Beberapa hari yang lalu,saya dan beberapa orang teman bergerak berputar-putar sekitar Kuala Lumpur, Kelang, Melaka, Batu Pahat dan Kluang. Di Kuala Lumpur khususnya, di mana-mana juga, tersergah rumah-rumah pangsa murah, sederhana, dan mewah terbina dan terus jadi buruan semua pihak. Pokoknya, rumah menjadi satu kemestian yang perlu diadakan demi kelangsungan ummah. Di Amerika, di masa kemelesetan ekonomi, industri perumahan adalah senjata paling ampuh bagi menggiat semula ekonomi negara.
(2) Di suatu tengah hari saya singgah makan di Rastauran Masakan Negeri di Kampung Pandan. Dalam perjalanan pulang ke hotel, saya melewati Kampung Baru, Kuala Lumpur. Nama kampung ini adalah Baru, namun rupanya adalah lama setua namanya. Saya kira, wajar kita tukar nama kampung ini kepada Kampung Lama Melayu atau Kampung Melayu Lama. Barulah sejajar dengan peredaran zaman! Sekurang-kurang pada namanya.
(3) Najib, kebetulan dalam dua tiga hari lepas pergilah menjengah ke Kampung Baru. Terpancullah satu gagasan bahawa Kampung Baru ini akan dibangunkan semula agar harga tanah disini boleh meningkat dari RM300/sekaki persegi sekarang ke sehingga RM2,000/kaki persegi seperti di kawasan KLCC. Kata Najib, sebuah Jawatankuasa bebas dari pengaruh komersil akan di bentuk bagi membangunkan Kampung Baru sejajar dengan kehendak rakyat di sini. RTM pula menunjjukkan masyarakat Melayu seperti merayu-rayu mengalu-ngalukan cadangan Najib.
(4) Saya berkira, ini tidaklah susah sangat. Pertama, kita kena tetapkan dasar bahawa, Kampung Baru akan tetap kekal menjadi Warisan Persekitaran Melayu. Mungkin sebuah Akta perlu digubal bagi menjamin perkara ini. Keduanya, bila kita mengatakan Warisan Persekitaran Melayu ianya perlulah mencakupi unsur-unsur Kediaman, Tempat Pekerjaan, Tempat Perniagaan, Tempat Riadah dan Ibadah, dan Tempat Perkembangan Budaya dan Ilmu. Maka satu Pelan Induk Pembangunan Fizikal dan Sosial perlu diwujudkan di kawasan ini. Ketiganya, saya kira kita ada Tabubng Haji, Sime Darby, PNB, Boustead, Tradewind, dsb yang merupakan gergasi milikan Bumiputera yang boleh digembeling tenaga dan sumber bagi menjayakan pembangunan bersepadu kawasan berkenaan. Kita tidak perlu menafikan sesiapapun yang sanggup memajukan kawasan ini, dengan syarat dasar asal Projek mesti dipatuhi.
(5) Sebetulnya, kalau kita lihat rumah-rumah pangsa murah dan sederhana di sekitar Lembah Kelang, Pulau Pinang, Johor Baharu, dsb kebanyakan kediaman sebegini dihuni oleh kaum pribumi. Namun, anehnya, biarpun kita banyak GLC, tidak satupun dari mereka ini nampaknya mahu melihat bahawa kawasan-kawasan kediamana sebegini adalah paling sesuai untuk memulakan usaha membina masyarakat perniagaan Bumiputera. Tidaklah heran kepada saya bila dalam sebuah perhimpunan Agung UMNO sedikit masa lalu telah menuduh CEO GLC sudah lupa akan tanggungjawap sosial mereka. Kita seperti leka, membiarkan MNC seperti JayaJusco, Tesco, dsb untuk menerajui industri peruncitan dan borong di kawasan-kawasan seperti ini. Saya khuathir, suatu hari, kita terpaksa kembali kepada zaman revolusi 1960an seperti di Filipina, Cuba, Agentina, Chile, dsb berebut dengan MNC dan akhirnya berperang dengan pendukung kepada MNC ini (Amerika, Britain, Sepanyol, Peranchis, dsb) dalam memerdekakan ekonomi negara!
(6) Najib, dan semua, janganlah jadikan negara dan rakyat kita ditunggangan MNC cara baru. DMM dapat mengambilalih Gutrie dan Sime Darby, namun kita sekarang seperti sudah lupa, kini sudah wujud MNC bentuk baru. Dulu mereka menguasai ladang dan lombong, kini, runcit dan borong. Awas!
Bangi, Selangor
5 Feb., 2010
2 comments:
Salam saudara Abdullah,
Kita harus bertindak cepat dan pantas. Bukan terlampau memikirkan sesuatu terlampau advance. Kita harus meletakkan nama sesuatu perniagaan terlebih dahulu disamping synchronization sistem yang membantu perniagaan tersebut. Saya kira mybazaar ria jika dibandingkan mana-mana perniagaan runcit yang sedia ada di pasaran kurang dikenali walaupun sudah beroperasi lebih kurang 6 bulan. Memang mengikut teori perniagaan runcit akan menunjukkan graf penurunan pada awal perniagaan dan hanya meningkat apabila sudah mencapai 1 tahun ke 2 tahun. Namun jika dipandang dari sudut tindakan cepat bagi mempromosikan nama Mybazaar Ria seolah-olah kita terkebelakang dari mana-mana perniagaan runcit yang sedia ada. Jika orang-orang kampung di sekitar bahagian Samarahan tidak mengetahui MyBazaar Ria apakah dan bagaimanakah caranya untuk menyebarkannya? Persoalan ini saya tinggalkan kepada semua untuk di jawab...
Terima kasih.
(2) Sdra/i sudah ada kesedaran. Pastinya, kesadaran ini disandarkan kepada tuntutan Muhammad bahawa umat Islam mesti berdagang, kerana dagang itulah 90% dari sumber kemakmuran Ummah.
(3) Asalnya, Mekah dan Madinah adalah tempat sepi. Hanya Bila dagang mengamit mampir barulah keduannya menjadi kota meriah dan menjadi rebutan banyak. Begitulah, jalannya Allah mengajar ummahnya melalui Muhammad bahawa dagan itu adalah sutau keperluan asas.
(4) Soal memperkenal atau tidak usaha dagang kita amat tergantung kepad penilaian strategi masing-masing. Dalam soal perkara yang dimaksudkan, saya sedang 'berkelana' mencari 'akal'. Namun, buat sdra/i yang sudah ada kesadaran, ayuh sumbang sebar dan tebarkan usaha ini.
(5) Mudah-mudah, usaha ini menjadi 'our effort', not 'my or their effort', but our effort!
Post a Comment