.

6/1/13 SALAM...... betulkah?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 09, 2013

Share

& Comment

Kini sebab kita sudah biasa dengan KFC dan atau roti canai, maka segalanya kita ingin permudah dan atau ringkaskan. Apa lagi akibat menular dan mengakarnya penulisan sms maka lebih banyak lagi akan diperingkaskan. Salah satu darinya adalah doa Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatu. Dalam persuratan dulu-dulu, sering di tulis sebagai Assalamualaikum wbt. Kini dengan adanya penulisan sms maka ianya sering di tulis sebagai Salam.Hendak cepat katakan!

(2) Salam dalam pengertian bahasa Melayu adalah jabat tangan. Namun dalam pertuturan biasa Melayu ada konsep kirim salam yang secara adatnya bermaksud sebagai bertanya khabar dan atau berutus khabar persaudaraan. Perkataan Salom sering diucapkan oleh kaum Yahudi saat mereka akan saling berpisah. Ianya lebih bermaksud sebagai Selamat Tinggal dan atau Selamat Jalan. Namun dalam banyak perkara, Muhammad SAW sering berpesan (menasihatkan) Ummah agar berperilaku berbeza dari kaum Yahudi. Maka dengan sebab itu, baginda antaranya lebih mengalakkan Ummah berserban dari berketayap kecil dan atau bertopi. Begitu juga dalam soal pemeliharaan jangut, rambut, berpakaian dsb. Pastinya dalam soal bertegur sapapun saya kira, hendaklah kita berbeda dari Yahudi.

(3) Perkataan salam sebetulnya tidak membawa pengertian kerohanian mendalam. Dalam Islam, memberi salam bermaksud mendoakan ke atas sesama Ummah, suatu kerja kebajikan. Mengucap salam dalam cara yang sepenuhnya bermaksud, kita mendoakan Semoga Allah Pelihara Keselamatan dan Kesejahteraan siapa yang salam tersebut kita tujui. Maka dengan sebab itulah Allah mewajibkan kita menyahut salam yang dilafazkan. Di akhiratpun telah Allah firmankan bahawa ungkapan Assalamualaikum wbt adalah ucapan yang akan para malaikat lafaskan sebagai tanda kemasukan seseorang itu ke Syurga. Pastinya Salamualaikum Nar adalah ucapan buat ahli Neraka. Maka jika salam kita ucapkan, maka salam yang manakah sebetulnya kita maksudkan? Jelas ada keraguan. Ada kesangsian. Soalan saya, dengan meringkaskanya apa mungkin kesampaian hikmah salam tersebut.? Salam adalah kebajikan, maka wajar kebajikan kita perbuat dengan sesempurnanya agar ganjarannya juga adalah sempurna.

(4) Sememangnya ada di dalam Al Quran dan Hadis ada tertulis konsep, segalanya bergantung pada niat. Niat penulis menggunakan salam sebagai gantian kepada Assalamualaikum wbt apakah akan menyampaikan maksud yang terniat? Tidakkah dalam amalan biasa Islam, niatpun harus dilafaskan secara jelas dan betul? Apa mungkin niat kita untuk mengucap Bismillah HiRahman NiRahhim lengkap hanya dengan berkata Bis lantaran dalam hati kita bermaksud Bismillah HiRahman NiRahhim. Jangan nanti, anak-anak terikut-ikut pemikiran mudah-ringkas kita, mereka hanya melafaz Bis saat hendak makan atau berbuat apapun!. Jika ini terjadi, apa akan jadi dengan ungkapan-ungkapan Islam 100 tahun mendatang. Pasti kerana sedikit salah faham kita tentang konsep segala sesuatu tergantung dengan niat suatu waktu nanti akan menjadikan para pendiri sholat hanya mengucapkan Sahaja lalu mereka terus bersholat, kerana secara tiori mereka sudah berniat dan atau bermaksud sholat. Sholat apa? Rakaat berapa? Tidak perlu disebut, sebab sudah ada niat. Sesungguhnya, janganlah kita keliru dengan konsep niat dan atau berniat. Memudah-mudah soal-soal Islami akan membahayakan akidah kita akhirnya.

(5) Janganlah kita juga kelirukan tentang cara Islam dengan cara Melayu. Cara Melayu tidak semestinya Islam. Islam adalah Islam. Tidak kurang dan tidak lebih. Kita harus berawas, kerana saya khuatir, jika kita mengambil Islam sebegitu enteng, akhirnya akidah kita perlahan-lahan bergoyah. Apalah ruginya sedikit membuang masa, atas keperluan kejelasan dan kebajikan. Berdoa untuk sesama Ummah adalah kebajikan, maka kenapa kita terlalu ingin segalanya ringkas sedang maksud sebenarnya belum pasti kesampaian. Kita tidak harus berasa malas untuk mengamalkan yang betul. Mudah-mudahan. InsyaAllah.


Kuching, Sarawak
9 January, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

2 comments:

balqiswilson said...

Assalamualikum...
Pada pendapat saya...
Ia merupakan satu trend hidup masyarakat hari ini terutama bagi golongan yang begelar remaja.
Dalam mengejar arus pemodenan yang serba maju,serba ringkas dan serba segalanya maka lahirlah budaya SMS yang sinonim dengan kehidupan generasi muda.
Ditambah pula dengan penggunaan teknologi canggih media elekronik masa kini yang begitu meluas.
Seiring dengan kehidupan dunia yang dinamakan globalisasi atau dunia tanpa sempadan.

Mungkin juga inilah yang dikatakan satu cara hidup manusia yang lebih tertamadun..
Masing-masing berlumba untuk mendapatkan kehidupan.
Masing-masing mempunyai target untuk kehidupan sendiri.
Masing-masing cuba untuk merealisasikan setiap apa yang diimpikan.
Maka setiap individu itu perlu mengorak langkah secepat mungkin bagi memikirkan kejayaan di masa hadapan tanpa perlu menoleh ke belakang.

Saya juga sendiri agak kurang faham dan mengerti apakah sebenarnya yang dimaksudkan istilah tamadun itu: untuk itu saya juga merujuk kepada beberapa article yang telah ditulis dan saya muatkan di bawah ini.

Jika dilihat dari tulisan impreschoolteach.blogspot dibawah tajuk `My Priority` pengertian tamadun itu yang diambil dari catatan Kamus Dewan: ia beerti kebudayaan,kemajuan,dan peradaban satu bangsa.Ini bermaksud bangsa itu adalah satu bangsa yang beradab,bersopan-santun dan berkemajuan.

Manakala dari Bahasa Arab,Tamaddana atau Madana memberi erti satu lokasi atau tempat tinggal,seterusnya masyarakat akan membangunkan sehingga ia menjadi satu perbandaran.

Dari kacamata Barat pula,Arnold Toynbee menulis tamadun ialah satu masyarakat yang menghasilkan pertambahan produktiviti merangkumi sistem ekonomi,politik,pengetahuan dan seni.

Manakala dari perspektif Islam pula, Dr Muhammad Al-Bahly mengatakan tamadun itu ialah keseluruhan produktiviti yang menggambarkan manusia berbentuk falsafah,pengetahuan,kesusasteraan dan sebagainya.

Itu semua adalah merupakan pendapat dan pandangan dari kalangan cendikiawan keseluruhannya.
Wallahualam...

Apa pun diharapkan,kita sebagai kelompok masyarakat yang berbahasa dan berbangsa akan memikirkan dengan lebih mendalam akan kepentingan penggunaan dalam setiap bahasa itu.
Diharapkan kita semua akan terlahir dalam satu masyarakat yang dikatakan berbahasa jiwa bangsa.

Mudah-mudahan kita semua akan mendapat keberkatan Allahswt.
Dan bagiNyalah segala puja puji di langit dan di bumi,dan juga pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zohor.(Ar-Ruum:ayat 18).
Wassalam~Tq.

Abdullah Chek Sahamat said...

Jangan hanya lihat pada lumrah atau tabii. Didiklah yang betul. Biar sakit, biar payah. Tidak mengapa.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.