.

1/3/11 MENEBAR GELAMA DI ANAK PASANG....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 01, 2011

Share

& Comment


Ikan gelama atau dalam bahasa Melayu tempatan, gemurak sangat banyak menyusur pantai di anak pasang atau permulaan air pasang, terutama di kawasan pantai berlumpur. Dalam bahasa Melayu Sarawak, gemurak bukan hanya bermaksud sejenis ikan, tetapi ianya juga bermaksud, teruja atau excited. Menebar jala di pinggir pantai sewaktu gemurak tengah mengila sangat menguntungkan, kerana dalam keadaan ikan tersebut berasak-asak mencari makanan di pantai cetik, pastinya, menebar jala di saat sebegitu akan membuahkan tangkapan yang sangat lumayan.

(2) Dalam keadaan negara Arab yang tengah kacau bilau ini, pasti golongan berada di negara tersebut sedang berusaha keras untuk menyelamatkan wang masing-masing. Malah, tidak keterluluan jika saya katakan bahawa sebahagian dari mereka berminat untuk memindahkan keluarga mereka ke luar negara. Pokoknya mereka ibarat gemurak di anak pasang, terkejar-kejar ke sana kemari mencari makanan.

(3) Bank-bank kita seperti MayBank, CIMB, Bank Islam dsb sepatutnya melihat akan peluang tersedia dari keadaan huru-hara saudara Arab kita ini. Begitu juga seluruh industri hartanah di negara ini juga harus menyediakan kemudahan bagi menampung keperluan ini.

(4) Bidang pendidikan dan perubatan negara ini juga harus mengambil peluang dari semua ini. Saya percaya, Barat bukan menjadi pilihan istimewa mereka. Nama baik Malaysia serta kehadiran para pelancung Arab di negara ini harus kita tangkap dengan baik.

(5) Saya berharap, Najib dapat berfikir dan bertindak cepat menjadikan keadaan tidak menentu di negara-negara Arab sebagai sumber pertumbuhan baru di Malaysia dan seterusnya menjadikan Malaysia kembali dapat memainkan peranan sebagai Kerajaan lama Melaka dalam memudahcara perdagangan Arab-India-China-(Barat).


Matang Jaya, Kuching, Sarawak
1 March., 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Bayu Senja said...

Teringat saya ketika berada di Kg Bungai Miri, ketika malam orang kampung sibuk bergendang kerana meraikan peserta 'homestay' di bawah kelolaan LKIM, begitu banyak sekali ikan yang dijala di pantai. Esok subuhnya, ada yang mengajak saya ke Batu Layar untuk menangkap lobster.INdahnya kenangan semalam. Dikait dengan sikap 'laziness' dalam artikle tuan, saya merasakan kampung ini adalah antara kampung contoh, di mana penduduknya rata rata begitu rajin. Kenapa? Kerana tidak ada sampah sarap bertebaran di sekitar jalan masuk kampung atau pun dalam kampung. Bila saya tanya, kaum wanita secara berkumpulan 4-5 orang mengutip sampah di pantai secara bergilir setiap minggu kerana di hujung minggu ramai pengunjung dari bandar yang datang, dan mereka membuang sampah di pantai.Aduh, perasaan malu menggamit saya kerana perangai 'malas' pengunjung dari bandar.

Saya pasti ke sana lagi cuti hujung tahun kerana ada yang menanti...tak sabar rasanya hati.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.