.

32/9/11 KENAPA BILA TERSEPIT MENYEPIT

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 26, 2011

Share

& Comment



Dalam pribahasa Melayu, ada sebuah ungkapan yang menjadikan banyak orang was-was mahu menolong mereka yang tersepit: Bagai melepas anjing tersepit. Pribahasa ini, bermaksud, mereka yang dalam kesusahan atau dalam bahaya, bila dibantu, jauh dari ada rasa bersyukur apatah lagi berterima kasih, malah membaham yang membantu. Keadaan ini terjadi, dalam perjalanan saya selepas menghadiri Majlis Kenduri Arwah kaum keluarga saya yang telah meninggal di kampung.

(2) Dalam pacuan kencang kerana ingin berkemas atas sebab saya mahu berangkat ke luar negara, saya telah terserempak dengan suatu kemalangan di mana seorang perempuan tua telah dilanggar oleh sebuah motorsikal. Keadaan si tua memanglah parah, dan semua orang seperti selalunya hanya berkerumun tanpa melakukan sesuatu yang cepat bagi menyelamatkan si tua.

(3) Biar dalam keadaan tergesa-gesa, saya memecut si tua ini ke Klinik Sadong Jaya dengan hanya ditemani oleh seorang yang mengaku saudara kepada si tua. Biarpun pada saat itu, sebenarnya pelaku kemalangan masih ada di situ, saya memberi isyarat agar dia berlalu pergi kerana saya tidak mahu membuang masa untuk mengurus sesuatu yang kurang patut. Juga ada bisik-bisik bahawa jika salah perhitungan, akan berlaku kejadian pergaduhan.

(4) Walau bagaimanapun, selepas sampai ke rumah, saya mendapat panggilan talipon dari saudara saya di Kampung akan seorang mencari saya kerana saya dikatakan melanggar lari beliau. Dia membuat sedikit kekecohan di rumah saya di Kampung. Dari gambaran yang diberikan, ternyata beliau adalah pelaku kepada kemalangan yang baru saja saya uruskan. Anih, saya membantu dia melepas diri, saya pula difitnah melakukan pelanggaran.

(5) Sabtu sudah, saya mampir membeli jagung untuk dibawa pulang ke Kampung di gerai pinggiran jalan Sampun, Pendam. Seorang perempuan pertenggahan umur lantas memegang lengan saya dan mengucap terima kasih. Saya kaget. Dia menyatakan, terima kasih kerana menolong menghantar si tua ke klinik namun dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital Kuching. Perempuan ini ingat akan saya yang terkial-kial cuba mencari sesiapa yang sanggup menemani saya ke Klinik dan memangku si tua yang saya kira sudah nazak.

(6) Saya sebetulnya ingin melupakan si tua dan pelanggar tersebut, namun sapaan perempuan separuh umur di Gerai Sampun menginggatkan saya kembali kepada manusia terjepit bila dilepas menyepit. Ketam sebegiutlah sifatnya, namun orang Melayu telah berkurun mengamati, anjing begitulah tabiatnnya. Apakah kita sehina itu? Saya berharap ada rasa insaf pada beliau, samada salah si tua atau siapa, pastinya juga beliau tetap ada khilafnya kerana mungkin memandu laju dan tidak prihatin. Si tua sudah mati, maka tiadalah dia akan dapat menyatakan apa. Namun, begitulah sebahagiannya dari kita, saat susah, saat payah, bila dibantu sudah enak dan senang, menyusahkan pula. SubhanaAllah. AuzubillAllah.


Matang Jaya, Kuching

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.