.

2/1/13 CARTEL INDUSTTRI SAWIT INDONESIA.....suatu permainan licik yang perlu diawasi!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 05, 2013

Share

& Comment

Sumatera adalah pulau yang lebih strategik berbanding dengan pulau-pulau lain di Indonesia. Pertama, penduduknya ramai tetapi tidak terlalu padat, menjadikan masih kedatapan keseimbangan antara kawasan pertanian-kependudukan. Kedua, hasil bumi Sumatera pasti sangat mengatasi Jawa. Ketiganya, dari segi letak geografinya, ianya lebih dekat dengan laluan perdagangan antarabangsa. Singapura, Malaysia dan Thailand lebih dekat ke Sumatera berbanding Jawa. Keempat, dari segi temadun, samada Buddha-Hindu atau Islam, Sumatera mengatasi lain-lain pulau. Begitu juga dari sudut jajahan Barat, Sumatera sekurang-kurangnya pernah menerima tempias pemerintahan British yang lebih mengutamakan Corporate Governance berbanding dengan Belanda yang lebih genar kepada peleseran. Dari segi etnik, Sumatera lebih didukung oleh etnik Melayu Rhiau-Padang yang pasti sangat berbeda dengan sikap Jawa yang masih utuh bersandarkan cengkaman Feudal-Hindu.

(2) Dari segi iklim, Sumatera berkongsi tabii dengan Tanah Melayu. Maka sawit, getah, lada, koko, kopi dsb sangat subur di sana. Kini, industri sawit sedang berkembang luas di Sumatera yang merupakan nadi kepada Industri tersebut di Negara Garuda itu. Saya menjangkakan sudah terdapat sekitar 8,000,000 hektar sawit di Indonesia berbanding dengan sekitar 5,000,000 hektar di Malaysia. Unjuran pertumbuhan sawit di Indonesia menjangkau angka 7-10% setahun dan berdasarkan potensi di Kalimantan (Barat, Timur, Tengah dan Selatan), Papua, dan Sulawesi adalah tidak mustahil untuk indutri sawit Indonesia akan menelan industri sawit Malaysia. Paling strategik, kedapatan penduduk yang tinggi, serta baja asli yang banyak dan murah hasil pemberian mudah Allah kepada bangsa tersebut, pasti memudahkan mereka untuk bergerak pantas. Cuma kelemahan dalam sistem perundangan dan pentadbiran sahaja sedikit menghadang mereka untuk bergerak pantas.

(3) Asalnya, syarikat perladangan Malaysia yang memperluas kegiatan mereka di Indonesia, namun kini, sedikit demi sedikit telah beralih tangan kepada sekitar tujuh gergasi sawit Indonesia. Sesungguhnya, tujuh gergasi sawit Indonesia telah menjadikan China sebagai tapak perkembangan industri sawit mereka. Kalau kita cermat, pasti kita dapat melihat betapa mereka sedang bermain double sword dalam menganyang industri sawit Malaysia.

(4) Saya menjangka, permaianan tujuh gergasi ini amat licik. Secara dasar, mereka menjadikan Indonesia sebagai pengeluar murahan bahan sawit. Value Added Industries mereka bangunkan di China. Hasilnya, di China mereka adalah pengimport, maka mereka secara langsung menentukan harga pasaran dunia sawit. Sedang di Indonesia, mereka adalah pengekport. Maka biar sedikit rugi di Indonesia tidak mengapa kerana perimbangan dagangan tetap di tangan mereka lewat jualan mahal keluaran Value Added di China.

(5) Dengan mengambil kesempatan dari Investment Libralization China, mereka ini kemudian membawa pulang laba lumayan untuk kembali dilaburkan di Indonesia. Kesannya, mereka punya dana pelaburan yang tiada had dan Kerajaan China atas dasar Food Safety pasti mendokong penuh usaha-usaha mereka ini. Begitulah kitaran monopolistic yang akhirnya akan terus menurunkan harga sawit mentah menjadikan gergasi-gergasi ini terus berkuasa menguasa segala tanah perladangan di Indonesia. Kerana Production Cost di Malaysia adalah tinggi, industri sawit Malaysia akhirnya berada dalam keadaan seperti telur di hujung tanduk. Kini saya telah dimaklukan betapa tanah-tanah petani-petani di desa-desa di Indonesia telah mulai digarap menjadi mini-mini estet yang dibiayai oleh gergasi-gergasi ini. Cuma apa yang saya lihat buat saudara-saudara petani-petani kecil ini, mereka suatu hari akan terperangkap dalam kitaran bahan mentah harga murah. Penjarahan bentuk baru sedang menyerang bangsa serumpun kita!

(6) Jika pemerintah Indonesia tidak menyekat ekport CPO, dan membangun industri oleo-chemical secara tempatan, pasti hipotesis saya di atas akan berlaku sekitar 3-5 tahun lagi bila mana Indonesia akan mencapai keluasan ladang sawit sehingga 15,000,000-20,000,000 hektar sedang Malaysia paling optima mungkin hanya boleh mencapai sekitar 7,000,000 hektar di sekitar 2030. Maka saya berkira sebelum kita mencapai 2020, salah satu dari asas utama ekonomi kita sudah terpukul kuat. Kebangkitan ekonomi China dan Vietnam, pasti akan mengancam industri elektronik Negara, dan jika ini terjadi, kita sedang menuju kelam kelibut asas ekonomi yang sangat merbahaya. Apa yang tinggal kepada kita?

(7) Sesungguhnya, bila China hanya mahu membeli sawit mentah dengan harga murah, pasi India dan Arab juga akan memaksa penurunan harga. Jika ini terjadi, pasti sawit Malaysia merundum. Eropah dan Amerika sedang siap untuk bertepuk tangan bersorak surai. Bahana kekalutan ekonomi sedang membayangi kita, cuma kita sedang syok sendiri, sibuk berpolitik hanya hendakkan kuasa, namun bila berkuasa bercelaru tidak tahu mmengurus kepentingan Negara sebaik dan sebijaknya.

(8) Kini apakah sikap yang akan dimainkan oleh FELDA, Sime Darby, IOI, Tabung Haji, dan beberapa syarikat besar lainnya? FELCRA saya kira sudah hanyut dan perlu rombakan hebat. Juga bagaimana MayBank, CIMB, PNB, RHB, KWSP, Amanah Pencen, dan Amanah Raya melihat dan menyusun strategi bersama? Saya berkira Temasik telah sedar akan perkara ini, dan mereka saya yakin adalah penyumbang kepada penelanan industri sawit Malaysia.

Kuching, Sarawak
5 Januari., 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.