.

13/11/11 jalan allah, JALAN KALAH!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 26, 2011

Share

& Comment


(Muhammad, asalnya melihat pada olah-olah nakal kambing. Tanpa aturan, pasti sebahagian dan juga mungkin semuanya akan jadi bahaman serigala. Punah. Muhammad berfikir. Muhammad mengerti. Muhammad bertindak tanpa gentar. Muhammad belajar dari Alam, dan Allah lalu membenarknya. Dia lalu jadi gembala ummah dan segala ciptaanNya)

Sebelumnya, manusia belajar dari alam. Pada alam, manusia menaruh kepercayaan. Sakit, kerana alam. Bahagia, kerana alam. Resahnya, kerana alam. Alam dan manusia saling simbiosis. Matahari, samudera, bulan, bintang, angin, gunung, pohon-pohon, batu-batuan, segalanya, asal ada rasa mistri, asal terasa ada roh, manusia jadikan tuhan. Itulah sifat azali roh manusia, kepingin, saat ada keresahan pasti ingin berpegang buat membina dan mempertahankan keyakinan. Hati kita, jiwa kita, fikiran kita, sebetulnya, perlukan keyakainan selain dari tubuh yang membungkus diri ini. Kita secara azali perlukan sesuatu untuk jadi pegangan kita.

(2) Sepertinya anak-anak, pegangan mereka adalah pada kedua ibu bapanya. Kehilangan atau ketiadaan mereka, pastinya akan menimbulkan keresahan, kekhuatiran bahkan rasa terancam yang amat dahsat. Maka, kita akan dapati si anak akan menangis meraung mencari orang tua, atau penjaganya. Inilah gambaran naluri manusia, mereka perlukan pegangan, mereka perlukan adanya rasa keselamatan buat mereka meneruskan hari-hari mereka.

(3) Lantas, kerana kebijaksanaan temadun di Asia Selatan, atas asakan hidup yang jauh lebih bergelora, maka Alam mendidik mereka membentuk satu aturan yang agak bergulat, simpang siur, jika sekali pandang adalah berbelit-belit sukar untuk diterima akal mudah. Semuanya, kerana yang menciptanya, inginkan ianya punya sifat mistri. Kerana dia tahu, tanpa adanya rasa mistri, manusia tidak akan mudah menerima ianya sebagai sebuah aturan. Begitulah, sebetulnya kelahiran, bermula dari Falsah Buddha lalu menjalar ke Hindu sebagai tantangannya, kemudian kerana sudah berakar umbi yang sangat dalam, lalu diiktiraf sebagai agama. Pola-pola ketuhanan menjadi kian lahir jelas, namun tetap mistri.

(4) Di Timur Tengah, di Utara Afrika, di America Latin, di Timur Jauh, di Eropah-Mediteranean, lahirlah pelbagai ketuhanan dengan nama yang berbeda-beda atas perlambangan mistri yang berbeda-beda dari Firaun kepada Zeus, semuanya adalah sebagai pencarian dan pegangan manusia saat resahnya memuncak.

(5) Sang rakyat mencari tuhan, mencari pegangan saat resah mendadak. Sang raja dan apa lagi maharaja, mahu rakyat berpegang kepada mereka, saat menyaksi betapa dokongan rakyat kian sepi, menjauh. Lalu raja atau maharaja, mengangkat diri jadi tuhan. Lalu mencipta segala mistri agar rakyat terus tunduk dan mudah diapa-apakan saja.

(6) Hari kian berlalu, kerana manusia sifatnya sentiasa mencari dan menyoal. Itu sudah terjadi dari sebermulanya ciptaan manusia, tercipta sebegitu, tidak manusia itu akan hanya syukur tentang apa di depan mata mereka, Adam, mencari Hawa, saat Hawa tidak wujud. Manusia sebegitulah natijah nalurinya, akan terus mencari yang belum ada. Tidak sekali-kali puas dengan hanya yang di depan mata. Maka, alam terus dicabar, disoal oleh manusia. Alam kian tidak dilihat sebagai tuhan. Ada lagi yang lebih besar dari alam, yang harus dihargai jadi tuhan. Manusia terus mencari, biar yang dicari sebetulnya sudah ada, Agama dari Tuhannya.

(7) Kelahiran Agama Tuhan sepertinya mulanya sebagai tetes-tetes embun dihujung daun, di bawa mula oleh Adam, sehingga kian menjadi jelas bagai aliran air sungai oleh Sulaiman, Daud, Musa, Ibrahim, dan Isa lalu menjalar menjadi samudera oleh Muhammad. Agama Tuhan, berevolusi, tumbuhnya, atas nama Islam, biar ada nama lain-lainnya: Yahudi dan Kristian, namun Allah jugalah yang mewahyukannya, cuma segala penyelewngan telah diaburkan sehingga setiap agama itu telah menjadi milik mutlak sebahagiannya sedang Islam adalah agama seluruh alam, bukan sekadar manusia namun segalanya. Segala seisi alam ditadbir oleh Islam. Cuma kita tidak mengerti itu, kita picek tentang itu.

