22/7/11 ANAK YANG SUKAR MENDENGAR AJAR
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 27, 2011Petang ini, sewaktu memandu pulang tersiar di dalam Radio, namun saya kurang pasti saluran mana, suatu yang amat menarik yang baik untuk kita amalkan. Seorang pendengar menceriotakan betapa dia sangat menyayangi anaknya, namun segala nasihat atau suruhan dirinya kepada anaknya sukar anaknya patuhi. Contohnya, bila di suruh belajar, dia enggan belajar. Bila disuruh sembahayang, dia tetap enggan malah tidur.
(2) Banyak ketikanya, si anak suka menipu. Di rumah, di katakan dia tiada Kerja Rumah dan buku-bukunya dikatakan selalunya ditinggal di sekolah. Di sekolah pula, dia sering mengatakan bahawa buku-bukunya dia tinggalkan di rumah. begitulah sandiwara si anak, yang memebikinkan si ibu menjadi gundah kebinggungan.
(3) Nasihat penceramah, semasa si anak sedang tidur, elok si ibu berbisik dan memberikan nasihat buat si anak, sambil mengusap-ngusap kepala dan dahinya. Wajar bisikan ini diteruskan sehingga si anak menampakkan riak, ie contohnya bergerak-gerak. Layaknya seperti kita bercakap dan berbisik kepada seorang yang sedang koma. Paling baik, dibacakan Surah Al-Haj,dan dihembuskan pada ubun-ubunnya.
(4) Arwah nenek saya punya muslihat lain bila mendidik kami adaik beradik semasa kami masih kecil. Dia mengumpul kami bersama, makan bersama. Semasa semua sudah santai dan sebelum memulakan makan, dia kan memberikan nasihat apa yang patut. Sering dia berkata, dengan cara itu, mudah-mudahan nasihat itu akan masuk ke dalam tubuh bersama makanan, lalu kemudian menjadi darah daging kami.
(5) Ibu saya, sifatnya yang lembut lain pula caranya. Dia akan mengusap-ngusap kepala atau belakang saya sambil menyatakan harapannya. Umpamanya, sambil mengusap-ngusap semasa saya mengaji, dia akan seperti berdoa agar saya petah mengaji dan dapat membaca doa buatnya di suatu hari nanti. Begitu juga jika saya sedang dikenakan pakaian, doa dan harapannya sering diungkapkan: "Mudah-mudahan anak emak jadi orang pinter, dan boleh tolong emak!"
(6) Si ayah, sifatnya mudah, membenar dan memperkuatkan:"Emak ngomong opo: kata apa?". Saya pastinya hanya tersenggeh dan ayah biasanya hanya menjewer: menarik kuping: telinga saya. Itulah cara orang dulu-dulu, psaikologi mereka amat berbeda.
(7) Dalam hal kedua anak saya Luqman dan Dewi sedari mereka di lahirkan, saya akan mendekap mereka ke dada saya semasa tidur mereka. Ya sememangnya, selalunya saya akan sedikit terkena ompolan: kencing bila sudah hampir subuh. Kepala mereka berdua mesti saya usap-usapkan, sambil saya bacakan surah Kursi berkali-kali dan berdoa agar kedua mereka jadi anak baik, manusia yang bila dewasa nanti akan sentiasa ingat dan mahu membela mereka yang susah dan payah. Saya bersyukur sehingga ke hari ini, biarpun rasanya mereka tidak sepuasnya mendapat perhatian saya, mereka tidak menimulkan sebarang permasalahan.
(8) Mudah-mudahan ada yang ingin berkongsi cara hidup agar kita terus hidup dan menghidupkan.
Matang Jaya, Kuching, Sarawak
27 July, 2011
#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment