.

11/5/10 1 MALAYSIA.....dan apakah sikap kita?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - June 01, 2010

Share

& Comment


Hari ini adalah hari lapang yang agak panjang buat saya. Hari ini, sebagai tradisi masyarakat Dayak (Iban, Bidayuh dan Orang Ulu), selepas tamatnya musim menuai, sebagai tanda kegembiraan atas rezeki yang melimpah ruah, atas kesejahteraan hidup: Gerai Nyamai, Lantang Senang mereka merayakan Hari Gawai. Ianya adalah hari kesyukuran, hari pesta sukaria, hari himpunan keluarga. Selamat Gawai untuk semua kaum Dayak.

(2) Sebelum saya menyentuh tajuk tulisan ini, saya suka hendak membuat sedikit usul agar difikirkan semua yang berminat. Bila kita menyebut Gawai, selalu atau lazimnya kita akan menyebut Gawai Dayak. Saya cuma ingin bertanya, selain dari kaum Dayak iaitu Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, apakah ada kaum lain yang merayakan Gawai. Selain di Sarawak, adakah di tempat lain ada kaum atau penduduknya merayakan Gawai. Saya berkira, istilah Gawai adalah istilah khusus tentang Pesta Menuai bagi kaum Dayak. Di Sabah lain namanya, di Semenanjung ada juga Pesta Menuai bagi kaum Orang Asli, tetapi bukan dinamakan Gawai. Di kalangan kaum Melanau wujud pula Pesta Kaul (kaul sebenar bermksud: happy habis!).Begitu juga di Jepun, Korea, Taiwan, kaum Maori di New Zealand, dan bahkan kaum Red Indian di Amerika. Maka, adalah suatu yang saya rasa tidak perlu kita mengabungkan perkataan Gawai dengan Dayak. Selayaknya hanya disebut Gawai sahaja. Sama seperti Aidil Fitri, Aidil Adha, Krismas, Wesak, Thaipusam, Deepavali, Kong Hi Fatt Chai, Chap Goh Mei dan segala macamnya lagi. Semua itu tidak terkait dengan kaum yang merayakannya. Saya berkira, biar Gawai disebut sebagai Gawai dan tidak usah disebut sebagai Gawai Dayak. Ini agar dan biarlah Gawai itu akan berkembang menjadi perayaan universal di suatu hari nanti.

(3) Samalah, saya berkira, kenapa bila kita menyebut Ringgit mesti kita satukan dengan Malaysia: Ringgit Malaysia. Manakah negara di dunia ini yang menggunakan perkataan Ringgit? Brunei, ya suatu ketika dulu, namun tidak lagi sekarang. Maka di dunia ini, saya berkira hanya Malaysialah yang menggunakan perkataan Ringgit. Tak usahlah kita sebut Ringgit sebagai Ringgit Malaysia, cukup sekadar Ringgit sahaja.

(4) Bila Najib melaungkan slogan 1 Malaysia, saya pasti dia sebenarnya belum begitu pasti tentang konsep dan inti pati terperinci 1Malaysia yang beliau maksudkan. Sedikit masa lalu, saya juga amat curiga tentang 1Malaysia Najib. Namun, kini, saya merasakan bahawa, biarlah 1 Malaysia menjadi kebenaran-terzahir benar dan betul. Kita juga harus ingat, untuk Allah mengeluarkan FirmanNya yang terakhir: "Dengan ini, Aku sempurnakan Islam sebagai Agamamu....dan Al Quran sebagai pertunjukmu..." memerlukan tempoh selama 20 tahun untuk Dia mewahyukan segalanya kepada Muhammad. Natijahnya, biarlah 1 Malaysia menjadi suatu konsep yang dibentuk bukan oleh Najib tetapi oleh rakyat Malysia. Tidak wajar hanya membiarkan Najib sendiri mengubal dan memperincikan konsep dan inti pati 1 Malaysia. Biarlah 1 Malaysia menjadi slogan kebangaan anak-anak Malaysia seperti dulunya Malaysia Boleh!

(5) Sejak 1Malaysia di lafazkan dan kemudian ditandu dengan Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan, maka saya melihat, khususnya MCA, GERAKAN dan MIC yang mendapat tamparan hebat dalam PRU lepas berebut-rebut menuntut 'kesamarataan' dalam segala bidang sebagai warga negara Malaysia. Mereka seperti menekan agar 1 Malaysia ditafsirkan sebagai semua mendapat sama taraf pelayanan dalam segala apa juga. Boleh ke begitu? Kalau ada yang mampu berbuat sebegitu, saya kira Tuhanpun akan letak jawatan kerana dia (mereka) sudah setaraf dengan kuasa Tuhan boleh berbuat apa saja semahunya! Apa lagi memberikan-menjadikan samarata!

(6) Begitu juga sudah ada suara-suara di Sabah dan Sarawak mahu menekankan agar 'Sabah dan sarawak' mesti diberikan layanan lebih agar mereka dapat sejalan-setaraf: duduk sama rendah berdiri sama tinggi dalam Malaysia. Pastinya Kedah, Perlis, Kelantan, Trengganu, dan Pahang juga mendesak perkara yang sama.

