.

11/4/10 CARA KEWANGAN ISLAM KITA...tidakkah ianya satu perangkap lain?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 26, 2010

Share

& Comment

(Kg Baru, tersepit, terjepit, terhimpit antara longokan 'Emas' dan 'Mutiara'; hanya kerana mungkin fikiran dan asa kita sudah sempit-cemburu keterlaluan, maka kita mati akal untuk bagaimana menjadikannya lambang kekuatan Melayu!)

Semalam, kebetulan saya dapat menikmati hangat mentari pagi menyorot keindahan KLCC dari jendela sebuah menara di Jalan Raja Alang Kuala Lumpur. Juga saya dapat melihat dan dapat menyusur lorong-lorong di Kampung Baru sambil mencari Nasi Padang dan Nasi Dagang buat sarapan lewat pagi (brunch). Hati saya amat tersedu melihat hadirnya kelopmpok Melayu 'bertuah' namun seperti merempat di longgokan emas di Chow Kit/Jalan Alang/Kampung Baru! Gerai-gerai beranika barangan buat mencari hidup berasakkan di lorong-lorong sempit dan padat. Sejak dari saya masih bergelar pelajar sehingga kini sudah hampir mahu 'pulang', segala barangan jualan para pengusaha warung-warung ini tetap saja sama: segala macam keropok, keringan buah-buahan, segala macam manisan, pakaian, perhiasan, segalanya belum berubah-rubah; sepertinya lambang Melayu yang tidak beranjak-anjak bersama zaman. Rumah-rumah usang, entah kapan mahu terbang dimakan anai-anai atau di mamah zaman. Hati dan fikiran Melayu Kg Baru seperti sudah terlaknat-tertutup-terkubur seakan adalah lambang kehinaan dan kelemahan bangsa Melayu! Hidup mereka bagai hadir dalam longgokan sampah di pinggir syurga!

(2) Anak-anak koprat Melayu yang berjaya yang duduk di ruang-ruang pejabat indah di puncak menara kembar KLCC akan melihat anak-anak Melayu sedang merayap sengsara di Kampung Baru, yang diabadikan dengan nama-nama gagah seperti Raja Alang, Raja Musa, bahkan suatu ketika dahulu Harun Idris yang sering melaung 'ketuanan Melayu' dari 'bumi keramat ini'. Saya juga pasti, suatu waktu terdahulu, di sinilah juga mulanya 'tumpah darah Melayu' dalam memperjuangkan hak dan kedautalatan mereka. Kini, saya pasti, di sinilah tetap merayap dan terhuyunng hayangnya anak-anak Melayu kerana dadah, kerana ganja, kerana syabu, kerana persundalan, dan kerana kemelaratan, hanya sekadar mencari hidup untuk hidup dalam sekelumit waktu.

(3) Kelmarinnya dalam cuaca panas yang terik, saya meninjau-ninjau pembangunan hartanah di Sri Damansara Utama. Tanah-tanah ini dahulunya milik PKNS, pasti untuk kepentingan Melayu, namun kini terlepas di tangan kapitalis ganas. Di sana, dari penceritaan seorang pemaju, dulu, tiga tahun dahulu beliau membina sebuah rumah berkembar dan boleh dijual dengan harga RM700,000.00/sebuah. Kini, beliau sedang membina rumah teres bertingkat, dan boleh dijual dengan harga RM800,000.00-900,000.00 sebuah. Rumah berkembar kini sudah mencecah RM1,500,000.00 sebuah dan beliau juga sedang membina rumah bunglow dalam sekitar harga antara RM3,000,000.00-5,000,000.00. Mampukah Melayu memilikinya?

(4) Fikliran saya terus melonjak kepada betapa bahayanya hidup kita ini dalam relungan kapitalisma yang berdagang berdasarkan spekulasi. Dua tiga hari yang lepas, dalam siaran Al Jazeera, Greece sedang memohon bantuan Bank Dunia pinjaman bernila U$60.00 billion bagi menyelamatkan ekonomi negara itu dari defisit tahunan bernilai U$49.00 billion. Pendeknya Greece sedang dalam ambang kebangkrapan yang maha dashsyat. Di khabarkan beberapa negara Eropah lain akan turut mengalami nasib yang sama. Semua ini ada kaitan dengan sikap malas, sikap tidak bertanggungjawap mereka yang dberi amanah, sehingga segalanya terserah kepada golongan kapitalis. Mungkin kejadian di Sr Damansara Utama adalah juga serupa kepada punca kecelaruan ekonomi Greece!

