(Dua sisipan ini merupakan sebuah Taman Peranginan di Kanada. Di sebelah kiri, adalah 'Concept' Taman ini: 'Garden City' sedang di kanan adalah 'Model' pembangunan Taman tersebut yang memperincikan segala komponen Pembangunannya. Saya tidak dapat menunjukkan 'early visualization' projek ini, kerana saya percaya semuanya sudah 'dibakul sampahkan'. 'Visualization' biasanya adalah coretan-coretan kasar, angan-angan para perancang!)
Saya belum dapat memikir atau ingat perkataan terbaik bagi menterjemahkan istialh-istilah Inggeris: " Visualize, Conceptualize, dan Modelling". Biar saya pinjam dulu perkataan-perkataan ini, dan kekalkan sebagaimana ejaan Inggeris asalnya. Saya ingin membicarakan berkait dengan tiga istilah ini kerana, biarpun banyak orang berkata, kejayaan sesuatu badan (boleh berupa orang perseorangan, Projek, Organisasi, Kerajaan dsb) itu tergantung kepada soal kecekapan tadbir urus, namun saya berkira asas kepada segala sesuatu kejayaan itu sangat tergantung kepada kemampuan pemimpin atau kelompok perancang dalam sesebuah badan itu dalam 'visualizing, conceptualizating dan modelling' halatuju dan pelan tindakannya.
(2) Ambil suatu contoh, apakah 'Visual, Concept dan Model' bila mana Allah memerintahkan Muhammad melalui Jibrail agar dia, pertama-tamanya "Membaca dengan nama Allah...." dalam Suratul Al Alaq. Pastinya banyak falsafah atau hikmah yang Allah hendak sampaikan. Dan semua ini, kerana Allah dengan kedudukanNya sebagai Mahamengetahui, sudah punya 'visual, concept dan model' yang jelas berkait dengan 'Projek membacaNya'. 'Visual'Nya saya kira adalah 'matlamat membaca' yang Dia kehendaki, sedang 'concept' adalah 'membaca', dan 'modelNya' adalah Muhammad yang serba sempurna. Maka, secara mata kasar manusianya, umat Islam adalah digambarkan: 'visualize', sebagai umat yang mesti suka mencari dan mengamal ilmu dalam 'concept' membaca yang lebih meluas dan jujur, dan sehingga ini dilakukan barulah umat Islam itu menjadi sempurna sebagai peraga: 'model' yang paling sempurna iaitu Muhammad SAW.
(3) Maka dengan sebab itu, biar apapun tafsiran kita tentang perilaku peristiwa: Muhammad diperintah dan diajar 'membaca dengan nama Allah...'ianya akan sangat berdsesuaian dengan apa juga yang akal waras kita dapat tafsirkan. Maka dalam apa juga yang kita hendak lakukan, khususnya dalam merencana kemajuan dan pembangunan buat rakyat, maka kita perlu 'visualize, conceptualize, dan modelling' yang betul. Najib, mengutarakan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru sebagai 'visual, concept, dan model' tabdir urus beliau dalam mengurus soal-soal sosial dan ekonomi megara. Begitu juga sebelumnya, Dr. Mahathir Muhammad, 'visual, concept dan model' Malaysia Negara maju menjelang 2020, yang kemudiannya lebih dikenali sebagai Wawasan 2020. Abdullah Ahmad Badhawi, kerena mungkin sifat prihatinnya lebihnya terhadap soal-soal sosial, beliau mengutarakan Islam Hadhari sebagai 'visual, concept, dan model' tadbir urusnnya.
(4) Kita mungkin agak payah hendak mengetahui di tingkat mana kita katakan sebagai 'visualize, conceptualize, dan modelling'. Saya hendak jelaskan perkara ini dari sudut Perancangan Pembangunan Sosio-ekonomi, selaras dengan pengalaman kerjaya saya selama ini.
(5) Tumpuan saya dalam tulisan ini, akan berkisar dalam soal 'visualizing, conceptualizing, dan modelling' Projek Pembangunan untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Saya yakin, sebagai negara, dan khususnya negeri yang tengah membangun, dan dahagakan pembangunan, maka kita perlu memusatkan segala fikiran dan tenaga kita kepada membangunkan rakyat dan negara. Saya cuba menggunakan pengalaman kerja saya sejak 24 tahun lepas untuk mengariskan agar, insyaAllah anak-anak muda yang sekarang ini sedang menduduki pelbagai kerusi dalam segala kekdudukan, agar mereka dapat menjadi 'pemimpin' yang baik dalam memandu dan memacu pembangunan rakyat dan negara ke arah yang lebih baik dan sempurna. Saya berhasrat untuk sedikit berkongsi pengalaman dan ilmu dengan mereka. Mudah-mudahan.
(6) Secara umumnya, 'visualize' adalah tahap di mana kita sedang 'mengangankan: dreaming' iaitu berfikir dan mencorat-coret secara kasar tentang apa yang hendak kita perbuat, khususnya tentantg sesuatu Projek. Kita seperti membentuk bayang-bayang di dalam kepala kita akan rupa bentuk kasar Projek tersebut. Visualize: gambaran kasar Projek! Ingat tentang cerita empat orang buta yang tak pernah kenal gajah, dan bila mereka diletakkan dan dibenarkan meraba bahagian-bahagian tertentu gajah (belalai, kaki, badan, dan ekor), dan kemudian mereka diarahkan 'mengambarkan' bagai mana rupa seekor gajah, pasti keempat-empat mereka akan masing-masing berkata: seperti ular besar (belali), seperti pohon pisang (kaki), seperti batu gunung (badan) dan seperti tali panjang berlingkar-lingkar(ekor).
