(Syurga itu di mana ya? Tidakkah mungkin Syurga itu ada di sini, di dunia ini, cuma mungkin kita, tidak mahukan ianya hadir di sini hanya kerana sifat tamak kita!)
Jika kita teliti Al Quran dengan baik, kita akan dapati ganjaran Allah ke atas segala apa kebaikan kita adalah syurga. Bayangan syurga di dalam Al Quran, berupa sebuah taman yang penuh segala keindahan: air sungai jernih, sungai madu, sungai susu dengan segala bidadari yang rupawan dan sangat elok. Allah juga menjanjikan, apa juga yang kita inginkan pastinya akan tertunai di syurga. Itulah nikmat syurga, segala-galanya ada di sana.
(2) Kita juga perlu ingat bahawa nabi Adam dan Hawa, asal usul kepada kejadian manusia berlaku di syurga. Mereka, seperti di dalam gambaran kasar Al Quran, tidak perlu berbuat apa-apa, melainkan hanya patuh-sujud kepada Allah. Mereka tidak perlu bekerja. Mereka seperti mahluk Allah yang segalanya telah dihamparkan dengan segala nikmat yang tidak perlu dihambat, dikejar.
(3) Namun, ada satu larangan yang Allah kenakan kepada mereka, iaitu jangan sekali-kali terpengaruh dengan hasutan iblis, khususnya jangan mendekati pohon atau memakan buah khuldi. Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai pohon dan buah Khuldi ini. Saya kira, 'pohon dan buah khuldi' merupakan suatu yang abstrak dan tidak perlu dibahaskan sangat.
(4) Saya hanya ingin untuk membahaskan tentang, biarpun Adam dan Hawa (manusia) telah ditempatkan dan disediakan untuk diam di syurga, tersedia dengan segala apa juga, namun kerana 'mengikut hasutan iblis', maka mereka (manusia) terhukum untuk diturunkan ke bumi. Dan sebagai ujian kesengsaraan pertama yang terpaksa Adam dan Hawa lalui adalah bilamana keduanya telah diturunkan di dua tempat yang berbeda dan terpisah jauh. Adam di kawasan geografi padangan pasir yang hangat sedang Hawa di kawasan pergunungan yang dingin.
(5) Saya cuba menafsir abstrak maksud prilaku Allah ini, pada sebahagian kecilnya, khususnya dari sudut kemelut terkini negara, iaitu bilamana Imbangan Kewangan Negara kian menurun, di mana Hasil Pendapatan Negara sudah tidak dapat mengimbangi Perbelanjaan Negara. Ini dapat kita lihat, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Negara sentiasa Dalam Berlanjawan Defisit. Dan untuk membiayai Belanjawan Defisit, maka kita terpaksa berhutang.
(6) Jika kita mengkaji secara lebih dalam, tentang kenapa berlakunya Belanjawan Defisit ini, maka kita pasti temui sebahagiannya adalah kerana masalah pembaziran, subsidi dan hutang.
(7) Sebahagian dari Perbelanjaan kita terbazir,bila mana kita mengalami banyak Projek yang tidak dirancang dan diurus dengan sempurna. Unsur-unsur kelewatan, 'underestimation' dsb menjadi punca utama kepada 'pembaziran' ini. Pastinya, soal ketirisan juga menjadi punca utama kepada pembaziran. Kita tidak tahu, berapa banyak sebenarnya wang negara terbazir cara ini. Kita tidak pernah mengkaji dan mengumpul data mengenai perkara ini. Soal pembaziran hanya dapat dihapuskan jika semua yang terlibat punya Sistem Urustadbir Profesional Mutlak. Mewujudkan sebuah Sistem Tadbirurus Profesional Mutlak perlu menjadi gerakan yang mesti kita buat di semua sektor pada masa ini: Politik, Awam, dan Swasta bagi mengekang soal Pembaziran Perbelanjaan.
(8) Subsidi kini sudah digembar gemburkan bernilai lebih kurang RM20.00 billion setahun. Namun, saya berkira, nilai ini jauh lebih besar dari angka ini jika kita mengambilkira semua unsur-unsur 'insentif' yang telah diberikan bukan hanya terbatas dalam bidang bahan bakar, makanan, pendidikan, kesihatan, bahkan banyak lagi sektor-sektor ekonomi yang kita juga subsidikan: pengurusan, hiburan, pengangkutan, telekomunikasi, utiliti, dsb. Pastinya, saya mengunjurkan, kita membiayai tidak kurang dari RM40-50.00 billion subsidi pada setiap tahun.
(9) Kita mesti sedar, subsidi tidak semestinya boleh menjana ekonomi negara. Contohnya, jika Negara terpaksa mengimport Gula dengan harga RM2.60/kg sedang kita hanya menjualnya pula dengan RM1.60/kg. Negara sebenarnya terpaksa menanggung kos RM1.00/kg gula yang terjual di pasaran Malaysia. Setiap RM1.00/kg yang Negara belanjakan ini sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa faedah ekonomi kepada Negara dan Rakyat kita. Kita sebenarnya sedang mendokong ekonomi negara pengeluar gula dan membunuh ekonomi sendiri! Ini baru gula, bagaimana dengan bahan bakar, minyak masak, tepung, dsb. Inilah yang Rakyat perlu sedar!
(10) Saban tahun kita berhutang RM15-20.00 billion setahun bagi membiaya keperluan belanjawan kita. Pinjaman ini boleh berbentuk dalam pelbagai rupa: hutang langsung, bon, bahkan Private Financing Iniataitive. Bila kita membayar hutang, kita bukan hanya terpaksa menanggung Pokok tetapi kita juga terpaksa menanggung Bunga. Kalau Pokok besar, Bungapun besar. Jika hutang tertangguh, Bunga akan kembang jadi Riba, beban yang menyesakkan. Jika ini berterusan, kita sebenarnya bukan hanya menggalakan Riba tetapi kita juga sebenarnya sudah membazir. Kedua-duanya sangat terlarang dalam Islam.
(10) Kerajaan selalu berkata, kita meminjam hanya untuk Pembangunan. Itu memang betul, namun tidak semestinya benar. Sebenarnya, jika Belanjawan Negara tidak mengalami Pembaziran dan Tanggungan Subsidi yang banyak, kita sebenarnya tidak perlu meminjam untuk menampung Belanja Pembangunan. Sebabnya adalah 'Simple Mathematic', maka dengan ini, ahli politik, khususnya pemimpin Negara tidaklah usah 'bermain lidah'. Paling penting ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara janganlah pulak 'terlalu buta'.
(11) Sebetulnya, sengaja Allah mengujudkan Adam dan Hawa itu disyurga. Dia juga sengaja mengujudkan satu larangan buat mereka. Kepada saya, ini semua adalah abstrak. Pengajaran Allah tidak dapat dilihat dari hanya satu tafsiran. Tafsirannya mestilah sesuai dengan zaman, untuk kebaikan manusia sezaman kerana Islam sengaja Allah jadikan sebagai Panduan Sepanjang Zaman.
(12) Kerana hanya melangar larangan makan buah khuldi, maka Adam dan Hawa terpaksa dihukum, dihumban ke bumi agar terus-terus saja teruji: payah, sengsara, derita, sukar. Pokonya bukan buah khuldi, asasnya adalah janganlah kita melanggar perintahNya. Dia sudah menyatakan, membazir adalah perbuatan syaitan. Dia juga sudah berpesan, Riba itu adalah haram dan makan Riba adalah juga perbuatan syaitan. Maka jika unsur-unbsur Belanjawan Negara kita mengandunbgi perkara-perkara Membazir dan Riba, maka dengan sebab itulah syurga yang kita nikmati kini sedang bertukar jadi neraka!
(13) Juga syurga itu penuh akan segala-gala secara percuma. Adam dan Hawa semasa di syurga tidak perlu berbuat apa-apa. Mereka tidak langsung perlu berusaha apa-apa. Segalanya tersedia. Cuma Allah, berpesan kepada mereka : "Jangan ikut hasutan iblis...". Buah Khuldi digambarkan oleh iblis sebagai buah yang boleh memberikan Adam dan Hawa ilmu yang jauh lebih bistari dari yang Allah ajarkan kepada mereka. Buah Khuldi digambarkan sebagai 'azimat ilmu' yang sengaja Allah asingkan dari Adam dan Hawa. Maka, sebetulnya, iblis sedang mengoda Adam dan Hawa agar 'ingin lebih tahu'. Dari sifat ingin lebih tahu itu, sebenarnya, saya merasakan, bahawa Iblis sedang menanamkan perasaan 'tamak' pada Adam dan Hawa. , dan akhirnya di warisai manusia sehingga kini!
(14) Dalam soal subsidi, kita sebenarnya, samalah dengan keadaan di syurga. Kita hendak segalanya tersedia tanpa usaha berat. Kita sebenarnya sudah terlalu tamak. Kita tamak akan nikmat hidup agar ianya sentiasa mudah tersedia dan percuma. Kerana tamak, kita 'sudah mahu' lebih dari sepatutnya! Kita sebenarnya juga sudah 'tergoda' seperti Adam dan Hawa, mengikut bisikan syaitan agar tidak sekali-kali mahu melepaskan apa yang selesa dan mudah. Kita sudah tidak mematuhi suruhan Allah agar kita jangan tamak. Kita dilarang tamak. Kerana 'tamak' mahukan ilmu lebih dari yang Allah telah berikan, maka Adam dan Hawa terpaksa dikeluarkan dari kesenangan dan keselesaan Syurga.
(15) Sistem subsidi yang kita ada sekarang ini tidak menguntungkan rakyat. Ianya menggalakan monopoli, mengalakkan salah guna kuasa, menggalakkan rasuah, menimbulkan genjala 'patronage' politik, menggalakan penyeludupan, menggalakan kepincangan pasaran dan pemasaran, dsb. Apakah Nilai Tambah Ekonomi yang Negara dan Rakyat dapati dari semua ini? Subsidi sebtulnya menjadi Rakyat tamak, dan mereka yang mengendalikan subsidi juga jadi tamak! Tamak adalah perbuatan syaitan, sifat syaitan. Dan Allah telah menjanjikan, nerakalah bagi para syaitan, termasuk manusia yang terikutkan syaitan!
(16) Jika kita terus-terusan mahukan subsidi yang tidak memberikan nilai tambah kepada sistem ekonomi kita, maka nerakalah kehidupan kita selepas ini. Idris Jala menjangka, 2019, namun ditokok denhgan pembaziran dan hutang, kita sudahpun di ambang neraka, cuma menunggu masa saja malaikat penjaga Neraka membuka pintunya untuk kita terjebak masuk. Kehancuran ekonomi adalah syurga duniawi yang sedang kita tinggalkan dan neraka duniawi yang sedang kita tujui!
Kuching, Sarawak
28 May, 2010

1 comments:
lets translate theories in the right perspectives...
Post a Comment