.

12/8/12 GAJI DIUTAMAKAN, PENCAPAIAN DITIDAKKAN...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 22, 2012

Share

& Comment

Saya terbang sekejap untuk menemui keluarga kecil di Vientien dan Phnom Phen Jumaat-Sabtu lepas. Tujuannya tidak lain sekadar menghulur sedikit simpati buat anak-anak cilik yang saya temui semasa di sana setahun sudah. Paling saya khuatiri adalah si Jasmine di Phnom Phen yang semasa itu sangat kecil dan goyah tubuhnya lantaran kemiskinan dan keperitan kehidupan kedua pasangan remaja orang tuannya. Jasmine sangat memerlukan sokongan multi-vitamin dan high protein products. Alhamdullilah, lewat seorang kenalan yang bekerja di sebuah Pasaraya, kini saya merasa lega kerana sekurang-kurangnya, Jasmine hanya perlukan aliran tunai bulanan. Selepas ini, saya tidak lagi perlu ke Phnom Phen untuk membawa apa yang patut buatnya.

(2) Lebaran tahun ini saya jalani dalam suasana yang agak berbeza. Sebelumnya, sukar untuk saya menghulur Wang Raya kepada anak-anak yang datang berkunjung. Tahun ini, saya mahu menggunakan peluang kehadiran mereka untuk mendalami sejauh mana keperihatinan Kerajaan di atas slogan Rakyat di dahulukan, Pencapaian di Utamakan. Saya merayakan Lebaran Eid Mubarak tahun ini dalam suasana social experiment. Saya tidak keluar rumah selama tiga hari berturut-turut, Saya ingin berbual dengan anak-anak yang datang berkunjung ke rumah saya di Kampung.

(3) Sekitar jam 10.30, sekumpulan anak-anak datang mengucap Salam. Mereka adalah anak-anak lelaki sekitar umuran 9-13 tahun dari Kampung sebelah ie Rangawan. Tanpa menghulur jabat salam, mereka terus duduk dan menikmati segala buah-buahan yang terhidang. Table manner mereka sememangnyalah amat menyedihkan namun saya mengambil sikap biarlah mereka, kerana mereka adalah anak-anak Kampung yang belum kenal dunia. Saban lebaran, saya lebih suka menghidang buah-buahan dari kuih-muih. Sambil duduk dan menanti hidangan air, saya bertanya: mereka sekolah di mana, darjah berapa, macamana kedaan pelajaran, pelajaran Inggeris, Matematik dan Sains bagaimana, dan menyoal apakah mereka ada belajar mengaji dan sholat.

(4) Seharian, bertali arus anak-anak datang. Di hari Pertama, semuannya anak-anak dan tidak ada orang dewasa yang datang. Umpanan Wang Raya sepertinya semut telah menjejaki selonggok gula. Mereka datang berduyun-duyun. Apa lagi bila pulang, masing-masing dapat bekalan plum atau pear. Mereka datang berkumpulan. Anak-anak perempuan dengan kumpulan sendiri. Anak-anak lelaki dalam kumpulan sendiri.

(5) Saya perhatikan, anak mata mereka, jelas ada kemerah-merahan, tidak jernih bersinar. Gigi agak kuning, tidak diberus dengan baik. Juga kulit badan mereka, kering dan tidak licin. Kulit bibir mereka jelas kering dan bersisik. Rambut mereka kering dan keras. Semua ini adalah tanda-tanda betapa pemakanan mereka adalah tidak teratur. Saya menduga, pasti dari seumuran 6-12 tahun, mereka agak terbiar dalam soal pemakanan. Orang Melayu, saya berkira amat dhaif dalam mengetahui, dari saat janin mulai terbentuk sehingga anak-anak ini berumur 12 tahun, pemakanan mereka perlu pengawasan rapi agar pembentukan otak mereka menjadi baik; cerdas dan pintar.

(6) Beberapa orang dari anak-anak ini tidak lagi bersekolah. Sebabnya, saya kurang jelas kerana mereka seperti tidak mampu untuk menjelaskan. Saya cuma dapat bertanya samaada ibu-bapa mereka masih ada atau tidak. Sebilangan adalah anak yatim dan atau yatim piatu, atau anak ibu-bapa tinggal (bukan tunggal), terbiar.

(7) Paling menyedihkan, sekitar 90 perastus dari mereka ini tidak belajar mengaji dan sholat selain dari hanya menghadiri semasa di sekolah. Saya juga cuba menyelidik, siapa di antara mereka yang benar-benar sudah pandai membaca Al Quran dan tahu bersholat. Kebetulan, bila ada kesempatan, saya sering juga sholat Jumaat di Masjid Rangawan, Rangkang dan Pendam. Saya perhatikan, sepertinya, tidak ada anak-anak yang hadir sholat Jumaat. Sangat berbeda dengan apa yang saya perthatikan di CiJinjing, Bandung, anak-anaklah yang menyesakkan Masjid semasa sholat. Suara teriaka Amiiiinnnn mereka sangat tajam.

(8) Sebelumnya, di awal tahun ini, saya meminta guru Kafa untuk datang mengajar mengaji di lesehan gazebo khas yang saya buatkan agar anak-anak di sekitar rumah saya untuk dapat belajar mengaji. Namun, sering saya mendapat jawaban saya terlalu sibuk Juga di pertengahan tahun ini, saya meminta beberapa orang Uztaz dan Uztazah untuk tolong membantu memperkukuhkan syiar Islam di kawasan saya, semua seruan saya jatuh ke atas tunggul dan bongkah batu. Sayapun bertanya: mereka sudah di gaji dan saya juga sanggup menghulur sedikit tambahan jika perlu, namun hati mereka sepertinya belum terbuka untuk lebih mudah ke syurga.

(9) Lebaran 2012, memberikan tanda soal yang amat besar buat saya. Sedang mereka yang teramanah untuk menebar dan memperkukuhkan syiar Islam, tidak mengerti akan tututan Ilahi ini, maka tidak heranlah jika yang lain yang turut tertuntut untuk membela rakyat Rakyat di dahulukan tepiknya Najib, kini kian menjadi Biarlah rakyat dulu, sedang Pencapaian diutamakan kian beranjak menjadi Pencapaian diri diutamakan. Najib. sesungguhnya, segala slogan hanyalah hiasan billboard di pinggir jalan sedang field checking tidak ketahuan akan kesungguhannnya. Sesungguhnya, saya perhatikan saat membuat field checking penjawat awam lebih mengharap hidangan enak goreng udang dan terubuk panggang dari berpeluh membuat kerja sebenar. Bila Al Quran dan Sholat sudah di kesampingkan, hanya Allah mengetahui apakah jenis masyarakat yang sedang kita bina!


Kuching, Sarawak
22 August, 2012

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

I simply wіshed to stop and thank you for allowing mе to You are more than helpful You
ѕeem likе a really respectable writer.
Also visit my web blog ; juegosmoto

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.