.

2/1/10 BILA NAMA ALLAH SUDAH MENJADI MINAT RAMAI....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 06, 2010

Share

& Comment


Dulu, sedikit masa dulu, sebahagian dari umat Melayu kita heboh bila 'orang lain' nak guna nama Allah sebagai gantian atau sebutan nama tuhan mereka. Kebelakangan ini, dan hari-hari seterusnya, sebahagian mereka (Melayu) akan juga heboh pasal benda yang sama. Masyarakat Melayu (sebahagiannya) sangat khuatir jika ini dibenarkan maka, akan memesongkan akidah sebahagian dari masyarakat Melayu Islam.

(2) Kalau kita (KDN) benarkan, ianya membahayakan akidah Melayu Islam. Kalau tak dibenarkan ianya membahayakan 'Hak Asasi KeAgamaan' 'orang lain. Inilah yang orang Melayu dulu-dulu kata: Ditelan mati emak, diluah mati bapak. (kalau tak buat apa-apa, mungkin kita mati katak!)

(3) Maka apa harus (wajib) kita buat? Elok semua kembali kepada Zaman Mulanya Perkembangan Islam. Kajilah sejarah Islam. Dari Adam, sampai Muhammad, banyak 'agama' wujud dan 'terpesong' dari sejak Islam dibawa Adam sampai ke Muhammad. Lihatlah apakah nama tuhan yang digunakan ' dalam perjalanan evolusi agama ini'. Sejak bilakah nama Allah itu digunakan, dan kepada siapa nama itu telah diketengahkan? Pendekatan sejarah dan penebaran maklumat sejarah mungkin jalan terbaik untuk menjelaskan kepada umum tentang asal usul nama Allah itu, serta kedudukannya dalam temadun manusia.

(4) Ahli agama dan sejarahwan perlu menperluaskan 'kecetekan ilmu agama' Dr. Mahathir bila dia mengusulkan bahawa Allah itu 'sangat eksluif bagi umat Islam Melayu'. Inilah masanya, ilmuan wajib menjernih dan mengenengahkan kebenaran. InsyAllah, kita akan tetap benar dan menang jika kita 'bersih dan teguh'.

(5) Juga, semua ini menjelaskan kepada kita, betapa sebenarnya rapuh pegangan Islam kita. Kalau kita telah benar-benar jelas tentang Islam, kita benar-benar kenal Allah, biar apapun dugaan, pasti kita akan dapat kenal seperti kata orang Melayu dulu-dulu: Mana Musang, mana Ayam! Wajar kita semua, jika kita cintakan Islam, mengkaji balik cara kita mengajar dan mengamalkan Islam. Cara pengajarann yang betul saja, boleh menjadikan kefahaman kita menjadi kuat, dan pegangan kita menjadi kukuh.

(6) Teringat saya ditegur oleh seorang teman: Perempuan Malaysia, suka pakai tudung, tapi, nampaknya yang ditudung rambutnya, bukan auratnya. Tangannya, dadanya, betisnya masih terdedah....ahhh jawap saya, tudung itu fesyen nenek moyang kami...soal aurat, itu soal lain. Agama, budaya, tardisi, sudah kita hambur baurkan! Sekatrang bila kita sedikit dicoba, sudah resah gelisah! Silap siapa?

Kuching, Sarawak
6 January., 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

Persoalan saya satu saja kepada semua yang berkaitan dengan mengapa soal penggunaan ISU nama 'ALLAH' mengapa tidak dibawa berbincang terlebih dahulu?? Bukankah KDN mempunyai kuasa@peruntukan untuk menghalang segala isu yang boleh menimbulkan keadaan huru hara di dalam negara? Itu saja.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.