.

3/11/11 APA YANG HARUS KITA SADARI

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 05, 2011

Share

& Comment


Jika kita berumur 50 tahun ke atas, kita mungkin beruntung, punyai kesempatan untuk mengikuti lima atau enam generasi dari kehidupan kita: moyang, nenek-datuk, ibu-bapa, diri kita sendiri, anak dan cucu. Setiap satu dari generasi ini, punya cabaran dan perilaku tersendiri. Masa beredar, cabaran juga berputar. Cuma, mungkin tidak banyak yang cuba melihat, betapa segala cabaran itu tetap sama kesannya, Cuma polanya sahaja yang berbeda-beda. Jika kita tidak dapat melihatnya dengan cepat, pasti kesannya akan parah menjadikan bangsa kita Melalyu kian layu. Pepatah Arab sudah mengamarankan: Nasib generasi 100 tahun mendatang, tergantung oleh cara kita membangunkan mereka sekarang ini. Juga ada pepatah Melayu yang hampir serupa maksudnya: Bapak borek anak rintek; Guru kencing berdiri, murid kencing berlari dan; Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bangsa Melayu kuat sifat kerjanya, namun kebanyakan dari kita hanya lelah bukan untuk bangsa. Kita lelah sekadar banyak bekerja. Tetapi untuk siapa? Mengapa?

(2) Melayu, pasti akan jadi hebat jika kita dapat merombak cara kita melihat dan menghayati Islam. Selama ini kita telah terbelenggu oleh pengaruh silam yang menjajah: Buddha, Hindu dan Barat.

(3) Pendidikan kita perlu rombakan besar-besaran. Sistem pendidikan kita mesti menjurus kepada pembentukan budaya yang melestarikan kemajuan kita. Sistem ekonomi kita perlu dimasyarakatkan. GLC kita perlu diperkukuhkan sebagai gerakkan itu. Perbankan Islam kita perlu terus disemak dan benar-bernar berjiwa Islam: memudahkan.

(4) Kita tidak arif dalam mentafsir kenapa jalan susah dan mematikan Allah hamparkan buat Muhammad SAW dalam membebaskan Baitullah, serta kenapa harus dia Hijrah ke Madinah yang ternyata kemudiannya para Yahudi di sana adalah musuhnya berkekalan. Islam penuh misteri. Kita tidak melihatnya sebegitu, maka kita tidak punya keinginan mendalam untuk menyelidikinya.


nota:
Tulisan ini adalah sinopsis dari tulisan panjang saya yang akan dimuat turunkan dalam lamam Web saya, yang juga mengambil nama yang sama ie ABC Sadong, yang akan dilancarkan, insyaAllah Jumaat depan.

matang jaya, kuching
5 nov., 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.