Akhir-akhir ini, kedengaran lantang kalangan politikus di Sarawak, menyanggah seruan khiamat Khairi Jamaluddin (UMNO) dan Gan (MCA)yang menghendaki Taib Mahmud turun dengan seberapa segara dari tampuk Kerajaan Negeri Sarawak.
(2) Cuma, saya berkira Khairi dan Gan berasa mereka ada hak untuk bercakap sebegitu, adalah kerana mereka terpaksa 'bermandi peluh' membantu BN dalam PRU10 yang lepas. Kalau itulah alasannya, nampak jelas mereka tidaklah bekerja secara jujur. Juga, saya nak bertanya, benar-benarkah orang Sarawak mengundang mereka datang 'melalak' di sini semasa kempen PRU10 dulu? Tidakkah mereka ini datang sebab hendak 'nampak ada'?
(3) Tak kiralah BN atau PR. Saya lihat, Najib dan Muhhyiddin benar-benar bekerja secara ikhlas. Saya dapat mengikuti beberapa siri lawatan Muhhyiddin. Dia tak pernah penat, dan dia nampak jujur. Yang lain, terutama yang tak ada nama, saya kira, kata orang Simanggang (kini Sri Aman), abu duak suduk pun sik ada, sebok-kalut tak tentu pasal.
(4) Saya perhatikan dalam ekologi anjing di tengah malam, sekor melalak, semua yang berdekatan pun melalak. Samalah dengan tabiat ayam, telur sebiji riuh sekampung. Budaya kempen PRU10 Sarawak, dah menjadi budaya 'anjing melolong dan ayam berketak'. Siapa mulakannya?
(5) Kek cakap Bahasa Malaysia Baku, Khairi tak berapo nak faham, baik eden cakap sikit style Rombau. Kito orang Sarawak, suko diam-diam jo. Kito buek bondo kono fikir dulu. Atas kono tengok. Bawah kono kerling. Kiri-kanan kono toleh. Kalau ado bondo golap kek, samar kek, tak berapo nak jolas kek mano-mano, kita tunggu dulu sampai jadi corah. Kito jugak bukan suko pulak nak bersuluh di hari torang bendorang. Gitulah orang Sarawak. Sobab itu kito, kato ayah angkat den kek Batu Kikir, biar kocik tapi berbiso.....
(6) Aik, Khairi, jangan lupo adat Minang. Engkau orang Rombau. Eden tahu sikit-sikit sebab selalu bersiwang dengan 'Orang Kito' kek Jeram Batu Kikir. Bilo engkau ke Sarawak, jangan sangko, duduk tenang di tebing Sungai Sarawak tak ado buayo....semua sungai kitao ada buayo, cumo, kito tahulah bilo nak bersahabatkan dengan buayo. Sebab itu engkau kono tahu, susah kau nak tengok anak-anak Sarawak terjun 'telanjang bulat' main air dalam sungai....(kau fikirlah apo maksud den).
Kuching, Sarawak
28 April, 2011
2 comments:
Maybe KJ is still young. Young people ni kurang pengalaman and kurang reti cara pendekatan dgn masyarakat. Just my 2 cent
salam...pada pandangan saya, adalah wajar hendaknya pehin taib mahmud mengundur diri dalam tampuk pemerintahan sarawak...kerana, "dah lama dah"...biar berundur dgn "bergaya" daripada dikendurkan gayanya sehingga tak terdaya kudratnya.. banyak lagi insan2 yang berkelayakan yang boleh mengantikan beliau..malah pada perkiraan saya, penulis sendiri apa kurang hebatnya dari segi sosok keterampilannya dalam kepimpinan..nah,apa kurangkah bakat di negeri burung kenyalang ini? mahu tidak mahu, pengunduran harus terjadi, sedangkan siti nurhaliza boleh dimamah kepopularitinya masakan ini seorg ketua menteri yg belum tentu boleh menghiburkan jiwa dan lara masyarakat di sarawak...Meskipun begitu, rasa hormat harus dimanifestasikan kepada taib setelah lama beliau berkhidmat..akhir kata,"dialog yg sihat penjana warisan bermutu" itu matmalat ulasan saya disini...maaf jika lari dari tajuk utama penulis..sekian wassalam...
Post a Comment