Tadi malam sedang saya menyemak-nyemak beberapa buah buku, di balik meja bacaan, saya terdengar Berita Bernama betapa ekonomi kita mesti tumbuh dalam sekitar 5-6% setahun buat mencapai taraf Negara Maju dengan pendapatn per kapita sekitar RM50,000.00/tahun. Dengan Model Ekonomi Baru serta gagasan 1Malaysia, yang sehingga kini masih samar-samar, matlamat W2020 kian dihambat deras.
(2) Kebetulan, dua minggu yang lepas, saya sempat menaiki helikopter kerana meninjau kemungkinan bagi memajukan kawasan Persisir Lundu-Sematan iaitu ke sebelah Barat Badaraya Kuching, pastinya, dan sememangnya amat mengagumkan betapa kawasan sebelah Barat Kuching telah bergerak pantas dalam arus pembangunan.
(3) Cuma, yang mengetarkan fikiran dan jiwa saya, adalah bila melewati kawasan Kampung Kudey dan Gita, dimana, semakin pesat tampaknya Bandaraya Kuching dibangunkan, maka semakin meminggir ke sungai masyarakat pribumi kita. Lihatlah pada gambar yang tertera di atas!
(4) Adakah senandung: Sayang Sarawak Sungainya Sempit, Hendak kutinggal tak sampai di hati, hendak kubawa nanti 'karam mati' punya pengertian falsafah yang bangsa pribumi Sarawak akan terus saja meminggir dan terpinggir?
(5) Di manakah anak-anak pribumi yang telah belajar sehingga entah ke mana-mana? Di manakah fikiran dan hati mereka? Di manakah baktinya kata janji mahu membela bangsa?
(6) Saya termanggu dan terkial-kial cuba mengerti dan termengah sendiri!
Matang Jaya, Kuching
18 August, 2010
1 comments:
Kita tidak cukup sehari untuk membunuh dan menghina segala kelemahan orang kita. Segalanya kepujian dilemparkan kepada bangsa lain. Jika diturutkan hati ingin kukhabarkan kepada bangsaku mereka harus:-
1) Mereka harus bangun membentuk sesuatu ikatan yang kukuh untuk sama-sama bantu dan memajukan bangsanya sendiri. Kenapa? Sebab kita antara pembeli yang majoriti dalam perniagaan bangsa lain. Kita pemegang majoriti itu. Jadi kita harus berfikir dan bertindak dengan cepat sebelum kita semakin jauh ditinggalkan.
2).Kita harus membeli dari bangsa kita sendiri. Jika kita membeli dari bangsa lain biarlah ianya yang terakhir. Kenapa? Jika kita tidak membeli dari bangsa kita sendiri bagaiman bangsa kita ingin maju dan berdaya saing. Lupakan perihal yang negatif yang seringkali dikaitkan kepada bangsa kita bila sudah kaya. Itu semua propaganda yang semata-mata ingin melihat bangsa kita jatuh.
Sedarlah bangsaku...INGAT kita pemegang majoriti itu.
Post a Comment