.

2/2/10 KITA SUDAH BANYAK BUANG MASA....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 07, 2010

Share

& Comment


Akhirnya Nik Aziz mengaku, bahawa Melayu sudah terlalu banyak buang masa berbalah sesama sendiri. (1) PAS kata UMNO tak Islam (2) UMNO Kata, PAS Islam kolot (jumud). Kini Nik Aziz mahu PAS dan UMNO berbincang tentang kedudukan Melayu. Hakikatnya, asalnya, UMNO ditubuh untuk pastikan Melayu lestari. UMNO percaya, kelestarian Melayu adalah melalui Kemerdekaan Politik dan Pembangunan Ekonomi. Dan dalam hal ini timbul dua golongan Melayu: Melayu Developmentalist (yang disebut Nationalist)dan Conservationist (yang disebut Islamist/Ulama). Golongan developmenetalist mahu Melayu maju mengikut permodenan Barat. Golongan Conservationist pula tidak mahu Melayu bergabung dengan apa-apa untuk maju melainkan berdiri atas kaki sendiri bertunggakkan Islam. Maka dengan sebab itulah Nik Aziz, juga turut mengesahkan bahawa PAs adalah terbentuk dari Ulama UMNO yang meminggir dari arus perdana UMNO!

(2) Hakikatnya UMNO dan PAS sama-sama bekerja untuk Melayu dan Islam. UMNO membela Melayu dan Islam mengikut kacamata UMNO iaitu berbentuk Nationalist. Sikap Nationalist UMNO, akhirnya bersifat multi-racial, mengakibatkan pembentukan awalnya Parti Perikatan (dalam lain kata Pakatan) kemudian menjadi Barisan Nasional.

(3) PAS asalnya hanya mahu Melayu maju dan berdaulat berlandaskan Islam. Islam mesti menjadi tunggak kedautalatan Melayu, dan bukan berdasarkan semangat Kebangsaan Melayu. Bagi PAS, biarlah Melayu itu gagah kerana Islam, kerana kalau berasaskan Semangat Kebangsaan Melayu, pasti nantinya akan timbul kelompok-kelompok Melayu yang akhirnya bersifat Kesukuan ie Assabiah. Namun ini hanyalah bolak-balik politik. Kalau kita ke Kelantan, Trengganu, Pahang, Kedah dan Perlis, perjuangan PAS sebenarnya untuk menegakkan kedautalan Melayu.

(4) Pada UMNO dan PAS, selagi Melayu itu wujud, maka akan tetap suburlah dua parti politik ini, biarpun kesuburan mereka hanyalah untuk berbalah sesama sendiri. Begitulah politik PAS dan UMNO, menjadikan Melayu dan Islam jambatan kelestarian mereka, tetapi tidak bersungguh-sungguh menjadikan UMNO dan PAS jambatan kelastarian Melayu dan Islam!

(5) Mudah-mudahan kedua-dua UMNO dan PAS, tidak lagi perlu saling mencurigai dia antara satu sama lain. Kalau sudah menghulur tangan hendak berbincang, tetapkan saja agendanya iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk kekuatan Melayu dan Islam. Biarlah Melayu terus menjadi tunjang pembangunan Negara Bangsa Malaysia, kerana jika tiada Melayu, masakan ada Malay, dan jika tiada Malay, apakah tanjak untuk adanya Malaysia?

(6) Berbincanglah. Tak apalah apapun namanya, Bincang, Debat, Musyawarah, Dialoq, Musakarah,...pokoknya asal jangan bercakaran, berterajangan, bertamparan, bergelutan...sudahlah.

(7) Di saat semua kaum: Melayu dan bukan Melayu sedang berkemelut memperjuang nasib masing-masing, maka wajiblah Melayu menerajui kepimpinan yang unggul agar kita terus unggul.

(8) Sebetulnya, saya sudah mulai khuatir bila berjalan keliling kota-kota dan memerhati kehidupan moden kota-kota dewasa ini, saya mulai mendapati sudah ada anak-anak muda Melayu yang sudah mulai dipersondalkan tanpa mereka sadar: lantaran kesempitan dan juga umpan kemewahan! Jika Melayu tidak gagah, pasti bangsa kita akan dengan mudah didagang tubuh dan jiwa mereka. Maka, ada juga kebenarannya, Islam wajib dijadikan benteng kedautalan Melayu.

(9) Najib; Allahyarham Tun Razak suatu masa dahulu telah berjaya membawa Asri Muda menyertai BN, demi kemajuan Melayu. Mungkin Najib, juga perlu melihat kembali jejak langkah dan rendah diri Tun Razak dalam mementingkan bangsa dari parti dan maruah diri!

Kuching, Sarawak
7 Feb., 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

2 comments:

Anonymous said...

Memang ada benarnya apa yang diperkatakan oleh saudara Abdullah berkaitan dengan perkara sudah banyak masa kita terbuang... Namun begitu tindakan Tn Guru Nik Aziz adalah sesuatu berita gembira terutama sekali buat orang melayu. Alhamdulillah walaupun kita sudah buang banyak masa. Kadang-kadang masa di pejabat juga ada yang banyak terbuang. Jenguk2lah saudara Abdullah ada manusia tidak pernah kenal erti ikhlas dalam bekerja.

Abdullah Chek Sahamat said...

Kejujuran dan keikhlasan dalam segala sesuatu itu adalah atas kemahuan dan sifat pribadi seseorang. Biar apapun yang orang lain paksa dan atau aruhkan (induced), tidak mungkin akan dapat menjadikan sesorang lain itu jujur.

(2) Bagi saya, mulakan saja dengan diri kita sendiri. Tidak perlu kita menanti orang lain untuk jujur dan ikhlas. Berushalah untuk menjadi sempurna bairpun payah dan tercabar hebat. Soal kita berjaya atau tidak, itu perkara remeh, yang penting kita mesti saban waktu berusaha.

(3) Manusia itu fitrahnya berbagai: ada yang berani untuk jadi sempurna (berani untuk berani), ada yang berani untuk tidak berbuat apa-apa taua dalam lain kata berani untuk takut! Orang Melayu dulu-dulu kata, tempok dada tanyalah selera.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.