.

3/1/13 AMBANG EKONOMI MALAYSIA 2013......tegarkah kita?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 05, 2013

Share

& Comment

Pertamanya biar saya nyatakan, bahawa tulisan ini tidak terdorong oleh sesiapa. Ianya atas kesadaran serta ilham pribadi dari pemerhatian saya tentang keliling kita, kehidupan rakyat kebanyakan Malaysia. Saya mungkin berbau terlalu pesimistik, namun saya tidak dapat menyembunyikan rasa itu lantaran keinginan saya untuk menyadarkan betapa kita sebetulnya perlu ikat pinggang, jujur dan ikhlas dalam segala usaha kita membina Negara. Hipotesis saya, Negara kita akan melalui jalan payah di masa-masa ke depan ini.

(2) Asas ekonomi Negara yang selama ini kita sering hujahkan sebagai kukuh, rasanya sudah kian tergoyah. Pertama, kita sudah kehilangan kuasa dalam pelbagai komoditi asas. Timah, balak, getah, koko, dan kopi sudah tidak lagi menjadi teras ekonomi kita. Dalam industri sawit, kian wujud cartel di Indonesia dan China yang akan memaksa kita menyerah. Tektil telah lama terlepas dari radar statistik perdaganan kita. Vietnam, India, Indonesia, China, dsb sudah menjadi negara-negara kemasukan tektil Negara. Kita sudah jadi Consumer Economy dalam industri tektil dan pakaian lainnya. Baju Melayu, Kurung, Jiblab, Tudung, dan Telekung sudah tidak lagi di keluarkan di Kota Bharu atau Kuala Trengganu, semuanya seperti telah disiapkan di Vietnam dan atau Kemboja. Industri elektronik kita kian menguncup. Pulau Pinang sudah tidak lagi menjadi Electronic Valley of the Orient. China, Vietnam, Taiwan, Korea, bahkan Thailand dan India kian muncul sebagai kuasa-kuasa baru. Kita juga sudah kian menjadi consumer dalam industri elektronik, dan saya menjangka akhirnya trade balance kita dalam sektor tersebut akan terus menguncup.

(4) Hakikatnya, asas eksport kita sedang menuju kepada Marginalize Value Added Economy di mana sektor pembuatan kita sudah kian bergantung kepada bekalan bahan asas asing. Kita mengimport dan atau menjadi assembling place bagi barangan perdaganan serantau dan sebagai balasannya hanya mendapat balasan bernilai yang hanya sedikit. Sememangnya FDI kita masih deras masuk, namun, dengan pelbagai insentif yang diberikan kepada pelabur-pelabur asing ini, akhirnya kita menjilat tulang dari memakan isi.

(5) Dalam sektor peruncitan,yang sangat berkembang luas dan mengalami penstrukturan yang maha hebat di mana kedai-kedai runcit sedang di mamah kunyah gedung-gedung besar-besar seperti JayaJusco, TesCo, Carefour, Giat, MyDin, dsb. Gedung-gedung ini pula kebanyakan adalah milik asing serta menjual produk-produk yang tidak semestinya dari pengeluaran dalam Negara. Kita sebetulnya sedang menjadi great consumer to non-domestic products. Begitu juga industri makanan segera kian berkembang luas. McDonald, Piza Hut, Piza Domino, Secret Recepi, dsb sudah menguasai di mana-mana. Apa lagi yang disebut sebagai gerai mamak, berkecambah sehingga ke seluruh pelusuk Negara. Halikatnya, Capital Plight sedang berlaku dalam bentuk lain tanpa ada langkah keras dan strategik sedang kita usahakan. Tidakkah sebegini dulunya Ekonomi Peruncitan Filipina yang kemudian meruntuhkan asas ekonomi peniaga kecil mereka? Maka apa faedahnya Belanjawan 2013 yang cuba membantu Peniaga Kecil sedang dalam masa yang sama kita sedang seperti membiar harimau lapar dalam sekandang kacil tempang?

(6) Najib sedang mengikuti langkah ekonomi Mahathir iaitu melancarkan Projek Mega dan salah satunya adalah MRT. Tidak dinafikan ianya adalah perlu. Terlalu perlu buat Lembah Kelang-Puchong-Putra Jaya. Saya tidak menafikan ianya boleh mengerakkan ekonomi Negara. Namun menggunakan Sektor Pembinaan sebagai asas pembinaan ekonomi Negara banyak kelemahannya. Pertama, khusus jika Post Construction tidak mempunyai Industrial Effect yang jelas. Ini jelas jika kita melihat dari kesan jumlah pekerjaan langsung dari sektor tersebut adalah bersifat sementara. Saat projek siap, maka tamatlah banyak pekerjaannnya. Begitu juga dengan rantaian kesan huluan dan hiliran langsungnya, direct industrial support sectors. Keduanya, jika kita lihat Belanjawan 2013, ianya adalah Belanjawan Politik. Bukan Belanjawan Pembangunan. Maka di satu pihak hasrat kita adalah untuk memakmurkan rakyat sedang di sebelah yang lain kita sedang menjerumus masa depan ekonomi Negara ke arah Financial Distress. Belanjawan 2013 membebankan Negara dengan Belanja Mengurus dan Subsidi yang terlalu tinggi. Kita akan menghadapi keadaan kerkurang tenaga untuk membangun. Pendeknya, apa yang suatu ketika dulu yang di sarankan oleh Mustapha Muhammad betapa Malaysia mesti mewujudkan keadaan Productive Growth sebetulnya tidak berlaku. Belanjawan 2013 tidak menjurus ke arah itu. Sama halnya dengan Belanjawan 2010-11. Sebetulnya, sudah hampir 10 tahun kita mengamalkan Belanjawan Subsidi.

