.

11/1/10 KISAH NATRAH...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 28, 2010

Share

& Comment


Natrah atau nama asalnya Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha adalah seorang gadis keturunan Belanda kelahiran Bandung, Indonesia, kerana tersepit dari bencana perang Dunia ke II (WWII) terpaksa 'diserah' untuk diangkat oleh seorang keluarga Islam dari Kemaman Trengganu dalan tahun 1940an. Kisah gadis in menjadi hangat, bila selepas perang, bila British sudah kembali berkuasa di Singapura dan Malaya, ibubapa asal gadis tersebut telah berebut kasih sehingga membawa kepada pertikaian mahkamah di kedua belah pihak tentang hak penjagaan anak tersebut.


(2) Natrah telah menjadi bahan umum, bukan hanya kerana masalah perebutan penjagaan, tetapi menjadi suatu drama yang jauh lebih meluas: (1)pertikaian agama, antara keluarga angkat (Islam) dan keluarga kandung (Kristian); dan (2) Politik antarabangsa antara Indonesia yang baru merdeka dari jajahan Belanda (17 Ogos, 1945) dan Belanda yang terasa malu kerana tewas di Meja Bulat di the Hague dalam pembenrontakan berdarah warga Indonesia. Secara kebetulan gerakkan pembebasan Bangsa Melayu juga sedang kencang di usahakan pada masa itu. Maka, Natrah, kisah cinta dan perpisahan beliau bukan hanya tamparan buat bangsa Indonesia, namun ianya juga menguja kebangkitan Melayu, sedang Singapura menjadi pentas wayang Belanda dan British!

(3) Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah sedih Natrah, bacalah buku Natrah (1937-2009): Cinta-Rusuhan-Air Mata karangan Fatini Yaacob, 2009

(4) Saya tertarik dengan pembuka kata buku ini: "Kita dahulunya merupakan kaum yang hina, Allah swt telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah": Pidato Umar Ibn Al-Khattab, sempena pembukaan Masjid Al-Aqsa

(5) Lewat petang semalam, selepas mendarat di KLIA, bersama teman di dalam teksi dari KLIA ke hotel, saya dapati Kuala Lumpur seperti lenggang. Begitu juga selepas menghadiri mesyuarat di bandar Tun Razak dan terus ke Putra Jaya, dan malamnya ke Kajang, saya juga merasa Kuala Lumpur seperti bukan Kuala Lumpur. Lenggang. Semasa makan tengahari di Penang Village di Alamanda, seorang teman mengkhabarkan, kepala babi dibaling ke Masjid Taman Dato Harun. Kemudian, pagi ini, saya menghadiri tiga mesyuarat berturut-turuit di Menara Boustead, di dalam perjalanan tersebut, Kuala Lumpur seperti lesu. Teman-teman mengkhabarkan, masyarakat sudah kian berwaspada!

(6) Taman Dato Harun. Saya kira pilihan yang paling tepat jika mahu kekacauan kaum hendak dimulakan. Allahyarham Dato Harun, memang lantang dengan nasioanlismanya. Juga, beberapa hari yang lalu Sultan Iskandar dan King Ghaz juga telah pergi. Mereka ini, sebahagiannya adalah waris trajedi 13 May. Jika mereka masih hidup, pasti akan ada titah dan 'peringatan' dari mereka.

(7) Pelbagai tanggapan kian menular. Saya cuma, kebetulan semalam singgah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan sempat singgah ke DECTAR (Dewan Canselor Tun Abdul Razak), semua ini mengingatkan saya kepada MAGERAN yang pernah dikuatkuasakan oleh Tun Abdul Razak bagi menangani bencana keresahan kaum pada masa itu. Rentetan peristiwa pahit bangsa pasca Merdeka, dari rasukan Komunis mambawa kepada perpecahan bangsa, semuanya adalah kerana rakyat sedang terjepit dari bebanan hidup yang kian melambung, kian payah.

(8) Sedikit masa lalu, atas ketidak saksamaan taraf hidup, maka lahirlah golongan Hindraf, bangkit atas rasa keterbelakangan sosio-ekonomi kaum India, yang kini boleh saja menular kepada keresahan yang lebih meluas. Inilah bangsa Malaysia yang seperti retak menanti belah. Apa tah lagi bila sedikit waktu dulu, kita ditadbir dengan cara 'pendemokrasian meluas' biarpun sebenarnya 'semuanya adalah topeng kerakusan' yang menjahamkan negara! Najib tampak seperti sedang terkial-kial untuk mengembalikan 'grip'nya, sedang DMM sudah terlalu kurang bertenaga untuk 'kembali berjuang'.

(9) Saya percaya, kesaksamaan taraf kehidupan yang meluas sahaja akan dapat membebaskan bangsa kita dari mudah diperkotak katikan: Muhammad telah berpesan, hampir-hampir kefakiran itu membawa kekufuran. Bila perut sukar dibendong keroncongnya, batupun boleh dibelah! Saya yakin, marilah kita bekerja kuat dalam memikul tanggungjawap bagi memakmur, mensejahtera dan menyatukan bangsa Malaysia.

(10) Pidato Umar Ibn Al-Khattab seperti dipetikkan di atas adalah benar dan tepat. Hanya selepas datangnya Islam, pengembalian Islam dalam membawa kemakmuran kepada Mekah, maka barulah masyarakat Mekah khusunya dan Arab amnya mulai menikmati kemakmuran, kesejahteraan dan perpaduan. Islam membawa Total Great Governance kepada Quraish Arab yang sedang sesat dan dalam kedaifan. Cuma Islam macamana yang wajib kita amalkan: Islam ibadat atau Islam Total: Islam kuat kerja, Islam Bijaksana, Islam Dagang, Islam tidak meminta-minta...kita fikirkan!

(11) Kita umat Melayu, perlu sedar, selagi kita tidak berminat menguatkan masyarakat, jangan kita berfikir kekuatan individu akan dapat mempertahankan martabat bangsa dan agama kita. Fitrah Natrah adalah contoh bagaimana bangsa kita (dan Indonesia) telah dihina lantaran kedhaifan kita dalam segala seginya.

(12) Saya tabik dengan Fatini Yaacob di atas keserasian waktu penerbitan buku beliau: Natrah.....

Kuching, Sarawak
28 January, 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.