.

4/3/11 JALANAN SEBUAH KEPEMIMPINAN (What it take to be a leader..)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 10, 2011

Share

& Comment



Saya menulis ini, timbul setelah saya malam tadi membaca buku: The Leadership secrets of Ghangis Khan oleh John Man, anaknya Kabul (mungkin nama ini menjadi abadi pada Kabul Ibu Negara Aghanistan), dan cicitnya Kublai Khan, dengan hanya berbekal lampu lilin, kerana sejak beberapa hari lalu terdapat masalah litar di rumah saya. Rasanya saya kembali ke zaman nostalgia kesempitan 1960an di mana saya terpaksa mentelaah menguna lampu pelita tanah.

(2) Tidak berapa lama lagi rakyat Sarawak akan turun memilih pemimpin politik buat menerajui Negeri ini. Samaada rakyat Sarawak akan 'bersalin baju dan celana' atau tidak itu tergantung kepada pertimbangan masing-masing. Saya berkira sekitar April-Mei, pertarungan pasti akan berlaku antara yang sedang memegang jawatan dan mereka yang ingin menjadi pemimpin.

(3) Sedikit masa lalu saya ada menulis sepintas lalu tentang betapa Muhammad SAW sangat terhimpit saat mulai kejadiaannya (sejak janin: dalam kandungan) sehingga ke alam remajanya. Saat lahir dia menjadi piatu, lalu di zaman keanak-anakan dalam keadaan yatim piatu, penuh kemiskinan kerana dibela oleh bapa saudara yang kebetulan seorang yang miskin, dihenyak dalam kepedihan hidup sengsara gurun, serta mendewasa dalam kejahilan yang amat sangat masyarakatnya. Namun kerana semua itu, Muhammad menjadi pemimpin agung. Kegetiran hidup dan pengamatan tajamnya menjadikan dia seorang yang kental dan berjiwa besar. Pengabdiannya kepada kemanusiaan sejagat menjadikannya tetap sebagai manusia mulia.

(4) Begitu juga Ali Abi Thalib, secara kasar, jalannan hidupnya juga hampir setara kehidupan Muhammad, yang kebetulan sepupunya, namum dianggap menjadi bapanya, dan dalam usia sangat muda juga terdedah kepada segala macam kemiskinan, keperitan, kepayahan dan ancaman. Semuanya kerana dia terlalu akrab dengan Muhammad SAW, dan sebati dengan bebanan tanggungjawap Muhammad. Semua itu mendidik Ali menjadi seorang yang kental, sanggup berkorban apa saja demi perjuangan menegakkan masyarakat yang diredhai Allah. Tenaga, keselesaan hidup dan nyawanya sanggup digadai demi mendokong dan menyambung perjuangan kemanusiaan Muhammad.

(5) Terdahulunya, Zabur, Taurah, dan Injil telah menyajikan perbagai cerita bagaimana para rasul, nabi, dan ambia telah menjalani segala macam keperitan dan keperluan pengorbanan sebelum mereka mendapat gelar sebagaimana layaknya. Al Quran berulang-ulang kali menceritakan jalanan pengorbanan mereka buat Ummah renung, teliti dan teladani. Lihatlah sejarah Nabi Noh, Musa, Daud, Yusuf, Ibrahim dsb. Mereka bertarung nyawa dan keluarga demi tugas dan tanggungjawap. Nabi Isa Alaihisallam umpamanya, langsung mengenepikan kehidupan berkeluarga hanya kerana mahu menumpu kepada tanggungjawap yang telah Allah tetapkan ke atasnya, memimpin manusia keluar dari belenggu kegelapan dan penyelewengan Yahudi terhadap agama Daud, Musa dan Ibrahim.

(6) Sejarah seperti mengingatkan kita betapa seorang Pemimpin yang ulet, teguh, bijaksana, dan jujur itu terlahir atas didikan dan pengalaman awalnya. Max Webar, seorang Ahli Falsafah Politik Jerman merungkaikan betapa zaman anak-anak sangat mempengaruhi bentuk dan watak kepimpinan seoseorang pemimpin. Secara kasar, dapat kita rumus, jika kita hendak memilih pemipin, maka kita perlu tahu jalanan hidupnya, jika boleh sejak dari alam anak-anaknya sehingga ke kedewasaannya.

(7) Pemimpin seperti Hitler, yang sanggup mati demi martabat Bangsa Jermannya, adalah terlahir sebagai piatu, papa kedana. Beliau sebetulnya adalah anak jalanan. Dia lahir atas penindasan bangsanya samada oleh kaum asing atau mereka yang berada tetapi jahil akan nilai-nilai kemsayarakatannya. Beliau bangkit kerana mahu membela bangsa dari terus ditindas oleh bangsa asing yang sangat spekulatif dan tamak sifatnya.

(8) Begitu juga Sadam Husein, Muamar Gaddafi, Hose Rizal, Sukarno, Ho Chii Minh, Mao Tze Dung, Ghandi, Nelson Mandela, dan bahkan pemikir-pemikir seperti Ibu Sina, Ibnu Khaldum, Iman Shafiee, Maliki, Hambali, Karl Mark, Confucius, Gautama Buddha, dsb semua mereka ini melalui zaman gelap yang mesti mereka cerahkan.

(9) Di negara ini, sebermula dengan nama besar seperti Onn Jaafar, betapa dia terpaksa melewati segala macam ancaman dan kepayahan hidup di Johor untuk bangkit menyatukan Melayu. Begitu juga Tunku Abdul Rahman terpaksan menjalani kehidupan yang agak tersisih dari Istana, bergelumang dengan rakyat di Kuala Nerang, Kedah, untuk mengerti kehidupan rakyat. Sama halnya dengan Tun Abdul Razak bergelumang di Pekan, Pahang meneliti keperitan kehidupan rakyat. Hanya Husein Onn mungkin agak beruntung sedikit kerana agak tergolong dalam keluarga agak berada, namun persahabatannya dengan Tun Abdul Razak menjadikan mereka berdua sebati terhadap keperitan bangsa. Kemudian timbul nama Mahathir Muhammad, dari pinggiran Kota Setar di Anak Bukit, bergelumang dengan masalah penyakit masyarakat. Akhirnya dia menjadi pemimpin negara yang boleh mengangkat kita sebagai mana kita sekarang ini.

(10) Di Sarawak, yang masih hidup, Tun Abdul Rahman Yakub, lahir dalam segala kepayahan dan kesempitan hidup di Mukah dan Bintulu. Begitu juga Abdul Taib Mahmud. Pokoknya, semua pemimpin yang berjaya, kerana mereka telah melalui jalanan susah-payah masyarakatnya.

(11) Kepayahan membentuk sikap berwawasan kepada sesorang pemimpin. Kepayahan menjadikan mereka bercita-cita dan berpandangan jauh, bukan untuk diri tetapi untuk kelompok yanmg jauh lebih besar yang mereka perlu selamatkan dan jayakan.

(12) Pemimpin yang berwawasan tidak setakat hanya boleh bermimpi tentang kejayaan, tetapi mereka sangat ulet (resilience) dalam memperjuangkan kepercayaan dan wawasan mereka. Ada ketikanya, wawasan mereka itu bagai turun dari langit; mendapat restu dari Yang Maha Berkuasa, sebagaimana terjadi pada the Emperor of China. Atas kepercayaan itu menjadikan mereka sangat ulet terhadap wawasan atau cita-cita besar mereka.

(13) Dalam dunia moden kini, pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang tidak sekadar memberikan sirna wawasan, tetapi mereka menggerak (drive) ke arah wawasan tersebut. Untuk dapat menggerakan pengikut ke jalan yang seseorang pemimpin fikirkan memerlukan daya aruhan (persuasion) yang sangat berkesan. Dalam hal ini, wibawa (charisma) sangat memainkan peranan. Bayangkan bagaimana Sukarno, hanya berbekal bambu runcing, golok dan senapang ala kadar boleh mengerakkan rakyat Indonesia bersatu menentang Belanda yang lengkap bersenjata. Sama halnya dengan Hose Rizal bangkit menentang penjajah Sepanyol dan bahkan Onn Jaafar dalam memerangi raja-raja Melayu yang lupa diri yang hampir sujud pada Malayan Union.

(14) Namun itu adalah sejarah dan keadaannya sangat berbeda. Kita dewasa ini tidak terjajah. Kita juga tidak kesempitan sebagai dahulu. Dulu, musuh utama kita adalah kemiskinan dan kemelaratan kerana adanya penjajah. Maka musuh kita adalah satu iaitu penjajah. Hadirnya penjajah menyatukan kita. Kehadiran penjajah membangkitkan kepemimpinan di kalangan kita. Namun, cabaran kita kini adalah lain. Apa dan siapa sebenarnya musuh atau ancaman bersama kita (our common enemy or threat).

(15) Apakah pemimpin yang ada adalah musuh kita? Apakah itu kebenaranya? Jika benar, kenapa dan bagaimana? Ataukah nilai-nilai kemasyarakatan kita telah kian tumpul dan longgar? Apakah tidak mungkin kerana ketiadaan kemantapan nilai-nilai kemsayarakat, maka kita, pemimpin kita dan siapa saja sudah kian kendiri?

(16) Pokoknya kepemimpinan hari ini, masih tetap harus terbina dari keinsafan terhadap nilai-nilai kemasyarakatan. Hakikatnya, keinsafan kemasyarakatan yang tinggi pada Muhammad, Ali Abi Thalib, dan bahkan mereka seperti Ho Chii Minh, Mao Tze Dung, Fiedal Castro, Abraham Lincoln, Mandela, Mahathir Muhammad, dsb yang telah membentuk sikap berwawasan dan ulet pada mereka. Nilai-nilai pedulikan akan masyarakat mereka adalah sangat menakjubkan.

(17) Saya yakin jika kita, kalangan baru dewasa ini, dapat meneliti keperluan kemasyarakatan kita lewat cermin-cermin baru, pastinya akan mendorong kita ke arah wawasan dan keuletan yang baru yang lebih sesuai dengan zaman kini.

(18) Malangnya, kita masih menyanyikan guridam lama hanya dalam rentak baru. Kita tiada keberanian merombak sesuatu hanya kerana takut menongkah arus. Saya berkira, jika itu sifat kita, hanya dharurat baru tergerak perubahan mendadak, dan itu semua pasti akan hanya mengundang celaka sebagaimana Hitler dalam permusuhannya dengan kaum Yahudi.

(19) Saya berkira, inilah tuntutan jalanan pembinaan kepemimpinan kini yang perlu kita terobos kuat. Saya yakin, jika kita ingin kepemimpinan baru, inilah ciri-ciri dan wibawa yang harus kita cari. langkah kita tidak boleh semberono, memilih mereka yang hanya mahu menang piliharaya, tetapi tetap membela rakyat hanya dengan janji-janji kosong atau langam lama!

Matang Jaya, Kuching.
10 March, 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

3 comments:

Bayu Senja said...

En Abdullah
Your new format of the blog is not as efficient as the one before. The color is less attractive, and overall design is not catchy. Now that you have space for ads, i suggest the page be made more distinct and appealing, especially those who have been following your writing from time to time.

I personally read on subjects that interest me whereby my time for that read is limited. Since i clock in when time permits, i normally try to scan and catch up on those read that are beneficial to me. With this new format, it makes it difficult to scan through as the column that list the posts scrolls down automatically.

Abdullah Chek Sahamat said...

That nice of you. Well, in fact I'm seeking my friend sdra Omarali to work on the filter. As you see lately, I saw many as what the Malays saying: Lontar batu, sembunyi tangan, thus I need filter to manage that.

(2) I need to change though. I need to capture new market. It is not nice keep feeding the Orang Utan, just with banana and papaya....sometimes they also need peanut and coke! I hope you could get use to it soon.

Bayu Senja said...

I can see why you need the filter as many are commenting even on your very personal matters. Whether what they say is true or not does not matter because i seek to look beyond those things, as you response on your hair length, you'd always say, look at my head not my hair. So i do just that, your style, your personal preference are yours, what is important is i get to read/scan briefly matters that are of importance to me that could ignite more ideas in my search for knowledge.

I am reading your writings within my stops from one airport to another, getting use to it now.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.