.

5/7/12 MENAPAK HANYA MENCINTAINYA.....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 23, 2012

Share

& Comment


Cinta itu datangnya dari mana? P Ramlee kata cinta itu buta. Benjamin S mengatakan, cinta itu kata cincin dicipta. Si Kadir (pelawak Madura) menempelak Si Doyok (pelawak Jawa): Kamu, mukanya kaya monyet, menyong kok main-main cinta. Kerana cinta, sejarah menjadi sasau siapa menakluk siapa: Cleopatra atau Julius Ceaser?. Kerana cintakan Mumtaz akhirnya Shah Jehan meruntuhkan empayar Islam Monggul di India. Sebelumnya, nabi Adam AS sanggup meredah dari India melewati segala gunung, segala belantara dan segala padang pasir hanya untuk mendapatkan Hawa yang kesendirian di Jeddah. Begitu juga Aminah, kerana cintanya kepada Abdullah, akhirnya membawa maut meninggalkan Muhammad sendiri sebagai yatim piatu.

(2) Muhammad SAW cintanya kepada Ilahi tiada tolok banding dan tiada siapa akan memperolehi darjat sedalam itu. Abu Bakar As-Siddique sanggup menghabiskan hartanya demi perjuangan Islamnya, cintanya kepada kebenaran. Umar Al Khattab, Utman Affan dan Ali Abi Thaalib, semua sanggup bergadai nyawa demi Islam dan Muhammad SAW. Semuanya kerana mereka mendapat roh cinta yang sangat mendalam. Cinta sejati kepada Allah dan kebahagian akhiratnya.

(3) Saya mencari dan terus mencari. Mencari bagaimana diri ini, akhirnya tetap hanya mencintai Allah. Apakah ertinya hanya mencintai Allah? Apakah isinya untuk hanya mencintai Allah? Apakah tujuannya untuk hanya mencintai Allah?

(4) Setapak demi setapak, sepertinya kata Umar Al-Khattab, jika kita ikhlas tentang apa yang kita cari, dan jika yang kita cari adalah benar dan baik, pasti Allah akan sentiasa membantu. Mungkin di luar batas sadar atas naluri dan nasihat sebegitu, saya sebetulnya, banyak kali bercakap kepada teman-teman, Ayuhlah kita jangan berhenti dari berfikir bagaimana jalannya untuk memperkuatkan ummah, pasti Allah akan sentiasa memberikan kita ilham tentang caranya nanti. Berkat sifat sebegitu, jalan-jalan itu banyak saya temui dan telah saya tulis dan sebahagian saya lakukan. Cuma, ada satu penghalang bagi kejayaan semua pemikiran yang saya dapati iaitu banyak teman dan rakyat sasaran sukar menerima. Biar sekeras mana saya cuba mengasak, akhirnya saya merasa bontang banting sendiri, lelah, sedih dan teramat kecewa. Lantas ada waktunya saya hanya ingin diam dan terus diam, persetan, masak bodoh lu!

(5) Akhirnya, setelah berfikir lama, serta mengimbau kembali jalan perantauan yang telah saya lalui sejak sekian waktu, khusus saat saya merantau sendiri ke Siam, Kemboja, Laos, dan Umrah saya memperkuatkan azam untuk keluar dari keterbiasaan iaitu berhenti dari berkhidmat dalam Kerajaan dan berjalan sendiri mengatur langkah atas keringat dan air mata (jika perlu) dalam merintis arah dan jejak-jejak yang mungkin dapat jadi teladan buat yang serasi.

