10/7/12 TANGAN HITAM DI BALIK KEMELUT MAHATHIR-ANWAR.
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 29, 2012Saat Rasullullah wafat, belum sempatpun baginda dikapankan, kaum Ansar berhimpun di Banu Saa'idah untuk memilih Khalifah di antara mereka bagi menggantikan kepimpinan Muhammad SAW. Umar Al-Khattab, atas pengetahuan mendalamnya tentang adat budaya kabilah-kabilah Arab, segera memintas dan membawa Abu Bakar As-Siddique bagi menyelesaikan kekusutan dalam pemilihan tersebut, lalu berakhir dengan Abu Bakar As-Siddique dipilih menjadi khalifah.
(2) Dalam menyembah taat setia (baiah), Ali Abi Thaalib, iaitu menantu dan anak saudara Muhammad SAW serta beberapa kerabat dekatnya yang lain telah terlewat dari yang lain-lain dalam menjunjung taat setia kepada Khalifah Abu Bakar As-Sidique. Akibat adanya selenting tentang ketidak lancaran pemilihan Khalifah seawalnya, maka nama Ali Abi Thaalib dan beberapa kerabat dekat Rasullulah telah momok sebagai menolak perlantikan Abu Bakar sebagai Khalifah. Sejarah ini berlanjutan sehingga kini, sehingga berlaku pertembungan berat antara Islam majmuk dan Syiah.
(3) Keduanya, Khalid Ibn Waleed sememangnya terkenal sebagai seorang panglima perang Islam yang hebat. Strategi peperangannya sangat licik, sehingga di dalam WWII para Jeneral Perang Jerman turut meneliti cara beliau. Di zaman Rasullulah, Khalid berjaya menebusi Iraq yang merupakan sebahagian dari Empayer Farsi yang sangat gagah. Khidmat beliau diteruskan oleh Abu Bakar As-Siddique sehingga dia dapat menguasai sepenuhnya Iraq dan terus masuk ke daerah sebenar Farsi ie Iran. Beliau juga mulai mengasak memasuki kawasan Empayar Rom di pinggiran Mediteranean terutama di Sham (Syria dan sekitarnya). Dalam pertempuran pertama melawan angkatan Perang Rom dengan kerkuatan bala tentera sejumlah 250,000 orang berbanding dengan bala tentera Islam di bawahnya sejulah 45,000 orang, di Yarmook, Khalid Ibn Al-Waleed berjaya membunuh 120,000 tentera Rom. Angkatan perang Islam, begitu yakin, dengan adanya Khalid Ibn Al-Waleed, angkatan perang Islam pasti tidak akan dapat dikalahkan oleh sesiapapun.
(4) Bayangkan sebaik saja menang di Iraq (Empayar Farsi) beliau terus bertempur dan menang di Yarmook, Syria (Empayar Rom) dan di saat puncak kejayaannya, sebaik saja Umar Al-Khattab jadiu Khalifah, pangkat diturunkan dan beliau telah diminta untuk hanya menjadi pembantu kepada Panglima baru yang lebih muda dan kurang berpengalaman iaitu Abu Ubaidah Al-Jarraah. Biar Khalid menurutinya dengan redha, namun, Umar Al-Khattab ditohmah telah melanggar sunnah Rasullullah dan hasutan tentang mulai berlakunya perpecahan dalam pimpinan Islam. Kelebihan Umar Al-Khattab, dia dapat menduga masa depan ummah Islam pimpinannya. Rasullullah sendiri mengakui betapa Umar Al-Khattab, mempunyai kebatinan yang dapat melihat ke depan mendahului masa dan keadaan.
(5) Jika umat Islam kini, dapat meneliti sejarah Islam melalui dua peristiwa yang saya nyatakan di atas, sudah kedapatan betapa musuh dalam selimut telah menyusupi Kerajaan Islam sejak dari awal lagi. Di zaman Rasullullah, puak Yahudi di Madinah bermain kayu tiga terhadap baginda. Keadaan yang sama terus berlaku di zaman Abu Bakar dan Umar. Makanya, ketiga-tiga mereka telah mengharamkan kehadiran kaum Yahudi di Madinah dan seterusnya bukan Islam dari Mekah. Semuanya kerana, Allah telah memberikan wahyu dan Ilham buat mereka, betapa kehadiran musang berbulu ayam atau lebih jelas dalam Al Quran disebut sebagai pemuka-pemuka atau dalam istilah Barat sebagai hipokrit dalam keadaan apa juga akhirnya akan mengancam Islam itu sendiri.
