.

3/8/10 BILA HALOBA MENGHANTU DIRI

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 23, 2010

Share

& Comment

Tun Abdul Razak menubuhkan beberapa agensi-agensi awam bagi memastikan orang-orang Melayu mendapat agihan saksama dalam menikmati limpahan pembangunan negara. Bandan-badan seperti PERNAS, MARA, UDA, Tabung Haji, PETRONAS, Bank Bumiputera, FELDA, RISDA, FELCRA dsb semuanya ditubuhkan agar, badan-badan ini dapat bertindak di bawah payung Kerajaan dalam menjaga kepentingan bangsa Melayu. Kini kebanyakan agensi-agensi ini telah menjadi GLC. Jumlah GLC ini kian bertambah saban hari. Semuanya atas dasar bagi kepentingan Melayu dan bumiputera lainnya.

(2) ITM, juga sebahagiannya turut ditubuh bagi memastikan anak-anak Melayu yang tidak berpeluang diberikan tempat agar mereka menjadi cendikiawan yang boleh membela dan membina bangsa. Sebahagian dari mereka kini, menduduki kerusi CEO, Pengurus Besar, CFO, CMO, dan entah apa-apa OO lagi!

(3) Saya masih ingat dalam satu Perhimpunan Agung UMNO sedikit masa dahulu, banyak perwakilan bangkit dan bertepik betapa GLC ini telah tersasar dari landasan masing-masing. Kepentingan Melayu dan Bumiputera sudah menjadi perkara terakhir dalam perkiraan urusniaga mereka.

(4) Anak-anak Melayu kelahiran pasca kemerdekaan yang memimpin sebahagian dari GLC ini telah mulai megah diri membusung dada berkira segalanya mesti bersifat koprat dan tidak peduli akhirnya mengkeparatkan bangsa!

(5) Baru-baru ini kita dikejutkan dengan Sime Darby Bhd kerugian berlaksa (billion) ringgit dalam urusniaga mereka di Qatar dan Bakun HEP di Sarawak. perihal ini, saya kira hanya sedikit dari yang mampu didedahkan. Pastyinya ada lagi yang tersembunyi dicelah-celah kemaruk gila wang dan harta mereka yang dipertanggungjawapkan.

(6) Kita harus sedar, Sime Darby punya peranan penting dalam mengembangkan pegangan ekuiti kaum bumiputera negara ini melalui Permodalan Nasional Berhad. Kerugain besar pada Sime darby pasti mengundang padah pada jutaan mereka yang menabung di dalam PNB dan terbitannya.

(7) Di bulan yang mulia dari segala bulan ini, ayuhlah kita berdoa, agar mereka ini akan dipanjangkan umur, dicelekkan mata, dijelaskan pendengaran agar dapat mereka menyaksi dan mendengar bagaimana suatu masa nanti, bangsa Melayu khususnya musnah punah berdarah hanya kerana serakah haloba tamak mereka ini. Mudah-mudahan.

(8) Saya telah saksikan betapa banyak mereka yang bersifat tamak haloba tiada nikmat penghujung hidup mereka. Yang jujur, ikhlas dan rela juga yang menang dan terus menang, biarpunn terlambat, namun hidup mereka penuh nikmat akhirnya juga.

(9) Tun Abdul Razak, biarpun dia paling berkuasa, bila dia meninggal dunia, rumahpun dia tak punya buat berteduh seisi keluarga. Juga dia hanya ada RM50,000.00 sahaja dalam simpanannya (saya dikhbarkan!). memang benar, Tun Abdul Razak hanya seorang, namun tidakkah boleh kita mencontohi kejujuran dan keihlasan beliau dalam membela bangsa!

Kuching, Sarawak
23 August 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

2 comments:

XD said...

"(4) ..megah diri membusung dada berkira segalanya mesti bersifat koprat dan tidak peduli akhirnya mengkeparatkan bangsa!"

duh.. XD

"(8) Saya telah saksikan betapa banyak mereka yang bersifat tamak haloba tiada nikmat penghujung hidup mereka.."

ramai yang celik mata dan dapat menyaksikan tetapi hanya sedikit yang mahu mengambil iktibar..

daa..

XD said...

(6) kita harus sedar, lcda punya peranan penting dalam memelihara dan memajukan tanah adat dan bukan 'mengambil' sewenang-wenangnya dan membangunkan tetapi nikmat pembangunan terlepas kepada orang lain..

(7) Di bulan yang mulia dari segala bulan ini, ayuhlah kita berdoa, agar mereka ini akan dipanjangkan umur, dicelekkan mata hati, dijelaskan pendengaran agar dapat mereka dapat membuat perubahan sewajarnya supaya tidak perlu menyaksikan dan mendengar suatu masa nanti, bangsa Melayu musnah punah berdarah hanya kerana serakah haloba tamak mereka ini. Mudah-mudahan..

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.