(6) Kebetulan jiwa saya juga membantah, betapa tidak pantas jika saya diam dan terus diam? Sebabnya, jika Muhammad SAW semasa sebelum kenabian dan kerasulannya, biar berada dalam lingkungan Quraish yang berpengaruh, namun tetap dia membantah apa yang dia lihat yang terjadi di dalam masyarakatnya. Muhammad sebetulnya boleh memilih untuk ikut arus dan bersenang linang sebagaimana kebanyakan kaum Quraish, namun dia memilih menyonsong arus, meredah onak. Muhammad melihat terlalu banyak keonaran dalam masyarakatnya. Penindasan, perebutan, kedengkian, pendewaan, segala macam kegilaan dan kesesatan melanda kuat kaum Quraish sehingga menimbulkan kebodohan yang MahaBodoh iaitu menyembah yang tiada kuasa apa-apa, iatu patung Laat dan Al-Uzza. Apa bedanya jika sepatu, berus gigi, sudu, buku, pensil bahkan najis disembah sepertinya patung Laat dan Al-Uzza? Muhammad melihat akal dan hati manusia Quraish, sudah tidak serasi dengan lakuan fizik mereka. Mereka jadi Jahiliah tentang kseucian akal, roh dan jasad fitrah kejadian mereka.

(7) Kita, orang Melayu mungkin masih jauh dari jahil, mungkin masih 1,000,000 kilometer atau 1,000,000 tahun ke arah itu. Namun, kita sebetulnya, sebahagiannya sedang meniti ke jalan itu? Ya, memang benar, apa peduli? Kerana sikap apa pedulilah sebetulnya, tarikh kesampaian kita ke arah Jahilliah kian lebih mendekat.

(8) Cuba kita renungkan, apakah sifat-sifat Quraish yang menjurus kepada mereka dimartabatkan sebagai Jahilliah? Tidakkah sifat-sifat itu kian menular di kalangan sebahagian dari kita? Memang benar, kita orang Melayu belum menyembah patung sepertinya Laat dan Al-Uzza. Kita belum sampai ke darjat menyengutukan Allah. Sebetulnya, konsep menyengutukan Allah telah kita persempitkan hanya kepada menyembah selain dari Allah. Namun jika kita dapat perkluaskan konsep menyengutu itu meliputi perkara-perkara yang membawa kita lari dari hanya dan untuk Allah pastinya akan kita dapati betapa kita sebetulnya telah terlalu banyak menghianati Allah. Kita tanpa sedar sudah mulai menyengutukan Allah.

(9) Cuba fikirkan perkara-perkara sekecil-kecilnya seperti berikut: Saya menulis ini, apakah mungkin demi dan hanya untuk Allah? Kita makan dan minum apakah mungkin hanya dan demi Allah? Kita berpakaian, apakah demi dan hanya untuk Allah? Kita tidur, apakah demi dan hanya untuk Allah? Teruskan bertanya. Biar hati kecil kita yang menjawap. Saya yakin, dalam persoalan kecil-kecil yang saya utarakan itu pasti akan ada suara hati yang berkata: Supaya terkenal, sebab makanan itu sedap, supaya nampak bergaya, hendak rehat, .... Jadi di mana demi dan untuk Allah? Hakikatnya, banyak (mungkin hampir semuannya) yang kita lakukan ini adalah tidak hanya untuk dan demi Allah.

(10) Apa lagi jika kita bongkar kejadian rasuah, gila kuasa, gila kedudukan, gila harta, gila kecantikan, gila bermacam-macam kegilaan kininya pasti kita akan jadi sesak nafas. Banyak dari kita cintakan segala itu lebih dari takutkan Allah. Kerana kegilaan itu, dengan sadar atau tidak kita bangkit dengan seribu satu macam rasa menipu, mangkir, dengki, iri, khianat, angkuh, takbur dsb, yang semuanya adalah untuk mengisi nafsu dan ego. Kita akhirnya jadi bakhil, kikir, kedekut, dan tamak. Kita lupa betapa nikmat dunia itu hanyalah amanah agar kita perkongsi bersama dengan yang berhak. Kita lupa nikmat syurga itu tiada taranya mewahnya berbanding dari nikmat dunia. Kita lupa nikmat dunia adalah pijaman Allah agar kita menggunakannya untuk pelaburan dalam menghambat nikmat syurga. Kealpaan terhadap nikmat dunia akhirnya, menyebabkan terlalu banyak dari kita lupa untuk berani dan teguh untuk melabur demi kebahagian yang lebih besar. Kita pentingkan hari ini dari hari esok!

