Apakah ini sudah kudrat Melayu? Atau ya kerana inilah balasannya orang yang malas, tidak guna otak, apa aku peduli?
Saya sering bercerita tentang keresahan saya terhadap masa depan Melayu. Masa depan yang bagaimana sebetulnya yang saya sering risaukan? Agamanya? Budayanya? Taraf Sosio-ekonominya? Waktu untuk saya berbakti buat umat Melayu kian singkat. Takdir mungkin hanya mengizinkan saya hanya setakat bercerita. Lakunannya mungkin tidak sempat saya choreograf dan persembahkan. Namun, izinkan saya bercerita, jika tidak dianggap sebagai dongeng.
(2) Dulu, bermula dengan pelayar Arab, kemudian China, lalu India semua mereka menyebut suatu bangsa yang bertaburan di Nusantara sebagai Melayu. Kemudian bertandang Sepanyol, Belanda, Portugis, Jerman, Peranchis, Inggeris, Jepun dan Amerika, mereka tetap menamakan bangsa-bangsa ini sebagai Melayu. Kenapa? Apa ada pada mereka?
(3) Kita dulu merdeka. Kita dulu bebas. Kita dulu ada Kerajaan sendiri: Majapahit, Sriwijaya, Langkasuka, Pattani, Champa, Melaka, Brunei, Sulu, Pasai, Siak-Jambi, Mataram, Rhiau, dan banyak lagi. Kita dulu ada sistem sendiri:sukatan-pasok, gantang, cupak, pikul, kati, tahil, depa, rantai, dsb. Kita dulu pelaut, nakhoda yang hebat. Kita dulu pedagang, pengembara. Kita dulu pahlawan, panglima dengan ilmu persilatan yang halus tetapi keras. Kita ada temaddun sendiri. Kita ada sastera dan bahasa sendiri. Kesenian dan ukiran kita adalah tersendiri:batik, perahu, rumah, perhiasan, dsb. Kita ada semua.
(4) Suatu keberadaan yang paling hebat milik kita adalah kesukuan. Atas adanya suku, maka hati dan fikiran kitapun bersuku juga akhirnya. Lantas membuahkan hasad, dengki, bakhil, kedekut, pengecut, dsb Ketakberadaan yang maha celaka buat kita adalah ketiadaan kesatuan. Melayu sehingga ke hari ini tidak ada Kesatuan Melayu Sejagat. Kita tetap Melayu bersuku-suku: Melayu, Kedayan, Melanau, Bajau, Minang, Tagaloq, Champa, Sulu, Bugis, Jawa, Banjar, Iban, Bidayuh, Penan, Sakai, Semong, Negritos, Papua, dsb.
(5) Kita sedikit sekali, malah boleh ditidakkan, melihat masa depan kita dalam Kesatuan Melayu Sejagat. Kerana kita tiada Kesejagatan Melayu, maka fikiran kita tetap kampungan, sukuan, sendirian. Kita jadi ngak melihat, memikir, merencana dan membuat demi Melayu Sejagat. Pemikiran dan prilaku kita sangat terbatas kepada suku dan lebih parah kendiri.
(6) Setelah dua puloh enam tahun menjawat jawatan awam, saya terasa amat sakit untuk membela Melayu. Galangan pembelaan terlalu berat dan sukar untuk dipecahkan. Galangnya, bukan dari sesiapa, tetapi kebanyakannya adalah terbina tegap oleh orang Melayu sendiri. Amat payah untuk menyedarkan biar Melayu terpelajar sekalipun tentang memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Kita seperti terlalu selesa tentang apa yang kita miliki. Kita lalai dan tidak berani untuk melihat di luar dari kehidupan pribadi kita. Bagi yang tengah susah, pasti ada keterbatasannya, namun bagi yang telah berjaya, mereka seperti malas peduli.
(7)Petang ini, saya melewati Tebingan Sungai Sarawak. Bangunan Astana di seberang utara Sg. Sarawak, bercat putih, gagah berdiri menata sejarah yang Melayu Sarawak seharusnya tidak boleh terima sebegitu megah. Kehadiran Astana itu, yang sengaja bercat putih, tidakkah itu menandakan betapa kita terus menerima Orang Putih tetap hadir dalam kehidupan kita. Astana itu mengkhabarkan kepada dunia betapa Melayu telah terjajah dan mereka bangga dengan kesan jajahan. Saya jadi sayu merenung sejarah kita itu. Tidakkah ini, adalah lambaian agar kita boleh di jajah dan mudah dijajah biar dalam apa bentuknya lagi? Saya kecut. Saya ingin menangis kuat!
