.

2/12/10 HIJAU YANG SENGSARA....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 05, 2010

Share

& Comment


(Di balik hijau ini, pasti banyak yang meyimbbah keringat, mengeluh kesah tentang nasib-miskin yang terus menyubur tanpa ada tanda hentinya!)

Tahun lepas, masalah bekalan beras melanda negara. Masalah kekurangan bekalan pada Septembar 2009-Januari 2010, sebenarnya bukanlah akibat masalah bekalan khususnya dari Thailand dan Vietnam. Pada tahun sudah, saya berkesempatan mengambil jalanan bas dan keretapi merentasi Hanoi ke Ho Chii Minh City (Saigon). Saya perhatikan, tiada masalah pengeluaran beras berlaku di Vietnam. Namun lalu, ada suara menjerit:" Kita tingkatkan pengeluaran makanan negara", kemudian suara-suara itu mati seperti mereka yang mati kebuluran!

(2) Masalah bekalan beras dalam tempoh tersebut adalah kerana, kita pada masa itu punya Menteri Pertanian dan Perdagangan Dalam Negeri dan Kepengunaan yang kurang bijak. Kira-kira beberapa bulan terdahulunya, Kementerian Pertanian dan Kabinet Malaysia telah memaklumkan bahawa harga beras akan diapungkan melainkan bagi golongan yang akan diberi subsidi terus melalui Kupon. Akibatnya, berlaku spekulasi harga, dan para perniaga telah membuat stok berlebihan dengan harapan agar bila kelulusan harga diperolehi, mereka akan mendapat ‘harga durian runtuh’.

(3) Namun atas masaalah pengagihan serta penentuan penerma yang sebenar-benarnya layak, maka keputusan untuk Mengeluarkan Kupon telah ditangguhkan sehingga ke hari ini, biarpun tiada suara yang mengatakan bahawa keputusan itu telah dibatalkan.

(4) Saya sendiri sebenarnya turut membuat stok di mana saya menjangka keperluan Mini Market saya adalah sekitar 5Mt/bulan namun saya membuat stok sehingga 60 Mt melalui advance purchase. Keperluan biasa Mini Market saya adalah sekitar 1.00 Mt/bulan. Stok ini tidak saya tahan sebagaimana peruncit lain, namun saya lepaskan kepasaran dengan harga RM18.00/beg seberat 10Kg. Pada tempoh Sept-Jan, harga beras berjenama subsidi rata-rata dijual dengan harga RM24.00/beg. Harga RM18.00/beg tetap saya pertahankan sehingga kini, biarpun dilain-lain tempat ianya dijual sekitar RM18.50-21.00/beg.

(6) Hakikat saya dapat bertahan pada harga RM18.00/beg adalah kerana niat saya untuk membantu rakyat pada keupayaan yang saya ada. Saya tidak berniat untuk berniaga dan mencari untung berlebihan, kerana tidak akan menjadi suatu keberkatan jika keuntungan berlebihan menjejaskan kehidupan mereka yang susah dan payah. Keduanya, saya juga beruntung kerana punya pembekal Bumiputera yang mengerti akan niat dan maksud keberkatan yang perlu kita cari dalam membantu rakyat kebanyakan. Pembekal saya, sejak tiga tahun yang lepas telah sanggup menanggung keuntungan minima.

(7) Masyarakat di tempat saya diam, iaitu Asajaya-Sadong Jaya rata-rata adalah masyarakat petani. Menanam padi buat sara diri adalah kebiasaan mereka. Namun pada tahun lepas, entah apa takdir Allah, kebanyakan padi mereka di serang tikus, sehingga kebanyakan dari mereka tidak kebagian langsung. Sejak Julai, 2009 sehingga kini masyarakat di sini terpaksa membeli beras.

