.

3/3/11 APA ADA PADA YANG TIDAK BERADA?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 03, 2011

Share

& Comment


Hujung minggu lepas, biar dalam keadaan terlalu penat, saya tetap pulang menjengah ke Kampung sebentar. Sekitar jam 5.00 petang, biasanya anak-anak kampung akan berkumpul untuk jajan-berbelanja di Mini Market saya di kampung. Saya mengambil peluang untuk sedikit bersama mereka. Sambil jajan cendol, rujak dan gorengan pisang, kami berbual-bual, dan selalunya saya akan bertanya tentang hasil sawit dan segala apa kerjaan mereka. Di mana perlu, saya akan sedikit memberi nasihat tentang cara-cara penjagaan sawit yang saya ketahui. Sekarang ini, penanaman sawit menjadi kegilaan semua orang di Kampung, cuma, masih terlalu banyak yang tetap hanya bercerita dari bekerja sekuat dan sebijaknya!

(2) Kebetulan salah seorang dari mereka sekitar umuran 20an, baru kembali dari kebunan, dan kelihatan masih sangat teruja. "Dari mana?", soal saya. "Dari mengarang-menuai sawit si anu!", jawapnya. "Dapat banyak?", sampuk teman sebelah. "Wah, dia itu, sudah kaya, dengan harga sawit seperti ini, bertambah kayalah dia!", balasnya. "Setidak-tidaknya, dia boleh dapat 5 ton, dengan harga sekarang pasti boleh dapat RM3,000-4,000. Itu baru dua minggu. Kalau sebulan, pasti ada RM6,000-8,000. Lebih lumayan dari mereka yang bekerja dengan Kerajaan!", dia seperti merunggut. Sawit biasanya dituai dua minggu sekali.

(3) Dari gerak nafasnya, dia seperti tidak puas hati. "Jadi?", balas saya seperti mengujinya terus. "Yalah, sepatutnya, saya tidak hanya digaji untuk mengarang sawit tersebut. Sepatutnya sawit tersebut harus dikongsi sama dengan saya. Baru adil, biar orang susah juga jadi senang!", balasnya dalam gurauan.

(4) "Baik, kalau mahu berkongsi dengan dia tentang hasil sawitnya, saya boleh bantu. Tapi kena benar-benar mahu!", usul saya. "Saya kenal benar dengan si anu ini. Saya boleh pujuk dia kalau awak mahu buat urusan secara berkongsi hasil. Mahu?", sambung saya.

(5) Dia hanya tertunduk. Rakan-rakan lain mulai ngenyek-melecehkan dia. "Ha, cakap bukan main. Ini sudah dibenerin, diajak benar-benar, kenapa diam?", soal mereka kepada dia. Matanya terkebil-kebil. Senyumnya tersipu-sipu. Dia kemudian duduk membisu memerhati ikan-ikan Japanese Carp berkejaran di kolam di sebelah. Dia seperti mati akal. Saya hulurkan cendol buat dia hanyut sendiri. Dia seperti hanyut dalam angan-angan mahu berada, namun tetap tidak akan berada, kerana tiada keberanian biar peluang terbuka luas!

(6) Kelmarin saya keliling sebuah kampung bernama Kuala Matu di daerah Matu-Daro, Mukah. Inilah kampung yang banyak mengeluarkan sesar ujur-udang salai. Hajat saya untuk membeli sesar unjur tidak kesampaian, namun saya mengambil peluang pusing keliling untuk melihat perubahan Kampung ini sejak lawatan saya agak-agak setahun lepas. Yang jelas, tampaknya masih belum ketara, sekadar pembinaan rumah burung walit sudah semakin banyak. Cuma, semua rumah-rumah burung walit ini adalah milik bukan penduduk asli tempatan. Sekali lagi saya bersangka, orang tak berada, kekayaan melayang-layang di udarapun tidak akan kecapaian! Kekayaan berada di mana-mana, namun tetap juga tidak akan berada!

(7) Hari ini, selepas seharian di dalam hutan bersama beberapa teman, saya berkunjung pula ke sebuah kampung bernama Kampung Igan. Kampung Igan terdiri dari sekumpulan lima buah kampung dengan penduduk sekitar 5,000 orang. Ianya adalah sebuah perkampungan nelayan. Saya berjumpa dengan segelintir wakil-wakil penduduk untuk menyampaikan khabar bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tanah kepada mereka, cuma, kini secara berkelompok dan tidak secara perseorangan.