(11) Juga sifat-sifat kemalasan, ketakutan, kedayusan, bebaculan, kewas-wasan dsb bukankah itu menunjukkan kita sebetulnya lebih takut akan selain dari Allah? Saat kita berkuasa biar setinggi atau serendah mana kedudukan, kita terlalu malas untuk mendalami segala ilmu agar kita dapat berbakti kepadaNya dengan sekeras dan seluasnya. Kita jadi malas untuk mengenali subjek pimpinan kita. Bila pangkat kita meninggi, kita takut untuk jadi manusia biasa. Kita takut darjat kita di pandang rendah. Kita takut untuk merendahkan diri. Kita takut kehilangan kedudukan dalam subjek pimpinan kita. Kita takut orang memandang rendah dan serong kepada kita. Kita takut untuk berdiri dalam kebenaran. Mengapa? Kita, terlalu banyak dari kita, sebetulnya terlalu takut dengan apa yang di depan kita dari kita lebih takut akan siksa Allah kemudiannya dengan api neraka.

(12) Wajar kita kembali kepada fitrah; asal dan tujuan kejadian kita. Pertama, kita dijadikan dari tanah, iaitu subjek yang pada tabiinya adalah kotor. Sengaja Allah jadikan kita dari tanah, subjek yang jijik agar kita terus sedar bahawa azalinya kita adalah tiada apa bedanya dengan kotoran lainnya. Hanya dengan MahaKuasa Allah, kita jadi elok, bersih dan bermakna. Banyak dari kita suka menonton drama atau lakunan TV. Pasti pernah kita temui, babak di mana sang suami/isteri mengahwini isteri/suami yang dulunya bangsat dan hina namun kerana bantuannya, maka sang isteri/suami menjadi berjaya namun mulai melupa diri. Pasti akhirnya kita akan didepani dengan kemelut yang akhirnya terungkai kata-kata: Dulu engkau adalah sampah, jika bukan kerana aku, pasti engkau terus jadi sampah!.

(13) Keduanya, Allah menjadikan kita dengan tujuan yang amat mulia, dan lihatlah bila Dia berfirman, kira-kira bermaksud): ...tidak Aku jadikan jin, malaikat, manusia dan segalanya...melainkan untuk sujud kepadaKu...dan manusia itu Kuangkat agar ilmunya melebihi kamu agar mereka jadi pemimpin di muka bumi..... Allah hanya mahu kita patuh kepadanya, lewat pengajaranNya dalam Zabur, Torah, Injil, Al Quran dan Sunnah yang telah Dia turunkan mengikut zamannya. Di dalam semua itu adalah ilmu yang Dia bekalkan untuk kita jadi pemimpin bagi segala mahluknya di muka bumi ini. Pertama patuh, kedua memimpin, jadi bagaimana kita mampu utuk mencapai ke tahap itu?

(14) Untuk mencapai keteguhan hati untuk taat dan patuh atas segala perintah Allah sememangnya payah. Kita bukanlah para Rasul, Nabi, Rashiddin (para sahabat Muhammad SAW dalam Perang Badar), dan Ambia (ulama besar). Kita sekadar manusia biasa. Namun Allah telah memberikan kita sanubari dan naluri untuk mendorong kita agar sentiasa mencari dan memperbaiki Allah juga telah memberikan kita segala deria untuk merasa, menghidu, melihat, mendengar, dan berikir. Adunan akal dan naluri yang sihat dan waras pastinyan akan membawa kita ke jalan ilham yang boleh memandu. Alhamdullillah, tulisan ini saya perbuat hasil dari pencarian dan pemikiran panjang saya serta hasil ilham, selepas membaca sebuah buku berjudul mencari makrifat dan mengusul thesis seperti berikut:

(i) Allah menjadikan tubuh manusia pertama, moyang kita dari gumpalan tanah hitam yang jijik. Azalinya, kejadian manusia adalah dari bahan jijik. Begitu juga kemudiannya, pembiakan manusia adalah dari bahan jijik iaitu air mani dan ovam. Kita kena ingat, kita asalnya dari hbahan yang jijik! Dia mengukir tubuh manusia lewat seni pemikiran indah mutlakNya dan berpuas hati dengan keindahan karyaNya. Dia menjadikan tubuh manusia menjadi paling indah dari segala ciptaan lainNya.

(ii) Namum, jasad manusia (Patung) ciptaanNya seawalnya tetap kaku. Sebagai Yang MahaBerkuasa, boleh saja Dia menjiruskan air untuk menghidupkan Patung Manusia itu sebagaimana dia menjiruskan padang pasir lalu merayap segala tumbuhan dan para binatang. Dia boleh menenggelamkan Patung itu ke dalam laut lalu menjadi bagai segala ikan dan kehidupan laut lainya. Atau Dia boleh menangkap angin dan melayangkan Patung itu bersamanya lalu jadilah Adam sebagaimananya para malaikat atau merpati dan helang terbang gagah dan indah. Atau paling tidak Dia boleh menangkap api lalu disemadikan ke dalam Patung itu lalu menjadilah dia sebagaimana Iblis dan syaitan atau dinosur dan naga!

(ii) Masa mungkin Allah Yang MahaBijaksana mengambil sikap sebegitu cetek untuk meletakkan karya terindahnya setaraf karya-karya terdahulunya. Saya yakin, atas janjiNya kepada para malaikat: ...manusia itu akan lebih jauh dan luas ilmu pengetahuannya dari kamu..... maka zatNya yang berilmu Dia berikan kepada Adam iaitu hebusan nafasNya sebagai rohnya Adam. Nafas Allah itu tertanam ke dalam kalbu menjadi jiwanya Adam. Jiwa itu akhirnya menumbuhkan fikiran, dan fikiran itu melahirkan akal dan ilmu buat Adam dan manusia seterusnya. Tubuh yang indah, serta mempunyai roh yang suci, patung itu menjadi Adam, manusia pertama dicipta di syurga.

(iii) Saya sisipkan tafsiran Wikipidia mengenai Adam: (1)"Adam" (Hebrew: אָדָֿם) comes from the trilateral root אָדַֿם ( 'ADM ), meaning "red", "fair", "handsome".[2] In the Book of Genesis, Adam occurs as a proper name in chapters 2-5. As a masculine noun, 'adam [3] means "man", "mankind" usually in a collective context as in humankind,[2] and may also refer to the individual human.[4] The noun 'adam is also the masculine form of the word adamah which means "ground" or "earth". It is related to the words: adom (red), admoni (ruddy), and dam (blood); (2)Adam (Hebrew: אָדָם‎, Arabic: آدم‎, Syriac: ܐܵܕ݂ܵܡ) is a figure in the Book of Genesis, the Quran and the Kitáb-i-Íqán. According to the creation myth[1] of Abrahamic religions, he is the first human. In the Genesis creation narratives, he was created by Yahweh-Elohim ("Yahweh-God", the god of Israel), though the term "adam" can refer to both the first individual person, as well as to the general creation of humankind.

(iv) Sebegitulah, saya kira, Allah menciptakan Adam, moyang segala manusia, seindahnya dan menaikkan darjatnya paling tinggi dari segala ciptaanNya yang lain lewat nafasNya sebagai rohnya Adam. Makanya, untuk melestari kesucian Adam, awalnya dia ditempatkan di syurga. Adam, manusia, tempat asalnya adalah syurga. Kita kena ingat ini. Namun, Allah juga terus menghargai ciptaanNya yang lain termasuk syaitan. Syaitan itu ingkar akan perintah Allah untuk menerima Adam sebagai penghulu segala ciptaanNya, dan kerana irihati syaitan, maka dia berusaha keras untuk memesongkan Adam dan semua manusia agar mereka akan bersama di neraka nantinya. Di sini jelas, sesiapapun yang punya sikap irihati, dengki, duduknya tidak pada jalan kejayaan, melainkan kegagalan! Atas tergelincir dari pengaruh para syaitan pendengki, Adam akhirnya dikeluarkan dari syurga dan diperintahkan untuk menetap di bumi dan terus menghadapi godaan syaitan dan iblis. Anak cucu Adam dan seterusnya seluruh umat manusia sebegitulah hakikat yang terus didepani mereka, tidak lain dan tidak bukan untuk menguji sejauh mana keImanan mereka terhadap panduan yang diturunkan lewat Zabur, Torah Injil, Al Quran, Sunnah, para Rashiddin dan Ambia.

