tengara dan hanya kemudian baru bergerak ke Selatan Dunia, Amerika dan seluruh kuasa Penjajah Barat juga melihat penguasaan mereka lewat jalan yang sama. Sesungguhnya, kemajuan Barat adalah dengan berjayanya mereka menguasai Asia Tengara. Juga kejayaan Barat dalam menyekat penguasaan China-India-Arab adalah lewat cengkaman mereka ke atas Asia Tengara. Jika Asia Tengara tidak pernah di kekang Barat, pasti Arab-India-China telah bangkit jadi Tiga Segi Kuasa Dunia. Sesungguhnya begitulah cara Barat melumpuhkan Asia Jauh.

(3) Dalam tahun 1970an, gelora pasca WWII berterusan sehingga meletus menjadi Kemelut IndoChina. Kemuncak segala sengketa adalah Perang Vietnam-Viet Cong, yang hakikatnya adalah percaturan China-Russia dan Amerika-Barat. Ho Chi Minh teperangkap atas rasanya untuk berdiri Merdeka dan Berdaulat. Hasilnya Asia Tengara terpecah dua. Satu Blok menyokong Komunis China-Russia, dan satu lagi mendokong Kapitalis Barat. Vietnam, Laos dan Kemboja adalah kumpulan pertama sedang Filipina, Thailand dan Singapura adalah kelompok kedua. Adam Malik, Razak Husein dan Hassanal Bolkiah mengambil langkah damai, tidak berpihak. Akhirnya terbentuk kelompok Ekonomi Asia Jauh iaitu Taiwan-Hong Kong (Macau)-Korea-Jepun sebagai umpanan Barat agar seluruh Negara-negara Asia Tengara mendokong Barat. Permainan licik Barat adalah mudah, menyekat perkembangan Ekonomi China (dan Arab, India) kerana jika tidak pasti seluruh kekayaan Asia Tenggara dan Selatan Pasifik akan rakus di telan China (dan India) akibat jumlah penduduknya yang besar. Jika ini terjadi pasti Barat akan menghadapi zaman gelap.

(4) Sesungguhnya semua ini terjadi akibat kemelesetan ekonomi Barat terutama Eropah selepas WWI serta keresahan perusahaan akibat kekurangan sumber untuk mendokong Revolusi Perusahaan mereka. Dengan bersekongkol dengan Amerika, mereka menyekat pengembelingan kuasa dan sumber di Asia samada lewat Arab-India-China dan atau Jepun. WWII sebetulnya memberikan Barat kesempatan untuk melumpuhkan kebangkitan besar Arab-India-China dan atau Jepun.

(5) Pada tahun-tahun 1980an cara dan bentuk hegemoni Barat bertukar corak. Mereka mengurangkan sengketa perang berdepan sebaliknya mengalakkan proses adu domba secara dalaman. Mula mereka menggunakan konsep Liberalisasi Politik sehingga hampir seluruh Negara berideologi Komunis sudah terjerangkap ke dalam Sistem Kapitalis. Mereka asakkan Konsep Hak Asasi Manusia sebagai tunjang untuk meruntuhkan Komunis dan bahkan feudalism India dan ”Islam” Arab. Setelah langkah itu berjaya, mereka memperkenal dan di tahun-tahun 1990an mereka mengasakkan konsep globalisasi bagi mengatasi masalah production incompetitiveness mereka. Pelbagai strategi mikro mereka lakukan untuk memaksa semua Negara-negara ekonomi kecil untuk membuka tembok pertahanan ekonomi mereka. MNC Barat akhirnya menulari dan melahap seluruh sistem ekonomi dunia. Mereka menjadi naga lapar yang tidak pernah kenyang. Sistem Kewangan Negara-negara sasaran menjadi medan ganyangan mereka. Sehingga kini, bukan sahaja kita masih terketar-ketar bahkan Allah juga tidak memberkati hasad dengki mereka sehingga seluruh dunia kini dalam kemelut yang tidak putus-putus meresahkan. Kini sebahagian Negara-negara Eropah telah dan sedang menuju kebangkrutan.

(6) Namun China dan India kerana punya sekitar 3,000,000 peduduk atau hampir 50 peratus dari penduduk dunia, mereka tetap dari segi tiori ekonomi konvesyenalnya masih gagah dan pasti akan terus bergerak. Barat jadi bertambah panik dan resah sehingga sejak 2001 tidak pernah henti-henti berusaha menghancurkan Arab, sebabnya tidak lain untuk menyekat aliran tenaga dan kewangan ke China dan India. Kini, di rantau Asia Tengara, sikap kurang hati-hati serta tidak merdeka dan berdaulat sebahagian Negara rantau Asia Tengara, maka kemelut Laut China Selatan kembali mulai berkocak. Namun kini, di abad ke dua puloh ini, kuasa beli dan modal China sudah jauh mengatasi Barat, maka permainan politik serantau sudah pasti lain padang, lain belalang jadinya.

(7) Barat sekali lagi ingin menjadikan Asia Tengara sebagai front line untuk berperang dengan China. Namun China juga dengan bijak menjadikan Asia Tengara sebagai First Line of Defense mereka. Kecuali Laos, Myanmar dan Brunei, lain-lain negera Asia Tengara mulai bukan hanya ingin bertikam dengan China bahkan sudah mulai untuk bertikam sesama sendiri. Amerika dan sekutu Barat (termasuk Jepun, Korea, dan Taiwan) sedang menunggu menangguk di air keruh.

(8) Dalam ramalan Bencana Alam, para saintis sering menggunakan Theory 50 Years Cycle. Sesungguhnya, WWII sudah berlalu sekitar 50-60 tahun dahulu, apa tidak mungkin bencana ini akan berulang. Mungkin kali ini tidak dalam bentuk sengekta arma perang senjata, tetapi pembunuhan ekonmoi serantau. Saya melihat keadaan pasaran kayu kayan dan komoditi pertanian Asia Tengara kini punya kaitan dengan Kemelut di Laut China Selatan. Jika Malaysia tidak bijak apa lagi jika ASEAN tidak sehati, pasti kita akan jadi Padang jarak padang terkukur akibat perebutan pengaruh China-Barat ini. Saya berkira, China sedang bermain politik halus saat keresahan politik kita tengah bercelaru. Sawit adalah komoditi Malaysia yang sedang menjadi percaturan terbaik. Najib harus mengerti membaca.

(9) Saya berharap, lawatan Najib ke China bukanlah sekadar untuk menjejak tapak-tapak kaki Abdul Razak Husein, sebalinya dapat belajar dari Lawatan Taib Mahmud membawa pulang kendi Buddha untuk ditabalkan di SCORE khusus di Mukah, Bintulu dan Tg. Manis. Sesugguhnya, kita patut sedar kenapa para pejuang Melayu dan Islam lampau sangat membenci pendidikan Barat sehingga mereka sanggup bergolok bergadai mendirikan Madrasah. Najib harus dapat melihat yang tersirat dari yang tersurat. Juga ingatlah pesan Muhammad SAW: ”Pergilah belajar ke Negeri China”.

(10) Sesungguhnya China sedang kelaparan. Barat pula sedang kedinginan dengki. Apa khianat tidak akan jadi permain mereka? Adam Malik, Razak Husein dan Macapagal bijak bermain politik sehingga ASEAN tetap utuh dalam kemelut ciptaan hasad Barat..

Kuching, Sarawak
7 January, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.