(2) Bagi orang Langkawi pasti mereka sangsi. DMM selama ini beria-ia membangunkan Langkawi. Kenapa bila Najib nak bina Jambatan bagi menghubungkan Langkawi dengan Tanah Besar Semenanjung, DMM tak setuju pulak. Hai, dah nyanyok ke DMM?
(3) Bersaskan sedikit pengetahuan tentang Langkawi-Perlis-Kedah, saya cuba melihat pandangan DMM dari sudut berikut:
(a) Tidakkah cadangan ini sangaja hendak memesongkan perhatian rakyat dan Kerajaan yang ada dari Jambatan Bengkok Lee Kuan Yew-Mahathir yang sangat DMM hendak bina namun terbatal oleh Abdullah Badawi? Perkiraan DMM terhadap Jambatan Bengkok ini, apakah jauh kurangnya dari perkiraan membina Jambatan Langkawi-Perlis. Tidakkah suatu masa dulu, beliau juga pernah menyuarakan kemungkinan bagi pembinaan Jambatan ini?
(b) Saya berkira, DMM pasti telah nampak bahawa Jambatan Bengkok pasti memberikan kesan sosio-ekonomi dan kedaulatan yang jauh lebih 'lebar dan panjang' berbanding dengan Jambatan Langkawi-Perlis! Dahulukan Jambatan Bengkok dari Jambatan Langkawi-Perlis!
(c) Langkawi adalah sebahagian dari Kedah. Awat yang dok sambung Langkawi dengan Perlis? Nak jadikan Langkawi sebahagian dari Perlis ke? Tak murka ke Tok Mat Saman?(Saja nak melawak!). Hakikat limpahan ekonomi Langkawi tidaklah setara dengan limpahan kesan sosio-ekonomi Singapura-Johor jika dihubung dengan Jambatan baru perlu dilihat secara halus.
(d) Kita seronok buat projek berbillion ringgit. Rencananya, agar orang Melayu dapat limpahan ekonomi yang berlambak! Betul ke? Apa kesannya, bila Singapura dihubungkan dengan Tambak Johor? Orang Melayu Johor semakin kaya raya ke? Begitu juga, bila Pulau Pinang dihubungkan dengan Seberang Prai, orang Melayu semakin banyak tanah dan harta ke?
(4) Hangpa Orang Langkawi, elok pikiaq jauh-jauh. Takut bila jambatan siap, semua kerbau lari ke Perlis masuk ke Siam! tapi kalau dudok memancing atas jambatan Langkawi-Perlis tentu seronok, dapat tengok awek Siam lalu lalang! Lai lai katonglah kita no!
(5) Terfikir juga, elok buat Jambatan Laut China Selatan, merentas Sematan di Sarawak ke Teluk Ramunia di Johor. Bila lalu dekat Singapura, kita buat tiang tinggi-tinggi, menjadi Gerbang ASEAN! Ditengah-tengah Jambatan kita bagi kat Samy Vellu buat TOL! Bolehlah Orang Utan dan Orang Belanda pergi berjalan makan angin ke Malaya!
(6) Petang-petang puasa begini sambil mengoreng cucoq kodok (bukan katak), sedap juga merapu sekejap!
Kuching, Sarawak
24 August, 2010
0 comments:
Post a Comment