Orang Melayu, panjang akal mereka. Saat tersepit, atau terkurung, pasti seribu satu akal akan menjelma dalam benak fikiran mereka, biar ada juga yang kecewa dan mengalah lalu menjadi beruk tunggal kalau tidak menjadi sang ungka melolong kesendirian. Percambahan akal Melayu, jelas dengan pelbagai cara mereka pertamanya mencerna kemudian melahirkan buah fikiran mereka. Dongeng Mat Jenin, Pak Kadok, Pak Pandir dan berbagai gurindam, seloka, syair, dan pantun adalah untuk terus mengajak Melayu bercakap dalam kias-kias agar sipendengar terus berfikir dan mengerti dalam tersirat. Sebabnya mudah, kerana Melayu faham cakap siang, pandang-pandang; cakap malam, dengar-dengar. Sikap hati-hati Melayu cukup halus.
(2) Konsep yang ditekankan dalam beberapa pepatah, perumpamaan dan pri bahasa Melayu seperti: bapak borek anak rintik; kuah ke mana tumpahnya, kalau tidak ke nasi; guru kencing berdiri, murid kencing belari; begitulah gendang, begitulah tarinya, dsb adalah sesuatu yang amat terkait dengan apa yang sedang dilakukan oleh Najib Abdul Razak.
(3) Dato' Abdul Razak Husein mengambil tampuk kepimpinan negara dalam keadaan negara sedang menghadapi keresahan yang memuncak. Pertamanya, dalam kaca mata mereka seperti Mahathir Mohammed, Musa Hitam, bahkan Harun Idris, Tunku Abdul Rahman kerana lembutnya jiwanya anak raja tersebut, maka dia sperti dipijak kepalanya. Negara pada penghujung pentadbiran Tunku berada dalam gelora yang meresahkan: soal keselamatan, soal celaru politik, keresahan kerana kemiskinan yang meluas, dan segala sesuatu kekecewaan menyelubung hebat rakyat negera ini. Yang jelas, biar rakyat berasa bangga di atas kemerdekaan negara, namun nikmat kemerdekaan tidak kesampaian.
(4) Sebetulnya, terdapat persamaan keadaan negara semasa Dato' Abdul Razak mengambilalih pentadbiran negara dengan keadaan Dato' Muhammad Najib mengambil tugas yang sama dari Abdullah Ahmad Badawai (Abdullah).
(5) Mungkin kerana Abdul Razak terdahulunya terlahir dan membesar dalam suasana Kampung sebagai rakyat biasa dan bersama rakyat, dia mudah memahami aspirasi rakyat. Makanya, dia sedar akan jiwa orang Melayu khususnya iaitu mereka sangat sabar asal arah tuju masa depan mereka adalah jelas. Dato' Abdul Razak belajar dan bekerja kuat dalam memhamai keresahan rakyat lalu merncari jalan untuk memberi harapan kepada orang Melayu. Pendeknya, Abdul Razak membina wawasan atas hakikat sebenar dan harapan rakyat. Bagi saya, Abdul Razak mengerti betapa siksanya nenek moyangnya di Sulawesi saat terjajah oleh Portugis dan Belanda. Darah mengerti kehinaan akibat kepayahan itu mengalir deras dan panas dalam tubuhnya.
(6) Apa yang diharapkan oleh orang Melayu di zaman awal kemerdekaan dan bahkan sehingga ke tahun 1970an adalah kebahagian anak cucu mereka. Orang Melayu sebelum tahun-tahuin 1980an, lebih mementingkan masa depan bangsa mereka dari diri mereka secara perseorangan. Mereka sendiri tidak mengharapkan sangat akan kebahagian dari hasil kemerdekaan. Mereka lebih mementingkan masa depan anak cucu mereka. Mereka sanggup berkorban apa saja demi anak cucu mereka. Makanya, Abdul Razak menubuhkan FELDA lalu mengerakkan seluruh jentera negara membantu FELDA untuk membasmi kemiskinan rakyat jelata. Abdul razak yakin, FELDA dapat memenuhi harapan orang Melayu. Ternyata itu adalah benar.
(7) Abdul Razak tidak berhenti di situ, dia menyedari harapan Melayu dalam bidang pendidikan, keusahawanan, politik, dan milikan harta. Maka berbekal keluhuran jiwanya untuk bangsanya, sebutlah apa juga nama agensi besar negara, semuanya tergbentuk pada zaman Abdul Razak: MARA (ITM), SEDC, UDA, PERNAS, Bank Bumiputera, dsb, semuanya adalah semi corporate system yang dia cipta untuk membimbing orang Melayu agar bersatu, sehaluan, dan jelas hambatan masa depan mereka. Abdul Razak membina harapan dan menjelaskan cara pengisisian harapan itu dengan gigih.
(8) Dia ke hulu ke hilir merantau ke seluruh negara. Pertamnya dia berjumpa dengan rakyat di mana rakyat itu berada (he met the people where they are): di sawah, di tepi pantai, di pinggir jalan, di mana-mana tanpa early preparation. Dia membuat kejutan. Dia berbincang dengan Tok Ketua, Penguhlu, Penggawa. Dia berjumpa dengan sesiapa juga. Dia menyelami hati rakyat. Dia mendengar, dia melihat, dia menyelami. Dia tidak sekadar senyum berjabat tangan.