(7) Bayangkan jika kita ada seorang lagi orang buta yang lain, dan jika dia diarahkan untuk 'mengambarkan' gajah sebagaimana penceritaan dari empat orang buta itu, saya berkira dia mungkin akan mengambarkan sebegini: sepohon pokok yang besar, yang tumbuh dicelahan batu besar, mempunyai akar yang panjang-panjang dan sentaiasa di awasi oleh seekor ular yang besar! Wah, cuba 'bayangkan' gambaran: visualize ini berbanding dengan gajah sebenar! Pasti, dari cerita ini, 'early visualization' akan memberi mempengaruhi besar ke atas rupa bentuk sebenar Projek kita.
(8) Dalam langkah 'conceptualization', kita sebenarnya sedang memperjelas dan memperincikan rupa bentuk dan komponen-komponen utama Projek kita. Kita mulai menghalusi, susunatur Projek kita berasaskan beberapa maklumat penting yang ada pada kita: rupabentuk tanah dan sumber semulajadi, demografi masyarakat sasaran, struktur pemasaran, bentuk pembiayaan, dsb.
(9) Dari 'Project Concept' yang telah kita perincikan, maka, contohnya di dalam pembangunan hartanah, selalunya akan dibangunkan sebuah 'model: pelan susunatur Projek pada skala kecil'. Tujuan 'model' ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja perlaksanaan, pemantauan kemajuan, serta pemasaran Projek.
(10) Untuk kita benar-benar mahir dalam mengamalkan 'sequence of Visualizing, Conceptualizing and Modelling' dalam apa juga perancangan kita, kita perlu banyak berfikir, semak semula, berfikir, semak semula, dan terus-terusan begitu sehingga kita benar-benar puas agar apa yang kita rencanakan benar-benar jelas, tepat dan sesuai dengan keperluan pembangunan yang hendak kita laksanakan.
(11) Biar saya, gariskan secara 'simple logic' bagaimana proses 'visualise, conceptualize, dan modelling' dapat hendak dilakukan secara berperingkat-peringkat. Semua orang boleh dan berupaya untuk melakukan kerja ini, cuma kita kena rajin berfikir, menyemak (termasuk membuat penyelidikan), dan terus-terusan sebegitu sehingga segala-galanya menjadi jelas bukan hanya kepada diori kita tetapi kepada sesiapa sahaja.
(11.1) Bayangkan (bayangkan), kita ada kertas lukisan bersih putih bersaiz A3. Sekarang kita hendak 'melukis', katakan: soalnya 'melukis apa?'. Pada tahap ini, kita sebetulnya 'sedang mencari ilham', dan tiba-tiba, katakan kita 'tergambar: visualise' keindahan di pinggir laut. Dalam benak kepala kita tergambar-visualize: pantai putih, kaki langit biru berbaur kemerahan dalam cahanya matahari yang kian senja, pohon-pohon seperti membina 'bayang-bayang gelap', beberapa perahu dan kapal melintas, dan sebagainya. Kita, kini, seperti 'composing the painting'. Dengan pensil atau arang, kita mulai mencoret-coret 'bayang-bayang' kepada 'lukisan' kita ini. Bayang-bayang ini, mungkin berbentuk bulatan-bulatan, atau garis-garis dan baris-baris yang tidak sempurna.
(11.2) Kemudian, seperti lazimnnya, seorang pelukis akan berhenti sebentar. Menatap coretan-sketsa (visual) lukisannya, samada sambil merokok, minum kopi, mengaru-garu kepala, atau mengigit batang pensilnya, menyemak-nyemak, apa lagi tambahan yang perlu dia buat agar lukisannya menjadi bertambah lengkap, sempurna dan memuaskan. Dia terus-terus saja berfikir, berfikir, dan merubah-menambah.
(11.3) Perlahan-lahan segala bulatan menjadi objek jelas: tebing pantai, batu, rumah, kereta, dsb; segala garis berubah menjadi gigi pantai, ombak, garis-garis awan, dsb, dan para baris-baris menjadi para pohon, para tiang lampu jalan, para anak-anak berlarian. Segalanya sudah mempunyai bentuk yang agak jelas. Dia sebenarnya, sudah melukis keindah di pantai pada suasana awal senja. Dan bila saja dia sudah melengkapi lukisannya dengan aduna segala warna dan 'roh', maka kini, siaplah sudah sebuah 'model taman pantai yang permai' yang diimpikannya!
(12) Hakikatynya, seorang perancang yang baik adalah seorang 'artis' yang baik. Dia mencipta 'keindahan' dari mungkin 'kesengsaraan', dan memperindah yang sudah indah. Perancang kepada saya, adalah pelukis, jurufoto, kuriografer: manusia yang berjiwa peka (pada pemikiran, bukan setakat jiwanya) dan bermata 'luas dan jauh'. Namun, dia tidak akan menjadi penyair, penyajak yang baik, kerana 'pasti' ada kemelut besar pada jiwa dan fikirannya nanti!
Kuching, Sarawak
20 May, 2010
0 comments:
Post a Comment