(5) Saya juga sempat bertemu, minum dan berbual dengan seorang ahli kewangan semasa di KLIA, dan beliau berkata bahawa inilah masanya bagi Sistem Kewangan Islam akan lebih menonjol dan sangat penting. Namun saya amat curiga dengan peryataan beliau. Kecurigaan saya adalah berasaskan: Apakah Sistem Kewangan Islam itu akan terumus dan terlaksana dalam pengertian Islam yang sebenar? Tidakkah Sistem Kewangan Islam yang sedang diperkenal dan dilaksanakan sekarang ini hanya menitik beratkan soal pembiayaan barangan Halal dan pada kadar faedah malar (Fixed Interest Rate) semata-mata. Adakah hanya kerana produk pembiayaan adalah Halal dan Faedah adalah tetap (risiko perniagaan terkawal) maka anya sudah layak kita namakan sebagai Sistem Kewangan Islam?

(6) Sememangnya asas Sistem Kewangan Islam adalah hanya untuk membiayai perkara-perkara Halal sahaja, dan bagi mengelakkan risiko perniagaan, Kadar Faedah akan dimalarkan. Namun, apakah sistem yang telah kita rumus dan pergunakan dalam penentuan harga produk kita? Jika penentuan harga produk kita (biarpun halal), jika ianya masih berteraskan sistem pasaran spekulatif, apakah layak ianya dibaiayai oleh Sistem Kewangan Islam. Saya yakin hanya sekadar menetapkan (memalarkan) kadar Faedah, belum tentu kita dapat mengekang risiko dagangan.

(7) Contoh jelas adalah dalam soal pembiayaan belian rumah. Apakah Kewangan Islam boleh digunakan dalam membiaya di mana harga rumah tersebut ditentukan oleh sistem pasaran berasaskan spekulatif, contohnya seperti di Damansara Utama? Saya berkira, apa-apapun barangan yang penentuan harganya adalah berasaskan pasaran spekulatif; lebih berbentuk riba, faedah yang membebankan, harga yang tidak mendatangan Value Added kepada masyarakat, hendaklah dihukum sebagai tidak layak dibiaya melalui Sistem Kewangan Islam. Cuba lihat apa yang sedang terjadi di Doha, diUAE, bila kewangan Islam hanya bersifat membiaya, dan tidak bersifat mengusaha, maka mereka juga menghadapi krisis kewangan yang sangat hebat.

(8)Pasti, banyak yang akan mengatakan, jika begitu, Sistem Kewangan Islam, tidak mampu mengatasi Sistem Kewangan Kapitalis yang ada! Saya, hanya dapat menjawap persoalan sebegini, dengan satu sanggahan: Hanya kerana kita terlalu malas berfikir. Kerana kita malas berfikir, maka sebab itu kita sudah seperti 'give up' biarpun untuk terus-terusan mencari Sistem Kewangan Islam yang sebenar!
(9) Saya berkeyakinan, Sistem Kewangan Islam mesti mencakupi aspek keHalalan produk, kadar faedah tidak membebankan, dan mekanisma penetuan harga produk yang saksama.

(10) Mungkin, 'clue' dari sifat Muhammad, apakah dia berniaga dengan meminjam dan atau meminjamkan, atau dia berniaga dengan menjadi usahawan? Saya yakin, Muhammad berniaga dengan berusaha, dia menjadi usahawan.

(11) Maka, negara Islam, terutama melalui hasil dari Petro-dollar, kita mempunyai banyak wang, cuma, khilafnya kita, kita lebih gemar membiaya dari membuat sendiri! Kenapa tidak Institusi Islam membeli dan membangunkan tanah sendiri dari hanya membiayai projek-projek yang diusahakan mereka yang berdarah-daging kapitalis! Pendeknya, kita terlalu malas untuk berfikir dan berusaha kuat untuk Islam yang sebenarnya.....Islam kita adalah Islam 'for comfort for convinience!'.

(11) Jika kita tidak berani, jika kita tidak pantas, kita akan telanjang kurus masai dalam lindungan Islam yang kita terlalu sempitkan! Saat itu, Islam kita adalah Islam menyerah, Islam kalah!


Kuala Lumpur-Sibu
25-26 April, 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

2 comments:

Bayu Senja said...