(8) Perbualan saya dengan mereka yang berkunjung ke Mini Market saya, rata-rata mengatakan bahawa mereka perlu antara 3-4 beg atau 30-40Kg beras sebulan. Ini bermaksud mereka terpaksa membelanjakan antara RM54.00-72.00/bulan untuk keperluan beras. Ini dengan syarat mereka dapat terus membeli pada harga RM18.00/beg. Namun jika harga jualan adalah antara RM18.50-21.00/beg maka mereka pastinya terpaksa berbelanja antara RM55.50-84.00 iaitu kenaikan 3-17 peratus dari perbelanjaan biasa mereka.

(9) Kini harga gula dan bahan bakar telah diapungkan, pastinya keadaan hidup mereka di luar bandar akan lebih terhimpit. Kita di kota mungkin mengeluh, namun mereka di desa pasti resah tanpa banyak pilihan, terus mengharap ada tangan Tuhan sampai berjabat kepada mereka!

(10) Sejak beberapa bulan yang lepas, hampir-hampir setiap hujung minggu saya akan melewati Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya (Pendam). Dulu, di sepanjang jalan akan kita dapati para kontraktor JKR akan sibuk memotong rumput di kiri kanan jalan. Kini, kiri-kanan jalan sedang menghijau dengan tanaman padi dan segala sayur-sayuran. Juga jika dulu, kita dapati hanya mereka yang bungkuk-bungkuk mengerjakan segala usaha ini, hari ini bila saya melawati tempat-tempat ini, saya dapati anak-anak gadis dan para jejaka turut juga bergelumang lumpur menumpang hidup di Road Reserved JKR ini.

(11) Bagi banyak pihak, kehijauan padi dan sayur-sayuran di sepanjang jalan ini adalah keindahan kerana banyak juga yang berhenti merakamkan sinario ini dalam apa juga media rakaman mereka, namun, bukan kerana pasimistik, saya melihat hijau ini adalah kesuburan kesengsaraan dan kepayahan yang dan akan melanda masyarakat desa kita. Kemiskinan akan terus mengancam mereka. Kepayahan dan senggara hidup akan terus hijau subur dalam masyarakat kita.

(12) Saya menjadi semakin khuatir, bila mengahidiri beberapa kenduri di musim cuti begini, perbuialan saya bersama mereka yang hadir banyak tertumpu pada tanah-tanah orang kita yang sudah terjual-tergadai. Terjual-tergadai hanya kerana pertelingkahan keluarga dan juga akibat buta ‘habuan segera’ yang dikipas-kipas di muka nafsu mereka.

(13) Dalam sebak hati kecil, saya sering bertanya, apakah langkah cepat dan strategik yang perlu saya lakukan buat mengekang keserahan masyarakat? Apakah saya harus sendiri, dalam memikir dan menyekat kebangkraban yang bakal melanda bangsa kita? Kebetulan, sebuah nyanyian D’Llyod berjudul: Semalan di Malaysia sedang berkumandang, dan ini mengimbau fikiran saya kepada semua teman-teman yang kini seperti masih terlalu sibuk mementingkan kebajikan diri dan keluarga, sedang bangsa memerlukan pembelaan kental dan segera mereka.

80-100Km/J Pendam-Kuching
5 Dec., 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

4 comments:

Bayu Senja said...

1. Petani dan nelayan memang telah lama menjadi agenda kerajaan, satu demi satu rancangan Malaysia yang kita lalui, kini sudah pun masuk yang kesepuluh, namun nasib mereka masih tidak banyak berubah.Mereka rata-rata menjadi statistik golongan miskin dan miskin tegar. Lebih malang kerana mereka ini tinggal di kawasan persisiran pantai yang keadaan tanah tanihnya tidak subur, acap air dan mudah sekali dilanda banjir. Lain dari mereka yang tinggal di pergunungan, mereka tidak tahu apa itu banjir.

2.Tidak cukup dengan keadaan hidup yang susah, petani dan nelayan ini juga ditekan oleh orang tengah yang merupakan tuan-tuan punya kedai dan mini market di kampung-kampung. Tuan-tuan kedai ini lebih teruk dari tuan-tuan di zaman orang putih kerana mereka hanya mengambil dan memerah keringat tanpa memberi balik apa apa pun. Mereka seperti lintah darat yang menghisap darah tanpa ada rasa timbangrasa, berniaga bukan sekadar untuk mendapat keuntungan ala kadar, tetapi untuk mengaut sebanyak untuk yang boleh. Tuan-tuan ini adalah juga 'source of instant cash', Saya masih ingat ketika saya membuat lawatan saya di kawasan Asajaya, Samarahan, sebuyau dan Maludam sebelum menjelangnya Aidilfitri, dan ketika saya di Maludam, apabila saya minta untuk membeli ikan terubok yang baru ditangkap oleh dua orang nelayan, mereka enggan menjual kepada saya. Kata mereka towkay dah book, dan lagi harganya rm25 sekilo, Lantas saya jawab, harga tidak menjadi soal, namun mereka masih tidak berganjak dari keputusan mereka.

Teman-teman di bandar sememangnya sibuk dengan tugas mereka kerana itu adalah matlamat hidup mereka, dan kita juga tidak boleh menyalahkan mereka. Ramai teman saya yang dibesarkan dalam keadaan senang dan mewah, jadi mereka tidak faham dan tidak pernah terfikir akan nasib petani dan nelayan kita di kampung. Ada yang tidak pernah sampai ke kawasan kampung 'backwaters' seperti yang ada di Sabah dan Sarawak. Bagi mereka yang begini,saya sering menyuntik perasaan mereka pada ketika dan masa yang sesuai, dan alhamdulillah ,mereka ini, yang rata-ratanya tinggal jauh dari bumi Kenyalang ini (ada juga yang di luar negeri) telah begitu bermurah hati menghulurkan bantuan kewangan tanpa banyak persoalan.

Bagi saya, kita perlu meneruskan tugas kita untuk terus membantu yang memerlukan mengikut cara dan kemampuan kita yang tersendiri. Niat yang suci pasti akan mencapai matlamatnya di satu hari nanti. Cuma kita kadang-kadang terlupa kerana kita sering memikirkan adakah kita terdaya. Insyallah.

Anonymous said...

hijau yang sengsara..pasti nya pink jugak sama..(gbungan wrna blog ini)

Abdullah Chek Sahamat said...

Tugas kita tidak menyalahkan sesiapa. Tugas kita adalah menyedarkan semua. Biar golongan yang sedar itu hanya sedikit, namun jika kita yang sadar kaku, pasti tidak akan ada yang terusik-teruja.

(2) Soal kita berjaya atau tidak, itu tidak penting, yang penting sekurang-kurangnya kita faham dan melaksanakan apa maksud Muhammad SAW berkata: "Jika kamu lihat kelemahan (kemungkaran), maka perbaikilah dengan tangan kamu, namun jika kamu tidak mampu, nasihatlah (tegurlah dengan lidah kamu), dan jika itu juga kamu tidak mampu, elakkanlah (berpalinglah) dari kelemahan itu"

(3) Ingat juga, bila kita mengakui diri kita Islam (muslim) dengan mengucap dua kalimah sahadah...kita memperakui Muhammad itu rasullulah, maka kita diperlukan "mengasihi-mempercayai beliau"....dan ingatlah pesan para ulama besar, jika kita hendak mengasihi Muhammad, maka kita mestilah mengasihi yatim-piatu dan orang miskin-susah, kerana itulah sejarah mula hidupnya beliau!

Anonymous said...

setuju dgn kata2 pengarang... Bukan hanya islam pada nama. Tapi kena perlihatkan dengan perbuatan, keikhlasan,sikap. keyakinan hati ALLAH wujud dan keteguhan iman yang tidak dapat di goyang dgn apa cara sekalipun...

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.