(Mungkin hanya dengan hanyir air mata darah dan keringat yang menyimbah, baru kita sedar akan hak dan payahnya untuk mempertahankan hak! Sekuntum tahniah buat anak cucumu Cleopatra)
Sejak 18 hari lepas, saya tidak melepaskan sebarang peluang untuk mengikuti secara teliti tentang perjuangan memerdekakan diri rakyat Mesir. Gamal Naser yang dapat memerdekakan Mesir mulanya dari British, kemudian mengheret negera tersebut ke Sosialist sebagaimana juga negara-negara kecil lain yang baru merdeka dari kuasa Barat. Namun, dia menemui ajal, lalu Anwar Sadat mengambilalih Kerajaan. Anwar kerana pengaruh Israel, akhirnya memasuki kendongan Amerika dan akhirnya cuba menyelesaikan sengketa Arab-Israel sendiri-sendiri sehingga dia jadi korban pembunuhan. Mubarak kemudiannya mengantikan beliau, kerana terasa terasing dari dunia Arab, Mubarak lalu terperangkap kuat dalam 'penjara' Amerika-Israel.
(2) Persahabatan Mubarak-Amerika-Israel, membawa sedikit ketenangan kepada rakyat Mesir. Penglibatan mereka dalam perjuangan Kemerdekaan Palestin semakin kendur. Peranan mereka dalam dunia Arab, tidak lain sebagai batu loncatan bagi Amerika untuk mempastikan para autokratik yang condong kepada materialistik dan tunduk penuh kepada telunjuk Amerika terus berkuasa. Komenei (Iran), Sadam Husein (Iraq), Assad (Syiria), dan Ghadafi (Libya)dsb menjadi korban Amerika lewat Kaherah!
(3) "Islam" secara meluas dan mendalam digunakan untuk menindas rakyat. Islam menjadi 'kotor'. Islam seperti 'tidak membenarkan kemerdekaan' bangsa. Islam tiada bedanya dengan kejahilan sebelum Islam. Namun sebenarnya adalah kerana haloba, sikap mudah terhasut oleh pemuka-muka, sikap hanya percaya bahawa siapapun yang telah menjadi pemimpin, mereka akan tetap memimpin: baik atau buruk. Sikap Firaun sebetulnya tertanam kuat, dan Islam masih belum dapat mengikis sifat-sifat tersebut.
(4) Selain pemimpin, kalau kita lihat, banyak pihak lain yang menjadi jentera Kerajaan telah menjadi tidak cekap akibat sifat tamak dan haloba. Polis, Immigressen, Kastam, dan segala pihak yang berkuasa yang sepatutnya menghalang segala macam penyelewengan kutipan harta buat Kerajaan tidak menjalankan peranan mereka dengan jujur dan patriotik. Akhirnya, negara menjadi kucar-kacir, lalu semua jari dan mulut menuding kepada pemimpin, namun, hati kecil masing-masing sebetulnya tetap mengaku merekalah yang turut juga menyumbang kepada masalah negara. Cuma sifat bermuka-muka dan pengecut menjadikan mereka kecut dan dayus!
(5) Buat saya, bila kakitangan Kerajaan tidak ada sikap berani dan kental sikap patriotik mereka, masalah rasuah, penyelewengan kuasa akan mengakar, dan akhirnya mengakibatkan draw back kepada kemakmuran rakyat dan negara. Sejarah telah membuktikan bila Confucius sangat menitik beratkan sifat-sifat baik para pentadbir Kerajaan sebagai langkah mengatasi kegilaan rasuah, ketakcekapan, dan penyelewengan kuasa yang berluasa di seluruh China sehingga negara itu terjerumus kepada keadaan kucar kacir. Itulah juga penekanan Muslim, Al Bukhari, dan pastinya sebelumnya Muhammad dalam membangunkan Madinah.
(6) Tahniah rakyat Mesir, cuma, apa langkah selanjutnya: Kerajaan Islam, Kerajaan "Islam", atau apa? Pastinya, semua nada selepas ini akan banyak nada dan wajah bermuka-muka. Itu yang saya khuatiri, dan itu telah terjadi di mana-mana: Indonesia, Iraq, Afghanistan, Lebanon, Tunisia, dsb. Akhirnya, tangan Amerika-Barat akan tetap hadir dalam bentuk yang lain, dari cicak, menjadi ular, menjadi naga, lalu berapi sekali lagi.
Matang Jaya, Kuching, Sarawak
12 Feb., 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment