.

6/7/10 DISEBALIK CARBON CREDIT DAN GREEN HOUSE EFFECT.....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 13, 2010

Share

& Comment


(Padi, gandum, kentang, barli, dan jagung hanya mampu mengelurakan 5-10 mt/ha/musim kanji. Semuanya kebanyakkan di tanam di negara Hawa Sejuk. Ubi kayu, keledek dan keladi mampu mengeluarkan 10-20 mt/ha/musim, dan banyak di tanam di negara sub-tropika. Sedang Rumbia tumbuh di nusantara dan Kepulauan Papua. Di Malaysia, kita mampu keluarkan 15-20 mt/ha/tahun kanji dari rumbia. InsyaAllah, jika kita bekerja kuat, ianya boleh mencecah 25-60/mt/ha/tahun dan (saya gunakan perkataan DAN) lebih kurang 5,000-6,000 liter/ha/tahun ethanol. Jika ini terjadi, Barat pasti tergaman dan jadi lebih mengacau!)

Seingat saya, dalam tahun ini sudah beberapa kali kejadian gempa bumi bersekala besar (melebihi 7 ricther) telah terjadi di Luatan Hindi dan Rangkaian Gempa Pasifik. Sehubungan dengan itu beberapa stesyen-stesyen amaran Tsunami yang berpusat di Jepun, Australia, dan Amerika telah mengeluarkan amaran akan kemungkinan rempuhan Tsunami yang jauh lebih besar dari pernah melanda Pulau Pinang dan Kuala Kedah pada 25 Disembar, 2004. Namun, tiada kejadian tsunami berlaku.

(2) Kalau kita ingat atau membaca sejarah dunia, ledakan gunung berapi di Greece suatu waktu terdaulu juga pernah terjadi. Letusan gununng berapi itu kemudaian terkait dengan keruntuhan Kerajaan Rom. Di rantau Nusantara, di akhir abad ke 19 dulu, ledakan Karakatoa, dikatakan pernah mengelapkan rantau ini. Begitu juga, dalam beberapa waktu dahulu, ledakan Pinatubo di Filipina seperti mengulangi kejadian ledakan Karakatoa. Terakhir, dalam bulan sudah terjadi ledakan gunung berapi di Khutub Utara sehingga sebahagian Eropah dalam kekalutan.

(3) Kita mungkin masih ingat, dalam tahun 1997 terjadi kebakaran hutan yang sangat dahsat di Sumatera dan Kalimantan sehingga seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura terjejas teruk. Jerubu mengakibatkan pelayaran di Selat Melaka dan Laut China Selatan terjejas teruk. Sarawak paling mendapat kesan sehingga Menteri Penerangan Malaysia mengumumkan, jika perlu, akan memindahkan rakyat Sarawak (entah ke mana agakny?). Namun, segalanya, darti letupan gunung berapi, kepada gempa bumi, ribut taufan, kebakaran, dsb tetap tidak melaknati seluruh manusia dan alam! Kenapa?

(4) Mengingatkan manusia itu kebajikan. Namun, mempercayai seluruhnya pada ilmu manusia itu adalah suatu kejahilan. Manusia tidak akan tahu semua, segalanya. Alam sudah ada aturannya yang tersendiri. Dunia berputar. Keranannya arus air dan udara juga berputar. Kerananya juga, banyak kejadian alam yang payah kita mengerti. Maka, segala sesuatu itu tidak hanya boleh dilihat dari satu jurusan ilmu sahaja. Fizik, matematik, kimia, biologi, astronomi, geografi, sejarah, dsb perlu digabung kuat bila kita hendak menganalisa akan kejadian alam.

(5) Saya membangkitkan hal ini kerana beberapa bulan yang lepas saya menghadiri sebuah mesyuarat pegawai-pegawai tinggi yang seperti menuding jari bahawa dunia sedang mengalami penghangatan (global warming) yang boleh mengancam dunia. Sebahagiannya diajukan kepada soal pembersihan hutan atas sebab pembalakan dan perladangan.