(8) Di kalangan mereka, sudah ada yang boleh berdiri di atas kaki sendiri dalam mengusahakan tanah berkenaan. Namun masih banyak juga, mengerjakannya sekadarnya sahaja. Yang telah berjaya, bertegas mahu mengerjakan sendiri tanah-tanah mereka, manakala yang kurang atau tidak berada, hanya tetap mahu sebagai seadanya. Soal optimization, itu tidak penting. Yang penting, mereka hanya mahu punya tanah. Inilah pada sangka saya, yang tak berada, hanya ada dan mahu yang tidak menghasilkan seberapanya. Maka sampai kapan akan jadi berada!

(9) Pasti ada pembaca yang mulai berfikir, semua ini atas kesalahan dua belah pihak. Di pihak saya, adalah masalah Development Communication and Lack of People Participation. Persoalan itu telah saya fahami dan akan diselesaikan secara alon-alon asal kelakon-biar lambat asal selamat, bak kata SBY Presiden Indonesia. Pihak yang satu lagi, pastinya dituduh, tidak terbuka fikiran, masih memilih jalan lama. Pastinya enak ya, menuding apa saja, kerana bukan kita yang tertuding!

(10) Ada kebenarannya, namun, itu juga akan perlahan-lahan kita (saya) buka. Namun, saya cuma ingin mengajak, mereka yang sudah terpelajar, khususnya yang menjawat jawatan dalam Kerajaan, pastinya sedar akan dasar Kerajaan. Juga mereka yang sudah berkecimpung dalam urusniaga, pastinya juga mengerti maksud Economic of Scale. Orang Melayu, pasti mengerti maksudnya kekuatan hasil dari bersatu. Maka, marilah kita bersama-sama menyedarkan orang kita Melayu di desa-desa agar memahami tujuan dasar Kerajaan, dalam mencapai Economic of Scale bagi kepentingan Commercial Feasibility sesuatu usaha.

(11) Saya hanya punya satu akal; kita pasti punya banyak akal. Jika tersatu, pasti akal kita akan membangkitkan kesadaran hebat bangsa, dan kesatuan kita pasti menjaya usaha memperkasa bangsa.

(12) Percayalah, masyarakt kita di desa, mereka adalah masyarakat berada, cuma mereka tidak ada daya upaya: fikiran, modal, kemahiran, dan pengurusan. Maka kita yang sudah ada, tetapi tiada, wajarlah kita berubah menjadi orang yang mengadakan mereka yang tiada walaupun ada. Agak berputar-putar, namun begitulah peritnya membina bangsa.


Mukah, Sarawak
3 March, 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

7 comments:

Anonymous said...

dlm pertengahan januari,sy kebetulan lalu d pusa dan beladin...sy lihat bertebaran bendera2 bulan mengambang menghijau melayang2 d udara...sy pun berbisik dgn kwn,nampak nya yg "berbini muda" tu akn bersaing agak sengit pada pilihanraya kali ini (kwn sy hanya meleret senyumnya)..apabila menikmati mkn tgh hari d kelompok org yg penulis kata "masyarakat berada"(sindiran barangkali) ...sy berasa sngt selesa melihat mereka menikmati hidangan yg jauh lebih murah drpd starbuck,KFC dll yg "terlalu berada"...sdg leka menikmati lauk pauk fresh dr kpg,telinga sy di "halwakan" dgn cerita2 org desa ttg luahan hati mereka dgn "beruk"(1) yg mengganas merampas tanah2 mereka utk d jadikan lautan kelapa sawit....dr satu sudut,sy sngt simpati,yalahhh...tanah yg d usahakan turun temurun kini senang lenang d rampas "barua"(2)..kwn sebelah berbisik pd sy "jgn dgr pandangan2 kolot org kpg"..namun hati sy sgt ingin mendengar lg..d sebut juga satu tempat namanya beladin...punnnnnn d rantai dgn masalah yg sama....aduhhhh...gawat ini!apa benar????

Abdullah Chek Sahamat said...

Tergantung pada perhitungan masing-masing. Cuma yang tetap sama dan serupa pada semua adalah (1) Kepala kita ada otak dan duduknya paling di atas. Maksudnya apa? (2) Mata dan telinga duduknya kebawah sedikit dari otak. Kenapa? (3) Hidung pula di antara mata dan mulut. (4)Mulut letaknya dibawah sedikit dari mata dan telinga dan agak ke bawah dari otak. Apa maksudnya? (5) Dada bertulang keras, hati tersimpan jauh di dalamnya. Namun hati duduknya jauh ke bawah dari otak, telinga, mata, hidung dan mulut. Apa maksudnya tentang semua ini?

(2) Saya berkira kita perlu berfikir keras, menyelidik segalanya lewat penelitian dan pengamatan tajam dan dalam. Bukan lewat angin lalu dan debar rasa semata-mata.

Anonymous said...

Dgn demikian,persoalannya bukan suka atau tidak,benar atau tidak,pakai otak atau tidak,tetapi mahukan kesilapan,kekhilafan d akui hingga berpindah kepada kebenaran yang hakiki....sebelum terlambat hingga nafas tinggal d kerongkong..kerana hati yg jauh dr lubuknye menyebabkan prasangka yg berbeza...jgn salahkan mereka yg menentang kita..pasti ada penyebabnya...jgn slhkan mereka kalau bendera yg d kibarkn selain dr bendera yg berwarna biru..bkn x suka tp hati itu letak nya jauh d dalam terselindung oleh tulang dada yg keras..keinginan pasti terselindung,pasti menambah dan membusung setiap detik...apabila sudah memenuhi segenap ruang,tulang dada yg keras pasti akn pecah...seperti pecahnya empangan Morib..masa itulah,kebanjiran segala2nya...sekali lg kita akn tahu,spt yg penulis katakan "Apa maksud semua ini?"

Abdullah Chek Sahamat said...

Semalam saya ke Beladin. Prinsip orang Islam harus kita pegang: tutut yang hak dan jangan sekali-kali yang bukan hak. Tergolong dalam mereka yang 'berada', khususnya dari segi 'keberadaan ilmu', maka saya mengajak pembuat ulasan menyelidik. Selidik dulu sepuasnya, sebeleum mengikut rentak mereka yang 'tidak berada'. Kalau benar sebagai yang 'tertuduh' atau di 'perkata', ayuh angkat kepala dan berjuanglah. Namun jika tidak benar: "Apakah sanggup pula bergelumang keringat dan bermandi nista menegakkan yang benar?"

(2) Biar saya 'hint', sedikit. Jika benar 'mereka' dahagakan tanah dan benar-benar cintakan tanah, sekitar 100-200 meter di sepanjang jalan Beladin ke Triso, 'yang sangat sentimental kepada mereka', lihatlah apa yang tumbuh! Adakah kita lihat kebunan yang mengeluarkan banyak pendapatan buat mereka, buat menyara dan mengembangakan ekonomi sehingga ke anak cucu-cicit?. Soalnya, 'soal sentimental' apakah cukup setakat hidup 'dengan sentimental'.

(3) Kita 'berada', kenapa sifat kita jadi 'tidak berada'? Atau 'keberadaan' kita menjadikan kita 'tidak berada'?

(4) Biar ligat berputer, sebegitulah jerihnya bila berdepan dengan antara kemelut mahu membina bangsa dengan kemelut sekadar mahu menang piliharaya. Orang Minang berkato: kalu tak dipocahkan ruyung (kulit batang sagu), manokan dapek sagu ea!

Anonymous said...

kpd penulis...apa yg terbina?bangsa?bangsa jenis apa yg telah terbina?siapa yg bina bangsa?itulahhhh....hendak membina bangsa konon?kalau d kira,baru kata2 nya sahaja sudah menghina,apatah lg tingkah lakunya?memajukan bangsa konon?tp harta bangsa itu yg d gadai!apabila jari2 si "bangsat miskin "(anggapan si penulis n sekutunya) sudah menampakkan kukunya,maka penulis dan sekutunya mula memperli,dgn memanipulasikan kekhilafan si miskin yg duduk d desa..penulis hanya berangan kononnya dia antara org yg bekerja kuat membina bangsa!bangsa apa ntah yg sudah terbina..bangsa berzina?bangsa memaki hamun dgn kata2 kesat?tepuk dada tanya minda!

Anonymous said...

kimak org tua PENZINA, xda guna kau EKSEN CAKAP BESAR tp HATI perut sbenanya bukan gya haha BIJAK CHE SAMAT, BIJAK MENCARI CARA UNTUK BERZINA

Anonymous said...

Usah bicara tentang bangsa. Kalau hanya menghina sesama sendiri. sampai bila pun bangsa tak akan terbela. Insaflah Che Samat, hentikan herdika dan sumpahmu terhadap org.....

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.