(9) Kemudian baru dia berjumpa dengan para Pegawai Kerajaan. Dia berbincang. Dia meneliti. Dia berfikir. Dia membuat keputusan dan arahan. Dia juga kemudiannya memastikan tindakan susulan dibuat sebagaimamana yang telah diputuskan. Pendeknya, Abdul Razak memikirkan hal-hal besar, namun dia tidak melupakan hal-hal kecil iaitu hati dan harapan rakyat di mana juga mereka berada.
(10) Mahathir Mohammed pernah berkata: Saya melaksanakan dan meneruskan apa yang telah Tun Abdul Razak fikirkan. Dia adalah pemimpin yang saya kagumi. Buat saya, ingatan saya buat Tun Abdul Razak adalah amat nostalgik. Saat pengumuman kematian beliau, pada masa itu saya sedang membantu ibu angkat saya mengisar tepung beras untuk membuat kuih tepung. Cuaca di Kuala Krai pada masa itu adal suram dan gerimis. Bila mendengar pengumuman kematian beliau, semua orang seperti terpegun, terdiam, dan menangis. Di Kuala Krai, pulohan ribu batu dari Landon dan ribuan Batu dari Kuala Lumpur, rakyat menangis atas pemergian beliau. Mulai saat itulah saya mulai mengkaji siapa Dato' Abdul Razak Dato' Husein. Buat saya, Abdul Razak meneladani Abu Bakar, Umar dan Ali Abi Thalib dalam cara bekerjanya.
(11) Najib, mengikuiti jejak langkah Abdul razak, ayahndanya. Namun, saya nampak langkahnya, langkah tempang. Pertama dia tidak sedalamnya dan seluasnya memahami atau mungkin terpesong dari memahami harapan sebenar rakyat. Cara dia mendapatkan maklumat berhubung dengan masalah dan harapan rakyat, saya kira non neutral, non independent.
(12) Pergerakkan Najib terlalu diselubung dengan meraka yang lain kepentingannya. Abdul Razak bergerak dengan mereka yang mahukan untuk rakyat. Najib sering terkepung dengan mereka yang mahu untuk diri sendiri.
(13) Abdul Razak mencerna harapan selaras dengan permasalahan sebenar rakyat: kemiskinan, pelajaran, agama, keusahawanan, politik, dsb. Abdul Razak melihat isu-isu ini dalam erti pembangunan sebenar untuk negara; namun Najib saya kira sering terpesong melihat semua ini dalam contact kepentingan politik semasa, dan kepentingan golongan menyelit membelit.
(14) Abdul Razak tidak heboh berkait soal perbedaan politik apa lagi percaturan politik dalamanan mana-mana parti. Dia menumpu dan meneruskan agenda pembangunan, kerana dia tahu, segalanya berpunca daripada kemiskinan dan ketakcukupan. Dia sadar, jika semua sebok bekerja untuk negara, pasti polimik dan berpolitik akan terkurang. Juga jika semua terus-terus berfikir dan bertindak untuk negara, sikap individualistik dan kapitalis akan dapat dikurangkan.
(15) Makanya saya yakin, Abdul Razak menyuburkan semangat kerjasama dan kawalan. Maka Husein Onn dan Mahathir Mohammed, bila mengambilalih pentadbiran negara, mereka dengan agak mudah terus dapat memacu perttumbuhan ekonomi negara dan merngurangkan masalah sosial rakyat. Sedang Najib, saya kira sangat berusaha kepada Liberalization meluas. Saya khuatir Najib, secara tidak langsung sedang menyuburkan sikap-sikap melemahkan semangat kenegaraan rakyat kita. Adakah tindakan Najib ini sebagai senjata untuk mengekang paluan gendang reform and freedom Anwar Ibrahim. Silap-silap senjata makan tuan.
(16) Buat saya, Najib perlu menyedarkan dan mengerakkan kembali seluruh jentera Kerajaan, samada di sektor politik, pentadbiran awam dan atau GLC supaya kembali mempunyai sifat kenegaraan yang tinggi. They have to be told, they have to be pushed, they have to be shown, thery have to be led untuk kembali memiliki sikap the Nation First!. Mungkin slogan 1Malaysia kita boleh ubah sedikit jadi Malaysia First atau Malaysa1. Di zaman Abdul Razak dan terkemudian sedikit darinya, sepertinya semua orang bersikap sebegitu. Sikap Group or Individualistic Capitalist (Corporate) yang kian menular dan mengakar dalam jentera kerajaan kini mesti dibendung dan dikawal dengan segera. Saya tidak menyarankan sekatan, saya menyarankan kawalan dan pengembalian kepada semangat membina negara.
(17) Kalau pemimpin sebijak Mahathir Mohammed akur tentang jauhnya kebijaksanaan dan kepintaran Abdul Razak, saya tidak nampak, kenapa Najib tidak boleh meneladani kedua-dua pemimpin ini. Separuh dari darah Najib adalah darah Abdul Razak. Mungkin Datin Sri Rosmah juga boleh meneladani Toh Puan Rahah (ibu mertua) dan Tun Siti Hasmah dalam memancu Najib untuk menjadi negarawan luhur. Abdul Razak dan Mahathir memimpin dengan penuh kejelasan, namun Najib, harus segera menjelaskan banyak kesamaran pentadbirannya dengan pengisian. Bila menari pakailah baju Melayu, bila berdansa, molek pakai suit!
(18) Kata Mahathir saat dia sepertinya kecewa: Najib mempunyai seorang ayah yang sangat bijak dan berwibawa. Saya harap diapun begitulah; lebih kurang begitulah lontaran kata-kata Mahathir tidak lama dulu bila ditanya kenapa dia hendak Najib jadi PM Malaysia (PM Malaysia)!
Kuching, Sarawak
3 May, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment