.

5/8/11 MENAFAAT PSIKOLOGI DAN FISIOLOGI SHALAT...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 10, 2011

Share

& Comment



Pertama kali saya shalat adalah ketika berumur 12 tahun. Mengikut sunah, sebaiknya seumur tujuh tahun, seorang anak sepatutnya sudah mulai dijinak-jinakkan dengan syalat. Saya sebetulnya sangat beruntung kerana saat berumur 12 tahun, biar terpisah dari keluarga, jauh di perantauan, iaitu dalam ketiadaan bimbingan langsung dari orang tua, ayah, namun saya punya seorang teman Ahmad Zaki Abdul Kadir yang umurnya empat tahun lebih dewasa dari saya, serta seorang ayah angkat yang begitu prihatin, iaitu Hj. Harun Hj. Senik. Kedua mereka sangat mengambil berat tentang keperluan dan waktu shalat saya.

(2) Sejak beberapa bulan yang lepas (sedikit beberapa tahun yang sudah), saya merenung kembali tentang keperluan shalat. Sememangnya, ianya satu kewajiban. Perintah mewajibkan shalat sebahagiannya adalah untuk membezakan antara yang kafir dan Muslim. Pendeknya, dalam Islam, shalat dapat diringkaskan bagi menghidupkan jiwa dan sikap suka kesucian pada setiap diri Muslimin. Islam asasnya adalah suci dan bersih, maka tanpa suci dan bersih, Islam kita jadi tiada maknanya.

(3) Dari pembacaan saya, ingin saya perkongsikan beberapa pemahaman saya berkait dengan kebaikan psikologi dan fisiologi shalat. Psikologi adalah sesuatu terkait dengan perasaan, jiwa kita contohnya keberanian, keyakinan, resah, takut, cemburu, dengki, dsb. Fisiologi pula terkait dengan fungsian biologi tubuh seperti aliran darah, rembesan hormone, enzim, pelalian diri, dsb.

Kesan Psikologi:

Kesan psikologi utama Shalat adalah untuk memerdekakan diri dari tabiat malas. Kita harus ingat, malas adalah sifat yang Allah sangat benci. Shalat mendidik kita untuk berani menghumban sikap malas atau keterbiasaan. Banyak perkara tidak kita lalukan adalah kerana sikap malas kita untuk memerdekakan diri dari keterbiasaan, keselesaan yang sedia ada. Bangun di tengah malam dan subuh saat tidur paling enak, bukanlah perkara mudah. Maka dengan sebab itu azan subuh sedikit berbeza dengan azan lainnya. Begitu juga shalat Tahajjud sering dikatakan sebahyang bagi golongan besar ie rasul, nabi, ambia dan tidak diberatkan bagi kaum Muslimin umum. Pokoknya yang dikatakan sedemikian adalah sebagai kiasan betapa hanya para rasul, nabi dan ambia yang mengerti akan safaat psikologi shalat tersebut sahaja yang akan mengambil berat melawan rasa malas bangun melawan ngatuk dan enak tidur di tengah malam untuk mengerjakan shalat tersebut.

(2) Shalat fardhu ada lima waktu. Tersangat afdal, jika semuanya tertunai tepat pada waktunya. Jika ini terjadi, pasti, waktu adalah sebagai landasan menyatukan umat pada kawasan yang sama. Setidak-tidaknya, dalam mukim yang sama, jika semua Muslimin shalat tepat pada waktunya, tidak kira di mana-mana, semuannya bersatu dalam satu masa dalam satu tujuan, menghadap Allah. Jika ini terjadi, InsyaAllah akan ada kesatuan terpupuk erat dalam dunia Muslimin di mukim tersebut dan serantaunya.

(3) Secara pribadi, menunaikan shalat tepat pada waktunya, adalah didikan bagi diri kita agar menepati waktu. Sesungguhnya Allah bersumpah: ”Demi masa, kamu akan kerugian kecuali yang berIman dan beramal salih…” . Sikap suka menepati waktu, akhirnya mendidik kita menjadi manusia ulet:kental, atas kesadaran, segalanya mesti dilaksanakan tepat pada waktunya bagi mendapat ganjran atau keputusan terbaik. Dalam budaya Jepun, Jerman dan sebahagian Negara Barat menepati waktu sudah menjadi budaya hidup mereka. JIT, Just In Time menjadi pegangan hidup Jepun, Korea dan Jerman. Negara-negara ini mengambil masa yang singkat untuk bangkit kembali selepas kehancuran peperangan lantaran tabiat mereka yang sangat menitik beratkan menepati waktu. Bayangkan jika mereka adalah Negara Islam. Pasti kemajuan yang lebih unggul jadi milik mutlak mereka atas sifat mereka itu. Begitulah sebenarnya Allah berkias buat kita jika kita meneliti dan berfikir.

(4) Sememangnya sukar menjaga ketepatan waktu shalat dalam dunia kesibukan sekarang ini. Maka, dengan sebab itu Allah mengadakan julat waktu. Cuma lagi cepat kita kerjakan shalat, lagi baik nikmatnya atas disiplin dan kepribadian diri kita. Kalau tidak, kita akan mengambil mudah segala-galanya: datang kerja lewat, buat kerja lambat, segala-galanya lambat, menjadikan diri kita akhirnya digelar sebagai pemalas, lalai, leka, tidak bertanggungjawap.