(7) Apa lagi, Datuk Ibrahim Ali, seperti termengah-mengah memperjuangkan 'hak' orang Melayu. Dia, melalui PERKASA terus-terus mengasak agar 'hak' orang Melayu sebagai 'bangsa istimewa' dalam Perlembagaan Negara perlu dihormati dan dipertahankan.

(8) Begitulah, akhirnya: 1 Malaysia telah menjadi medan juang bagi yang rendah (pendek) agar ditingkatkan supaya menjadi sama tinggi tidak kira dalam bidang apa sekalipun. Dalam perjuangan ini, ada yang menggunakan 'keterbelakangan: disadvatages' dan tidak kurang mahukan 'keboleh-upayaan: meritocracy' sebagai asas 'pensamatarafan' dalam gerakan 1 Malaysia.

(9) Pastinya suatu rumusan yang strategik dan mantap perlu dibangunkan. Maka dengan sebab itu, Najib cuba pula mengusulkan Model Ekonomi Baru (MEB) sebagai asas jalan ke 1 Malaysia. Juga dalam beberapa minggu sudah, Najib juga mengusulkan agar Model Ekonomi Desa (MED) juga perlu digubal sebagai dokongan kepada MEB.

(10) Orang Melayu hakikatnya masih keterbelakang dalam banyak segi. Begitu juga golongan-golongan tertentu. Paling ketara dalam penguasaan ekonomi mereka. Melayu seperti tidak akan mampu berdiri di atas kaki sendiri jika tidak disokong oleh Kerajaan. Cuma yang menjadi dilema Kerajaan (Melayu) adalah bilamana kuasa Melayu dalam Kerajaan sudah kian terhakis. Paling mengecutkan, sudah ramai orang Melayu sendiri sudah mulai sedar mengenai kebergantungan mereka ini, dan bahkan sudah ramai ada diantara mereka sudah tidak mahu lagi dihubungkaitan dengan Dasae Ekonomi Baru (DEB) yang seperti mengaibkan mereka. Maka dengan sebab itu kita sudah mulai mendengar PKR seperti semakin lantang memainkan lagu: hapuskan DEB, kuatkuasakan meritocracy, Malaysia untuk Malaysia!

(11) Kini, saya perhatikan, kerana Politik, banyak pihak seperti sudah bekerja dalam keadaan panik. Kerana panik, semua, biar tidak logikpun dan boleh merosakkan kesejahtreaan negara dan antara kaumpun terpaksa dituruti atau dilakukan.

(12) Satu lagi, sebagaimana biasa, orang Melayu, yang lebih gemar mendengar dan terikut-ikut, tanpa ada usaha bersungguh untuk menyelidik, mengkaji, merencana dengan kemas dan teratur, kita akhirnya berkemelut sesama sendiri. Kita marah melihat orang lain menuntut haknya. Bila orang lain menuntut haknya, kita pula merasa tercabar, lalu bangkit, melenting entah dengan apa-apa! Kita tidakpun berfikir tenang, berkumpul tenang, berbincang dan berencana tenang mencari dan melakukan sesuatu yang lebih berkesan dalam mendiri dan memgembangkan hak kita, bukan sekadar menuntut, mempertahankan hak.

(13) Kita tidak usah berperang. Sikap kita, bila kita sudah di medan perang, jangan pula bila pihak lawan sudah membedil meriam, kita hanya petah nyaring berteriak jangan ledakkan bedilan kalian! Kita kena ingat, semua manusia ada hak mereka. Kita tidak boleh menghalang mereka untuk menuntut dan bekerja keras membangunkan hak mereka. Ingatlah pesan Allah yang saya kira bermaksud: " Agama (hak) mereka adalah agama (hak) mereka, Agamamu (hakmu) adalah agamamu(hakmu)...."

(14) Apakah wajar kita hanya terus meminta-minta, biarpun sebahagian kita sudahpun cukup berilmu dan berkemahiran? Falsafah Bijaksana Melayu: Yang Celik Memimpin Yang Buta, Yang lurus memimpin yang tempang, Yang awas mengajar yang pekak wajarlah kita jadikan pegangan.

Kuching, Sarawak
1 June, 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

Selamat hari Gawai Dayak 2010. Saya amat tertarik dengan usul yang dibuat. Gawai Dayak digantikan dengan GAWAI sahaja memanglah sesuatu yang boleh mengeratkan lagi perpaduan diantara berbilang bangsa di mana Sarawak sangatlah unik dengan jumlaah suku kaum yang banyak. Namun kenapa harus digantikan nama itu sedangkan ianya merujuk kepada perayaan kaum DAYAK di Sarawak yang menyerupai perayaan kesyukuran di tempat lain. Berbeza dengan perayaan AidilFitri atau Krismas yang merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh penganut yang berbilang bangsa. Mungkin orang-orang Cina boleh bangga dengan perayaan Tahun Baru Cina yang disambut oleh orang-orang CINA di merata Dunia. Sedangkan orang DAYAK hanya terdapat di Sarawak sahaja. Kecualilah jika semua suku kaum peribumi di MALAYSIA sanggup dipanggil DAYAK atau nama lain yang boleh diterima dengan dada yang lapang. Jika demikian kita akan kehilangan keunikan di Malaysia.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.