(6) Dua kegiatan: pembalakan dan perladangan terutama di negara-negara Tropika telah diserang sebagai penyebab utama kepada pembebasan gas-gas Karbon Monosikda (CO) dan Methan (CH4) yang boleh menyebabkan Green House Effect iaitu akan mengurangkan kandungan gas Oksijen (O2) di udara kerana dijerap (absorb)oleh CO untuk membentuk gas CO2 (Karbon oksida). Pengurangan gas O2 inilah yang akhirnya membentuk lompangan di atmosfera.

(7) Green House Effect boleh digambarkan sebagai pembentukan lompangan (opening) di atmosfera sehingga mendedahkan dunia kepada Sinaran UV (Utra-Violet)dan pelbagai sinaran gelombang pendek yang lainnya (alfa, gamma, X, dsb). Gelombang-gelombang ini boleh menghangatkan dunia, bahkan apa juga. (Ingat bila kita memasak dengan microwave, yang konsepnya sama juga!).

(8) Kehangatan dunia digembar-gemburkan boleh mencairkan ais-ais di Khutub Utara dan Selatan. Akibatnya, paras air laut akan meningkat. Keadaan ini akhirnya boleh menyebabkan banyak Negara Pulau dan Pesisir Benua akan tengelam. Itu jangkaan, dan itu gemburan Barat.

(9) Hakikatnya, dalam tiori ilmu fizik, pendedahan bumi kepada sinaran segala gelombang pendek akan memanaskan bumi. Itu memang betul. Namun apakah semua yang betul itu benar?

(10) Amerika, adalah negera automobil. Tanpa minyak, orang Amerika pasti akan mengganas. Maka sebab itu, Amerika dengan sengaja tidak mahu Israel dan Palestin berdamai. Jika Israel dan Palestin berdamai, pasti dua bangsa ini akan menguasai dunia. Pengekalan kancah Israel-Palestin adalah cara Amerika untuk menguasai minyak dunia agar ianya terus kekal perkasa. Itulah hakikat yang betul dan benar!

(11) Bukan hanya Amerika adalah negara Ekonomi berasaskan Automobil, namun Amerika juga adalah negara Industri Gunatenaga Intensif. Bayangkan berapa banyak bahan bakar (minyak, arang batu, dan ethanol) digunakan oleh Amerika. Membakar sehetar hutan di tropika hanya memakan tempoh selama berapa jam dan mungkin juga beberapa hari. Yang dikeluarkan kebanyakan adalah CO2 dan CO. Namun bila dihitung semua jenis kenderaan dan penjana kuasa di Amerika, berapa banyakkah CO, SO2 (Sulfur dioksida) yang dikeluarkan oleh sesebuah kenderaan atau loji bila setiap liter atau Kilogram bahan-bahan bakar ini digunakan? Kini, Amerika, Eropah, China dan India adalah negera-negara industri berat yang paling banyak membakar minyak, arang batu dan ethanol.

(12) Gas SO2 jauh lebih merbahaya dari CO, kerana SO2 bila bertembung dengan air akan membentuk Hujan Asid (H2SO4): SO2 + 2H2O = H2SO4. SO2 sebenarnya menjerap (mengunakan) lebih banyak molikul Oksijen (O2) berbanding dengan CO. CO setelah menjerap O2, akan membentuk gas CO2: 2CO + O2 = 2CO2, CO2 dalam alam bebas adalah tidak merbahaya, malah sangat dikehendaki oleh segala tumbuh-tumbuhan dan rumpai laut.

(13) Begitu juga halnya dengan masalah pembebasan gas Methan (CH4) dan Ethan (C2H4), diperhebohkan, bahawa pembukaan dan penyaliran kawasan tanah gambut pasti akan mengakibatkan pereputan bahan-bahan organik (kayuan) yang bukan hanya membebaskan gas CO2 bahkan CH4. Maka, Barat mahukan biarlah semua tanah gambut dan paya bakau negara dunia ketiga jangan dibangunkan agar tidak terjadi pembebasan CO2 dan CH4.

(14) Bagi menggalakkan agar negara-negara Tropika tidak usah membalak hutan dan membangun perladangan terutamma untuk kelapa sawit, maka Barat memperkenalkan konsep Carbon and Methan Trading. Carbon and Methan Trading, kadang-kadang juga disebut Carbon and Methan Credit, adalah satu urusniaga dimana, kita akan mendapat bayaran di atas usaha kita untuk tidak membangunkan apa-apa juga kegiatan yang tidak atau sangat kurang membebaskan CO, CO2 dan CH4 ke udara! Saya dapati banyak orang ghairah dengan konsep ini, mana tidaknya, tanpa berbuat sesuatu, kita dapat U$!

(15) Pernah semasa berceramah di beberapa desa di Papua New Guinea pada tahun lepas, saya disanggah seorang Chief. "Sir, my tribe will not surrender our land for the Plantation Development. We have 1,000,000 hectares of land, we want that land for Carbon Credit Project. An Australian and American Company is willing and still negotiating with us to pay us U$50,000,000.00 to keep those land intact for 50 years. I'm not going to agree with my Government if they want our land for Plantation Development. Plantation will destroy our land and environment", seru beliau di bawah pentas dari tempat saya berpidato.

(16) Jawap saya mudah: " Big Chief, I respect the concern of your people and your natural environment. Let me say this, for 50 years your land couldn't be touch and you get paid U$50 million, meaning U$1.00 million a year, that is just about Kina 2.50 Million. There are about 500 households in your tribe. Meaning, each household will get K50,000.00/yr. That is great. Good big money. But, let me ask you, with out return from your land to the Government, would K50,000.00/yr be able to bring you road, bridges, electricity, water, school, clinic, security, and many others? And please remember, you can't touch your land. Does that not amounting to what the German, Japan, the Australia did to you since 15th century till you got your Independent?"

(17) Sambung saya lagi: "You are in fact welcoming for a diplomatic recolonization of your economy and country. Don't give me your 1,000,000 hectares, just let me work with you to develop 100,000 hectares and you can keep the other 900,000 hecteres intact for the next 50 years, and we will gurantee you a return of U$10 million/year or U$500.00 for 50 years with free road, bridges, water, electricity, school, health services and even soccer fields. Most important, you remain freeman!"

(18) Carbon Credit, pada saya adalah suatu bentuk penindasan ekonomi Barat ke atas kita. Bagi orang Jepun, Korea dan Taiwan (bahkan Singapura) melihat kesadaran kita tentang Carbon Credit ini sebagai peluang untuk mereka men jual teknologi yang boleh mengurangkan pengeluaran CO, CH4, SO2, dsb. Mereka bukan sejujur dan seikhlasnya hendak melindungi dunia, tetapi sebetulnya hendak melindungi diri semata-mata, iaitu supaya kita terus membeli kacang soya, jagung, tepung, gula, daging, tenusu, dan segala sesuatu dari mereka. Itu hakikatnya, itu sebenarnya tujuan mereka.

(19) Juga, mereka boleh meletakkan harga Carbon Credit mengikut harga mereka. Contoh, jika dengan tidak membangunkan tanah gambut, maka kita dapat menyekat pengeluaran 10 tan CO, maka atas 'usaha' kita yang tidak membangunkan tanah gambut, katakanlah kita dibayar RM3,500.00/hektar/setahun biasanya untuk suatu tempoh 25-50 tahun. Namun, kerana mereka telah mempunyai carbon Credit dari kita (Malaysia), maka kini mereka boleh memajukan sebuah ladang atau perusahaan di Amerika (atau di mana-mana) yang boleh mengeluarkan 10 ton CO. Dan tertakdir, dalam tempoh Kontrak, kita mungkin mahu memajukan tanah kita, maka kita akan dipaksa membeli balik Carbon Credit itu tadi, dan kali ini harganya bukan lagi RM3,500.00/hektar/tahun tetapi mungkin RM10,000.00/hektar/tahun atau mungkin lebih! Itulah muslihat CO, CH4 dan Carbon/Methan Trading sebenarnya! Semuanya, Barat dan Negara Timur Jauh hanya berhasrat untuk menjamin perdagangan mereka! Itu saja, tiada yang benar melainkan yang itu!

(20) Kadang-kadang, saya terpikir juga, alangkah bahagianya kita jika kita dapat bertahan nafas, dan setiap minit kita dapat tidak bernafas, kita dibayar. Kalau kita bernafas, kita pasti membebaskan CO2 dan sedikit-sedikit CO. Juga, (maaf), kalau kita hendak berkentut, kita tahan, dan akibat menahan, ada orang sanggup bayar. Berkentut itu sebenarnya kita membebaskan gas amonia, NH4 yang juga merupakan gas merbahaya. Bukan setakat busuk, kalau banyak boleh buat kita pitam. Hai Barat!

(21) Sekali lagi, bila melibatkan wang fikiran kita seperti dicetekan Barat. Bukankah ini suatu sifat sogokkan? Dan tidakkah Barat tidak suka rasuah? Kita jadi lupa, bila mereka mengeluarkan minyak dari dasar laut, tidakkah gas Methan dan Ethan juga terbebas sama. Maka dengan sebab itu, setiap pelantar minyak pasti terpaksa membina menara pembakaran CH4 dan C2H4, dan tidakkah itu juga menyumbang kepada pemanasan udara?

(22) Juga hasil kumbahan di Amerika, China, India, Eropah dan Russia adalah jauh lebih besar dari negara-negara Tropika. Kumbahan ini, tidak hanya terhad kepada hasil kotoran manusia (najis, sampah, dan sisa-sia rumah), bahkan juga dari haiwan (terutama biri-biri, lembu dan kuda)dan juga industri. Pereputan sisa-sisa pertanian (jerami dsb) juga adalah besar. Hasil kumbahan ini akan membebaskan CH4 dan C2H4. Pernahkkah Barat membuat bandingan antara pengeluaran CH4 sehektar muka bumi mereka berbanding dengan sehektar pembangunan dan penyaliran kawasan gambut dan paya bakau di Tropika?

(23) Pokoknya, sebenarnya, bukanlah pemanasan dan kebanjiran dunia yang Barat cuba elakkan. Mereka cuma mahu mempertahankan dagangan balak temperat, kacang soya, jagung, bijian matahari, gandum, daging, susu dsb yang tidak mampu bersaing dengan kelapa sawit, rumbia, beras, dan kayu keras tropika. Mereka tidak peduli sebenarnya pada pemanasan dunia, mereka hanya risaukan periok nasi mereka. Cuma lagu lapar mereka dendangkan bukan dalam rentak sedih, tetapi rentak rock, reggae, blues, raps, dsb agar senang kita mendengarnya!

(24) Malaysia kebetulan juara dalam industri kelapa sawit. Kita juga juara membela Palestin dan sedikit masa dulu mendokong kuat Nelson Mandela dalam memerangi apartheid. Kini, kita cuba hendak mengutarakan sistem kewangan berasaskan emas dan rial yang pasti menjadi saingan US, Euro, Yen, dsb. Barat melihat kita sebagai musuh dagangan dan politik mereka. Maka issu alam sekitar kita jadi mainan mereka!

(25) Saya menegur beberapa orang sahabat yang mengelar diri mereka (juga diperolehi mereka) sebagai pakar, kini berdansa mengikut irama pop, rock, blues, reggae, dan rap, juga hanyut dalam, kononnya melakukan apa juga penyelidikan bagi menyanggah Barat. Terfikir juga oleh saya, apakah manusia sebegini disekeliling kita, sebenar-benarnya handak mempertahankan negara, atau saja-saja berlakon, atau tidak sadar mereka sedang dipermainkan?

(26) Saya terfikir, bila Yahudi mentertawakan Muhammad bahawa agama yang dibawanya adalah agama ciplak, apakah Muhammad sibuk ke hulu ke hilir cuba menyanggah templakkan Yahudi? Dia tidak berbuat begitu, sebaliknya dia memusat fikiran dan tenaganya dalam terus membimbing manusia ke jalan kebaikan dan ke jalan kebajikan.

