.

4/1/10 MENGHADAPI MATI.....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 13, 2010

Share

& Comment


Seorang teman menghadiahkan saya sebuah hadiah tahun baru 2010 yang amat istimewa, sebuah VCD mengenai Managmen Alam Kubur, sebuah terbitan berbahasa Indonesia. Kulit VCD tersebut terhias dengan 'abstract' kematian yang kalau silap pandangan seperti sebuah iklan filem seram. Saya bertanya kepada diri saya sendiri: (1) Kenapa inilah hadiah (titipan) pilihan buat saya? (2) Kenapa mati menjadi seperti suatu 'igauan' hidup ini?

(2) Sekembali ke rumah, saya lantas memasang VCD berkenaan, di samping sebuah Al Quran terjemahan dan sebuah Index Ayat-Ayat Al Quran terus saya belek-belek, bagi mengikuti peringatan-peringatan Allah mengenai alam kematian.

(3) VCD tersebut diolah seperti sebuah dokumentari. Jalan dokumennya menghampiri tafsiran penerbit akan beberapa ayat 'amaran' Allah kepada mereka yang tidak atau kurang peduli tentang suruhan dan laranganNya. Gambaran di saat nyawa akan 'melayang' serta di alam kubur, dilukis seolah-olah sebuah filem seram yang ngeri. Suara malaikat yang menyoal, menyiksa, tampak seperti suatu 'penghukuman' yang tidak tara bahangnya. Gambaran kematian dan kubur adalah 'siksaan' yang maha dahsyat, menakutkan, ngeri, mengerunkan! Namun apakah ini benar dan sebenar-benarnya begitu: saat mati dan kematian itu sebuah tragis?

(4) Biarpun, mungkin bagi setengah pihak, dokumentari ini agak 'menyinggung' dan 'mengerikan' perasaan, namun saya memainkan VCD berkenaan sebanyak tiga ulangan bagi meneliti kemungkinan 'kesan mendalam' akan dokumenatari tersebut. Persoalan, adakah VCD ini akan menjadikan umat Islam yang mengikutinya akan menjadi lebih patuh kepada perintah Allah berligar kuat dalam otak saya.

(5) Setahu saya, kematian adalah 'alam peralihan di antara hidup duniawi dan kehidupan syugawi'. Semua orang akan mati. Tidak kira siapa? Tua, muda, semua akan mati. Yang baik, yang jahat, semua akan mati. Maka mati adalah suatu kemestian. Cuma, bila dan keadaannya sahaja yang berbeza-beza. Dalam semua agama baik Yahudi, Nasrani, atau Islam, bahkan dalam agama-agama budaya seperti Hindu dan Buddha, kematian adalah sebuah 'kepulangan' dan 'persinggahan' ke sebuah 'kehidupan yang lebih kekal'. Maka jika, kita percayakan pegangan agama ini, pastinya 'kematian' bukanlah sebuah 'kengerian' atau 'sebuah musibah' yang perlu kita takuti!

(6) Banyak ayat-ayat Allah membayangkan keindahan alam kematian, cuma semua ini terjadi jika kita telah memikul secara benar dan jujur akan tugas dan tanggungjawap kita. Dalam soal ini, siapapun kita, pasti Allah telah secara terancang menciptakan kita bagi tujuan tertentu, dan tiada siapapun di antara kita manusia tahu apa maksud sebenar kejadian seseorang, melainkan Dia. Cuma, yang perlu ada pada kita, ialah: Sense of Purpose. Maka, kita perlulah berhemah dan beriltizam mencari dan menzahirkan: Sense of Purpose of Our Creation.

(7) Juga diriwatkan di dalam Al Quran, secara 'bayangan' akan 'tujuan kejadian kita: purpose of our creation', Allah tidak mengambarkan secara khusus akan tujuan kejadian setiap kita. Kita dijadikan sebagai suatu mahluk yang 'berilmu', punya ilmu yang boleh mengatasi para malaikat dan syaitan dan sebagai 'khalifah' segala mahlukNya di bumi ini. Apakah jenis ilmu, tinggi mana ilmu, serta besar mana peranan 'kepimpinan' kita tidak dinyatakan oleh Allah dengan jelas. Itu semua, kerana Dia telah memberikan kita Otak untuk mencari akal, dan hati untuk mejana naluri, terpulang kepada diri kita masing-masing untuk menggunakan 'kuasa akal dan naluri' yang telah Allah berikan kepada kita!

(8) Mudah-mudahan semua kita berkerja keras membongkar (muhasabbah diri)bagi mengenali akan sense of purpose of our creation, dan bekerja keras dan jujur ke arah menzahirkan (realise)' that purpose'. Mudah-mudahan dengan ini, kita tidak takut untuk mati! Kita akan lebih 'khuatir' untuk tidak sempat menjalankan tanggungjawap kita. Mudah-mudahan dengan 'kekhuatiran' itu kita sentiasa bekerja keras untuk meneruskan masa hidup kita dengan segala perkara kebaikan dan produktif. Jika ini sifat kita, insyaAllah umat Islam kita akan lebih jauh 'makmur, sejahtera, dan selamatnya'.

(9) Perhatikan saja riwayat hidup Bilal, dia tidak gentar untuk di siksa biar seberapa kejam sekalipun, kerana dia telah sedar akan sense of purposenya untuk bersama Muhammad mengembangkan 'temaddun' Allah demi kebaikan umat manusia. Begitu juga Saidina Ali, sanggup dia menggantikan Muhammad di tempat tidurnya di saat orang Quraish merancang mahu membunuh baginda di malam Hijrahnya. Banyak lagi, mereka yang sanggup 'mati', kerana mereka jelas dengan 'perjuangan dan hakikat kejadian hidup mereka'. Tidak kira di mana: di arena musik, padang permainan, lapangan perang, penerokaan, dsb. Maka usahlah kita menjadi terlalu takut kepada mati, jika kita berusaha keras menunaikan kewajiban kita!

(10) Natijahnya, terlalu banyak orang takut akan mati. Namun kita mesti sedar, bahawa kematian adalah kemestian. Kematian mesti diterima dengan kesediaan, iaitu kita mesti jangan lalai menunaikan 'hakikat tujuan kejadian hidup' kita. Marilah kita sama-sama bekerja keras 'memahami dan menzahirkan hakikat kejadian hidup kita'. InsyaAllah, mereka yang ada Sense of Purpose, saya perhatikan, mereka mati seperti sebuah kepulangan yang penuh persediaan: gembira,
terhormat, disambut mesra!
Allahuwaalam.

Kuala Lumpur
13 December, 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

PETI MATI TABUNGAN

peti mati, kata seorang penyair tua,
adalah tabungan
sedikit demi sedikit tubuh kita dimasukkan ke situ
sampai akhirnya penuh, ditutup, dikunci, ditanam,
lalu dilupakan

akhir-akhir ini, aku lebih giat menabung
belum lagi seminggu seluruh tubuhku
sudah jatuh ke peti mati tabunganku–
jari-jari kaki-tanganku, sepasang lenganku yang letih,
kepala dan rambutnya yang belum putih,
juga mata dan hatiku yang selalu sedih

besok mungkin tabunganku penuh
persediaan tubuhku habis
kecuali tangisku–
akan tertinggal di udara bebas, di luar peti
jadi cerita lucu yang membuat kawan sendiri
tak bisa berhenti tertawa

tak ada yang akan mengucapkan selamat jalan
pada tubuhku yang pergi dan tak lagi
bisa diajak duduk bercakap tentang rupa-rupa rahasia

tetapi di sebuah rumah, di sebuah sajadah,
ada seorang perempuan tua, matanya buta,
terus mengirimkan airmata dan doa-doa
meskipun tahu anaknya seorang penjahat

=walikota=

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.