(8) Namun, pencarian manusia akhirnya bertukar kepada hambatan, suatu perebutan, maka nilai-nilai Agama Allah kian berbaur kembali kepada penguasaan alam. Kali ini, sebermula dalam abad 14, penguasaan terhadap alam, sudah bukan dalam bentuk ketuhanan, kerana sudah hadirnya Agama yang jelas, sebaliknya penguasaan alam adalah untuk kepuasan nafsu manusia segelintir.

(9) Di Afrika, rakyat miskin kini bukan lagi dijadikan hamba penyembahan ketuhanan. Mereka di seret jadi hamba membina kekayaan. Di Amerika Selatan, rakyat pribumi dihenyak lalu jadi menghamba membuka ladang-ladang luas terbentang. Di Amerika Utara, perang terus berluasa. Pribumi banyak mati katak. Tanah luas jadi milik segelintir. Pribumi terhambat ke gunung dan tanah gersang.

(10) Nusantara, sebermula di Filipina, olah dan kejayaan di Amerika Selatan, jadi ikutan rapat. Ladang tebu dan kelapa menganti usaha kecil-kecil rakyat. Kebebasan tumbuh bukan pada rakyat, tetapi subur di tangan penjajah. Lantas merebak ke Indonesia, segala kebunan apa juga diubah jadi ladang. Pribumi hanyalah kuli sekadar hidup. semua harus tunduk. Di Tanah Melayu, sama saja. ladang getah mengantikan dusun buah-buahan. Rakyat terhimpit ke pinggir gunung. Di Vietnam, di Cambodia, di Laos, sama saja. Rakyat bergulat. Rakyat resah. Rakyat hanyut.

(11) Lalu muncul nama-nama sepertinya: Jose Rizal (Filipina), Sukarno-Hatta (Indonesia), Mat Kilau-Tok Janggut (Tanah Melayu), Azahari (Brunei), Ho Chii Minh (Vietnam), Pot Pot (Kambodia), Fidel Castro (Cuba), dan banyak lagi. Semua mereka muncul, mahu jadi tuhan dan mengurai keresahanan rakyat. Kini keresahan rakyat bukan akibat pencarian roh, tetapi Islam (Yahudi, Kristian, dan Islam) telah mengajar mereka untuk hidup. Mereka resah kerana kesukaran untuk hidup. Pejuang-pejuang negara ini adalah tuhan baru dalam menghambat kehidupan untuk rakyatnya.

(12) Apa bedanya kini? Rakyat sedang mencari tuhan (perhatikan, saya gunakan huruf kecil t, bukan T). tuhan-tuhan baru kini terlahir sebagai Abu Ya (Al Arqam), tuhan dari Langit, pelaku-pelaku hebat dalam soal-soal sondomi, demonstrasi jalanan, sek bebas, bosia, mat rempit, obess-gemuk, segalanya, yang zahirnya adalah perlambangan keresahan yang tidak searifnya dapat kita baca dan mengerti. Manifestasi yang kita tidak mengerti, apa lagi peduli.

(13) tuhan kita sepertinya sudah kembali beralih. Nama Allah, sekadar hadir di bibir, tidak tersemat dalam jiwa dan membudayakannya. tuhan kita adalah demokrasi, kapitalisma, sosialisma, komunisma. tuhan kita bukan Allah. agama kita bukan Islam. Pada kita cukup segalanya sekadar perlambangan. Tidak pada pengisian. Kita sudah binggung untuk kenal apa isi apa kulit. Semuanya kerana kita bacul untuk mengaku salah!

(14) Jalan pintas bagi banyak, sepertinya kini, mungkin juga termasuk anda, tersenyum, ya....kembalilah ke Jalan Allah. Namun saya pasti, jalan yang sebahagian nyatakan itu adalah ke jalan allah, tidak sebenarnya ke Jalan Allah. Saya pasti tentang itu. Ke jalan allah, sekadar memuaskan kepeluan sendiri. Sekadar menghapus keresah sendiri. Apa mungkin resah rakyat, resah umat terobat? Jika benar, bilang berapa ribu adanya pondok dan pesantren di seluruh Nusantara? Bukankah semua itu telah ada sejak penjajah belum ada di sini? Toh, kenapa rakyat, umat masih resah? Tidakkah itu semuanya kerana banyak sepertinya sedang menuju ke jalan allah, jalan kalah sebetulnya, dan bukan ke Jalan Allah.

(15) Saya akan berjalan mencari dan menjelaskan tentang dua jalan ini: jalan allah dan Jalan Allah. Mudah-mudahan saya akan temui jalanya yang sebenar untuk sama-sama kita bena dan lewati dengan sempurna. Bantulah saya, SubhanaAllah.

Nota:
Yasser Arafat, Sadam Husien dan Ghadafi telah terkubur hina. Mubarak perih hina. Assad kian berdarah. Banyak lagi kian goyah dan kalah. Di semua tanah ini, terbina gedung keagungan Islam yang paling hebat. Di sana juga adanya, mereka yang mahir tentang Islam. Namun, jelas, semuanya adalah perlambangan semata-mata. Sedarkah kita akan itu? Coba fikirkan, Al Azhar, bukankah ia Havard Islam? Kenapa sepertinya mati tidak boleh memimpin umat Mesir ke Jalan Allah?


Matang Jaya, Kuching
26 Nov., 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.