(v) Maka apakah tidak patut Allah meminta agar kita sentiasa hanya sujud kepadanya, mencintai hanyanya Dia? Tubuh kita Dia yang ukirkan. Nyawa kita Dia yang punya. Maka siapa kita? Bukankah akal yang waras akan berkata: kita, diri ini, semuanya adalah milikNya. Maka wajarlah kita menjaga badan dan jiwa (dan fikiran) kita hanya buatNya. Kita tidak boleh menyakitkan atau mengotori tubuh kita kerana itu adalah ciptaanNya, kita tidak boleh khianat terhadap ciptaanNya. Maka kita makan, kita minum, kita berpakaian, kita mandi, kita berdandan, segalanya, seharusnya kita lakukan semuanya kerana kita menghargai kurnianya Dia. Makanya segala sesuatu yang menjadikan darah daging kita mestilah yang suci dan bersih. Juga jiwa kita seharusnya suci dan bersih. Segala rasa kotor dan merusakkan seharusnyan kita singkirkan.

(vi) Bayangkan jika kita menghadiahkan sesuatu kepada seseorang, jika hadiah itu kita dapati kemudiannya dilemparkan ke dalam tong sampah atau ke dalam longkang najis, agaknya bagaimanakah sedihnya kalau tidak marahnya kita? Juga jika sang Orang Utan kita hulurkan mawar, dan dia menjaga mawar itu sebaik-baiknya, agaknya bagaimana lapangnya hati kita atau tidakkkah kita akan sanggup membelinya epal yang paling enak?

(15) Sesungguhnya, mencintai Allah itu adalah atas tujuan agar kita kembali menduduki syurga, tempat asal kejadian kita. Syurga telah Allah jadikan untuk kita. Pepatah Melayu ada menyatakan: Pinang pulang ke gagang, sirih pulang ke tampuk, ikan pulang ke lubuk seharusnya jadi prinsip hidup setiap Melayu. Untuk itu, Melayu kena banyak berkorban dan redha atas segala pengorbananya demi Allah demi kebahagian ummah seluruhnya. Hambatan kita seharusnya pada syurga, bukan nikmat dunia semata-mata, kerana jika itu jadi tujuan kita, maka neraka telah Allah sediakan. Allah tidak menyediakan neraka buat kita. Neraka itu tempatnya syaitan yang mungkar. Kita diberiak akal untuk memilih. Naluri kita mahukan yang baik-baik saja, maka akal yang waraslah seharusnya menjuruskan jasad kita kepada yang terbaik: syurga!.


(16) Perhatikan dalam adat Melayu, anak yang mana akan mempusakai rumah orang tuanya. Pasti kebanyakannya adalah anak bungsu. Anak bungsu juga paling dimanjakan. Kebiasaan, anak bungsu diberikan sesuatu yang sangat dekat kepada kedua orang tuannya. Percayalah, manusia adalah anak bungsu Allah. Sebabnya, Dia hanya menjadikan Adam setelah dunia, cakrawala, syurga, neraka, syiatn, jin, malaikat dan segalanya Dia jadikan. Tidakkah ibu bapa dan seluruh kaum keluarga akan marah jika anak bungsu majaan semua terpesong hidupnya. Syurga adalah terdekat bagi Allah. Syurga itu untuk ciptaan bungsuNya, jika ciptaanNya itu patuh kepadaNya. Allahuwaalam.


Kuching, Sarawak
25 July, 2012

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

hanya 1 cinta yg kekal...cinta kpd Pemilik, Allah...Jangan kerana cinta kpd manusia, kt jadi lemah dan mengalah...

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.