Arahan agar membaca adalah permulaan tugas yang teramat getir bagi Muhammad dalam perjalanan hidupnya sebagai seorang yang telah ditakdir untuk merombak kehidupan Jahilliah kaumnya serta membawa sirna kejayaan kepada umat manusia seluruhnya. Kemunceratan peluh dingin bila arahan tersebut didatangkan oleh Gibrail kepadanya, bukanlah kerana dia takut atau seram dengan suara ghaib Gibrail. Dalam sejarah Jahilliah Arab, unusr-unsur keghaiban adalah lumrah. Maka tidak mungkin rasa seram, takut dan kerdil Muhammad, bila asakan suara 'BACALAH' adalah terbit dari ketakutannya pada keghaiban Gibrail.
(2) Kita mungkin kurang atau tidak mahu bertanya (apa tah lagi mengkaji), kenapakah perkataan "BACALAH" adalah perkataan pertama Allah ajukan kepada Muhammad. Tidakkah Dia boleh mengajukan perkataan "PATUHILAH" atau "IKUTILAH" atau "TEBARKANLAH". Maka dalam tulisan ini, saya mengajak semua Agar tergetar hati dan fikiran kita, bertanya, apakah sebenarnya mukzizat Allah mengasak Muhammad agar "BACALAH....".
(3) Pasti banyak pihak akan ada tanggapan dan tafsiran tersendiri. Soal siapa benar atau tepat, itu tidak penting kerana yang penting, adakah ianya membawa kebaikan kepada Ummah. Saya berpendirian sebegini kerana, Allah telah berfirman bahawa: Tidak aku turunkan Al Quran itu untuk menyusahkan kamu.....maka apa saja tanggapan dan tafsiran kita asalkan ianya membawa kebaikan kepada ummah (tidak bertentangan dengan hukum syara'), pastinya Allah akan menghargai 'ilmu' kita itu.
(4) Bacaan saya tadi malam tentang Hussain Al Haekal, seorang penulis Arab di tahun 1930an di mana dia telah mengarang buku periwatan tentang Muhammad, suatu yang amat menarik minat saya dalam pra-kata buku beliau adalah tentang betapa 'kita umat Islam' telah semakin goyah kerana 'kita sudah kurang membaca, menyelidik tentang Islam dan Muhammad itu sendiri'. Jika kita membaca atau menyelidik, maka kita menjadikan tulisan dan bahan-bahan 'orientalis' sebagai rujukan kita.
(5) Hanya kerana 'kaedah (methodology)' dan 'bahan (material)' bacaan kita itu tanpa kita sadari sebenarnya agak sedikit terpesong, maka 'ilmu' yang kita perolehi menjadi kian terpesong. Maka pada masa ini, di kalangan orang Melayu sudah wujud golongan 'Orientalist, Liberal, Conservative, Fanatic' Islam.
(6) Haekal mendakwa, dan adalah benar, terbentuknya golongan 'Orientalist dan Liberal Islamist' adalah kerana mereka berlajar (membaca) dengan berkiblatkan Barat sehingga dari mendalami tentang 'ilmu agama' sebaliknya mereka kian tersasar kepada 'membaca' falsafah Barat yang condong kepada prmikiran Greek dan Roman yang telah dicampur baur dengan pemikiran Farsi dan 'Kristian yang terubah (modified)'. Maka dengan itu, unsur-unsur Capitalist kian meresap ke dalam jiwa anak-anak Melayu berpendidikan Barat sehingga sebenarnya telah membentuk 'Melayu Orientalist dan Liberalist'. Barat kian tersenyum (rasa puas) akan hal ini! Melayu kian menuju ke 'Barat': individualistic dan capitalist. Pengikut kumpulan ini kian merebak!
(7) Kita agak beruntung kerana sifat Melayu itu yang agak unik, di mana Melayu tidak mudah terpengaruh hanya dengan satu jalan. Kewujudan PAS dan golongan konservatif dalam UMNO, telah menyebabkan Kerajaan kita terpaksa menghantar anak-anak Melayu untuk mengikuti pendidikan Islam di Timur Tengah. Mereka ini kerana 'bacaan'nya adalah lebih hampir kepada sumber Islam sebenarnya, maka, mereka kini telah pulang dengan sifat 'conservative and fanatic Muslim'. Golongan ini kini menjadi 'musuh' kepada golongan 'liberal and orientalist Muslim'. Kita sekarang seperti sedang dalam 'peperangan iedologi', dan Barat juga amat gembira dengan gejala ini! Kita sedang berperang sesama sendiri!
(8) Bagi anak-anak Melayu yang hanya mendapat pendidikan tempatan, keadaan seperti ini telah sedikit menimbulkan kebingungan yang mungkin kian mencelarukan. Golongan atas pagar ini kini sedang diasak kuat untuk ikut gerombolan 'Liberal atau Konservatif'. Maka berlakulah pertelingkahan hebat UMNO/PAS dan sebilangan yang mahu berselingkuh dengan Barat ie PKR!
(9) Maka tidak hairanlah jika kita amati benar-benar kita sudah ada Melayu Masjid, Melayu Pub, Melayu Kampung. Di manakah Melayu Islam?
(10) Saya kira, tenguran DMM ke atas dunia Islam yang tidak bersatu padu adalah berpunca dari 'cara dan bahan bacaan' kita yang agak khilaf. Maka, layaklah kita mengucap: SUBHANALLAH...Allah itu maha besar, betapa Dia telah sangat mengerti (mungklin juga telah merencanakan) bahawa 'tanpa kita membaca'...pastinya kita akan terpesong. Saya pasti hanya kerana Dia mahukan kita 'membaca' dengan betul maka Dia mengarahkan agar Gibrail memaksa Muhammad agar "BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU...".
Kuching, Sarawak
17 Dec., 2009
1 comments:
Big fuzz talker.... Take a look at the mirror for yourself first.. Kaki perempuan.. Gatal x habis2... Do not bother to talk about this if you cant handle your own lust towards younger woman... Think about it old man...
Post a Comment