(Di kota, kita tiada rumah sendiri, ulang alik naik bas atau beca, tiada kerjaan bergaji lumayan, hidup kita sekadar hidup, hiruk pikuk kita adalah suara resah gelisah, hidup setengah mati...........di desa, kita ada rumah, tapi tiada kerjaan, tiada jalan kereta menjalar, tiada elektrik, tiada air paip, kekadang tiada suara kerana semua sudah hijrah jauh.......rumah usang, kampung sepi, si tua menunggu mati......apa ada bedanya?)
Pagi ini sambil makan mee kolok halia di Warung Pak Haji Semarang, saya sempat menjengah tajuk akhbar Utusan Malaysia (?) di mana dalam warna merah (amaran!), Kalau Tidak Mahu Ikut Larangan Jangan Berpolitik di Masjid, Jangan Datang Ke Selangor! Kebetulan juga saya baru balik dari lawatan panjang ke Sg. Kut, Dalat dan Kuala Balingian Mukah. Sememangnya, sejak saya memasuki alam pekerjaan pada 1986, kedua-duan kawasan ini telah saya lawati, dan sehingga kini biarpun kawasan ini telah dimasuki jalan, namun taraf hidup penduduk masih tetap sama. Kawasan penempatan berpaya gambut dan bakau, serta senetiasa digenangi air bah samada masin atau tawar pada saban waktu merupakan kekangan utama masyarakat di sini untuk menapak jauh maju kedepan.
(2) Hanya sungai dan persisir pantai menjadi jalan kehidupan mereka. Di samping itu, pastinya, kerana mereka sudah terlalu lama ditinggalkan dari pengaruh dunia pembangunan, maka cara pemikiran mereka amat payah untuk menerima sesuatu yang baru. Begitulah keadaannya bila mana kemiskinan dan kepayahan telah menjadikan manusia menjadi beku dan kaku. Hanya kesabaran dan ketahan sahaja dapat membimbing mereka secara bertatih keluar dari kemelut hidup yang mereka tidak faham. Di sini, saya teringat betapa Muhammad, terpaksa mengadai nyawa hanya untuk merubah nasib bangsanya (Arab), yang telah terbelenggu penindasan dan penghambaan raja-raja dan kailah-kabilah. Mudahan-mudahan kita akan tetap ada semengat Muhammad dalam segala tindak kerkja kita.
(3) Minggu sudah saya ke Kuala Lumpur, saya sempat bertemu dengan seorang ibu muda yang punya seorang anak dan terpaksa mengaharungi hidup separa berkeluarga. Si ibu hanya berpendidikan sehingga Tingkatan Lima dan bekerja dengan swasta dengan gaji sekitar RM1,000.00/bulan. Beliau menyewa rumah dengan harga RM500.00/bulan. Bayangkan dengan punya anak, tinggal di Kuala Lumpur, dengan baki pendapatan RM500.00/bulan, apakah bedanya hidup beliau dari mereka di Sg. Kut atau Klaual Balingian. Apa pilihjan yang beliau ada? Saban hari dia berulang alik menghantar dan mengambil anak menaiki bas sebelum beliau ke tempat kerja? Seharian begitulah keadaannya selama enam hari seminggu! Semua ini pasti menyeksakan, dan saya amat memohon ke hadrat Allah agar saya (dan kalian) agar punya kekuatan bagi membantu mereka seperti ini!
(4) Kebetulan tiga bulan yang lepas, saya sampai agak lewat malam di Cititel MidValley. Selepas check-in dan untuk melepas lelah, saya duduk di sofa disediakan. Sebentar kemudian datang seorang gadis muda yang sangat 'harum dan menyegarkan', kerana dia memulakan dengan senyuman yang sangat 'menawan', saya memberanikan diri bertanya: "Baru sampai, atau tunggu siapa?". Jawapan lebih berbentuk soalan:"Abang dari mana, letih nampak?". Lalu saya menjawap: "Baru sampai dari Kuching".
(5) Kebetulan restauran di sebelah masih buka, saya mengajak beliau untuk 'supper' kerana saya merasa agak lapar. Semasa, makan, saya dapati, beliau adalah 'free lance service lady'. Sebetulnya dia mempunyai ijazah dan bekerja sebagai Marketing Executive dan mendapat pendapatan RM3,000.00/bulan. Namun, kerena beliau terpaksa membayar harga Apartment, kereta, menanggung adik-adik yang masuk Universiti dan kerana orang tuannya hanyalah seorang petani di pedalaman Trengganu, maka beliau 'terpaksa mendagangkan diri' untuk mendapat tambahan sekitar RM2,000.00-3,000.00/bulan.
(6) Semua ini, tiada bedanya. Bila kemiskinan dan kepayahan itu menerpa, di desa, di kota, buta huruf, atau berpendidikan, semuanya hampir sama, tiada bedanya.
(7) Dalam soal Tidak Boleh menjadikan Masjid sebagai medan berpolitik, maka Nik Aziz berkata, politik itu adalah untuk jalan kebaikan. Apapun jika untuk jalan kebaikan, maka di mana-manapun kita boleh berbicara. Maka oleh kerana masjid dan surau adalah tempat untuk kebaikan, maka apa salahnya berbicara yang baik di tempat yang baik.
(8) Itulah Nik Aziz, cakapnya; mudah , ringkas dan tampak ikhlas: politik itu untuk kebaikan. Masjid dan surau untuk perkara-perkara baik. Maka jika kedua-duanya baik, apa salahnya pulak untuk digabungkan, bukankah itu menjadi terlebih baik!
(9) Orang miskin, orang susah, mereka tidak berminat untuk berfikir terlalu jauh, terlalu teliti. Kalau apa yang diperkatakan logik, mudah difaham, masuk akal, ikut sajalah. Itulah sifat dan saikologi oranh miskin dan orang susah. Kalau mereka sanggup berfikir hebat dan jauh, pastinya mereka telah lama keluar dari belenggu kemiskinan.
(10) Di Kelantan, Kedah, dan akan menyusul di Trengganu, Pahang, Perlis, dan Perak, kemiskinan dan kepayahan akan hadir deras jika kita hanya sibuk bekelmelut politik. Maka selagi kemiskinan dan kepayahan tidak dapat dibersihkan, maka selagi itulah kita akan tetap mudah terpesong. Kalau kita tidak jual tanah, kita akan jual harta, kita kemudian akan jual tubuh, dan pastinya kita akan jual maruah, sehingga akhirnya kita akan menjual agama!
(11) Apakah ada bedanya, antara kita yang suka diam (selesa) dan mereka yang sengsara (putus asa)? Sama-sama kita akan mengadai 'badan dan maruah' kita!
Kuching, Sarawak
30 April., 2010
1 comments:
kita tiada bedanya kerana kita kena hidup dan terus hidup, lain lah kalau kita ini hidup untuk mati. Tapi yang bedanya, macam adik kita yang lepasan ijazah tu tak perlulah menjual maruah untuk dapatkan income lebih. Seolah-olah menara gading itu tidak memberi apa apa pengetahuan yang dapat dimenfaatkan.
Bagaimana pendapat sdra tentang gadis tersebut, adakah dia menepati citarasa?
Post a Comment