(6) Thesis saya mengenai kemelut politik semasa Malaysia, iaitu pertembungan Mahathir-Anwar ada kaitan dengan jalanan sejarah dan pengalaman di atas. Saya ingin menjelaskan mengenai perkara ini, sebagai jawaban terhadap beberapa SMS dan perbincangan hangat saya dengan beberapa teman mengenai teori saya terdahulu, betapa kemelut politik semasa negara adalah akibat adanya camputangan pihak luar bagi menjatuhkan kedua-dua Mahathir dan Anwar. Pandangan awal saya ini dikatakan sebagai rekaan semata-mata dan tanda-tanda saya mulai menunjukkan simpati terhada Anwar. InsyaAllah, saya tidak berminat untuk menyebelahi sesiapa, melainkan cuba melihat segala yang berlaku hari ini lewat kacamata sejarah lepas. Cuba fikirkan fakta-fakta berikut:
(i) Malaysia berkedudukan strategik dalam dagangan antara Timur-Barat. Sejarah Melaka telah membuktikan ini. China akan bangkit menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia dalam tempoh 3-5 tahun lagi. China juga pasti akan bangkit menjadi kuasa tentera terbesar dunia dalam tempoh itu. China sudah menghadirkan diri di rantau Pasifik, Afrika dan Asia Tengah. India akan menyusul biar dalam keadaan agak lambat. Namun gergasi penduduk dunia ini, kekuatan ekonomi mereka tidak boleh dipandang ringan. Barat, khususnya Amerika dan Eropah yang sedang goyah pasti tidak senang dengan kedudukan baik China dan India. Penampan kepada kebangkitan segera China (dan India) adalah ASEAN (dan rantau Timur Tengah). Malaysia menjadi kedudukan penting dalam memudah cara kebangkitan China dan India. Barat tidak boleh membiarkan ini terjadi. Malaysia harus digeletek.
(ii) Negara mana di rantau ASEAN dari segi politik dan ekonominya paling stabil? Pasti kita menuding jari kepada Singapura dan Brunei. Kedua negara ini, ibarat telur di hujung tanduk. Tidak kurang, Singapura boleh jadi halimunan. Singapura sememangnya sudah jadi talibarut tangan hitam. Brunei, adalah kacang. Makanya, tinggal Malayisia dari segi politik dan ekonomi agak mandiri kerana kita bersahabat dengan semua. Pengaruh Malaysia di persada dunia tidak boleh dipandang ringan. Saat payah, paling tidak, Samy Vellu masih ada pengaruh di India. Kita masih boleh mendapat sokongan India atas kebanjiran rakyatnya di sini. Samalah dengan Bangladeh dan Nepal. Kita boleh menghantar Chua Soi Lek ke China, pasti pemimpin China masih mahu minum teh bersamanya. Kalau kita menghantar Haris Salleh ke Pakistan, pasti banyak pendokongnya di sana. Apa lagi jika kita menghantar Najib dan Muhhydin ke Indonesia, pasti orang Bugis, Jawa dan Rhiau akan setuju dengan mereka. Bung Mokhtar, saya kira ada kerabatnya di Sulu. Kalau tidak Datu 13 kita boleh jadikan sandaran. Kita banyak pendokong di dunia Arab. Syed Hamid Albar boleh kita hantar ke sana. Paling tidak pilih saja mana-mana Wan dan Sharifah, pasti Tok Arab ada hormat kepada mereka. Nik Aziz, ada pendokongnya di Pattani. Mahathir, banyak negara dunia ke tiga mahukan dia jadi pemimpin mereka. Ke negara mana sekalipun di dunia ini, pasti ada personaliti Malaysia yang mampu menonjolkan kepentingan Negara ini. Begitulah hebatnya Malaysia, cuma sedikit dari kita sedar. Kekuatan ini, juga menjadi kelemahan kita, kerana menjadi faktor cemburu banyak negara khususnya tangan hitam.
(iii) Saya yakin, jika politik Malaysia dapat digoyahkan, pasti ekonomi kita juga akan tersungkur sama. Jika Malaysia goyah, pasti mudah untuk tangan hitam mengilas kita. Indonesia sudah dalam poket mereka. Thailand, Filipina dan Singapura, sememangnya sudah dalam kandang besi mereka. Kambodia, Vietnam, dan Laos, mudah saja untuk tombang jika ASEAN terus lemah kuasa ekonominya. Myanmar (Burma), dengan kembali Suki, dengan tarian gendang demokrasi, akan tersungkurlah Negara itu dalam kain tangan hitam.
(iv) Kegoyahan Ekonomi Barat adalah kerana Sistem Demokrasi sedang meleset. Demokrasi adalah senjata Barat untuk kembali menjajah khusus lewat Sistem Ekonomi Kapitalisma. Bermuka di sebalik Pasaran Bebas, Kebebasan Hak-Hak Asasi Manusia, Penjagaan Alam Sekitar, dsb adalah alat-alat ampuh bagi melemahkan mana-mana negara yang mencabar kepentingan mereka. Contohnya, kerana sawit menjadi saingan hebat soya, jagung, bunga matahari dsb maka sawit dikecam sebagai sumber penghapusan hak-hak kaum pribumi, kepupusan Urang Utan, pelepasan Karbon dioksida, dsb. Soal-soal kemiskinan, jurang pendapatan, jurang kesejahteraan sosial,dsb sudah mulai dipinggirkan. Saya yakin, Ungku Aziz dan bekas gabnor Bank Indonesia yang kini menjadi penasihat di Bank Dunia adalah hanya sebagai hiasan tabir dan atau agar mereka dapat dilarikan dari negara masing-masing untuk melenyapkan nasihat mereka kepada Kerajaan masing-masing.
