(2) Hujung minggu sudah saya bertandang sekali lagi ke rumah beliau. Cuma setiap kali saya ke sana, dia pasti tidak pernah ada. Yang ada di rumah adalah isteri serta cucu-cucunya yang masih kecil-kecil. Bila saja ke sana, pasti perkara yang menjadi omelan sang isteri adalah soal rumahnya yang banyak bocor serta Kerajaan yang tidak membantu. Kehidupannya benar-benar kais pagi makan makan, kais petang makan petang.
(3) Saya terpaksa berurusan dengannya, kerana saya mempunyai sebidang tanah bersebelahan dengan tanah beliau. Untuk memajukan tanah tersebut, maka saya perlu membuat saliran melewati tanah beliau. Tanah beliau yang ada tidak dimajukan. Terbiar. Katanya tidak punya upaya. Faktor umur, satu hal. Faktur modal adalah yang paling memberatkan. Pintu kehidupan mereka seperti terbuka ke langit gelap.
(4) Melihat semua itu, saya menyoal, kenapa tidak ditebang saja pokok-pokok yang tidak berhasil dan ganti dengan tanaman lain biar hanya sedikit tetapi boleh mendatangkan pendapatan. Dia hanya tersenyum. Mengaru-garu kepala. Suami isteri, bercucu-cucu terus bertinggung di anak-anak tangga berteter. Akhirnya saya cadangkan, biar saya bersihkan serta buatkan saliran yang baik sekitar lamannya. Nanti mereka boleh tanam apa saja yang mereka suka. Si isteri kelihatan sangat suka. Dia mengusul untuk menanam rambutan. Saya jadi heran. Kenapa rambutan? Untuk makan cucu-cucu katanya. Orang susah, orang miskin, lintas fikiran mereka sangat mudah, makan-makan-makan! Akhirnya saya cadangkan, saya akan buatkan batas, dan pada hitungan saya ada 15 semuanya. Saya akan belikan bibit limau bali yang baik. Pada hitungan saya setiap pohon limau bali boleh menghasikan tidak kurang dari 300 biji buah setahun. Jika 15, pasti sudah 4,500 biji. Tidak banyak orang menanam limau bali di kawasan saya. Juga limau bali berbuah sepanjang tahun. Kerana saya ada Mini Market dan Restoran di Kampung, yang jaraknya tidak jauh dari rumah beliau, pasti saya boleh bantu pasarkan dengan harga RM1.00-RM1.50/biji. Setidak-tidaknya, dari sekitar halaman rumah saja dia boleh dapat RM4,500.00-RM6,750.00. Pasaran di musim Tahun Baru Cina juga sangat baik. Cukup lumayan untuk kehidupan di Kampung. Juga saya minta agar dia benarkan saya bangunkan tanahnya yang terbiar dan InsyaAllah saya akan dahulukan sedikit advance untuk kehidupan harian mereka bercucu. MasyaAllah, jawab mereka mudah, ringkas, seperti kisah labu Labi dalam filem P Ramlee: "Mana kata engkaulah Labu. Aku hendak tidur!".
(5) Kebetulan juga saya ada menyimpan atap-atap Zink bekas bangunan yang telah saya robohkan sedikit waktu dulu. Saya kira sebahagian besar atapnya yang bocor boleh digantikan dengan atap tersebut. Maka saya menyuruhnya datang mengambil. Seharian saya tunggu, dia tidak kunjung datang. Akhirnya saya terpaksa datang bertanya kenapa? Katanya, malu. Segan gila. Kerana tidak mahu membazir, serta sedikit kasian melihat cucu-cucunya yang masih kecil-kecil, saya datang sendiri membawa atap-atap itu ke rumahnya.
(6) Kejadian sebegini: malu, tidak upaya, menerima seadanya pasti masih banyak dalam masyarakat desa kita. Masyarakat kota juga pasti ada sebegitu. Pandangan mereka sebegitulah. Pandangan kita dari sudut lain pasti banyak yang akan berkata: malas, bebal, ego, dan bodoh adalah sebabnya, maka biarkan. Akhirnya, si susah jadi miskin. Si miskin jadi papa. Yang berada kian menjauh. Terus kian berada. Akhirnya, si miskin memusuhi yang berada, dan yang berada jadi jijik kepada yang miskin. Kita masing-masing jadi payah untuk mengerti: "Apakah Allah tidak sedang menguji kita?". Kita berantakan jika keadaan jadi tidak terkawal. Maka banyak antara kita seperti sengaja memilih jalan susah!
Kuching, Sarawak
18 Disembar, 2012
1 comments:
I do consider all the ideas you have presented to your post.
They are very convincing and will certainly work.
Nonetheless, the posts are too quick for novices. May you please extend them a little
from subsequent time? Thank you for the post.
My webpage - how do you get acid reflux
Post a Comment