(27) Saya ingin berpesan kepada semua, kalau kita asyik menari ikut rentak Barat, akan hancurlah kita. Sebenarnya, jika itu terjadi, bukanlah Barat yang menghancurkan kita, sebaliknya, kitalah yang menghacurkan diri kita sendiri. Barat cuba tersenyum, melihat kita musnah kerana acahan mereka? Jangan jadi bodoh kerana Barat! Awas juga, tentang hadirnya musang berbulu ayam di sekeliling kita!

(28) Wajar, jika kita sekarang ini terus sahaja memusatkan tumpuan kita kepada meningkatkan daya pengeluaran dan kecekapan kita dalam mengurus apa juga yang Allah anugerahkan kepada kita. Mencari keberkatan Allah adalah lebih baik dari mendapat sanjungan Barat (dan sesiapa). Dengan daya pengeluaran dan pengurusan yang lebih baik
maka kita akan dapat membantu seluruh ummah manusia untuk mendapatkan apa juga dengan mudah dan pada harga berpatutan, jika itu niat kita, insyaAllah, Allah akan sentiasa memberikan kita akal untuk kemenangan.

Mukah, Sarawak
13 July, 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Bayu Senja said...

Usaha Barat untuk terus menerus menguasai dunia memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Mereka telah lama mempunyai niat tersebut yang digandingkan dengan pelbagai strategi dan kaedah yang dijalankan dengan terperinci sehingga tidak terlihat oleh mata kasar. Barat itu selalu dilihat lebih baik kerana 'systems are in place', ada juga kebenarannya di situ. Cara mereka mengurus 'resourcdes' mereka adalah sistematik pada zahirnya, jadi agak payah untuk kita melihat agenda yang tersirat. Gunatanah untuk perladangan, pertanian, prumahan dan komersil dirancang dengan baik bagi menghasilkan keadaan kehidupan yang kondusif bagi rakyat mereka. Jadi tidak hairanlah sekiranya mereka sentiasa memikirkan strategi yang terbaik bagi mengeksploitasi dunia ketiga sepenuhnya, supaya penjajahan dapat diteruskan dan kehidupan kondusif yang mereka inginkan dapat diteruskan. There is a saying that the Americans get to play while the Japanese has to do all the work.Adn of course, the Japaenese will make sure that the 'others' in the East has to be exploited in order for them to gain as much.

2.Penjajahan bukan sahaja dalam eksploitasi 'resources' yang ada di dunia ketiga (bagi mereka, negara membangun seperti Malaysia juga adalah termasuk dalam kategori dunia ketiga), bahkan cara hidup juga sudah banyak berganjak ke dunia barat. Cara berpakaian, makanan dan minuman, malah kalau termampu, ramai yang mahu membeli kereta Continental sebagai kenderaan seharian, oleh kerana ia adalah 'prestigious' di mata masyarakat. So, where does the national car stands?

Barat juga telah lama menjajah negara-negara ketiga secara diplomasi bagi meneruskan kekuasaan mereka dengan mewujudkan 'donor banks' seperti World Bank, IMF, Asian Development Bank, dsbnya. Negara-negara yang mendapat 'ihsan' mereka kini akan terus dijajah sehingga ke akhir zaman kerana pembayaran semula hutang bagi pembangunan prasarana negara akan berterusan. Kos pembiayaan adalah tinggi bagi menampung kos untuk mengimpot pakar dari luar (yang datang dari negara mereka sendiri)dan juga kontraktor gergasi dunia seperti Bechtel dan Halliburton. Semua ini dibuat dengan cara halus supaya tidak disedari oleh rakyat negara ketiga yang tidak begitu prihatin tentang menguruskan 'resources' kita sendiri,adakah ini disebabkan oleh kejahilan, kedaifan, atau sengaja tidak mahu berfikir lebih dari sejengkal?

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.