.

6/5/10 KERANA IQRAQ KITA PERNAH DI DEPAN....tanpanya kita terhimpit, tersisih..

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 16, 2010

Share

& Comment


(Kita perlu membujuk masyarakat kita untuk mengakui bahawa zaman bagi memiliki Rumah Atas Tanah (Landed Home) sudah kian sukar terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kita perlu menerima hakikat jika hendakkan sedikit keselesaan serta agak teratur, Rumah Pangsa adalah pilihan masa kini. Cuma Rumah-rumah Pangsa ini perlu saja diubah perlu menjadi lebih Mesra Kejiranan dan Penghuni (Neighborhood and Tenants Friendly) Cara kejiran sebeginni, sebetulnya sudah wujud sejak di abad ke 15 di zaman pemerintahan AmirnuRashid dan Othmaniah. Tanpa kejiran yang teratur, apakah kita akan dapat menjadi manusia teratur dan beradap!).

Malam tadi, semasa menanti teman datang dari Jakarta, saya bersama teman lain duduk-duduk di foyer Samudra Court. Kami bercakap tentang tidur, di mana kadang-kadang kami sering terbangun di awal subuh, kemudian menjadi sukar untuk kembali tidur. Kebetulan, sejak beberapa tahun ini, perilaku tidur saya sudah berubah dan pasti saja akan terbangun pada seawal jam lima pagi. Perkara ini tidak menjadi masalah kepada saya, kerana saya sememangnya lebih suka untuk awal ke Pejabat, cuma bila sudah masuk ke jam 12.00-14.00, rasa ngatuk sukar sekali untuk dibendung. Pagi ini, kerana bukan hari kerja, bila terbangun saya lantas menyemak semula sebuah buku: The History of The Quranic Text. From Revealation to Compilation tulisan Prof. Dr. M.M Al-Azmi dari IUUM. Fikiran saya melayang kepada tulisan saya semalam tentang bagaimana saya kepingin melihat Kuching, Kota Ibu Negeri Sarawak di suatu hari nanti.

(2) Pastinya, terbangun awal ini ada hikmahnya. Jika kita melihat ianya sebagai penyakit, pasti sakitlah kita. Bukan kerana apa, hanya kerana diri kita sudah memaksa diri kita untuk menerima bahawa kita sedang sakit! Jika kita menganggap ianya sebagai sesuatu yang mesti dimanfaatkan pastinya kita mendapat barkah dari sifat semulajadi kesan putaran hidup ini. Saya memilih untuk menafaatkan gejala bangun awal ini.

(3) Sebetulnya saya hendak mengulang semak sebuah buku: The Singapore Malays Dilemna, hadiah Datuk Seri Adnan Satem kepada saya dalam tahun 1999 semasa beliau berkunjung ke Bintulu. Kerana saya tidak ingat di mana saya meletakkan buku tersebut, saya capai The Quranic Text oleh penulis IUUM tersebut. Sebetulnya, ngiang Kemelut-Badai Sosial Melayu telah menyebabkan saya terbangun awal pagi ini, biarpun saya ingin sekali untuk bermalas-malas.

(3) Saya membayangkan bagaimana kehidupan Melayu di Geylang, Gelang Patah, Kampung Bugis dsb yang dahulunya seperti 'kota sampah manusia' yang menjadi kediaman utama Melayu Singapura. Kini, perkampungan ini telah menjadi 'Public Housing' bagi golongan rendah dan menengah dalam keadaan yang lebih terusun dan bersih.

(4) Saya juga beberapa bulan yang lepas, sambil duduk di Kuching Water Front telah berborak dengan sekumpulan anak gadis, dan kemudiannya saya dapat berbicara dengan lebih dekat dengan salah seorang dari mereka yang kelihatan agak 'diam dan resah'. Atas 'Bahasa Badannya', saya mengagak pasti dia sedang dirundung 'masalah'. Sebetulnya, dia bekerja di sebuah Pasaraya. Dia berasal dari sebuah desa agak jauh dari Kuching. Dia tinggal bersama teman-teman secara berasakan di sebuah rumah kedai. Dia juga punya tanggungan yang agak berat di Kampung. Pendeknya, hidupnya adalah 'payah dan susah'. Dia kebetulan kelihatan sedikit agak manis dan lembut.

(5) Perilakunya yang manis dan lembut, serta keresahan dan kepayahan yang sedang dia lalui, menyebak beliau kepada 'Sugar Daddy' kepada towkey tempat dia bekerja. Towkey tersebut sangat baik kepadanya. Dia sering mendapat 'upah' tambahan atas kerajinan beliau untuk membuat Over Time Work (OT) terutama dalam soal mengurus Post System dan Restocking selepas waktu tutup urusniaga. Keadaan ini, menjadikan hubungan mereka bertambah intim dan terus melarat kepada 'kehausan perhatian' sehingga, semasa saya temui beliau, dia sedang mengandung. Pastinya kejadian sebegini tidak terbatas kepada prihal sebegini saja. Ianya boleh berlaku dengan siapa saja. Dan kini, gejala buang anak sedang menular hebat di kalangan anak-anak muda kita. Salahnya di mnana? Apakah kita telah lupa tentang segala kesilapan masa lampau kita (Sejarah Islam) dan apakah kita tidak sedang mengulangi kesilapan lampau kita....kita tertindas, kita bangkit...dan kini kita sedang menuju penindasan kembali?

(6) Mahu atau tidak, kita perlu mengakui bahawa corak demografi masyarakat Melayu sudah berubah pantas. Sistem pendidikan yang kita henyak hebat di kalangan orang kita telah menampakkan kejayaannya dalam merubah cara berfikir dan tabiat kita. Kemiskinan (kemelaratan), corak kerjaya (dari membanting tulang anak tani kepada Blue Color), cara pergaulan, dsb anak-anak bangsa kita sudah semuanya berubah. Pencapaian pendidikan kita telah menjadikan bangsa kita kian 'affluent'. Bangsa kita sudah hanya mahu hidup mudah dan senang. Cuma mungkin kita telah silap (mungkin juga lambat) kerana tiada perancangan dan tindakan untuk mengatasi masalah generasi kedua (dan seterusnya) yang 'tercicir' di tengah jalan sepertinya gadis manis yang sekarang sedang tersiksa 'mengandung terlarang'.

(7) Bila saya membuka buku: The Quranic Text, perkara pertama yang terlintas dalam benak saya adalah, ketakutan Muhammad bila Jibrael membisikkan kepadanya dengan kata-kata: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya: Surah (1) Al Alaq". Dia mengarahkan Muhammad agar membaca. Itulah arahan pertama Allah kepada Muhammad sebelum beliau di nobatkan sebagai rasul. Kenapa Allah mengarahkan Muhammad yang sebenarnya adalah buta huruf untuk membaca. Tidakkah pada masa itu, Allah punya pilihan kerana Abu Bakar, Umar dan Osman adalah mereka yang juga kemudiannya sangat patuh kepada perintah Allah, punya kedudukan yang lebih baik, boleh membaca, mereka yang jauh lebih berjaya dari Muhammad (pada kacamata masyarakat), namun Allah memilih Muhammad yang buta huruf dan miskin untuk 'membaca'.

(8) Pastinya, banyak tafsiran boleh dibuat mengenai perkara ini. Saya cuma ingin melihat hikmahnya dari sudut mencari ilmu. Seorang yang miskin sekalipun (dalam perihal Muhammad), jika dia rajin belajar, pastinya dia akan mendapat ilmu. Untuk kita mendapat ilmu, atas sumber yang terhad, pastinya kita punya banyak kekangan. Namun, Allah itu seperti sudah merencana, bahawa dengan 'membaca' dan kemudiannya berfikir dalam, pasti kita akan mendapat ilmu dan kemahiran untuk memperbaiki diri kita. Saya yakin, konsep 'membaca' yang diperintahkan kepada Muhammad tidak sama dengan konsep membaca pada masa kini. Pada Muhammad, sebetulnya dia tidak membaca, melainkan melafaz dan menebarkan apa yang Allah perturunkan kepada beliau. Pada Muhammad, Allah menurunkan ilmu kepadanya, dan Muhammad pula bertanggungjawap 'membacakan' ilmu-ilmu itu kepada ummah manusia, seperti perintah Allah berbunyi: "Dan Kami telah turunkan kepada engkau (Muhammad) berupa peringatan agar engkau menjelaskan kepada manusia apa-apa yang telah diturunkan pada mereka"

(9) Selepas menerima Ayat Al Alaq ini, Muhammad sering saja berkhalwat ke Gua Hira untuk terus-terusan menerima ilmu seterusnya dari Allah. Maka begitulah cara kerja Allah, biarpun miskin, biarpun buta huruf, melalui Muhammad yang terpaksa melalui kepayahan untuk turun naik ke Gua Hira untuk mencari ilmu, Muhammad telah menjadi ketagihan ilmu, kerana Muhammad sedar, hanya dengan ilmu pastinya dia akan menjadi manusia yang lebih berguna terutama dalam lingkungan masyarakatnya yang sedang parah dalam segala kemelut dan kancah sosial: dari Ibn Umar, Muhammad pernah bersabda: " Melalui kitab ini, Allah meninggikan beberapa orang dan merendahkan yang lain di antara kita".

(10) Untuk membolehkan Muhammad mendalami tentang apa yang diwahyukan kepadanya, maka Allah telah memerintahkan: " Hai orang-orang yang berselimut (Muhammmad), bangunlah (untuk sholat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran iaitu dengan perlahan-lahan." Perintah ini, saya kira 'tidak untuk Muhammad membaca Al Quran kerana Al Quran hanya tersusun rapi selepas kewafatan beliau (oleh Abu Bakr dan Zaid bin Thabit), namun ianya adalah perintah agar dia mengingati, mendalami, dan mengerti agar mudah untuk beliau menebar luas 'bacaan' serta mengamalkan ayat-ayat tersebut nantinya. Itulah cara Allah, mendidik, mencurahkan segala ilmu dan kemahiran kepada Muhammad SAW.

(10) Maka terbangkitnya kita dari tidur di awal subuh, dalam usia yang sudah matang ini, saya pasti adalah juga kerja Allah, agar kita juga turut bangkit dan 'membaca', pastinya di mulai dengan sholat dan 'membaca sedikit ayat-ayat Al Quran' lantas cuba memahami dan mencari jalan mengamalkannya. Untuk memahami ayat-ayat Al Quran hanya melalui Al Quran adalah agak sukar. Maka dengan sebab itu, di dalam Surah Al Alaq ini, Allah dengan jelas menyatakan bahawa....."bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam...", dan saya pasti 'kalam' yang di maksudkan adalah Al Quran dan segala tulisan ilmu lainnya dalam kalam-kalam (dokumen) lainnya.

(11) Maka dengan sebab itu, suka saya perturunkan sisipan hasil capaian saya terhadap Website Al Hamra: "A movement for the globalization of science and philosophy was set in motion in the Islamic world during the medieval period. This movement was marked by extensive translations of scientific and philosophical works from Greece, India, Persia and Egypt, a synthesis of the researches of Muslim scientists and those of other lands, the establishment of scientific institutions, the employment of Arabic as the lingua franca of scientific research, translation and communication, and the creation of a community of scientists and translators from different religious, ethnic and religious backgrounds. Roger Bacon acknowledged that almost all of Aristotle's works were available only in Arabic translations, with only a small percentage having been translated into Latin. He asserted that without Arabic, Greek knowledge would have never reached the Europeans. Montgomery Watt has remarked that no people in the world translated from foreign languages as much as Muslims. George Sarton, the celebrated historian of science, has observed that, prior to the 15th century, almost all the works of classical writers were available only in Arabic.

Scientific institutions, such as observatories, scientific academies, medical colleges, libraries and hospitals, which were established by Muslim rulers and members of the nobility and supported through waqf endowments, played a highly important role in the globalization of science. The most remarkable scientific institution in the early centuries of the Islamic era was Bayt al-Hikmah founded by Caliph Al-Mamun in Baghdad in the early decades of the 9th century. It was in this institution that nearly the whole corpus of scientific and philosophical literature from Greece, Persia and India was rendered into Arabic.

The translators of scientific and philosophical works included not only Muslims but also Jews, Christians, Sabaeans, Magians and Hindus. One of the most prolific translators was Hunayn ibn Ishaq or Johannitus (d. 877), who was a Syrian Christian. It is significant to note that the seven volumes of Galen's Anatomy are extant only in the form of its Arabic translation by Hunayn ibn Ishaq. Ibn Maymun or Maimonides (d. 1204), a brilliant scientist and translator, was a Spanish rabbi. Other important translators were Thabit ibn Qurra (d. 901), who was a Magian, Abu Bishr Matta (d. 940) and Qusta ibn Luqa (d. 912), both Christians, and Ali ibn Abbas al-Majusi (d. 994), a Magian.

The scientific legacy of Islamic civilization greatly contributed to the European Renaissance. (See J. R. Hayes: The Genius of Arab Civilization: Source of Renaissance. Cambridge, Mass, 1983)."

(11) Betapa Allah itu Maha luas ilmu pengetahuannya, menggunakan Muhammad yang buta huruf dan miskin, mendidik manusia dengan 'membaca' dari kalamNya, dan lihat sajalah betapa kesannya kepada kehebatan Islam di Baghdad dan Kardova (Al Hamra) semasa pemerintahan Khalifah AminuRahid dan Kerajaan Othmaniah yang dipelopori oleh para pemimpin dan rakyat yang suka membaca dan mendalami ilmu. Cuma, kemudiannya, kita (umat Islam) telah lalai untuk terus memperkembangkan ilmu sehingga Barat dapat mempelajari dari kita dan kemudiannya mengalahkan kita sehingga saat ini.

(12) Jika kita sentiasa mahu membaca, berfikir, merencana dan beriltizam melaksanakan apa-apa saja yang mesti kita perlakukan untuk kepentingan ummah kita, pastinya 'keperitan gadis manis termengandung' ini akan dapat kita bendung dan selesaikan secara lebih bermaruah. Saya pasti, kerana kita kini, tidak mengerti disebalik 'Surah (1) Al Alaq dan terbangun di lewat malam' maka kita terus saja memaksa diri untuk menarik selimut! Dari Abu Hurairah, Muhammad SAW bersabda: " Siapa yang menitih jalan pencarian ilmu pengetahuan, Allah akan membuka baginya jalan menuju syurga dan Sesiapa yang ditanya ilmu yang telah dikuasai lalu ia sembunyikan, orang itu akan dililit api neraka di hari Kiamat".

(13) Ayuh, pastikan rumah kita, kampung kita, Kejiranan kita, kota kita, negeri kita, dan negara kita, dan khusus diri dan bangsa kita, adalah kalangan yang suka 'membaca'. Itulah perintah Allah, itulah tabiat Muhammad, itulah sumber kekuasaan kita terdahulu, dan itulah amalan mereka yang sedang mengalahkan kita! Ingatlah pesan Muhammad: "Carilah ilmu biarpun sampai ke negara China dan atau liang lahad", tanpa ilmu yang strategik, bangsa kita akan 'lebih banyak merintih termengandung'.

(nota: Kepada para 'moralist', janganlah hanya bicara (melalak di mana-mana) tentang hukum dosa dan pahala akan pergaulan bebas, cuba berfikir dan bekerjasama bagaimana agar anak-anak muda kita boleh selamat secara 'hidup' dan bukan 'mati' terhukum-terkurung! Fikirlah, apakah Muhammad itu, menjadi Islamist dengan dia menjadi terhukum dan terkurung! Tidakkah ini, dulunya menjadikan kita mundur-kaku sehingga kini? Kita tanyalah Pak Mahathir yang pernah menulis tentang ini.)

Kuching, Sarawak
16 May, 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

Kita lebih suka mendengar. Kerana itu, kita seronok hadir dalam segala siri ceramah atau debat. Kita tidak suka membaca. Itulah hakikatnya tabiat kita. Sifat menyelidik bukan sifat kita. Maka dengan sebab itu, kita lebih suka mendengar termasuk mendengar yang sebenarnya tak perlu kita dengar. Selepas kita mendengar, maka segalanya akan terkeluar dari otak dan sanubari kita. Itulah kita. Itulah kelemahan kita. Itulah punca kegagalan kita. Tidak memahami dan menghayati Iqraq!

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.