Kg Baru, suka saya ke sana untuk makan nasi bubur. Kalau dulu ramai orang Kelantan berniaga , kini dah ramai orang Indon yang jadi pekerja dan majikan juga, pasti tak lama lagi jadi kampung Indonesia.
2. Saya lihat mereka dari tingkat 69 di Menara KLCC, saya tidak begitu nampak kerana saya terlalu tinggi agaknya. Yang saya nampak Hotel Mandarin Oriental, ya saya selalu ke sana bertemu seorang developer yang kini sedang rancak membangunkan kawasan di Nilai. Kadang kadang dari dalam kereta , dalam celah-celah bangunan saya nampak Menara KLCC yang tenggelam dan timbul dalam hutan batu di sekeliling saya. Tapi bila di Kg Baru, saya tak nampak kampung tu, pekan pun saya tak nampak. Mungkin saya hanya memandang tapi tak melihat.Dan yang terhuyung hayang tu saya dengar tapi tidak juga perhati.
3. Hartanah di Sri Damansara Utama memanglah tinggi. Asal ada saja Damansara, hartanah pasti melambung tinggi. Lihatlah macamana Kg Ara, bila dah jadi Ara Damansara, hai, orang-orang korporat macam sdra Abdullah saja yang mampu nak beli. Tapi saya suka nama tu ....Ara Damansara.

Tempoh hari saya lewat di Lebuhraya Guthrie, saya tengok development yang dibuat oleh Sime Darby di Bukit Jelutong pun tak kurang hebat, rumah semi D mencecah 1.5 juta. Banyak golongan professional di sana saya dengar. Di Lembah Kelang, kalau lokasi baik ataupun developer yang ada reputasi, harga hartanah pasti tinggi kerana pembeli dah sanggup bayar untuk duduk di kawasan berprestij tersebut atau dalam keadaan township yang terancang oleh developer yang terkenal yang dulunya menanam getah dan kini kelapa sawit.

4 Saya berpendapat kejadian di Sri Damansara Utama tidak sama seperti di Greece. Eropah masih lagi mengalami krisis kewangan dan ekonomi yang meleset hasil rentetan 'financial crunch' di Amerika. Faktor kapitalisma itu memang wujud, tapi yang lebih memburukkan keadaan ialah kerana bank-bank dan syarikat kewangan di Eropah begitu berkaitrapat dengan anak-anak syarikat mereka yang juga merupakan syarikat gergasi dalam pertanian, pembuatan dan pharmaceutical menyebabkan semuanya jatuh seperti domino effect, cuma masa dan keadaannya berbeza dari satu ekonomi ke ekonomi yang lain di Eropah.

Sistem kewangan Islam pada namanya adalah indah, pada perlaksanaannya masih boleh dipertikaikan. Untuk kita mengharapkan bank- bank dagang yang dipunyai oleh kapitalis berdagang secara Islam adalah sesuatu yang agak mustahil. Setakat ini perbankan Islam yang diperkenalkan adalah semata mata gimmick perniagaan bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Sebut mengenai negara-negara Islam yang mempunyai Petro-dollar, mereka memang tidak mahu berusaha, they are all in the comfort zone. Teringat saya rakan sekutu saya dari Muscat yang kini menjalankan usahasama untuk projek di Duqm, beliau begitu 'comfortable' kerana ada orang lain yang mengusahakan apa yang dibuatnya. Bagi beliau yang penting, projek ada, duit masuk, kerja tak perlu, fikir......biar orang lain buat, ada ramai expatriate kapitalis yang boleh 'membantu', jadi kenapa nak peningkan kepala untuk berfikir. Kalau dulunya saya menggelengkan kepala melihat kerenah mereka, kini saya mengambil peluang yang ada di depan mata.

Abdullah Chek Sahamat said...

Dalam kehidupan....Allah telah menjadikan adanya babi di samping rusa, adanya sawa di samping cacing, adanya mawar di samping tahi ayam, adanya tunggul disamping pepohon rimbun nan hijau, adanya tanah gersang disamping kebanjiran, adanya siang di samping malam...soalnya, siapakah diri kita, mahu kemana kita? Segalanya, ketentuan akhirnya pasti ada, cuma masanya saja akan menentukan!

(2) Yang mahu tertawa biarlah dia tertawa, yang mahu menangis biarlah dia menangis, apa juga....hanya waktu akan menentukan apakah tawa dan tangis itu sebetulnya begitu!

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.