.

11/6/11 PEMESONGAN YANG PERLU DIPERHATIKAN....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - June 24, 2011

Share

& Comment

Kalau kita ikuti Sejarah Melayu, terdapat banyak kisah di mana, Penghulu, Pembesar Negeri, Hulubalang, Perdana Menteri dan bahkan Raja yang baik telah terfitnah dalam banyak perkara dan gaya. Fitnah itu datang samada akibat rasa tamak yang lahir dari dalaman atau juga dari mereka yang ingin merampas kuasa dari luaran.

(2) Siam, Belanda, Portugis, Inggeris dan Jepun tidak mungkin dapat menawan Dunia Melayu jika bukan kerana adanya talibarut dari sebelah dalam.

(3) Mahathir Mohammed saya kira pasti masih menjadi Perdana Menteri Malaysia sehingga kini jika tiada fitnah yang begitu hebat melanda dia. Fitnah menyebabkan dia merajuk dan berundur dengan air mata kekecewaan. Fitnah yang diterima oleh Mahathir adalah pelbagai atas sikap beliau yang ganas dalam memartabatkan kemerdekaan Negara dan Melayu khususnya serta menggerak kepada gerakan KeIslaman yang lebih meluas. Mahathir tumbang, kita mengundur kebelakang!

(4) Saya yakin, gagasan Mahathir terhadap Sistem Kewangan Islam dan pembentukan konglomerat Melayu menjadi iri banyak pihak sehingga yang beragama Islam tetapi berlainan agenda turut menentang beliau. Saya yakin, Sistem Kewangan Islam jika dapat dilaksanakan, pasti akan mengancam Sistem Kewangan Kapitalis yang sedia ada. Pastinya, sistem yang telah terbangun oleh para Yahudi sebelum WWII, serta telah menguntungkan para kapitalis untuk mencengkam dunia, melihat Sistem Kewangan Islam, apa lagi jika ianya bersandarkan Emas Dinar dan bukan U$, perlu ditentang habis-habisan. Mahathir dengan apa cara, dari dalam atau luar mesti ditentang. Talibarut dan pemuka-pemuka mengancam dia secara tampak dan atau halus.

(5) Di peringkat dalam negeri pula, jika Mahathir berjaya membangunkan Sistem Kewangan Islam, pastinya ekonomi Malaysia akan berasaskan Islam. Jika sistem ekonomi negera ini adalah berlandaskan Islam, pastinya segala yang lain akan turut berkembang sebegitunya. Ada pihak yang melihat ini sebagai ancaman terhadap cita-cita politik mereka. Sekali lagi, mereka telah mengerakkan agar Mahathir ditrentang hebat. Mahathir kerana dalam setiap ucapannya tidak petah berhujah dengan ayat-ayat Al Quran, difitnah sebagai Firaun, kafir dsb. Rakyat kebanyakan seperti termakan tomahan dan fitnah ke atas beliau.

(6) Saya percaya, pembangunan konglomerat Melayu adalah alat yang Mahathir rencanakan untuk mengerakkan ekonomi Islam. Tanpa adanya konglomerat yang dipelopori Melayu, pastinya, instrumen kewangan Islam tidak akan ada taker. Saya berkira, Mahathir memaksakan penggunaan instrumen kewangan Islam ke atas konglomerat ini.

(7) Apakah salah cara Mahathir? Lihatlah, bila Muhammad hijrah ke Madinah, selepas membina Masjid, beliau telah membawa masuk kaum Quraish Islam dari Mekah untuk membangunkan sistem perdagangan yang baik di Madinah. Begitu juga bila Abu Bakar dan Umar menjadi khalifah, tumpuan mereka adalah dalam pembangunan sistem perdagangan Islam. Dalam masa pemerintahan Abu Bakar dan Umar, Islam berkembang pesat sehingga menjadi sebuah empayer yang digeruni oleh Rom, Mesir, dan Farsi.

(8) Saya yakin, sebagaimana Mahathir, Taib Mahmud juga sedang menghadapi masalah yang sama. Ada banyak perkara yang Taib jalankan tetapi sangat tidak jelas kepada semua pihak khususnya di kalangan orang Melayu Sarawak. Hanya kerana kurang jelas, tidak bermaksud kita tidak boleh menyelidiki secara saksama. Pepatah Melayu: Ditelan mati emak, diluah mati bapa harus kita mengertikan terutama bila dalam keadaan dilemna untuk berterus terang atau sekadar diam sehingga waktu membuktikannya.

(9) Petaka yang menimpa Mahathir harus jadi pengajaran kepada umat Melayu. Sampai kapankah kita tetap terus ingin dengan mudah terbawa angin? Tidakkah kita punya otak untuk berfikir dan menyelidik secara saksama? Sia-sia agaknya Allah jadikan otak dalam kepala kita? Jangan kerana Brooke latang melaung mahu membela kita, maka kita dengan mudah kencing di atas kuburan Rosli Dobi. Kita perlu sedar akan adanya pentas dan drama. Lakonan tetap terus berlaku.

(10) Anak Melayu, kita punya budaya yang tahu dari kilas ikan di air, kita tahu jantan betinanya. Juga orang tua-tua kita selalu berpesan betapa ada udang di sebalik batu dan sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Semua itu adalah nasihat agar kita lebih bersikap strategik dalam segala pemikiran dan prilaku kita.

Kuching, Sarawak
24 June, 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.