(5) Buat diri saya, saya sedari beberapa tahun kebelakangan ini, atas sikap saya yang agak lewa dalam menjaga waktu shalat, maka banyak hajat hidup saya dapatkan bukan pada waktunya serta banyak juga tidak kecapaian lantaran elat dalam shalat.

(6) Shalat juga menguji sikap keprihatinan kita kepada jemaah lain jika ada bersama. Bau nafas, ketiak yang tidak terurus, kaki yang tidak dibasuh bersih dan berbau, atau stoking yang kotor dan mengangitkan, pakaian yang kurang menyenangkan terutama dari segi kebersihan, wangian yang meloya atau menghangitkan, serta nada pembacaan yang tidak dikawal, semuanya melambangnkan pribadi kepedulian kita: Social Inteliggent dan atau Emotion Equotion kita. Adap sopan shalat perlu kit jaga rapi agar, dalam mengejar pahala, jangan pula nantinya kita terkurang kerana sikap dan sifat buruk kita.

(7) Wajar Allah mengatakan sesiapa yang meninggalkan shalat maka dia adalah kafir iaitu orang-orang yang tiada disiplin, kotor, mangkir, bahil, hasad, tidak bertanggungjawap, dan keterbelakangan. Itulah sifat-sifat manusia yang Allah tidak ingini dari kejadian seorang manusia.

Fisiologi:

Segala gerakan dalam shalat adalah latihan jasmani: physical exercise. Bermula dengan wudhu, mensucikan segala kotoran dari tubuh, melambangkan betapa segala sesuatu yang kita kerjakan adalah mestilah atas niat dan perlakuan yang bersih, suci, ikhlas dan tulus. Ianya mesti dilakukan dengan air atau bahan-bahan suc dan di tempat yang bersih.

(2) Wudhu menyejukan semua bahagian yang dibasahi air. Bermula dari muka, telinga, dahi, kepala, lengan dan kaki. Semua itu adalah bahagian di mana saluran rerambut darah sangat banyak. Simbahan air ke bahagian-bahagian ini menyejukkan sedikit aliran darah dan itu akan menimbulkan rasa segar, bersih, nyaman dan menenangkan. Maka dengan sebab itu jika kita marah, dinasihatkan untuk:wudhu. Saya sering mengambil separa wudhu bila saya merasa keletihan terutama bila berdepan dengan banyak . separa wudhu maksudnya: cuci muka, leher, rambut sampai ke belakang, serta lengan dan jari-jari tangan. Saya Cuma tidak mensucikan tapak dan pergelangan kaki. Amalan ini, sering menyegarkan.

(3) Lalu saat mahu memulai shalat, kita beridiri tegak, kedua tangan lurus azali ke bawah, kepala sedikit tunduk, bernafas perlahan dan dalam, tenang, lalu mata, fikiran khusuk tertumpu pada tapak sujud. Berdiri tegak, lurus, santai, tenang serta tarikan nafas yang teratur, sesungguhnya mengatur jalanan darah, nafas serta aliran makanan yang sangat licin. Ianya sangat baik untuk pencernaan dan aliran segala cecair dalam tubuh kita.

(4) berdiri tenang, sebetulnya kita sedang berlatih menenangkan diri, memusatkan diri pada kerjaan yang sedang kita hadapi:perfect easing. Niat kemudian kita lafazkan dengan jelas dan pasti. Niat sebetulnya adalah penegasan sikap pasti, sikap yaklin pada kerjaan kita. Yakin ianya betul, baik dan ikhlas. Tanpa semua itu, keyakinan dan tumpuan kita akan pudar memalap. Semua itu, sebetulnya, adalah kewajiban agar segala sesuatu perlu dikerjakan dengan penuh ketenangan, yakin dan tumpuan: kusyuk: absolute focus.

(5) Biar hanya shalat sendiri, baik dilafaskan ikamat. Ikamat sebetulnya adalah penguatan penegasan kita terhadap keyakinan kita kepada Ilahi. Gauman suara yang berirama indah akan mengatur tarikan dan hembusan nafas. Taichi, yoga, kungfu, silat, dsb sebetulnya turut mengamalkan cara trauran pernafasan berasaskn aguman suara. Ikamat juga melatih diri, untuk benar-benar yakin, berani, tegas terhadap apa juga kerjaan yang hendak kita lalukan. Maka baik jika ini sebetulnya kita kembangkan dalam tugasan harian kita, saat melangkah masuk pintu kantor kita melafas: Ya hari ini, akan aku kerjakan semuanya, sebetul, seikhlasnya!, pasti aka nada kesan pada alairan hormon, darah, enzim dan system pelalian kita.

(6) Mengangkat tangan separas telinga dalam keaaan selesa dan santai di waktu takbir, sebetulnya kita sedang mendepa agar dada kita terbuka luas. Saat sebegini, jantung kita kembang paling luas. Kepala yang tegak, menjadikan saluran pernafasan kita paling terbuka, dan polos. Saat lafazAllahuakbar terucap, kita sebetulnya sedang menyedut nafas yang sangat panjang. Ketenangan pasti mendatang. Pastinya saat sebegini adalah sangat indah dan damai dengan sebutan nama Maha Pencipta.

(7) Tangan kemudian berlabuh di dada. Ada setengah berlabuh di pusat. Telapak tangan kanan menutupi telapak tangan kiri, perlambangan yang baik menutupi yang jelek. Di manapun, saya kira tergantung kepada bentuk tubuh masing-masing, kalau gemuk atau bagi kaum Hawa mungkin enak di pusat. Bagi lelaki yang tegap mungkin selesa di dada. Saya lebih suka memilih untuk meletakkan telapak tangan di dada kiri. Ianya lebih selesa, dapat memberikan kemudahan pernafasan yang agak mudah dan selesa. Dalam keadaan sebegitu, aturan pernafasan juga adalah selesa. Semuanya menambah keselesaan semasa shalat.

(8) Semasa shalat, ada waktunya kita boleh berbunyi membaca segala ayat. Ada ketikanya, kita digalakan membaca secara senyap sahaja. Semuanya, saya kira terkait dengan adap sopan: Social Inteligent dan atau Emotional Quation. Shalat subuh dan maghrib umpamanya kita digalak membaca dengan sedikit bunyi. Ini saya kira ada kaitan untuk mengajak yang lain ikut shalat sama. Juga ada kaitan dengan aturan pernafasan sebagaimana yang di amalan oleh deraman para sami Buddha dan mereka yang mengamalkan Yoga. Membaca ayat yang sedikit panjang waktu Isya juga terkait dengan aturan pernafasan. Pembacaan ayat yang panjang, betul pada adabnya, sebetulnya jika diikuti dengan sistem pernafasan yang baik pasti punya kesan yang sangat baik terhadap pergerakkan jantung dan edaran darah.

(9) Saat rukuk, tubuh dibungkuk dengan selesa. Kaki sedikit terkuak agar ujud kestabilan gravity. Badan bengkok lurus dengan kepala tetap menatap pusat sujud. Tangan lurus menongkah lutut dengan telapak tangan menekan lebut pada lutut. Kaki dilurus sedikit keras. Otot-otot belakang, kaki, serta kepala pasti terasa tertarik enak. Pada kedudukan sebegini, kita sebetulnya sedang melakukan renggangan otot, dan jika ini dapat dilakukan dengan perlahan dan sempurna, pastinya ianya memberikan kelegaan: relief yang sangat enak.

(10) Perbuatan rukuk, diikuti dengan sekali lagi takbir, lalu sujud dan duduk antara dua sujud, semuanya adalah gerakan rengangan otot. Semua itu jika dilakukan dengan tertib dan sempurna pasti menimbulkan rasa lega. Gerakan-gerakan ini pasti punya kesan ke atas rengangan pada tulang dan otot belakang, otot lengan dan jari-jari, otot punggung, otot kaki serta otot jari-jari kaki. Semuanya pasti mendapat renggangan yang sangat teratur, selesa serta azali.

(11) Juga perbuatan rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud juga akan mengingatkan kita tentang berat badan kita. Bagi yang kurang prihatin terhadap berat badan pasti akan meresa kurang selesa semasa rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud. Apa lagi jika berat badan sudah jadi keterlaluan. Maka segala bentuk perbuatan dalam shalat itu boleh dijadikan pertunjuk utama terhadap tahap kesihatan dan kecergasan kita.

Ganjaran Pahala:

Islam pastinya suatu cara hidup yang berbeza dari cara hidup agama dan ketemadunan lainnya. Dalam urusan biasa manusia, jika mereka rajin melakukan senaman, pasti ganjaranya adalah kesihatan dan kecergasan tubuh badan yang baik. Dalam Islam, shalat adalah ibadat yang mencakupi keperluan duniawi dan alam barzah (akhirat). Di dunia, jika kita patuh mengerjakan shalat, ganjarannya adalah berbentuk duniawi: kesihatan, keselamatan, ketenangan, keyakinan, serta ganjaran kebendaan lain-lainnya mengikut anugerahNya. Sedang di akhirat, bagi yang tekun patuh mengamalkan Shalat, ganjran awalannya adalah pahala dan pahala ini akhirnya adalah jaminan kesejahteraan dan kemakmuran roh semasa di akhirat nanti.

(2) Pendeknya, jika kita faham mukjizat di sebalik shalat, pasti akan kita temui kesejahteraan duniawi dan alam akhirat. Di bulan yang mulia ini, wajar kita jadikan titik tolak untuk mengerti dan mengamalkan sebaiknya apa yang mesti kita lakukan. Mudah-mudahan kita semua jadi lebih mengerti akan perlakuan kita.

(3) Selamat menunaikan ibadah sebaiknya dan semoga dalam rahmatNya selalu.

Wisma Satok, Kuching
10 August, 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Kak hana said...

Terima kasih atas perkongsian ni

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.