(8) Pasti banyak yang mahu berpolimik tentang itu. Apa faedahnya? Saya ingin mengajak semua Melayu agar kembali ke Kampung masing-masing. Perhatikan tanah-tanah kita tetap terbiar. Perhatikan tanah-tanah kita sedang terjual. Perhatikan masih banyak saudara-saudara kita belum tentu arah hidup mereka. Perhatikan betapa mereka sedang meminggir dan terpinggir. Sememngnya mereka itu bebal untuk dibnagunkan? Namun, apakah sikap kita? Biarkan mereka saja? Tidakkah mereka itu sebahagaiannya adalah darah daing kita? Saya bertanya kepada yang telah berjaya, apa maksud jayanya, hanya kendir, atau apanya?
(9) Berjalanlah kita keliling kota. Lihatlah Melayu yang terdesak menumpang hidup di kawasan perumahan murah. Namanya saja berubah-rubah:Rumah Murah, Rumah Mesra Rakyat, Ruamh 1Malayisia, namun kesannya tetap sama, dihuni oleh Melayu yang tidak upaya! Melayu yang kurang berpelajaran. Melayu yang kurang kemahiran. Melayu yang rumah tangga berantakan, pecah belah, terbiar. Sampai kapan kita terus tidak upaya? Kenapa kita jadi sebegitunya?
(10) Banyak yang akan menuding, bukankah itu tugas siapa yang kita namakan pemimpin politik. Namun tetap saya ingin berhujah, kenapa bila kita tidak terbuat apa-apa dengan sesungguhnya, maka sering saja kita mahu memalingkan kepada yang lain? Saya khuatir sikap melepas tangan, melepas pandang, melari diri: being indifferent, being ignorance, escapism akan berbuah dan berakar kental dalam hati sanubari kita. Jika ini terjadi, ingatlah tentang banyak cerita-cerita di dalam Al Quran bagaimana kaum-kaum yang bila sebegitu sikap mereka telah Allah lenyapkan.
(11) Saya khuatir dan jadi takut yang teramat sangat. Saya melihat dari dulu hingga kini, kita telah jadi Melayu yang mudah percaya. Percaya yang tak betul pun jadi minat tinggi kita. Kita mudah terhasut. Kita juga mudah menjilat bibir bermadu. Kita jadi Melayu yang sukar untuk menyelidik. Kita jadi Melayu yang tidak tahu untung adanya Islam sebagai asas keilmuan dan ketemaddunan kita. Amalan kita sekadar untuk hidup sendiri. Saya jadi takut. Saya benar-benar kecut. Rasanya tangisan di sejadah sekalipun tidak akan melegakan sesak di dada saya. Saya kini sedang berat untuk melangkah bila terlalu banyak kaki hanya kaku, lidah kelu, mata jadi buta, telinga jadi pekak, mulut bungkap penggap, semuanya menjadi galang yang tidak sudah menghalang kebangkitan tidur Melayu.
(12) Dengan kegawatan ekonomi dunia berasaskan sistem kewangan kapitalis Yahudi, serta masalah hutang Amerika yang mengaung dalam, kita seperti tidak sedar betapa biar Melayu yang berjaya sekalipun akan terhimpit kuat di masa depan. Jangan fikirkan yang sudah ada kerjaan maka mereka akan terlepas dari kepayahan masa depan jika semasa berkedudukan mereka tidak punya pemikiran dan tindakn strategik untuk kebaikan Melayu.
(13) Saya takut, saya kecut melihat hari ini, anak-anak muda Melayu bila sudah mendapat pekerjaan bukan menumpu pemikiran mereka kepada kerja dan tanggungjawap, sebaliknya lebih leka dengan handphone, I-pod, dan segala macam sistem perhubungan yang bakti jasa kepada Melayu belum tentu adanya! Pada mereka, gaji harus cukup, soal tanggungjawap hanya sekadar cukup saja. Tidak lebih dari itu. Memeikirkan soal bangsa itu tidak biar jangan dijadikan tanggungan hidup. Pengertian Waking an extra mile pasti tidak mereka pedulikan. Saya takut dan kecut. Inilah pemimpin masa depan Melayu. Saat muda mereka, hanya bersenang. Apakah tahan mereka merempuh ombak yang akan melanda:jauh Pak Awi!, itu saya pasti.
(14) Tuhan, apa sudah jadi dengan diri ini, seperti terlahir sia-sia dalam tututanMu yang maha sakit dan payah. Saya takut, pergi tanpa tapak-tapak kaki yang dalam.
Matang Jaya, Kuching
29 July, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
testing
Post a Comment