(7) Subsidies Biased Budget boleh kita amalkan jika asas ekonomi kita sememangnya kukuh. Namun keadaan ekonomi sekeliling dan dunia sudah banayk berubah. Imbangan dagangan besar tidak bermaksud asas ekonomi kita kukuh. Itu mungkin fenomena sementara, sebelum pesaing berjaya memecahkan penguasaan kita. Kini dengan kebangkitan ekonomi China, Vietnam, Korea, Taiwan dan India, maka banyak bidang eksport kita sudah kian melemah. Kalau dilihat dari sudut micro-economy kita sebetulnya sedang dan akan menghadapi masalah Cash Flow Management. Ini terbukti dengan hutang Negara yang kian menggunung sedang biaya untuk Productive Growth kian menipis.

(8) Dalam pengurusan Koprat, kita lebih gemar melihat dari sudut Business Accountancy Management dari SosioEconomic Development Management. Apa lagi bila GLC sudah dikuasai oleh para Eksekutif yang sudah tipis sifat KeImanan dan Kenegaraan mereka di mana kepentingan pribadi kian diutamakan berbanding dengan kebajikan Ummah. Banyak boleh mengucap: AshaduallaIllah Haillalah... betapa Tiada Tuhan Yang Kusembah Melainkan Allah.. namun sepertinya lafas itu sekadar ucapan hanya di bibir tidak di hati dan fikiran. Sesungguhnya, masih terlalu banyak di antara kita tidak mengerti natijah sebenar Sahadah kita. Kita menyembah Allah, namun kita juga tetap membesarkan harta kemewahan, pangkat, kuasa dan darjat keselesaan, tabii nafsu anti-dot yang tidak banyak mengerti. Sesungguhnya dalam banyak GLC kini saya perhatikan proses-proses Corporate Exercise sering dimanafaat penuh oleh sebahagian eksekutif untuk mengaut laba pribadi dari sebenarnya menguntungkan GLC jauh ke depan. Begitu juga hakikatnya dengan Public Listed Companies. Sesungguhnya semua adalah kerana Capitalism yang telah menunjang kuat dalam budaya nafsu nafsi enau dalam belukar kita.

(9) Pendeknya, asas baru ekonomi Negara adalah subsidi. Ianya datang dalam bentuk gaji, imbuhan dan bonus tak setimpal produktiviti dalam sektor awam dan swasta, sokongan harga barangan keperluan asas, insentif perusahaan, imbuhan politik semasa. Semua itu jika terkumpul, pasti melebihi biaya untuk Productive Growth. Akhirnya kita terbelit lemas dalam Socio-economic Distress Vicious Cycle kerana cara kita mengurus ekonomi Negara sudah tidak Integrated and Supportive sebaliknya antagonistic yang mengakibatkan Financial Distress.

(10) Adakah jalan keluar bagi kita? Lihatlah. Jika kita sakit tenat dan atau dalam kegundahan hebat, orang Melayu sangat cepat ingatkan Allah. Mengucaplah. Sabarlah. Ingatlah Allah. Saat senangpun sudah banyak yang sering menyebut Allah. SubhannaAllah. Alhamdullillah. MasyaAllah. Allahhu Akbar. Nauzubillah.. mudah sekali terpancul di bibir-bibir sesiapa. Molek. Bagus. Mudah-mudah ucapan bibir menusuk ke hati dan fikiran. Sebetulnya saya telah menulis beberapa kali tentang perlunya kita mempertahankan diri lewat Jalan Allah. Sistem Ekonomi-Kewangan, Pendidikan dan Perundangan kita mesti kita gerakkan cepat ke Jalan Allah secara menyeluruh. Kita mesti berusaha jika tidak untuk semua, wajar untuk Ummah dulu. Pokoknya semua pihak harus kembali kepada betapa kita ini adalah untuk saling mendokong di antara satu sama lain. Kita harus pentingkan kesejahteraan dan kemakmuran Ummah dari soal-soal pribadi. Sesungguhnya, jika KeImanan kita terus kita perbaiki serta tanggungjawap kebajikan hakiki tidak kita lalaikan, pasti Allah akan terus memberikan kita lowongan untuk terus merdeka dan berdaulat.
(11) Najib, let move fast, clean, and firm in managing the State Economy rather worrying about loosing your political power. What is there in your political authority if the Malays, Muslims turn ayam mati di kepuk, itik kehausan di lokah? Worst if the Nation lost it 'merdeka dan daulat'.

(12) Bagi golongan bijak pandai Melayu apalagi cendikiawan Islam Negara, masa telah tiba untuk kita mengerti sedalam dan seluasnya akan prihal antara lain kebijaksanaan Yusuf AS, Sesal dan Sadar Yunus AS, Sujud dan Tabah Mutlak Ibrahim AS dan Muhammad SAW serta sikap Iman Bukhari dan Ghazali saat mendepani kemelut pemimpin tidak memerdeka dan mendaulatkan rakyat, dan atau Ibnu Khaldum saat Negara kucar kacir akibat serakah banyak pihak. Sesungguhnya segala pertunjuk telah Allah turunkan sempurnakan, cuma kita sering lalai dan alpa untuk mengkaji.

Kuching, Sarawak
5 Januari, 2013.

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.