(v) Barat, terutama pengasas Sistem Kewangan dan Ekonomi Kapitalis sangat takut tentang asakan Mahathir terhadap Sistem Kewangan dan Ekonomi Islam. Sistem Kewangan dan Ekonomi Islam mengharamkan apa saja yang tidak menyuburkan ummah. Asasnya, Sistem Kewangan dan Ekonomi Islam, hanya membenarkan apa yang suci dan selamat buat ummah. Jika Sistem in dapat terbangun, pasti, Sistem Kapitalis akan terganti atau tersusut peranannya.
(vi) Mahathir sangat terkenal di dunia ke tiga. Anwar juga maju deras dalam meniti jalannya Mahathir. Kedua-dua pada hakikatnya mempunyai kecenderungan yang hampir sama iaitu memperkasa Sistem Kewangan dan Ekonomi Islam, cuma dalam nada dan strategi yang berbeza. Saya yakin, tangan hitam dapat melihat akan bahaya jika Mahathir terus lama berkuasa dan atau Anwar dapat dengan mudah dilantik mengantikan Mahathir. Maka kedua-duannya harus dihancurkan. Mahathir mesti dipaksa turun. Sedang Anwar disekat dari menerajui kepimpinan Malaysia. Kedua-dua mereka mesti diperangkap dalam kancah yang saling menjatuhkan.
(vii) Tangan Hitam sangat pakar dalam memilih masanya untuk menyerang Mahathir sehebatnya, iaitu saat dia belum tidak mempunyai tangan kanan yang hebat. Akibatnya semua orang tahu. Abdullah Ahmad Badawi terpaksa Mahathir serahkan kuasa memerintah Negara biar Mahathir tahu beliau kurang layak. Saya juga yakin, Tangan Hitam juga tahu Abdullah dikelilingi anak-nak didik tangan hitam yang sangat ghairah untuk berkuasa dan melonjak cepat dalam apa juga kedudukan mereka. Tangan Hitam sebetulnya sudah mempunyai halimunan ayam dalam reban. Makanya, golongan ini akhirnya membantutkan seluruh agenda Pertumbuhan Ekonomi Pesat Mahathir. Kita sedar, akhirnya, rakyat memberontak, dan faktor Anwar menjadi mengila terus merencat Pertumbuhan Ekonomi Negara.
(viii) Najib kini terkapai-kapai dengan seribu satu masalah. Kakinya terpaku, dia sukar melangkah. Yang kedengaran hanya laungannya entah apa-apa. Makanya kelompok tikus seperti Kit Siang dan Karpal pastilah berkeliaran lantarn kucing sudah tempang.
(7) Sayang, di kalangan umat Melayu, biar Islam mendidik kita agar tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah. Kita jadi kerdil untuk dapat melihat muslihat dan kemusnahan. Kita jadi leka oleh dakyah luar yang sangat licik. Kita tidak dapat melihat antah dalam beras. Kita tidak dapat membeza antara kaca dan intan. Kita tidak tahu membaca kilas ikan di air. Kita jadi takut. Kita jadi pengecut. Paling dhaif saya kira, para ulama yang kian takut untuk berdiri atas tuntutan Allah agar berani memperbetulkan kesalahan dengan tangan dan lidah mereka. Mereka lebih rela lari dari keslahan dari mendepani kesalahan. Mereka lebih suka memihak dari menjernihkan segala. Mungkin mereka telah kufur kerana bertuhan selain dari Allah?
(8) Saya berpendirian, Mahathir dan Anwar perlu didamaikan. Demi negara ini, demi Islam di sebelah sini. Saya yakin, inilah masanya saat Islam mesti bangkit sebagai Adeen semua manusia. Inilah masanya untuk umat Melayu menyumbang dalam perkembangan temaddun Islam. Inilah masanya, Sistem Kewangan dan Ekonomi Islam mesti didirikan.
(9) Anwar yang sudah itu sudahlah. Esok apapun brother tak dapat. Wajar semangat juang yang brother ada itu, dikumpul untuk kembali kepada tuntutan fitrah kepimpinan Ilahi. Mahathir, syukurlah usia masih dipanjangkan, kesihatan masih terpelihara, dan fikiranpun masih ditajamkan Allah. Allah memberikan kesempatan agar segala itu dimanafaatkan sebaiknya. Jangan nanti kita hanya boleh menagih dan sesal di atas kuburan.
(10) Najib, berusahalah untuk mendamaikan Anwar dan Mahathir. Sesungguhnya, keperwiraan Khalid Ibn Al-Waleed adalah kerana dia tahu akan kelemahannya dan patuh atas tuntutan fitrah, maka penerimaan kurang kuasa menjadikannya sanjungan sepanjang zaman. Nik Aziz bantulah. Kita dah berumur. Mudah-mudahan nasihat Tok Guru, ada ore dengar. Jange dok tue susu dale sungai kelate hok berkelodok doh. Mapus habis ike! Parok!
Kuching, Sarawak
30 July, 2012
#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment